Dapat duit dan dapat balik rumah

Entri kali ini panas lagi sebab barujer berlaku... Tengahari tadi pergi ke sekolah anak-anak sebab nak ambil duit bantuan RM100 di kelas masing-masing. Semalam dah boleh ambil tapi tak sempat.. Jadinya malam semalam dua orang budaktu bising katanya kawan dia boleh balik lepas emak atau ayah diaorang ambil duit.. 

Akak suruh diaorang tunggu sampai petang mana diaorang nak terus ikut akak balik... Jadi sekarangni tengah bergembira tengok cerita Indonesia dengan nenek diaorang.. Nak cerita masa tengahari tadi tengok perangai budak-budak darjah satu, ramai juga yang menangis nak masuk kelas. Rasanya dalam tiga orang, yang sorangtu bergayut kat badan emak dia sambil menjerit "orang kata tak nak sekolah". Kuat pulaktu mak dia sabarjer nampak 'cool' sangat. Yang sorang lagi cikgutu suruh emak dia balik dulu. Yang kakaknya menangis tak nak sekolah dan yang adiknya pulak menangis sebab nak tinggalkan kakak dia. Ala tragis gak yerk... Yang sorang lagi menangis tapi duk belakang ayah dia. Dua lelaki dan seorang perempuan...

Rasa bersyukur gakler dik Ya dalam dia kata tak seronok sekolahtu, suruh pergi sekolah okjer. Cuma dia rasa tak best macam sekolah tadika dulujer. Akak tanyalah dia takkan tak seronok langsung sekolah kebangsaanni dik Ya.. Dia kata sikitjer seronok. Apa yang sikittu... Dia jawab "masa rehat sebab dapat jumpa kawan tadika dia yang kelas lain". Akak tak sangka bendani jadi kat dik Ya sebab akak tengok dia senang berkawan berbanding dengan kakak dia. Sekali masuk sekolahni pulak dia jadi tak pandai nak berkawan.. Harap sebulan dua nanti dia dapat jumpa keseronokan untuk bersekolah..
Gambar masa pergi Jusco Equine lama dah.. 
sebab motor di sini macam robot dia gagah juga nak naik..
Tapi tengokler kakipun dah panjang... suka hatilah dik Ya... 

Comments

  1. lama2 ok la tu kak..insyaAllah..amik masa sikit bab camni, nak sesuaikan diri..

    ReplyDelete
  2. Nnti lama2 ok la tu... mula2 jer tu... ambk mood kata org...

    ReplyDelete
  3. kak, sekolah along pon amik duit harini jugak..ze takde la nak pegi..soh ayahnya amik..heheheee

    takpe kak, lelama nanti dik ya akan biasa la tu..blom sampai sebulan lagi ni..

    ReplyDelete
  4. Baru2 belum seronok lagi kak. Nanti dah lama sikit, ok la tu

    ReplyDelete
  5. Sikit je seronok..jawapan yg kelakar..hehhee..biasalah kak budak2..nak adapt ngan bende baru..lama2 sok okayh la tuh..;)

    ReplyDelete
  6. skolah anak ayu khamis baru amik bantuan rm100 tu. akak.. baca part yg budak nangis tu sejibik cam anak ayu si echa tu. alhamdulillah, minggu ni dah ok tak nangis lagi. mmg kami sgt 'sabar' dan ''cool' sesgt. hehe...

    ReplyDelete
  7. Cepat tu bg duit rm100..swkolah kami blm lagi.. macam2 ragam budak sekolah ya.. haha.. kelakar

    ReplyDelete
  8. Nnt ok lah tu kak. Janji dia tak nangis. Saya pon bersyukur sbb kimi tak der masalah nak gi skolah. Cuma susah sket nak kejut bangun pagi.

    ReplyDelete
  9. sonok la lps amik duit blk umah..
    mmg itu yg ditggu2 ye..hehe..
    alhamdulillah...dik ya tk nanges gi sek..

    ReplyDelete
  10. ahahah...mcm2 ragam kan..budak2 tak nk sekolah tu...

    ReplyDelete
  11. lama2 nanti ok lah dik ya tu kak..

    hehe..macam2 ragam ye kak..^^

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah, lama2 nnti oklh tu...biasalah situasi baru n lagipun mrk dh xboleh main2 mcm masa tadika...displin dh lain...he3x....

    ReplyDelete
  13. alahaiii. hehe. cian mak dia.. hehe. mcm2 la kan budak2 ni.

    ReplyDelete
  14. CEPATNYA DAH DPT DUIT. KAT SINI TAK DAPAT LAGI.

    ReplyDelete
  15. CEPATNYA DAH DPT DUIT. KAT SINI TAK DAPAT LAGI.

    ReplyDelete
  16. Risau pulakkite time anak mzsuk sekolah darjah 1 nanti, tadika ni ok, hopefully nnti pun ok la. Sian jugak mak budak yg berpeel kan, kesabaran diuji depan khalayak..huu..

    Good luck dikya, lama2 ok lah tu :-)

    ReplyDelete
  17. Sama dengan anak kedua akak ni Zila... payah benar nak dapat kawan... hendak juga kawan sama tadikanya...

    ReplyDelete
  18. Ank sy pun kata x seronok sklh dan tadika. Dok umah lg best.

    ReplyDelete
  19. Kyra nt cmne la thn dpn..risau jgk ni..dik ya xpe lg ada kakak sama srkolah..kyra pun sama klu xde kwn sure dia x seronok..huhu

    ReplyDelete
  20. mg nanti dik ya dapat biasakan diri...belom kenal belom mesra kan..nnt lama lama..ok le tuu

    ReplyDelete
  21. dulu anak sy pon masa darjah 1 cam tu...mcm xde kawan. time rehat beli makanan, then ke kedai buku makan kat situ sebab datuk dia ada kat kedai tu. skrg ni menggelupur suruh hantar sekolah cepat...

    ReplyDelete
  22. Lama2 nanti OK lah kot.. mula2 mmg dia rasa tak seronok sbb perubahan persekitaran kan...

    ReplyDelete
  23. Dah hampir sebulan sekolah masih ada yg dok nangis lagi eh...alahai...

    Sekolah anak pon sama ambik duit anak2 balik sekali ibubapa tapi masa ambik duit 11-2pm...Hikram marah kenapa mama lambat. Sebab saya sampai dah ekat pukul 2 kejar train kejar bas balik rumah.

    ReplyDelete
  24. Anis punye dpat hari Khamis nih.. hehehe

    ReplyDelete
  25. siannya die ya..harap lama2 nnti dpt biasakan diri n tmbah kawan ramai k..saya pon sbnrnya risau gak anak start darjah 1 tahun dpn..yekla, sek kebangsaan mesti byk beza dr sekolah tadika kan..huhu

    ReplyDelete
  26. takpe, lama2 nanti okla tu... amik masa jugak kot nak suaikan diri...ngan kwn2 baru

    ReplyDelete
  27. Mcm2 ragam budak sekolah sekarang ni..
    InsyaAllah mudah2an dik Ya dapat sesuaikan diri

    ReplyDelete
  28. mula memang gitu...lelama mesti ok bila dah ader geng...nanti dia seronok sangat pi sekolah..

    ReplyDelete
  29. mmg payah bile anak kata xnak sekolah. sy ni masih kena memujuk anak setiap pg nak gi sekolah.

    ReplyDelete
  30. kat utara wang bantuan rm100 baru nak diberi minggu depan..
    sementara nak dapat kawan, biasalah depa tu. lainlah kalau ada geng setadika, sekampung, sesaudara...

    ReplyDelete
  31. Nasib maunya dia bersekolahkan CZ...kalau tidak mama kena bertapa duk sekolah hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts