Bebelan di hari khamis

Seronok rasa hati sebab harini akak kerja separuh harijer...
Akak nak balik kampung Insyaallah...
Walaupun tak semua adik beradik balik kampung  hati tetap gembira...

BEBELAN PERTAMA
Syukur selama 3 hari dua orang budak tinggal di rumah semuanya baik belaka...
Cuma akak kena pastikan sampai ke rumah sebelum ayahnya...
Untuk memastikan rumah dalam keadaan yang sedikit kemas..
Maalumler budak-budak dipesan seribu kalipun takkan kemas macam yang kita inginkan...
Pada akak bolehler asalkan diaorang tak buat benda bukan-bukan...
Tapi pada ayahnya, kalau tak kena di mata dia memang kena ceramah percumalah anak beranak...

BEBELAN KEDUA
Kalau kawan-kawan ingat lagi akak pernah cerita yang beg tangan akak dicuri,...
Antara isi dalamnya ialah kad untuk masuk tempat permainan di Giant Kinrara..
Beli untuk 11 kali masuk tapi tak pernah masuk walaupun sekali...
Semalam sengaja bertanya pada bosnya yang berasal dari Negara China..Akak atak nak cerita pasa
Katanya "No Problem, all in our system, we can search"...
Walaupun tempat permainantu taklah sehebat di kompleks membeli belah yang lain tapi bagus...
Ada sistem yang boleh melihat kembali data pelanggannya..
Yang penting bertimbang rasa kot idak rugilah duit akak...

BEBELAN KETIGA
Akak nak bercerita pasal MH370 tapi tak upaya nak mengungkapnya dengan kata-kata...
Lagipun ramai yang dah menulis tentangnya di blog dan laman sosial...
Cuma sebagai orang Islam kita kena percaya dengan Qada' dan Qadar..
Malam semalam melihat rancangan Tanyalah Ustaz Edisi Khas...
Akak memang tak reti nak mengulasnya cuma banyak benda baik yang boleh diperolehi...
Melihat tragedi itu dari sudut pandangan seorang Muslim....
Gambar dan ayat di bawah ini  ambil dari   Facebook Dr Zulkifli AlBakri
Segala teori konspirasi yang boleh membawa fitnah kepada mana-mana pihak termasuk agama Islam sendiri hendaklah dielakkan.

Dalam masa yang sama, saya juga menyeru kepada semua umat Islam untuk tidak mudah mempercayai apa yang dimomokkan oleh media Barat kerana ia mungkin bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Firman Allah SWT,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ ﴿٦﴾
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah al-Hujurat: 6)
Semoga kita semua mampu mengelakkan diri dari terjebak...

Panjang dah bebelan hari khamis akak... untuk cerita pasal xtvt dua orang budakni ke kelas membuat buku ceritatu mungkin lepas balik dari bercutilah.. Oleh kerana kerja sekerat hari nak habiskan kerja dulu. Mungkin blog ini akan hilang dari radar selama beberapa hari.

Comments

  1. hehe..
    suka ayat akak yg last tu ;)

    selamat bercuti!

    ReplyDelete
  2. selamat bercuti kak..

    ooo anak dara berdua tu dah bolrh tinggal sendirian kat umah ke?? bagus la camtu..

    ReplyDelete
  3. Seronoknyaaa akak nak balik kampung yer.... hehehehehe

    Saya setuju sangat2 dengan tazkirah akak.. Masalahnya, masih ramai yang belum sedar

    ReplyDelete
  4. sudah 3 hari tv9 menyiarkan rancangan2 berbentuk keagamaan dari pagi hingga ke malam..
    baguslah

    ReplyDelete
  5. amboi..pjg bebelan kamis kak ye..hehe

    sonoknya akak nk blk kg..
    semoga slmt semuanya..

    psl MH370..mmg terasa sgt kehilangnya kak...semua ni Qado dan Qadar kan

    ReplyDelete
  6. Selamat bercuti di kg akak ek..JM pun ada tgk rancangan edisi khas ni smlm :-)

    ReplyDelete
  7. betul tu kak
    percaya Qada dan Qadar
    xpayah nak pikir yg bukan2
    ini jugak dpt muhasabah kan diri kita lagi tuk dekatkan diri dgnNYA

    ReplyDelete
  8. ok..kiter layan bebel hari ni :)

    ReplyDelete
  9. Selamat bercuti zila.. hati hati dijalanraya ;)

    ReplyDelete
  10. bestkan dpt membebel kt blog.
    release tension jap.. hahaha

    selamat balik kampung kak~
    jelesnyeee~

    ReplyDelete
  11. semua ada perancangan dari ye..bag hilang, pesawat hilang. qada dan qadar. kalau tak redha, tak baik.

    selamat bercuti ye.

    ReplyDelete
  12. 1. Alhamdulillah anak-anak dara selalu boleh behave Zila...

    2. Kalau macam itu boleh tak trace siapa yg guna kad itu? Mana tahu itulah pencurinya..

    3. Apa yg perlu sekarang teruskan doa kita buat MH370.

    ReplyDelete
  13. hahaha.. akan hilang radar yer... kemana tu..

    ReplyDelete
  14. blog pn ilang dr radar ye..hehe

    ReplyDelete
  15. haruslah diluahkan bebelan itu..baru lega hati,kan..

    ReplyDelete
  16. hihihi...takpe Kak, bebelan akan ni kami suka nak baca...hehe..
    selamat balik kg ye...:)

    ReplyDelete
  17. Bestnya blk kg.drive carefully..take care kak

    ReplyDelete
  18. Banyak perkara terjadi semenjak dua nie.. moga kita lebih dekat dengan yang Maha Pencipta aminn.. :D

    ReplyDelete
  19. memang misteri betul kemalangan MH370 ni..moga cepat-cepat ketemu kota hitam untuk mendapatkan jawapan yang pasti.

    ReplyDelete
  20. Cho, ni dah masuk dalam radar balik ke belum? Susah nanti nak detect kalau asyik hilang dari radar :)

    Sebagai seorang Muslim seharusnyalah kita percaya pada qada dan qadar Allah walaupun dugaan yang datang maha berat. Bukan kita bercakap semudah ABC kerana tak kena pada diri sendiri tapi bila melihat ada di antara keluarga mangsa yang tabah menghadapi dugaan, kita pulak yang rasa sebak.

    ReplyDelete
  21. Bertahanlah buat semua yang terlibat dalam operasi SAR dan bertabahlah buat semua keluarga mangsa.. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka semua..

    ReplyDelete
  22. Mgu lepas sy keje 3 hari je. 5 hari lagi cuti. X sihat. Ni pun rs lain mcm je. Mb faktor cuaca kot.

    ReplyDelete
  23. Mgu lepas sy keje 3 hari je. 5 hari lagi cuti. X sihat. Ni pun rs lain mcm je. Mb faktor cuaca kot.

    ReplyDelete
  24. Belum cukup banyak tu membebel CZ hehe....sebab okje baca pun belum penat hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts