Resipi Ikan Masak Taucu

Ikan masak taucu juga antara lauk yang sentiasa ada dalam menu masakan emak masa kami kecil. Boleh kata dalam seminggu mesti ada masak taucu dan gulai tempoyak. Memang stok taucu mesti sentiasa di dapur kalau tidak susah hati emak akak memikir hendak masak apa!

Suami akak kurang gemar dengan ikan masak taucu, tapi akak selalu juga masak sebab anak akak suka. Akak beli taucu di pasar ikan di Parit kerana taucunya secukup rasa. Jadi kalau stok taucu dah habis kenalah balik kampung, alasan... alasan...  
RESIPI IKAN MASAK TAUCU

Bahan-bahan 
  • 2 ekor ikan kembung (goreng terlebih dahulu)
  • 2 biji cili hijau (belah dua)
  • 3 biji cili padi (belah dua)
  • 4 biji bawang (belah empat)
  • 2 biji bawang putih (hiris memanjang)
  • sedikit halia (hiris memanjang)
  • 3 sudu taucu
  • Timun ( dibelah memanjang dan buang biji)
  • sedikit air asam jawa (terpulang)
  • air ikut keperluan
Cara-cara

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Gorengkan taucu dan masukkan cili hijau dan cili padi.
3. Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
4. 
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
5. Bila mendidih masukkan timun.
6. Rasa terlebih dahulu barulah di padam api. 

Ehm teringat zaman akak kecil dahulu, lauk memang ringkas tapi sangat berselera. Selalunya makan adalah waktu kita berkumpul adik beradik. Itu yang sedap agaknya bila dapat makan beramai-ramai. 

Untuk menemankan gulai taucu yang tidak pedas kenalah kita makan dengan sambal belacan. Akak nak juga bagi resipi sambal belacan walaupun semua orang dah tahu...

RESIPI SAMBAL BELACAN


Bahan-bahan
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji cili padi 
  • Belacan ikut kehendak sendiri
  • sedikit gula
  • sedikit air asam jawa (ni kalau suka)
Cara-cara

1. Tumbuk cili merah dan cili padi bersama belacan sehingga lumat.
2. Masukkan gula sedikit. Bagi rata semua...
3. Masukkan air asam jawa jika suka... Akak jarang bubuh...

Gambar hiasan cuma sebab kalau sambal belacan yang akak buat warnanya lebih merah sebab ada gula...

Makan pasti bertambah-tambah kiranya makan bersama sambal belacan. Ikan masin juga kalau ada dalam hidangan akak tidak memerlukan lauk yang lain... oh tidak bercerita pasal makan ini pada akak tidaklah memerlukan lauk yang mewah. Sekadar ikan masin bersama nasi kosongpun sudah memadai janji badan sihat. Selama akak tidak sihat seminggu yang lepas air kosongpun terasa payau. Semoga kita semua akan menjaga kesihatan diri. 

Comments

  1. Salam..ikan tu goreng dgn kunyit or x ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer Aiman Hakim... dulu mak akak kalau ikan goreng semalam tak habis alamatnya kenalah makan gulai taucu/ikan masak taucu...

      Delete
  2. saya pun suka makan ikan goreng taucu ni. boleh berpinggan pinggan makan.hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts