Kisah reunion kawan sekolah rendah
Kisah berlangsung semasa hari raya aidil adha yang lepas.. Akak tak dapat join sebab tak balik kampung... emak akak datang ke sini berhari raya... melepaslah nak jumpa kawan sekolah pertama dalam hidup akak Sekolah Kebangsaan Seri Kaya..
Akakni ada 3 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah.. nak kata bapak polis yang berpindah randah tidak juga.. tapi itulah akak.. Jadi tentulah inilah rakan sekolah yang pertama kali akak kenal. Walaupun akak berpindah sekolah, sekolah agama rakyat (zamantu panggil) masih bersama kawan-kawan SK Seri Kaya.. Walaupun kami tinggal sekampung tapi dah dewasa memang jarang berjumpa, masing-masing sibuk dengan hal keluarga sendiri..
Tahniah untuk kawan-kawan akak yang menjayakan perjumpaan kembali rakan-rakan.. Moga adalah lagi majlis seumpama ini di masa akan datang... Gambar kenangan kiriman grup sekolah... rindu kamu semua..
Sempat juga porong kek harijadi yer kome...
Banyak juga makanannya..
Kawan kelasni emak diapun dah ikut anak-anak ke tempat lain...
Kome Kawan Keme...
Baju di tempah melambangkan kami kawan sampai bila-bila...
Masanilah peluang untuk bertanya khabar...
Makan sambil sembang-sembang...
Konsep port luck memang banyak makanankan...
Apalah yang di fikirkan tu!!
Kawan akak yang bertudung coklattu cucupun dah ramai...
Kawan yang pertama kahwin di kalangan kami..
Tahniah.. tahniah... rugi tak dapat jumpa kamu semua...
meriahnyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteSeronok dpt kumpul ramai2 mcm ni
ReplyDelete