Chang Puak Camp, Hatyai, Thailand

Selesai sudah cerita hari pertama kami di Hatyai...
Hanya ronda-ronda pekan Hatyai dan ke Pasar Terapung Klonghae...
Selepas ke Pasar terapungtu kami menyaksikan kemeriahan malam di pekan Hatyai...
Mungkin sebab bukan malam minggu terasa kurang sedikit kemeriahannya....
Akak sempat singgah berurut badan di hotel sahaja...

Keesokan harinya dengan cergasnya kami akan melawat tempat menarik di sekitar Songkhla...
Bersarapan di Restoran Salma juga berdekatan dengan hotel Grand Plaza...
Pemandu teksi yang akan membawa kami berjalan harini tiba tepat pada masanya...
Tempat pertama yang kami tujui ialah ke Kem Gajah atau Chang Puak Camp...
Tidak jauhpun dari pekan Hatyai hanya dalam 7km...
Bayaran masuk tidak dikenakan, tiket hanya untuk kita melakukan aktiviti sahaja...
Antara aktiviti yang ditawarkan di sini adalah
1) Menaiki gajah melalui kawasan kampung dan merentas sungai
2) Menunggang ATV
3) Menembak dan menggunakan pistol angin
4) Memanah
5) Bergambar bersama anak gajah
6) Urutan Thai

Harga untuk aktiviti yang ada di situpun boleh tahan juga harganya...
Jadi kami memilih untuk menaiki gajah itupun hanya untuk dik Ya dan Atikah...
Itupun sudah memadai kerana banyak lagi tempat yang ingin kami pergi...
Mari kita bergambar dulu di buaian yang unik ini...
Di belakang ada tempat untuk berurut juga tempat menunggu...
Kami sudah bersedia untu naik gajah...
Pengalaman pertama untuk mereka..
Sebenarnya dah banyak kali akak merancang ke Kuala Gandah Pahang..
Sampailah sekarang khabarnya di Kuala Gandah sudah tidak dibenarkan menaiki gajah lagi...
Jadi terpaksalah ke negara orang untuk merasai pengalaman ini...
Budak dua orangni memang teruja habis bila sampai sini...
Memang kegemaran diaorang untuk mencuba sesuatu yang baru...
Syukur kami pagi seawal pagi jadi tiada orangpun menunggu...
Perjalananpun bermula, bagaikan puteri raja sebabnya berpayung bagaikan..
Ruginya budak dua orangtu tidak membawa kamera sebab mereka kecil lagi.. 
Tapi ada gambar diambil oleh jurukamera pihak pengurusan yang kita kena beli...  
Perjalanan menaiki gajah memang dalam masa lebih kurang setengah jam...
Pengalaman yang berharga untuk mereka berdua..
Selesai naik gajah peserta akan di hidangkan dengan tembikai, nenas dan air mineral...
Juga tidak lupa gambar yang telah dibingkaikan kepada yang mahu membelinya...
Kami membelinya untuk kenangan gambar yang semasa dalam perjalanan...
Oleh kerana gembira sangat minta ibunya ambil gambar lagi di buaian ini...
Kalau tidak ibu suruh bergambar kemain payahnya...
Destinasi kami seterusnya ialah melawat tempat ibadah orang Islam dan Budha....

Tempat yang harus dikunjungi untuk merasai pengalaman baru ini.,...
Alamat : Karnchanawich Road antara Hatyai dan Songkhla
Masa : 8 pagi hingga 5 petang

Nampaknya akak tidak sempat berkunjung ke blog kawan-kawan sepantas selalu...
Tapi Insyaallah mesti sampai punyalah...

Comments

  1. betul tu, kat Kuala Gandah kita tidak boleh naik gajah dah...hanya melihat2 gajah dr jauh dan masa yang ditunggu2 adalah waktu memberi gajah makan betik dan tembikai...

    ReplyDelete
  2. nak naik gajah kat malaysia pun ade .. kat afamosa safari wonderland ...

    ari tu waktukami pi hatyai hujan je manjang mmg tak ke sini pun ... next time nk repeat naik keta sendrik plak ...

    ReplyDelete
  3. sis tak naik skali ke...
    i naik gak...
    kesian kat gajah tu kena tampung i hahhahahaha...
    dia lalu ala-ala kolam gitu...
    best gak ler, jakun lebih sbb tu 1st time i naik gajah lalalalalalalala...

    ReplyDelete
  4. salams ila

    best tgk dua beadik dapat naik gajah :)
    kalau pergi Pataya, gajah2 yg buat show pon cerdik dan bijak jugak....

    ReplyDelete
  5. beraninya dik ya n atikah...caiyok3x....

    ReplyDelete
  6. Ada budak yg tak berani naik gajah kalau mak/ayah tak ada
    Anak dara Zila boleh tahan juga tu. Tengoklah siap peace lagi:)

    ReplyDelete
  7. takut nya.hahaha .saya takut nak dekat dengan gajah sebab pernah kena baling batu dengan gajah..tu yang risau je kalau dekat dengan haiwan nih..

    ReplyDelete
  8. Kak, cemana experience berurut kat Hotel tu? Best ke tak? Biasa org kata kalo spa yg urut tak best. Saya suka gajah, tapi kalo terfikir nak naik gajah tu, saya mcm takut je.

    ReplyDelete
  9. berani nyer dua beradik tuh kak, kalu dana msti seram dh, msti mcm2 dh dlm otak pikir yg buruk2

    ReplyDelete
  10. ada yg kata naik gajah ni agak bosan ye? tapi klu sy mcm bestttt je pengalaman kan..cantik buaian tu kemain gabak kayu dia kan...

    ReplyDelete
  11. yup, kat Kuala Gandah tu dah tak boleh dah nak naik gajah nya..
    saya mmg teringin nak naik gajah....hihihih

    ReplyDelete
  12. Nice to know you.
    Wahhh..ada entri jalan2 kat sini..
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Seronoknya anak berdua dpt naik gajah. Mmg pngalaman berharga buat derang

    ReplyDelete
  14. seronoknya.bukan senang nak naik gajah tu...

    ReplyDelete
  15. Saya ni Kuala Gandah pun tak sampai lagi, Cho. Sayanglah anak-anak lelaki saya ni tak adventurous sangat hasil 'didikan' Mommynya yang penakut. Saya ni kalau nak bagi anak naik gajah sorang diri pun saya yang over-over takut! Nak naik berdua kesian pulak kat gajah walaupun besar bagak macam tu :)

    Lama sungguh saya tak jejak kaki ke Hatyai ni. Last sekali sebelum kahwin kot!

    ReplyDelete
  16. Kak, sayang kan. Kuala Gandah tu memang tak best dah... Sayang betul. Tapi saya pernah naik gajah waktu sya masih kurang berat dari sekarang. Di zoo negara jer...hehehehe.. Di Thailand, hubby dan anak saya naik gajah pusing keliling bandar di Pattaya. Lebih dari satu jam rasanya di situ.

    ReplyDelete
  17. Wahhh...bestnya naik gajah. Nak pujuk suamilah izinkan pergi sana sebab suami memang cerewet bab keselamatan anak2 dan isteri katanya tak selamat masuk selatan Thailand. Padahal sepupu sellau sangat pergi shopping kat sana.

    ReplyDelete
  18. Mereka berdua jer je ke yg naik gajah CZ....mama tak teringin nak try ke? Rugi tau! Kira lama juga ye masa naik gajah!

    ReplyDelete
  19. berani betul si kecik 2 org tu naik gajah

    ReplyDelete
  20. Tak sah kalo gi Thailand tak naik Gajah, ni lambang kebanggaan negara mereka....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts