Perempuan Berkalung Sorban

Akak tertengok cerita ini di saluran Indopek 142 tak silapnya dan tiba-tiba terasa nak tengoknya sampai habis. Rupanya punyalah ketinggalan akakni ceritani agak femes dan banyak dapat anugerah kat Indonesia dalam tahun 2009 patutlah sedap gak jalan ceritanya.

Latarbelakang kisah ini adalah pada tahun 80-an tentang Anissa yang merupakan anak kepada pengasas pesantren (sekolah pondok)Kyai Hanan yang tradisional dan konservatif di timur Jawa. Semasa Anissa kecil dia selalu ingin menjadi seperti abang-abangnya yang dapat belajar menunggang kuda namun dia dilarang hanya kerana dia perempuan.

Anissa dapat juga belajar menungang kuda secara senyap-senyap oleh saudara lelaki sebelah ibunya iaitu Khudori. Namun Khudori yang selalu melindungi dan berfikiran terbuka itu juga telah meninggalkan Anissa kerana menyambung pelajarannya ke Al-Azhar, Kairo. Maka setelah Anissa dewasa semakin kuat rasa hati dia ingin keluar dai pesantren tersebut dan mendapat tawaran belajar di Jogjakarta. Namun lain kisahnya dia akhirnya dijodohkan dengan anak seorang lagi pengasas pensantren dengan harapan Anissa akan jadi lebih "perempuan".

Masani kesian tengok Anissa diperlakukan bukan seperti isteri tapi lebih kepada hamba seks dan ini dibenarkan atas dasar wanita mesti melayan suami dengan baik walau apapun keadaan. Yang penting ceritani memang bestler jugak, boleh layan macam cerita Ketika Cinta Bertasbih. Kalau cerita Ketika Cinta Bertasbih tidak memerlukan adengan ranjang hatta berpegang tangan sekalipun kenapalah cerita Ombak Rindu perlu adengan yang agak hot! hot! yang membuatkan akak tak ingin bawak anak pergi tengok wayang, oppps lari tajuk....
Terbaca ulasan dari Dr Mohd Asri Dr Mohd Asri tentang Perempuan Berkalung Sorban dan kritik sosial..

Sebenarnya akak teringat zaman 80-an dulu walaupun tidaklah seteruk cerita Perempuan berkalung sorbanni tapi begitulah. Anak perempuan selalu dipinggirkan maka ayat "anak perempuan kalau belajar tinggi-tinggipun nanti duduk ceruk dapur gak" memang jadi ayat power. Nasiblah bapa akak tidak berfikiran sedemikian tapi orang kampung memang berfikiran begitu. Kalau anak lelaki buat salah tak apa tapi cuba anak perempuan buat salah walaupun kecil tapi macam dah nak kiamat dunia.

Apa juga yang akak dapat dari sini ialah sebagai orang tua kita kena memikirkan pendapat anak-anak supaya perkembangan anak dapat dilihat. Ibu bapa mesti ada rasa hormat dengan kemahuan anak-anak, tidak semua yang orang tua fikirkan adalah yang TERBAIK untuk masa depan anak-anak...

Lagu yang menjadi OST Filem Perempuan Berkalong Sorban oleh Siti Nurhaliza :-sedap gak laguni yerk....

Comments

  1. citer nie mmg best kan...pnh gak tgk mse indopek bg free dlu...sgt2 best la...pastu mse raya aidiladha ade ulang blk tp x smpt tgk..rugi...sama best ngn cerita ketika cinta bertasbih :)

    ReplyDelete
  2. lya x pnah tau ada citer ni...klo ada siarannya..msti tgk nnti.. drama k citer b'episod atau filem??

    ReplyDelete
  3. Lieya pun tak tau menau pasal cite nie...menarik gak nie.....lieya skrnag ni dah jarang tol tengok cite drama2 nie...tentang dhia tu pun terjebak....takleh tinggal laa dah hah bile sekali dah tertengok kikikiki

    ReplyDelete
  4. kalu kt astro tu mmg la x dpt tgk

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang movie indon unsur-unsur macam ni lagi banyak msg nak disampaikan..

    ReplyDelete
  6. xpenah tgk citer nie tp penah dgr tajuk citer nie..=)

    ReplyDelete
  7. as salam...
    sihat ke..
    cerita ni mesti best tapi ucu xde saluran indopek...

    ReplyDelete
  8. terima kasih sbb sudi menjengah ke teratak saya.. heee..
    waa.. sy mmg xd indopek ni.. best ek cite ni?slalu tgk kat rumah mil je kalau indopek ni..

    ReplyDelete
  9. bunyi nyer mcm besh je cerita ni..pernah dengar tp cam tak perasan cerita dia..hmm kena tgk nehh...

    ReplyDelete
  10. salam perkenalan!
    terima kasih drop by di blog saya ye...

    ReplyDelete
  11. nasib baik parents sy tak macam tuh akak. dorang open je kalau nak further study.

    ReplyDelete
  12. pernah tgk beberapa bulan dulu kat TV Alhijrah... byk cerita2 indon islamic.. byk pengajaraan dari ceritanya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts