Genting Highland 2017

Jalan-jalan cari pasal... apapun takder... Ha... ha... inilah kisah ke Genting Highland awal bulan oktober lepas... Akak memang tahu yang taman teman di GH akan diberikan nafas baru... Lepasni namanya 20th Century Fox World Genting yang gah di mata dunia.. Rasanya sudah lama mendengar tentang penutupan sementara taman tema luar (2013)... Akak sangka hanya taman tema yang diluar sahaja ditutup... Rupanya tidak, yang tinggal hanyalah tempat main yang pakai tokentu.. ehm .. ehm... Memang tidak berbaloilah pergi untuk masa ini...


Berbalik kepada cerita trip balik hari kami ke Genting Highland.. Hotelpun 'last minute' cari memang tak dapatlah.. Tak kisahlah bukan ada apa yang dicaripun... Haritu buat keputusan naik skywayjer, jadi letak kereta di Genting Premium Outlet. moh... moh biarlah gambar menceritakan segalanya...

Pemandangan indah sepanjang perjalanan...
Ini stesen skyway yang baru tau...
Waktu operasi Awana Skyway 7 pagi hingga 12 malam..
Ada 3 stesen iaitu Awana (bawah), Chin Swee (tengah) dan Sky Avenue (atas).
Awana Skyway dengan Genting Premium Outlet bersebelahan, senanglah..
Moh kita beratur untuk beli tiket
Ada mesin layan diri juga tapi beratur juga...
Tidak ramai sangat masa kami pergi...
Harga tiket sehala untuk standard Gondola ialah RM8.


Maklumat di bawah dari amirnawawi
Terdapat 2 jenis gondola yang disediakan Awana Skyway ini iaitu gondola biasa dan juga gondola berlantaikan kaca. Jadi semuanya transparent dan anda dapat menikmati pemandangan di bawah kaki anda. Berikut harga mengikut jenis gondola yang disediakan.

TICKET TYPEONE-WAY (RM)
 Gondola Biasa
NORMAL8
EXPRESS BOARDING PASS40
CHARTERED GONDOLA300
 Gondola Belantaikan Kaca
NORMAL50
CHARTERED GONDOLA500
Beratur lagi.. nasib harini tidak ramai orang..
Tapi masa kami turuntu barisannya lebih panjang...
Eh tergantungler, tapi tak takutler...
Nampak ke idok, belum siap lagi yer...
Taman Tema Genting dijangkan siap tahun 2016...
Tapi ditunda katanya 2017 tapi rasanya tidak mungkinlah..
Turun di Sky Avenue sebuah pusat membeli belah..
Bukan siap sepenuhnya tapi memang moden sangat...
Nampak tak !!
Ada pertunjukan lampu kinetic di Sky Symphony yang katanya setiap  pertunjukan ada cerita sebaliknya..
Ini di kawasan Hotel First World...
Restoran terkenal di London juga ada di sini Burger & Lobster.. 
Beratur jugalah orang nak masuk ke dalam...
Street Churos terkenal di Korea, akak baru tahu masa tengok Syoknya Seoul..
Anak akak kata inilah kedai Churos yang kami singgah di Genting Highland...
Patutlah deme beria-ia nak singgah kedaini...
Terus terang cakap memang sedap oooooo....
Rupanya kedai ini ada juga di IOI City Mall...
Dekat beno dengan rumah, tapi baru sekalijer akak pergi...
Yang ada ais krimnipun sedap weh...
Lupa nak cakap di sini ada Malaysian Street food tapi kedai dia antarabangsa..
Memang tak jumpa cari kedai gulai lemak ke gulai tempoyak..
Tapi tak ratapun akak pergi, besar sangat kawasan Malaysian Street Foodni..
Salah satu restoran di sana ... 
Ha... Paris gitu bukan Parit tau...
Akhirnya kami makan di Papa Rich sebelah dengan stesen Skyway Sky Avenue...
Padahal Papa Richni kat Kinrarapun ada...
Sebelum balik ronda dulu Genting Premium Outlet...
Tidak membeli apapun sebab memang bukan 'makanan' aku..


Cukuplah dulu cerita panjang lebar dari akak tentang cuti-cuti cari pasal ke Genting Highland akak ini... Entri akan datang akak cerita pasal tempat persinggahan terakhir akak sebelum turun ke pangkal jalan... 

Comments

  1. masa pegi 2015 katanya 2016 akan siap tp xsiap2 juga..br juga pegi bln 10 aritu katanya 2018 akan siap..kita tgk la mcm mana nanti...yg indoor pn tk byk buka...street churros tu mmg sedap sbb pertama kali mkn ms holiday korea...sbb pernh mkn churros kt kebanyakakn cafe tk sedap...yg street churros ni mmg asal dr korea mmg sedap la..nasibaik skarang dh byk cawangan...cawangan pertama mmg kt ioi citymall..sempat juga 2x singgah GPO

    ReplyDelete
  2. menariknya genting skrg...igtkan nk tggu siap semua baru nk p....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts