Doa2 untuk Memohon Mendapatkan Anak..

Ini adalah himpunan doa yang akak amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Akakni tergolong insan yang lambat kahwin dan pastilah keinginan untuk memiliki cahaya mata itu adalah satu perkara yang menjadi keutamaan. Namun kuasa Allah pastilah tidak sama dengan kehendak kita dan seharusnya kita patuh dan mengerti setiap kejadian ada sebabnya.

Akak nak bercerita sedikit kisah-kisah lampau yang menjadi satu memori yang sentiasa terpahat disanubari. Selepas setahun setengah berkahwin akak di sahkan hamil dan inilah berita yang ditunggu-tunggu selama ini oleh ahli keluarga kedua-dua pihak. Namun takdir yang menentukan bahawasanya akak hanya dapat bersama dengan dia selama 33 minggu dalam kandungan. Akak masih ingat saat2 sedih itu..14/02/2003.. klik sini:- bayi-mati-dalam-kandungan

Selepas setahun setengah lagi akak disahkan menggandung dan kandungan kali ini akak berusaha menjaganya supaya tidak mengulangi saat2 duka ini sekali lagi. Namun Allah maha berkuasa akak keguguran semasa kandungan berusia 3 bulan. Semasa itu akak takut sesangat dan merasakan apakah akak tidak akan memiliki cahaya mata sehingga akhirnya.

Kandungan akak yang ketiga pulak memang tidak disangkakan namun disahkan gugur juga semasa kandungan baru berusia 4 minggu. Walaupun kesedihan ini terus berulang namun akak teruskan berdoa kerana tanpa berdoa kepadaNYA, kepada siapalah kita berharap. Hanya Allah yang tahu yang terbaik untuk kita dan kita harus sedar tentang itu.

Ini adalah sebahagian doa yang akak amalkan. Doktor di PPUM sendiri (hatta dia bukan beragama Islam) semasa akak bertanya kepada dia " apa yang saya boleh buat doktor", dia kata banyakkan berdoa kerana katanya doa akan dapat menerbitkan fizikal dan mental yang bersih dan suci sebagai persediaan menjadi seorang ibu.

(1) DOA NABI ZAKARIA MEMINTA DAPATKAN ANAKSurah al-Imran: ayat 38
"Rabbi habli min ladunka zuriyattan thaibatan innaka sami nguddoa"
Ertinya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau maha mendengar (menerima) doa..

(2) DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAKSurah Anbiyak : ayat 89
"Rabbi la tazarni pardan wa anta khairulwarisin"
Ertinya : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian walhal Engkau sebaik-baik waris..

(3) DOA NABI IBRAHIM DAN NABI ZAKARIASurah Maryam : ayat 5
" Wainni khiftul mawaliaminwaraaai wa kanatim raa ti ngaqiran pahabli minladunka walliya"
Ertinya : Sesungguhnya aku takut akan orang2 yang akan menjadi wali sepeninggalanku (iaitu orang-orang yang jahat) sedangkan perempuanku mandul, sebab itu berilah aku seorang wali (anak) dari sisiMu..

(4) DOA MEMOHON JODOH DAN KETURUNANSurah al-Furqan : ayat 74
"Allahumma rabbana hablanamin azwajina wazurriyatina qurrata ak'yunin wajangalna lil muttaqina imama "
Ertinya : Ya Allah! Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri dan anak keturunan yang menjadi cahaya mata dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang yang bertakwa.
Lihatlah kebesaran Allah, dalam susah sangat nak mengandung akhirnya akak melahirkan anak setahun sekali. Atikah mendapat adik semasa dia baru berumur 18 bulan sahaja. Syukur kepada yang maha Esa..

Oleh itu daripada kita mencari siapa yang salah atau silap cuba amalkan doa2 ini dan mohonlah dengan hati yang lapang supaya Allah mengabulkan doa kita. Cubalah bangun di tengah malam dan tunaikanlah solat hajat dan solat taubat dan berdoalah bersungguh kepada Allah dan hendaklah kita letakkan sepenuh kepercayaan bahawasanya hanya Allah jua yang dapat membantu kita..

PERINGATAN ini untuk akak juga sebab akak ini selalu ingat2 lupa hal ini, mungkin itulah sebabnya Allah turunkan sedikit kesusahan kepada akak supaya akak selalu berdoa. Ini kerana apabila akak senang sedikit, doanya pun semakin sedikit. "Ampunkanlah aku ya Allah!! akuni sering leka, padahal sekiranya aku meminta kepada Mu pasti Engkau tunaikan. Aku mohon macam2 namun hubungan aku dan Engkau tidak menggambarkan permintaanku. Ampunkanlah aku ya Allah yang maha pengampun lagi maha pengasihani."

Tetapi akak nak ingatkan carilah ayat-ayat itu dalam tulisan jawinya supaya pembacaannya jadi lebih lancar.. carilah ayat2 ini di dalam al-quran dan buku2 doa juga ada. Kita hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan..





Comments

  1. tima kasih kongsi doa2 nih...
    wpon br lps bersalin mungkin akan berguna ms akan dtg kan....rezeki ni kan di tangan tuhan....

    ReplyDelete
  2. Info yg bagus, untuk dapat anak kembar xde ke...

    ReplyDelete
  3. salam cho zila. salam kenal. thanks kerna sudi sggh umah kita tu. kita tukar2 link ye.

    cho, bila baca cerita n pengalaman cho ni..buat kita rasa sedih dan terharu sgt lah. tumpang rasa sedih atas apa yg pernah cho alami dulu. dan rasa besarnya kekuasaan Allah, bila cho ceritakan yg cho berjaya hamil..setiaptahun gitu! syukur!

    tq sbb share doa2 tu. insyaAllah, kita juga berusaha...

    dan apa yg cho rasakan tu dulu..sedang yong rasakan sekarang..

    ReplyDelete
  4. suke lieya akak sudi share doa2 ni...lieya dah print pun sebab nak bagi kat kawan2 yg tak dikurniakan anak lagi....thanks byk2 yeak sebab sudi share info yg amat2 bergune nieh

    ReplyDelete
  5. wah, bagus la info nih, thanx sudi sharing n caring yek

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing...
    sesungguhnya Allah Maha Berkuasa..

    ReplyDelete
  7. best info nih.. tu la anak anugerah tak ternilai.. dan hargailah ia... syahdu baca entry nih.. utk anak sanngup buat apa saja...

    ReplyDelete
  8. slm cho zila...thanks jengah umah zana yerk....
    thanks share doa2 yg amat berguna nie....
    zana pun jenis susah nak mengandung....2 kali keguguran...
    tp alhamdulillah, allah kurniakan permata dlm hidup kami....batrice pun dah 2 tahun....teringin nak bg adik kat dia....

    ReplyDelete
  9. Assalam..

    Terima kasih kongsi pasal doa2 nie..

    InsyaAllah nak amalkan doa2 nie..

    ReplyDelete
  10. Berat jugak dugaan akak demi mendapatkan zuriat..

    Mudah2an dengan doa ni, Myra pun akan beroleh cahaya mata jugak..
    Amin.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts