Pengalaman Pertama Kali Bersembahyang di Masjid Aqsa

Saat yang dinantikan sudahpun tiba...
Sepanjang perjalanan ke hotel pemandu pelancong bercerita...
Banyak benda yang dikongsikannya bersama kami...
Memang tidak jemu mendengar dia berceloteh...
Alangkah hebatnya orang di sana yang diberikan ujian oleh Allah...
Kitani baru diuji disempadanpun merungut ...
Bayangkanlah kehidupan mereka sehari-hari...

Kami dihantar terus ke 'Jerusalem Metropole Hotel'..
Kedudukan hotel berdekatan pintu gerbang "Lion Gate" untuk masuk ke Masjid Aqsa...
Seronok dapat masuk bilik sebabnya sehari suntuk tidak mandi...
Bayangkanlah dari Kuala Lumpur sampailah tiba di hotel kami semuani tidak mandi lagi...
Waktu Palestin pulak adalah 5 jam lewat dari Malaysia bermakna lebih 24 jam kami tidak mandi..
Nasiblah cuaca di sana sejuk jadi bau badan tidaklah berapa ketara sangat... ha... ha..
Semuapun turun dari bilik awal takut ketinggalan untuk bersembahyang di Masjid Aqsa...
Sebelum pemandu pelancong sampai kami semua sudah berkumpul....
'Lion Gate' hanya terletak lebih kurang 500 meter dari hotel..
Nampak tak yang macam kubu tu dan ada pintu yang itulah 'Lion Gate'
Bangunan yang ada bendera itu adalah Balai Polis...
Gambar ini diambil berhampiran dari hotel kami...
Sebelum sampai ke Masjid Aqsa akan melalui jalan yang bertangga seperti ini...
Tidaklah sesukar mana tapi sebab bertanggatu memang mencabar sedikit untuk yang berkerusi roda...
Di kiri kanan adah penempatan penduduk Islam juga ada kedai barang keperluan.....
Oleh kerana mak akak berkerusi roda terpaksalah hero-hero mengangkatnya...
Kerjasama dari ahli rombongan adalah sangat mengagumkan...
Keluarga kami sangat menghargai kerjasama semua yang senang dan susah sama diharungi...
Akhirnya sampailah ke simpang untuk ke Masjid Aqsa...
Lebih kurang seratus meter ada tentera yang berkawal...
Oleh kerana kami datang dengan pemandu pelancong tiada apa soalanpun ditanya pada kami...
Selepas keluar dari pintu masuk dikawal itu kelihatan kanak-kanak Palestin bermain bola sepak...
Nampak riang ria dimata akak walaupun kehidupan mereka siapalah yang tahukan...
Landskap sebelum sampai ke Masjid Aqsa dan Dome of Rock...
Pokok zaitun kalau tidak silap akak...
Qassim berjanji kepada kami untuk berjumpa dengan imam besar Masjid Aqsa sebelum Maghrib...
Teruja rasa di hati semasa Qassim menelefon Imam ....
Syukur dapat juga akak berjumpa 'face to face' dengan Imam besar Masjid Aqsa...
Selepas berjumpa di sini dapat pula bersembahyang dengan beliau...
Semasa di sini diceritakan serba sedikit kisah teladan untuk kami....
Selepas perjumpaan kami semua terus bergegas ke Masjid...
Sujud syukur kerana sampai ke sini....
Allah permudahkan segala-galanya untuk akak dan ahli rombongan semua...
Kalau ikutkan logik akal rasanya tidak mungkin akak sampai ke sini...
Ini semua adalah pertolongan dariNya...
Syukur kerana dapat bersolat di tempat yang menjadi kiblat pertama untuk umat Islam ini...
Syukur kerana dapat bersolat di Masjid yang kedua dibina selepas Masjidil Haram...
Syukur kerana dapat bersolat di Masjid yang dimuliakan Allah selain dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi...
Syukur ya Allah, tanpa pertolongan dari Engkau siapalah aku...

Dapatlah kami bersembahyang Maghrib dan Isyak di sini...
Saf wanita adalah di belakang...
Yang paling seronok jemaah di sini sangat menjaga saf...
Kesatuan ummah untuk memastikan Islam terus berjaya...
Selepas solat ramai yang berkumpul mungkin untuk pembelajaran al-quran...
Bilangan saf tidak banyak mungkin kerana kesukaran untuk bersembahyang di sini...

Syahdu dapat bersolat di sini...
Rasa macam bermimpi akak memandang keliling masjid...
Kagum akak dengan seni binaannya yang kukuh dan indah...
Alangkah hebatnya orang Islam dahulu kala...
Semoga kehebatan itu akan dikembalikan...
Perjalanan balik ke hotel dengan hati yang senang...
Walaupun kelam cahayanya tapi rasa terang di hati kami...
Beginilah kehidupan... kita yang berada di negara yang aman damai ini patut bersyukur...
Hendak kemasjid tidak dihalang....
Tiada tentera yang akan menyoal kita ...
Kenderaan boleh terus masuk ke perkarangan masjid...
Semuanya mudah belaka...
Namun akak sendiri semenjak balik ke sini belum sekali berjemaah di masjid...
Ah alangkah kerdilnya akak berbanding dengan semangat orang Islam di sana....
Walau sesukar manapun untuk mereka bersolat di Masjid Aqsa mereka tetap datang...
Khabar dari Encik Qassim sehari sebelum kedatangan kami ada rakyat Palestin yang ditangkap...
Ditangkap hanya kerana melaungkan "Allahu Akbar"...
Ada macam-macam cerita yang didengar membuatkan kita rasa sebak mengenangkan nasib saudara kita...
Moga Allah akan melindungi Masjid Aqsa untuk kita umat Islam....

Pssss :: Ini catatan hari kedua lagi...
Besoknya banyak tempat untuk dilawati...
Makan malam di hotel penginapan...
Selepas itu tidur dan berehat...

Comments

  1. alhamdulillah seronoknya pengalaman awak ni
    besar rahmat Nya :)

    ReplyDelete
  2. Allahuakhbar...seronok nya kak dapat juga menunaikan sholat di masjidil Aqsa.. mesti dpt byk pengajaran yg diperolehi...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...seronok baca pengalaman akak...bestnya...

    ReplyDelete
  4. Subhanallah... Allahuakbar... sungguh walau cerita santai-santai tapi kakak tetap teruja sebab ini juga tempat impian kakak yg belum kesampaian. Berkali pergi tanah suci tapi masjidil-aqsa kakak tak pernah pergi lagi Zila..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. seronoknya akak dan keluarga dapat menjejakkan kaki di sana.

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar.. seronok tgk.. doakan moga yui skeluarga dpt juga jejak kaki ke sana..

    ReplyDelete
  7. Subhanallah! Beruntungnya Cho dipilih untuk melalui semua ini. Membaca catatan ini pun buat hati terasa sayu, inikan pulak bila dapat mengalaminya sendiri. Berkat kasih ibu, doa pada Ilahi, akhirnya dapat juga Cho merasai pengalaman berharga ini ya!

    ReplyDelete
  8. OOoo..masa ni sejuk ye kak??kalau tengok gambar macam panas je kat sana..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dh smpi ye kak rezeki tu dpt solat dlm masjid Aqsar ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts