Sate Kajang Taman Wawasan Puchong

Selepas berjogging di Taman Wawasan akakpun menjalankan misi mencari tempat sate yang dikatakan sedap di blog ini :- puchongcarimakan.blogspot. Berjaya juga misi akak untuk merasa sate yang memang diakui sedap oleh akak sekeluarga dan semestinya menjadi pilihan kami selepas ini.
Harga sate dia ok mahal gak tapi besarlah.. rasanya kalau rasa sedap oklah puas makan... Tolong promosi kedai orang melayu kitakan... Paling best ketupat dia masih tradisi macam ini, anak akak memang suka ketupat...

Inilah rupanya satenya....

satay kajang taman wawasan
waktu operasi : 4petang - 11malam

Macamana nak pergi? Kalau dari IOI Mall masuk simpang sebelah kiri arah Taman Wawasan(simpangtu depan Tesco Puchong). Jalan terus sehingga nampak simpang tiga yang ada lampun isyarat, sebelah kanan ada taman rekreasi dan masuk sebelah kanan itu. Selepas taman rekreasitu himpit ke kanan dan nampak satu lagi lampu isyarat dan masuk simpang kanan itu.. Kedai satay itu terletak di di depan Restoran Hasbuna, memang boleh cari punya...

Comments

  1. jauhla puchong dr rumah saya, hihi, ambik bau jelah..

    ReplyDelete
  2. haishhh...ngidam sate plak kang... hheee

    ReplyDelete
  3. huhuhu.. malam td ckp ngan angah nak makan sate.. dia cakap tunggu kaki angah baik.. huhuhu.. nak beli sendiri la gamaknya..

    ReplyDelete
  4. hahahhahaha... sate mmg feveret... huhuhu..

    yep... selalu jumpa pakai ketupat segera je...

    ReplyDelete
  5. Mlm ni gak nk mkn sate kajang!hihi..cemburukan kamu,ewahh~

    ReplyDelete
  6. ohhh...dah lama jugak saya tak makan satay..

    ReplyDelete
  7. ida kalau pegi kajang.. selalunya singgah makan sate kat sate mas...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts