IKON SELANGOR

Mari kita baca tentang Ikon Selangor yang membantu kita mengenali negeri yang menarik ini. Bagi akak kalau di majalah akak susah nak rujuk tapi mudah kalau ada di blog sendiri... 

Sumber : Majalah Santai Travel Mei 2015

Terkenal sebagai negeri yang maju dan moden di Malaysia, Selangor menawarkan kepada anda sebuah pengalaman yang lengkap termasuk aktiviti luar seperti rock climbing dan whitewater rafting. Lihat  juga pemandangan hijau hutan dan air terjun yang indah, rasai keseronokkan dan keghairahan taman tema sehinggalah ke kawasan yang berpasir di sepanjang pantai, tidak lupa keseronokkan membeli-belah tanpa henti disamping warna-warni kepelbagaian kaum, tradisi dan budaya yang ada di Malaysia.

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini atau lebih dikenali dengan nama Masjid Biru sering menjadi tumpuan para pelancong malah ia juga menjadi mercu tanda badar raya Shah Alam ini. Ia mempuani ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan. Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 16,000 jemaah pada satu masa dengan kemudahan-kemudahan seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah serta ruang mengambil wuduk yang canggih.

 Tel : 03 - 5519 9988                Laman Web : www.mssaas.gov.my
Sumber gambar dari :- masjid.jais
Di masjid ini akak menghadiri kursus perkahwinan...
Memang hebat masjid ini ....

BUKIT MALAWATI

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada  28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyingsing. Di ata Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Tel : 03 - 328 91439                Laman Web : www.mdks.gov.my
Sumber gambar :- THATSOFARAH
Akakpun tidak pernah sampai lagi ke sini..
Alangkahkan.... padahal kami selalu pergi ke Kuala Selangor.
Harap sangat dapat naik Bukit Malawati tahun ini... 

GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz (Galeri Diraja) wujud hasil dari buah fikiran S.P.B. Yang di-Pertuan Agong XI, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bertempat di dalam kawasan istana, Galeri Diraja dahulunya dikenali sebagai 'Muzium Kenangan'. Pada tahun 1998, Almarhum telah berkenan menukar nama Muzium Kenangan kepada Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz mengambil sempena nama kelahiran Almarhum. Pelancong boleh melawat galeri ini pada hari Selasa hingga Ahad, jam 10 pagi hingga lima petang.

Tel : 03 - 337 36500                 Laman Web : www.galeridiraja.com
Sumber gambar :- CAHAYAMYLIFE
Yang inipun akak tidak pernah pergi... 
Lalu lalang di sini rasanya banyak kali juga..
Entah orang Klangpun tidak pernah masuk ke sinikan..

SUNWAY LAGOON

Sunway Lagoon Water Park merupakan taman tema air pertama air yang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasakan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah di SUnway Pyramid kerana ianya bersebelah dengan Sunway Lagoon. Taman Teman Sunway Lagoon terbahagi kepada lima taman keriangan yang memberi pelbagai pengalaman dan kelainan kepada oranga ramai iaitu Water Park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park dan juga Scream Park.

Tel : 03 - 5639 0000               Laman Web : www.sunwaylagoon.com

DONG ZEN MONASTERY

Kuil Dong Zen ini terletak di Jenjarom, Selangor, kira-kira 60 kilometer dari Kuala Lumpur. Kuil tersebut dipercayai antara kuil Buddha terbesar di negara ini. Ia wujud sejak lebih lima tahun dan pernah menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Hari Wesak 2011. Diasaskan oleh Master Ching Yuen dari Taiwan sejak dua dekad lalu, ciri pembinaan kuil FGS masih mengekalkan elemen kebudayaan China.

Tel : 03 - 5639 0000               Laman Web : www.fgs.org.my
Sumber gambar :- TOURISMSELANGOR
Yang ini lagilah akak tidak pernah sampai..
Pernah nampak papan tanda masa pergi ke Banting

KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN

Kampung Kuantan sememangnya terkenal dengan Kelip-kelip. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban. Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan. Hari ini Kampung KUantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia. Menarik lagi, Kelip-kelip ini juga dijadikan sebagai maskot kempen Tahun Melawat Selangor pada tahun 2015. Kelip-kelip tersebut yang direka siap memakai topi, kasut dan memegang kamera menunjukkan ciri-ciri seorang pelancong.

Tel : 03 - 32891439               Laman Web : www.mdks.gov.my
Sumber gambar dari :- THE STAR
Akak pernah sampai ke sini ...
Memang kena pergi sekali untuk merasainya..
Boleh baca kisah kami di KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN

AVANI SEPANG GOLD COAST RESORT

Avani Sepang Gold Coast Resort merupakan projek hartanah mega termasuk rangkaian vila atas air yang membentuk pohon kelapa sawit ia merubah persepsi pelbagai pihak dan landskap Sepang serta sektor pelancongnya. Struktur ikonik dari pandangan udara itu menyaksikan sejumlah 399 vila terapung disusun menyerupai bentuk pohon palma. Difahamkan, ia telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai resort pokok palma terpanjang di negara ini.

Tel : 03 - 3182 3600             Laman Web : www.avanihotels.com

BATU CAVES

Terletak 15km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah tarikan pelancongan yang popular, terutama ketika festival Hindu - Thaipusam. Kuil Hindu terletak di Gua Utama yang mempunyai 272 anak tangga. Ramai yang tertarik dengan keindahan flora dan gauna, bentuk muka bumi dan reka dalaman di Batu Caves. Walaupun ia banyak mengalami pengubahsuaian untuk memenuhi keperluan aktiviti di situ, usaha tersebut tidak banyak menganggu struktur alam semula jadinya.
Sumber gambar dari :- SKYETRAVELS
Akak tidak pernah sampai ke sini juga... 
Dulu kawan akak nak training naik Kinabalu selalu pergi sini.

HUTAN REKREASI KANCHING

Destinasi ini amat sesuai untuk anda yang suka akan aktiviti luar seperti berkelah mahupun berkhemah. Menjadikan alam semulajadi sebagai tarikan utamanya. Hutan Rekreasi Kanching kini semakin mendapat perhatian daripada pengunjung dari serata dunia.

Tel : 03 - 5513 2000               Laman Web : www.tourismselangor.my
Sumber gambar TOURISMSELANGOR
Tidak pernah sampai juga akak ke sini...
Selalu juga terasa nak berkelah di air terjun ....

I CITY

Terletak di lokasi yang sangat strategik, iaitu di kawasan PUsat Bandar, Seksyen 7, Shah Alam, pastinya menjadikan I-City lokasi terbaik untuk membawa keluarga anda bersiar-siar dan lupakan semua masalah di tempat kerja. I-City yang dahulunya terkenal dengan jolokan "bandar cahaya" kini telah dinaiktaraf menjadi sebuah kawasan yang dipenuhi pelbagai tarikan yang bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak bahkan juga untuk orang dewasa.

Tel : 03 - 5521 8800              Laman Web : www.i-city.my
Sumber gambar dari :- IKHLAS-ATILIA
Rasanya lebih dari 3 kali kami pergi ke I-City..
Dari mula I-City yang hanya ada lampu-lampu...
Kini I-City memang macam-macam ada...
Akak tidak pernah pergi taman tema air dan snow walk lagi..

FOREST RESEARCH INSTITUTE OF MALAYSIA (FRIM)

FRIM sangat terkenal dengan pelbagai aktiviti berbentuk kekeluargaan seperti mencari harta karun, berkhemah, melihat burung dan pelbagai lagi aktiviti yang akan mendekatkan anda dengan keindahan alam sekitar. 

Tel ; 03 - 62797000               Laman Web : www.frim.gov.my
Sumber gambar :- THE STAR
Akak pernah sampai ke sini sekalijer..
Teringin nak pergi lagi tapi belumlah kesampaian...

Siapa kata kalau melancong kena ke luar negeri... Banyak tempat menarik di negara kita... Jadi jom jalan-jalan .. Dekatjer.. 

Comments

  1. bestnya jd org selangor

    ReplyDelete
  2. kuil dong zen tu je yg baru tahu psl kisah nya kak.... nampak cantik time mlm2 yk...

    ReplyDelete
  3. Separuh tu tak pernah jejak..kekeke..

    ReplyDelete
  4. byk juga tempat2 menarik di Selangor ye...

    perkampungan kelip2 tu yg akak suka...heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts