20 spot makan mesti cuba

Dari Majalah LIBUR Disember 2014 untuk panduan

Makanan yang enak mampu bertindak sebagai perisa tambahan yang menjadikan percutian anda lebih sempurna. Apalah ertinya bercuti ke sebuah negeri di Malaysia jika tidak mencuba makanan tempatan? Jom kita lihat seleksi 20 gerai dan restoran yang mesti anda singgah jika bercuti di negara sendiri.

1) Mi Goreng 'ORI' Bangkok Lane, Pulau Pinang 

Mi goreng'original' hasil tangan Mahbooh Bin Mohd Zakari sudah wujud di sini sejak tahun 1969 lagi. Kami sempat bertemu dengan Encik Mahbooh yang begitu tekun memasak mi goreng untuk pelanggan yang sedang beratur menunggu. Menurut belliau, keluarganya sudah menghasilkan mi goreng yang berwarna kemerahan ini sejak dari zaman pendudukan British lagi. Mi goreng ini menggunakan campuran kuah tomato yang dihasilkan sendiri bersama cili merah yang dikisar. Itulah sebabnya warna mi goreng ini seakan kemerahan. Satu set mi goreng yang mengandungi kentang dan sayuran ini dijual pada harga berbeza. Lokasinya di Seng Lee Cafe, Bangkok Lane, Georgetown, Pulau Pinang.

2) Roti Bakar Kayu Arang Georgetown Pulau Pinang

Gaya klasik yang tidak diluput dengan zamna. Inilah kelebihan gerai yang dipanggil The Famous Roti Bakar di Bangkok Lane, Georgetown, Pulau Pinang menghidangkan set roti bakar kosong, yang disapu mentega, kaya dan juga telur. Membakar roti secara manual memerlukan kemahiran yang baik. Bukan mudah mengagak tahap kebakaran yang sesuai untuk disajikan kepada pelanggan. Sesudah dibakar, permukaan atasnya perlu dikikis dengan pisau untuk sebelum disapu mentega. Difahamkan, gerai roti bakar kayu arang di sini menjadi tumpuan pengunjung sejak 60 tahun lalu.

3) Keria Antarabangsa Haji Jalil Melaka

Buat yang sukar mencari gerai Keria Antarabangsa ini, guna sahaja aplikasi Waze atau Google Map untuk mencari kawasan Limbongan, Melaka. Keria yang ada di sini memang berbeza dengan keria lain yang biasa anda dinikmati. Ia disira dengan gula melaka dan dimasukkan lebih keledek berbanding tepung. Apabila betul-betul masak, saizya yang besar membuatkan ia kelihatan seperti donut. Lokasinya terletak di Batu 2, Jalan Limbongan, 75200 Melaka. Penulis sempat bertemu dengan Haji Jalil sendiri. Difahamkan, beliau yang mencadangkan kepada ibunya tentang resipi keria yang disira dnegan gula melaka ini sekitar tahun 1975. Harganya cuma 50 sen sebijik dan Haji Jalil sering mendapat tempahan kueh keria ini daripada pejabat-pejabat kerajaan untuk sessi mesyuarat dan minum petang.

4) Kedai Minum Pak Hasan, Teluk Intan Perak

Sebuah kedai makan yang terletak di Jalan Laksamana, bersebelahan bangunan Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan. Apa yang best di sini? Semestinya roti goyang dan nasi  lemak special Pak Hassn. Nasi lemaknya bukan shaja diletakkan telur mata dan sambal ikan bilis, tetapi juga kacang panjang dan gulai kerang yang memang menyelerakan. Roti goyang pula hanya mengambil bahagian kuning telur dan sedikit putih telur di ata kepingan roti tebal. Pendek kata, memang complete sarapan pagi anda dengan hanya memilih dua sajian ini. Kedai minum Pak Hassan, Jalan Laksamana, 36000 Teluk Intan.

5) Sarapan Ikan Termenung Haji Jamil, Kuala Kedah, Kedah
6) Nasi Ayam Misai, Bayan Lepas Pulau Pinang
7) Kacang Pool Haji Larkin Johor
8) Warung Laksa Ikan Sekoq Jalan Gangsa Kedah
9) Makan Bersilo Kompleks JKKN Negeri Sembilan
10)Warung Mi Taman Sri Jaya Batu Pahat Johor
11) Kluang Rail Coffee Stesen Kereta Api Kluang Johor
12) Mi Kolok Haji Sallleh Jalan Satok Kuching
13) Azda Western, Shah Alam Selangor
14) Nasi Ganja Repoh Kangar Perlis
15) Ikan Bakar Tanjung Dawai, Merbok Kedah
16) Zenxin Organic Park Batu Pahat Johor
17) Bawal Goreng Padang Jawa Selangor
18) Nasi Lemak Royale Kedah
19) Blackwood Coffee & Chocolate
20) Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

Kalau nak baca keseluruhan kisah 20 Spot makan mesti cuba kenalah cari majalah Libur keluaran Disember 2014.. Kalau teringin nak tahu sangat mungkin boleh tanya pada akak sahaja...  Akak suka beli majalah ini, maalumlah kitani jarang berliburan jadi bacalah mungkin kita rasa macam dah sampai walaupun hanya sekadar dalam bacaan..

Gambar di bawah mungkin spot orang di sini yang tidak perlu ke Kajang untuk merasai Sate Kajang Haji Samuri... Kalau nak tahu yang di Perhentian Awan Besarni ramai pelanggannya... Nak memesan dah beratur, dia cakap akak nak tunggu 25 minit.. Ya lah dah sampaikan tunggu sahajalahkan. Kita akan diberikan nombor giliran... Kalau siap akan terpamerlah nombor giliran kita.. Akak dah rasa macam berada di bank atau klinik kerana bunyi yang hampir sama.. Maju bisnes Haji Samuri... 
Macam tidak ramai kerana pelanggan memilih untuk makan di luar dari 'food court'
Nampak tak nombor gilirantu 2996...
Perniagaan di Perhentian Awan Besar menghala ke Shah Alam ini ada dua tempat makan sedap..
Selain dari Sate Kajang Haji Samuri ada kedai Nasi Ayam Kampung A Hassan...
Memang agak lama akak tidak ke sini walaupun tempat ini bukanlah jauh sangat dari rumah...
Eh entri akak hanya berkisar pasal makan pulak akhir-akhir ini..

Comments

  1. satay samuri dah mahal skrg nie :(

    ReplyDelete
  2. acik yang dok Seremban pun tak tau ada makan bersilo tu zila..

    ReplyDelete
  3. kak dlm byk2 list akak ni lieya penah try no 3 ngan no 11 jek kak heheehehe... menarik plak tgk list jjcm akak nie...betul la kan kak...malaysia ni kaya dgn makan yg sedap2....

    sate samuri lieya takleh terima la kak....daging keras2....baik ayam baik daging...leiya suke sate yg ade lemak2 kulit sikit...baru hoooliauuuuu heheeheh

    ReplyDelete
  4. satay samuri skang nie makin kecik la kak..tp xtau la kalau kat kajang mcm mana..kat branch2 die dh halus dh..

    ReplyDelete
  5. Emmm macam sedap jer ... boleh pilih makan bersila pulak tu ye Cho Zila :)

    ReplyDelete
  6. Emmm macam sedap jer ... boleh pilih makan bersila pulak tu ye Cho Zila :)

    ReplyDelete
  7. lama tak makan satey hj samuri...

    ReplyDelete
  8. wahhh serata malaysia... kt kl mcm takde sgt je huhu

    kalu yg rajin JJCM mmg sesuai lah kan kak...
    aritu mkn sate hj samuri kt PD, sedap beso2 satenyer cuma kuah je kureng...harga pun berpatutan sgt

    ReplyDelete
  9. beli sate pun kena pakai nombor sekarang..hebat!!heheh

    ReplyDelete
  10. no.11 dan 15 saja dari list 20 tu yg saya dah pernah p, zila

    ReplyDelete
  11. Jauh² lah plak nak terjah. Tapi sate samuri dah biasa ☺

    ReplyDelete
  12. Malaysia memang kaya dengan makanan.mana pergi pun takkan mati tanpa makanan.hehe

    ReplyDelete
  13. dulu el keje kat gtown mmg sllu mkn mi goreng n roti telur tu..mmg sedap sgt..teringin lah pulak..dah lama x mkn huhuhu
    nasi ayam misai tu xpernah lagi..nti nak cuba

    ReplyDelete
  14. yg pling dekat nk gi pon teluk intan tu je la ;)

    ReplyDelete
  15. kat belah pantai timur tak termasuk ke? Atau mmg pantai timur takde makanan sedap kot. Hehe.

    ReplyDelete
  16. Ayam kampung Hassan tu pun sedap kak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts