ibu mertua vs emak sendiri... Raikanlah hari ibu

Minta maafler terlambat mengucapkan selamat hari ibu kepada siapa juga yang bergelar ibu@emak@mama@ummi@mummy@ apa juga yang seumpamanya. Semoga sambutan hari ibu ini menyemarakkan semangat untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang TERBAIK demi masa depan yang lebih gemilang.

Terima kasih untuk emak akak yang tercinta Hajjah Asiah binti Haji Kamaruddin yang telah melahirkan dan membesarkan dengan penuh kasih sayang. Sebenarnya tiada apa juga yang dapat membalas jasamu itu wahai emak namun anakmu ini berjanji akan sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untukmu selalu. Juga terima kasih untuk ibu mertuaku Hajjah Asnah binti Ahmat yang sentiasa memberikan kekuatan dan semangat untuk menantumu ini juga terima kasih kerana menerima kekurangan yang ada pada diri ini.


Kek sambutan hari ibu yang dihadiahkan oleh Mira kepada ibunya yang tercinta Ateh namun akak dan ibu-ibu yang lain tumpang sekaki mengambil gambar.


Ini gambar kami meraikan hari ibu bersama dirumah moyang 2A tapi tak semuapun yang ada cuma ada ibu mertua ku Puan Asnah(yang memakai baju warna meroon), nenek Fatimah, Ateh dan belakangtu akakler, Mak Usu dan adik ipar Suzana.


Inilah ibu akak yang tercinta bersama dengan apak,adik lelaki, adik bongsu perempuan dengan cucu-cucunya yang tercinta dan terselit juga bibik rumah adik akak. Gambar pada tahun sudah di rumah adik lelaki akak di Bukit Jelutong, Shah Alam.


Inilah akak ngan 2A yang tercinta di depan bangunan Majlis Bandaran Ipoh yang lama. Begitu merindui bandar Ipoh walaupun dah berhijrah ke sini sekian lamanya..

Comments

Popular Posts