Masjid dan Makam Nabi Musa

Selamat tinggal kota Baitul Maqdis....
Masjid Nabi Musa berada dekat dengan sempadan Jordan mungkin juga kawasan Jericho.
Sebelum bas membawa kami ke sempadan maka rombongan kami singgah...
Masjid Nabi Musa terletak di pergunungan Nebo, satu kawasan setinggi 187 meter dari paras laut...
Perjalanan menuju Gunung Nebo melalui bukit-bukit dan gunung pasir...
Keadaan persekitaran begitu gersang, sepi, hening dan tandus...
Tidak banyak kenderaan atau hampir tiada yang lalu lalang ....
Adik akak memimpin emak untuk masuk ke Masjid Nabi Musa...
Sah lagi benar kami masuk ke Masjid dan Makam Nabi Musa...
Ini di depan pintu gerbang untuk masuk ke kawasan masjid...
Musa atau Moses, nabi dan rasul yang mempunyai tongkat sakti, diberi pelbagai jenis mukjizat yang nyata, diberi kelebihan untuk Kalamullah, mampu membelah Laut Merah dan berjaya mengalahkan kerajaan Firaun yang sesat. Perpindahan Nabi Musa a.s bersama pengikut yang setia ke Palestin menjadi titik permulaan bangsa Israel mendiami tempat baharu, masuk ke tanah Palestin seperti yang diperintahkan oleh Allah swt (sila rujuk entri Kisah Tanah yang Dijanjikan). Kisah Moses ini menjadi kunci utama dalam pemahaman kitab Torah kaum Yahudi, bagaimana Moses menerima perjanjian di atas Gunung Sinai dan seterusnya menjadi inspirasi dalam Bible, perpindahan suci (Exodus) Moses bersama pengikut menerusi Laut Merah yang terbelah dua. Nabi Musa antara nabi yang dikurniakan dengan kitab, iaitu kitab Taurat (Torah) . 
SUMBER :- Perkongsian Nabi.
Ini diperkarangan Masjid Nabi Musa...
Yang di lapik hijautu adalah telaga...
Dikatakan dulu telaga ini adalah untuk kegunaan jemaah haji Palestin...
Pemandu pelancong kami sempat bersolat sunat  di Masjid Nabi Musa ini..
Makam Nabi Musa berhampiran dengan ruang solat...

Di sinilah makam Nabi Musa...
Makam bukan bermakna kubur...
Antara makam yang meninggalkan kesan di hati emak akak..
Mungkin di sini tidaklah perlu kami diperiksa oleh tentera Israel lagi...
Lagipun tempatnya lebih elok tidak perlu turun naik tangga...
Alahai manjajer gambar emak akak dengan anak dan menantu...

Habis sudah kisah akak di bumi Palestin...
Kami menuju ke bumi Jordan yang juga banyak sejarahnya..
Semoga akak dapat datang lagi ke sini suatu hari nanti...
Urusan kami di sempadan sangat mudah tidak seperti kami datang dulu..
Semuapun senang ... terima kasih untuk pemandu pelancong kami ....

Comments

  1. beruntungnya akak dh sampai ke sini... kenapa agaknyer ye tak ramai yg ke situ kak?

    ReplyDelete
  2. kena berasak2 ke dalam tu kak?/tengok tempat dia macam luas..

    ReplyDelete
  3. nmpk mak akk macam enjoy sikit ni boleh takpa gambar manja2.hehe Alhamdulillah seronok dpt melawat Malam nabi n nenyingkap sejarah

    ReplyDelete
  4. seronok bc n tgk gambar2 semua ni kak
    mmg folow cite akk ni hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts