Untukmu Adam Lutfi

First time saya sampai ke Great Eastern Mall di Jalan Ampang pada hari sabtu yang lepas bersamaan 14/11/2009 semata-mata untuk mencari sesuatu yang istimewa buat Adam Lutfi anak sulung kepada Zaki dan Huda yang selalu menitipkan souveniar kepada 2A setiap kali pergi ke mana-mana. Kemungkinan kerana mereka telah berkahwin pada tahun 2003 dan tidak mempunyai anak lagi 2A pasti akan dapat pelbagai hadiah dari Zaki dan Huda seperti teddy bear, baju, coklat dan macam-macam lagi.
Jadi suami saya seperti ingin menunaikan hajat dia yang telah disuarakan kepada saya semenjak Huda belum mengandung lagi ingin menempah sarung bantal untuk anak mereka. Syukurlah setelah beberapa tahun mencuba untuk mempunyai anak sendiri kehadiran Adam Lutfi pastilah sesuatu yang istimewa kerana Adam juga merupakan cucu sulung untuk kedua-dua belah pihak keluarga. Mengikut perancangan 21/11 ini nanti akan berjalan majlis aqiqah dan cukur jambul untuk Adam Lutfi.
Berbalik kepada cerita ke Great Eastern Mall tersebut kami tiba lebih kurang pukul 11.00 pagi namun kedai yang ingin ditujui itu masih lagi belum dibuka. Kami terus singgah ke kedai MPH yang sudah pasti meriangkan 2A disebabkan Atikah memang suka dengan buku-buku dan Azalia selalunya mengikut sahaja perbuatan kakak dia. Lebih kurang 11.30 kami keluar dari MPH dan kedai tersebut masih lagi bertutup, hati dah cuak semacam rasanya. Nasiblah selepas saya keluar dari tandas kedai tersebut telah dibuka kalau tidak rasa macam sia-sia rasa teruja saya untuk pergi ke kedai tersebut.
Kenapa kami memilih hadiah sebegini sedangkan banyak lagi hadiah untuk bayi baru lahir terdapat dimana-manapun baik di internet @ pusat membeli belah? Apabila mendapat hadiah bantal dari adik ipar saya SUZANA untuk Atikah, kami begitu mengemari bantal tersebut. Bukan sahaja kami bahkan kebanyakan ahli keluarga suami saya memiliki bantal yang ditempah dari kedai ini kerana selalu dijadikan hadiah harijadi.
Inilah kedai yang kami cari-cari itu :-

Cotton Picking Craft & Design, Lot 10, Level 2 Great Eastern Mall, No. 303 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Namun dalam seronok dapat menempah bantal untuk Adam Lutfi ada perasaan terbuku di hati dengan sikap tidak profesional staf yang bertugas. Entahlah mungkin kami hanya insan yang biasa-biasa tak gaya orang kaya maka layanannya memang kalau tak berkehendak sangat pasti tak jadi urusan hari itu. Sudahlah masuk tak bersambut, lepastu dah tercegat lama disitu langsung tak ditegur, sekurang-kurangnya bertanya "apa yang boleh saya bantuker". Puan Jamilah tolonglah tengok-tengokkan masalah ini, kedai bukak lambat sedangkan kedai lain dah boleh menjana untung beribu pagitu dan layanan yang memang tak mesratu memang mengecewakan.
Namun demimu Adam Lutfi kami gagahi jugak untuk mengambilnya kembali dalam jangkamasa 3 minggu dan tak dapatler kami menyerahkannya pada majlis cukur jambulmu nanti (salah kami lambat membuat tempahan). Dan yang pasti Atikah jugak akan dapat sarung bantal yang baharu kerana sarung yang adatu dah rupa balut belacan. Dalam rasa geram itu tempah sampai dua pulak, kalau layan lebih sikit mesti rasa cam nak tempah bantal untuk diri sendiri. Fikir-fikirkanlah usahawan bumiputera.

Comments

Popular Posts