Nuffnang saya

Followers

Tuesday, February 28, 2017

Ujian Sakit Semoga Kuat

Selalu berlaku begini.... Sedang kuatkan semangat untuk kuruskan badan dengan pelbagai aktiviti dan kurangkan makan selalu datang demam dan sakit. Begitulah sayangnya Allah pada akak ini. Sudah hampir seminggu kesihatan akak tidak menentu. Ada hari rasa bagai berjalan diawang-awangan. Tidak berselera makan sampaikan hanya sekeping roti yang masuk sehari semalam. Makan dimuntahkan balik dan terasa hanya mahu tidur tanpa perlu melakukan apa-apa.

Terima kasih Allah kerana masih menyedarkan diri ini. Semoga sakit yang sedikit ini akan menguatkan lagi semangat dan kehendak diri sendiri. Rasanya hari ini kesihatan ini bertambah baik, harap berterusan sihatnya..
Nanti kita cerita kisah resort yang cantik ini....
Bunga melur harum mewangi di tepian kolam...

Ya Allah berilah kesembuhan pada penyakitku ini . Moga dengan kesihatan yang baik mampu untuk menceriakan suasana. Ammeen... Ammeen... 

Friday, February 24, 2017

Misi mengurangkan berat badan

Ingin KURUS.. ingin SIHAT... ingin KUAT BERIBADAH...
Kini akak dalam misi mengurangkan berat badan..
Perlahan-lahan tapi berterusan (harap-harapnya)...
Ujian melanda... demam teruk semalam....
Sebenarnya sudah dua minggu kurang sihat...
Cergaskan diri juga jadi semalam Allah bagi demam..

Suruh rehat sikit.. Syukur harini dah ok dengan izinNya...
Usaha pertama akak join grup aerobik..
Di Liy.lin Studio ini ada bermacam-macam 
Zumba, yoga, pilates pilihlah yang mana satu......
Tapi akak pilih aerobik terlebih dahulu...
Perlahan-lahan namun berterusan harapnya...
Gambar ini merupakan hari pertama akak join...
Kita jalan-jalan anak juga di waktu pagi...
Depan rumah juga sesuai untuk ber'exercise'..
Jadi jangan malas.. Teruskan usaha...
Moga azam untuk pakai baju cantik di hari raya akan tercapai...
Ha.. ha... ha... 

Thursday, February 23, 2017

Cuti Cuti Sini Sini jer

Kisah masa adik akak datang ke Putrajaya dan ajak kami anak beranak duduk sekali di homestay.. Adik Ya memang suka sangat main dengan adik sepupunya yang dua orangtu. Memang tidak sabar menanti untuk pergi ke sana. 

Walaupun kami ini selalu sangat ke Putrajaya kerana adik ipar akak duduk di sana. Tapi jarang kami keluar kemana-mana boleh kata hanya pergi ke rumah dia sahaja. Orang Ipoh mestilah kena melawat jadi merasalah kami sekali merasai kemeriahan waktu malam di Putrajaya... 
Main buih belon di depan Masjid Putra...
Punyalah ramai orang malam itu. 
Dengan aktiviti yang macam-macam di situ rasa takutpun ada..
Anak saudara akak nyaris tidak dilanggar oleh basikal elektrik..
Tempat kecil tapi banyak sangat permainan...  
Atikah yang tiba-tiba mintak diambil gambarnya... 
Singgah dulu di jambatan untuk menikmati suasana tepi tasik
Anak saudara sudah buat papan gelungsur...
Kami orang Ipoh tidak takut tinggi punya...

Besoknya kami ke Kidzania yang masatu ada offer yang sangat berbaloi-baloi.. Tapi usah kiralah ramainya orang hari itu... 
Okey... jom kita masuk... 
Gambar kami sekeluarga... 
Mari kita tunaikan cek di CIMB...
Menjadi pekerja di Spritzer... 
Nazran menuju puncak menjadi seorang pilot...
Bergambar di pentas sebelum persembahan bermula..
Ejen Ali sedang beraksi... 
Harini ibu dia rilex sakan, hanya gambar ini sahaja yang ada.
Ramai orang buat kita rasa kurang semangat...
Lagi-lagi akak sendiri sudah lebih dari 3 kali masuk sini..

Wednesday, February 22, 2017

Wordless Wednesday ~ Macam-macam ada

Biarlah gambar yang berkata-kata..
Macam-macam ada, banyak peristiwa...
Semuapun hanya kenangan... 
Di sini kami di sini...
IOI Mall Puchongjer tak kuasa nak ke IOI City Mall..
Kelas Seni Visual untuk Dik Ya tahun lepas... 
Suka dengan taman bonzai di INCEIF, PJ...
Mendamaikan hati kala berada di sini...
Jumpa dengan kawan yang membawakan cenderamata dari sahabat lama di Sabah... 
Terima kasih kepada keduanya...
Terima kasih kepada cik Atie yang bawakan cenderamata dari Jogjakarta...


Tuesday, February 14, 2017

Wonton Mee Sup Abang Brian

Wonton mee kini telah masuk dalam menu masakan Cho Zila. Entah berapa kali ingin mencuba akhirnya impian terlaksana gitu. Rupanya mudah amat dan yang penting anak-anak kata wonton mee ibu no 1. Kah... kah... kah... anak akak memang senang makan jadi semuapun sedap...
Memang suka wonton kering dari wonton sup..
Sesuka hati jadi abaikan comot sana sini..
Apa pasal wonton bukan wantan sebab nak bagi resipi abang Brian (Master Chef)..
Dia tulis wonton jadi entrini kita tulis wonton juga...

Akak dari tahun 90an masa duduk Ipoh lagi suka wonton mee. Rasa mee dia tu lain sikit... Bila datang sini susah nak dapat wonton mee sedap tapi adalah jumpa juga. Kalau di medan selera pasar raya selalu jumpa tidak sedap. Adik akak dah bagi resipini lama dah. Pernah ada entri pasal ini (RESIPI WANTAN MI CHO ZILA).. Teknik dia minyak bawang putih tu barulah rasa makan wonton mee... 

Blog :- ABANGBRIAN

Bahan-Bahan Wonton Mee Sup
  • mee sanggul/ yee mee (dicelur)
  • sayuran hijau seperti Pak Choy
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • wonton secukupnya (belum digoreng)
  • 1st lada sulah
  • 1st garam
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1sb minyak
  • 500ml air
Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak didalam kuali atau periuk yang sederhana besar.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan air.
  3. Masukkan kiub pati ayam dengan cara memecahkan kiub ayam dengan tangan sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Kiub pati ayam juga boleh digantikan dengan menggunakan air rebusan ayam. Jika sudah menggunakan air rebusan ayam, masukkannya selepas menumis bawang putih tadi.
  4. Masukkan wonton dan rebus wantan sehinga masak (cara mengetahui wantan sudah masak dengan membelah sedikit bahagian perut wantan untuk melihat isi ayam atau udang sudah masak).
  5. Masukkan lada sulah dan garam.
  6. Masukkan sayur dan biarkan sehingga sayur masak seperti yang anda inginkan.
  7. Apabila ingin menghidang, masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah sup yang panas maka jadilah Wonton Mee Sup. Hidangan ini sememangnya menyihatkan dan membuka selera bagi golongan yang sedang demam . Buat kamu yang inginkan resepi wantan, bolehhlah cuba melihat resepinya disini.

Akak guna resipi Abang Brian untuk sup sahaja. Mee guna (RESIPI WANTAN MI CHO ZILA) supaya dapat mee yang berkicap macam di kedai.. Cumanya tiada ayam, tiada sayur, semua itu hanya tayangan belaka kerana anak akak akan buang... Berharap juga nanti akan dibuat yang lebih sempurna untuk santapan diri sendiri...

SELAMAT MAKAN.... 

psss... harini genap 14 tahun anak syurga akak Mohammad Najmi bin Mohd Rafi dilahirkan ke dunia. Walaupun tanpa suara dan rengekan kerana sudah meninggal didalam perut namun kenangan itu tetap terpahat kukuh. Manakan tidak dia anak pertama yang akak kandung... Sudah pasti tetap teringat-ingat sampai hari ini walaupun kini telah mempunyai dua cahaya mata puteri. Syukur dengan kurniaan Allah, hanya dia yang maha mengetahui....

Monday, February 13, 2017

Majlis Permuafakatan Guru dan Ibu/bapa Penjaga SRA BK5

Majlis Permuafakatan Guru dan Ibu/bapa penjaga untuk kecemerlangan UPKK tahun 5 Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5 berlangsung sempurna. Guru dan ibu/bapa penjaga keseluruhannya bersetuju dengan program yang dirancang untuk kejayaan semua. Semoga Allah permudahkan semua perancangan ini. Rasa seronok melihat kegigihan ustaz dan ustazah sekolah ini dalam memastikan kejayaan milik anak murid mereka. Semoga Allah memberkati usaha mereka...
Guru besar dan Pengerusi PIBG SRA BK5
Barisan ustaz dan ustazah tahun 5 bersama guru besar dan penolong kanan sekolah.

Terasa sekejapnya masa berlalu, Atikah kini dah 11 tahun. Tahun ini sudahpun ada peperiksaan, semoga dapat mencapai 8A sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah.

Friday, February 10, 2017

Kenduri kahwin di Putrajaya

Beruntunglah kenduri di Putrajaya yang indah ini.. Ramailah tetamu yang sibuk bergambar sana sini. Kita yang selalu pergi Putrajayapun tumpang sekaki bergambar juga. Kisah majlis perkahwinan bekas pekerja OSK/RHBIB yang rapat dengan akak suatu ketika dahulu. Kalau baca blog akak tahun yang lepas-lepas memang nama dialah yang selalu masuk ke blog ini. 


Dialah kawan pergi cari makan, cari idea, yang selalu membantu, tolong 'cover' sana sini, driver akak juga dan macam-macam lagi. Kiranya walaupun boleh jadi pangkat anak sebab tahun dia lahir akak baru menamatkan persekolahan. Kiranya boleh 'ngam'. Itu sebab akak tidak menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu akak di kampung.

Tahniah Hisham dengan Syahera... Moga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga akhirnya. Doa mengiringiri moga dapat anak yang ramai (ikut keturunan dah adatu) soleh dan solehah belaka, rumah tangga aman bahagia, kehidupan harmoni dan sejahtera, rezeki berkat... Ameen... ameen... 
Ciluk dari facebook Hisham...
Akak dah berjumpa dengan kawan-kawan terlupa nak ambil gambar...
Budak montelni dah kurus sebab nak kahwin yer...
Tahniah... tahniah... kipidap...
Atkah suka pula bergambar yer...
Adik Ya kacau kakak dia dari belakang...
Seronok dibenarkan meletakkan kereta di tengah jalan...
Tahniah Sham dan Syahera..
Trend orang sekarang di photo booth...

Wednesday, February 8, 2017

Kampung Halaman Tercinta

Berjalanlah kehujung dunia namun tetap ingat kampung halaman sendiri. Walau orang kata tiada apa yang cantikpun kampung kamutu. Tiada KFC, McDonald apatah lagi Starbuck , tiada juga pasaraya usahkan yang mewah mini marketpun tidak jumpa. Namun hati tetap rindu... Bukan sahaja dilahir dan dibesarkan di sini malah dari datuk dan moyangpun keturunannya di sini. Masakan aku lupa walaupun sesaat... 

Ingat cuti Thaipusam ingin menyambung cuti dan anak dipontengkan sekolah tapi tidak mungkin kot... Dengan kereta belum di hantar servis dan Atikah juga ada kelas tambahan pada hari sabtu rasanya tidak memungkinkan itu. Kini Sekolah Rendah Agama (SRA) menjalankan kelas tambahan pada hari sabtu untuk pelajar yang akan menduduki UPKK dan PSRA. Jadi masa cuti hujung minggu memang agak kurang untuk berpoya-poya... 
Tempat lepak budak-budak lelaki selepas sekolah agama...
Seluas mata memandang kulihat hijau..
Jambatan Sultan Idris menghubungkan Bota Kiri dan Bota Kanan...
Inilah sekolah pertama dalam hidup..
Masatu belum ada lagi tadika di kampung..
Rindu ku pada kampung halaman hanya Dia yang tahu....
Budak-budak dulu bernasyid...
Pasang radiojer kot...
Memartabatkan songket warisan Melayu... 
Ramai kawan sekelas sekolah kebangsaan dengan akak dalam gambar ini..
Ini gambar mereka di sekolah agama rakyat...




Gambar semasa Kem Remaja Super

Ambil dari facebook Masjid Al-Ehsan untuk gambar semasa aktiviti Kem Remaja Super. Seronok tengok pelbagai aktiviti dijalankan dalam membentuk anak-anak ini menjadi remaja super. 
Aktiviti mendaki Bukit Broga..
Sayang Atikah tidak dapat sampai ke atas...
Naik bas untuk ke kaki bukit Broga
Senaman ringan sebelum naik Bukit Broga...
Akakpun belum sampai Broga jadi tidak tahulah tahap kesukarannya...
Aktiviti dalam kelas...
Aktiviti berkumpulan...
Atikah remaja paling muda pula yang menerangkan..
Kemanalah remaja yang besar dalam kumpulan dia..
Tapi syukurlah dia kata kakak cakap apa yang kakak tahujer..
Kira berani juga anak ibu ini...
Mendengar dengan khusuk dari kakak yang memimpin...
Makan beramai-ramai di dalam dulang..

Akhirnya kami berjaya dengan cemerlang....

Nuffnang oh Nuffnang