Nuffnang saya

Followers

Wednesday, November 30, 2016

Pekan Koboi Port Dickson ~ Tarikan terbaru PD

Pekan Koboi moden namanya Wild West Cowboy terletak sederet dengan Alive 3D Art Gallery. Masa keluar dari galeritu ada yang jual tiket 5D/7D cinema dengan harga diskaun. Belilah juga kerana harga tiket 5D/7D selalunya agak mahal. Rasanya 3D dan Wild West Cowboy ini dibawah satu pengurusan.
Ada kereta kuda juga ...
Memang ala-ala pekan koboi...
Kuda di pekan koboi...
Nak bawak tuan puteri kemanatu?
 Ada 5D dan 7D cinema...
 Dah besarpun boleh main juga..
Tara.... cantik jugakan...


Banyak juga permainan yang lain tapi malaslah pulak nak ambil gambar. Untuk menghabiskan duit bolehlah sebab satu permainan RM5 juga. Jadi lebih baik tidak usah dilayan budak-budakni.. Cukuplah main satu permainan untuk kanak-kanak kecil ini sahaja...

Rupanya di ataspun ada tempat menarik untuk diterokai kerana akak terpandang di TV1. Ada macam-macam permainan yang lebih mencabar rupanya. Namun cuba google untuk mendapatkan harga tiket tidak banyak maklumat yang ada. Terjumpa satu YOUTUBE untuk dikongsikan tapi tidak tahulah boleh buka ataupun tidak...

Tuesday, November 29, 2016

REVIEW : Alive 3D Art Gallery dan Rumah TerbalikT Port Dickson

Ulasan dari sudut pandang akak sahaja bukan kata pakar. Yang baik dijadikan pedoman yang mana tidak betultu di lupakan sahaja. Kita gabungkan antara kedua tempat yang menarik ini kerana lebih bermanfaat untuk mengetahui pro dan kontranya.

3D dan rumah terbalik ini tidaklah berdekatan antara satu sama lain. 3D berada di Lukut dan rumah terbalik terdapat di Port Dickson. Kedua-duanya baru lagi dibuka, 3D mula dibuka pada 9 November 2014 manakala rumah terbalik pada 7 May 2015.
Selamat Datang ke  Alive 3D Art Gallery

Terdapat 51 jenis lukisan 3D dipaparkan di galeri Alive 3D. Jadi pandai-pandailah korang memilihnya dan cuba ikut arahan yang terdapat di situ... Kalau di Rumah terbalik terdapat staf yang sudi membantu untuk mendapatkan gambar yang terbaik. 
Gambar tak jadi...


Gambar tidak menjadi memang biasalah kerana tidak mengikut arahan yang diberikan. Inilah yang paling susah kerana dengan tempat yang kecil dan orang yang ramai memang payah untuk mendapat aksi dikehendaki.
Kena berbaring...


Untuk kanak-kanak atau orang lelaki ok sahaja kalau kena berbaring. Tapi untuk golongan yang masih ada sifat malunya memang rasa payah sikitlah nak terlentang tergolek. 
Rasa macam lebih kurangjerkan...
Yang kaki ke atastu di Upside Down 
Dan yang kaki terkangkang tu di 3D..


Korang rasa sama lebih kurangjer kedua tempatni punya fungsi. Kalau Alive 3D Art Gallery tu aku setujulah memang itulah fungsinya tapi di Rumah terbalikpun lebih kurang sama. Suami akak tidak masuk rumah terbalik. Memang betul, tidak rugipun dia menunggu di dalam kereta. 

Masa di sini ramai sangat orang, nampak kosongjer  terus masuk...
Jadi tidak sempat baca dan tengok arahan...
Jadi mungkin aksini macam tangkap muatjer... 
Gambar di atas contoh di rumah terbalik...
Jadi kena berfikir kalau terbalikkan gambar jadi macamana...
Kiranya masa ambil gambar kena berfikir sikit...
Untuk orang yang tidak suka berfikir macam akakni memang tidak menjadi... 


Semasa pergi ke 3D akak sangat teruja dengan pelbagai gambar yang ada. Kebetulan gambarnya juga lebih berwarna warni dan cantik. Bila sampai ke rumah terbalik akak mengharapkan kelainan tapi tiba di situ tidak banyak yang dapat dibezakan. Rasa macam menyambung perjalanan dari galeri 3D sahaja cuma tempat yang berlainan.

Lagipun rumah yang ada bukanlah rumah terbalik yang sebenar seperti di Sabah mahupun Kuala Lumpur(kena pergini). Terpaksa berebut untuk bergambar juga menghilangkan mood kita. Kalau nak datang sini kenalah cari masa orang tidak ramai. Kerana bergambar di rumah terbalik lebih sukar untuk mendapat 'real'nya kalau tidak kena caranya.
Harga tiket di Rumah Terbalik Port Dickson
Harga tiket di 3D juga adalah sama seperti ini.

Adakah berbaloi harga tiket sebegini untuk masuk ke sini? Pada akak tidak berbaloi langsung kalau kita memang tidak suka bergambar. Banyak lagi pemandangan indah yang boleh dapat secara percuma di tempat lain. Tapi untuk kaki bergambar tempat ini adalah sangat sesuai. Haritu ada satu famili datang, anak ada 5 orang. Bayangkan berapa harga yang terpaksa dibayar untuk masuk ke sini. 

Kalau sudah pergi ke 3D tidak perlulah lagi ke rumah terbalik atau sebaliknya. Tidak apa yang hebatpun kerana lebih kurang sama sahaja antara dua tempat ini. Untuk akak yang pernah sekali pergi ke sini rasanya tidak akan pergi lagi kecuali jika harga tiketnya dikurangkan.  

Insyaallah hendak pergi ke rumah terbalik yang sebenar di Menara Kuala Lumpur. Nampak lebih real siap ada kereta terbalik dan rumah terbalik di KL dikatakan rumah terbalik tertinggi kerana dua tingkat. Yang penting, kena tunggu hari yang bersesuaian untuk mengelakkan orang terlampau ramai.
Comeljer gambarni... 

SEKIAN .... tapi ya sifat manusia.. akakpun sama rasa teringin sangat bila tengok orang lain dah sampai... Ya!! untuk merasai sendiri tidak salahpun, cuma pada akak harga masuk agak mahal berbanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan.. Ini hanya pandangan akak yang mungkin kurang tebal poketnya, orang lain mungkin ada pandangan yang berbeza.... Rupanya cerita Port Dickson akak belum tamat lagi, punyalah lama...

Monday, November 28, 2016

Sambungan gambar Rumah terbalik

Sambung lagi gambar di rumah terbalik PD... Jangan tak sambung.. Masa kami pergi memang ramai orang... Susah nak berposing satu hal.. dengan budak lari sana sininya lagi.. Dengan model akak yang susah nak dengar kata lagi memang memeritkan... Budak zaman sekarangni suka berselfie jadi kurang seronok kalau kita yang ambil gambar....
Terbalikkan...
Inilah aksi sebenar anak-anakku....
 Ini camner yer ..
 Aksi anak akak...
 Tak tahu nak beraksi camnerkan...
 Inipun tak tahu kenapa...
 Boleh tak kita tak posing di sini!!...
Punyalah ramai orang sampai tak tahu nak posing camner...
 Yang ini ok atau yang di bawah...
Yangni pulak ok tak
 Entah apalah motif gambarni..
Korang bolehker buat gitu....
Macamana nak balikni... 
Ha... kat belakangtulah cara-cara nak posing..
Jadi ikut arahan itu mesti menjadi...
Kami memang tak sempat sebab ramai orang..
Kami pulak nak cepat sebab belum makan tengahari..


Jadi entri lepasni akak akan cerita pasal 3D dan rumah terbalik dari sudut pandangan akak.. 

Saturday, November 26, 2016

Merancang percutian di Kidzania ~ Tips dan maklumat penting

Tinggalkan sekejap kisah Port Dickson akak. Cerita Kidzania yang telah akak buat separuh drafnya sebelum ini akak sambung kembali istimewa untuk cuti sekolah..Sekarangni musim cuti sekolahkan, tentu boringkan kalau duduk rumah sahaja... Perkara yang menjadi kemestian ibu bapa ialah mencari tempat sesuai bergembira untuk anak mereka. Kidzania merupakan salah satu tempat yang menjadi kegemaran kanak-kanak. 

Entri sekadar perkongsian tentang tips dan maklumat penting dalam merancang percutian di Kidzania. Mungkin tips dan maklumat penting ini dapat membantu ibu bapa dalam memaksimakan pekerjaan dan mata yang diperolehi. Kalau pergi tapi dapat main sedikit permainan terasa ralatnya..

PEMBELIAN TIKET

Perkara yang perlu diambil kira ialah membeli tiket samada melalui online atau walk in.. Lebih elok di beli online kerana terdapat diskaun. 

Boleh baca entri di blog akak pasal pembelian tiket, klik di sini :- TIKET KIDZANIA

Bukti kami datang paling awal... ha.. ha... 

PERGI SEAWAL MUNGKIN

Akak sarankan pergilah seawal pagi yang mungkin kerana kita tidak mahu tersekat di kaunter tiket dan bank untuk menukar cek terlalu lama. Lebih awal kita masuk ada peluang untuk kita memilih pekerjaan yang menjadi dambaan hati kanak-kanak kalau ke Kidzania sebagai contoh Air Asia.

PILIHAN HARI 


Pilihlah hari yang masa bukanya lebih panjang.. Jadual ada seperti di bawah...


1) Ahad hingga Jumaat (Isnin ditutup ok!)
10.00 pagi hingga 5.00 petang

2) Sabtu, cuti sekolah dan cuti umum
10.00 pagi hingga 7.00 malam

3) Isnin ditutup tapi untuk cuti sekolah atau cuti umum dibuka..


Sudah tentu masa yang panjang membolehkan banyak pekerjaan boleh dilakukan... Maka duit kidzos juga akan semakin banyak... yeeeha...

MAKAN KENYANG SEBELUM MASUK KE SINI

Sebelum masuk pastikan anak-anak kenyang supaya tidak membuang masa untuk makan dan minum. Harga makanan kalau tempat cam gini memang agak mahal.. Jadi bersarapan beratlah sikit sebelum masuk. Jimat belanja jimat masa juga.. 


JOB SEEKER & PETA KIDZANIA

Antara tempat yang perlu pergi sebelum bekerja ialah tempat mencari pekerjaan.. Di sini anak-anak akan mendapat 3 pekerjaan yang menepati biodata yang diberikan. Jika kita pergi ke tempat pekerjaan seperti yang di sarankan duit kidzos juga akan dapat lebih dari biasa...


Jangan lupa untuk melihat peta Kidzania sebelum pergi. Di sana nanti kita akan dibekalkan peta tapi masatu dah tidak sempat nak tengok. Boleh baca entri akak di :- PETA PEKERJAAN


PEKERJAAN YANG PALING DIMINATI..


~ Harus berkejar ke tempat pekerjaan yang mendapat sambutan yang menggalakkan.Kalau lambat nanti terpaksa berbaris lebih panjang dan merugikan masa... 

1) Bomba
Pekerjaan yang sentiasa mendapat sambutan hangat dari kanak-kanak cillik.. Anak akakpun pernah merasa semasa mengikuti rombongan sekolah. 

2) AIR ASIA

Terdapat pelbagai pilihan pekerjaan di Air Asia. Yang paling mendapat pilihan di hati tentulah bertugas sebagai pilot..
Gambar diambil oleh jurugambar dibenarkan... kenalah beli...

BACA DULU MAKLUMAT PENTING


~ Perkara pertama yang perlu dipastikan terlebih dahulu kenalah baca maklumat penting yang ada di luar tempat pekerjaan di pilih. 
Maalumlah kalau kapisiti yang muat di dalamtu hanya 6 orang dan dalam barisan ada 20 dan setiap sessi memakan masa 30 minit kenalah berfikir dahulu... Mata Kidzos yang dapatpun hanya 8 ehm memang kenalah kita keluar mencari pekerjaan yang lain...
Yang ini pulak cuba perhatikan economytu ... bermakna jika nak masuk kena bayar 6 kidzos.. (-Z)

BERATUR SEBELUM MASUK



~ Setiap kali ingin melakukan pekerjaan kita tengok dahulu ramai orang di dalam dan terus lihat maklumat yang ada diluar pintu. Boleh beratur kalau tengok tidak ramai orang. Janganlah menonong terus masuk ke dalam kerana itulah peraturan... 
Atikah dan dik Ya beratur di luar Pharmaniaga sebelum masuk ke dalam. Ada kotak disediakan seramai bilangan yang dibenarkan...

ADA YANG KENA MEMATUHI SYARAT...

~ Ada juga permainan yang ada syarat seperti ketinggian.. Jadi kenalah tengok di luar tempat yang kita pilih itu terlebih dahulu nanti beratur penat-penat rupanya tidak cukup syarat....
Gambar tak jelas sebab masa ambilni bateri memang dah dalam keadaan yang sangat teruk.. Sempat ambil gambar terus tiada nyawa handphone.. jadi gambarni kecik sudah..
Tidak boleh memandu kalau tiada Lesen Memandu..
Syarat untuk mendapatkan Lesen Memandu..
1) Kena check mata di Hoya
2) Kena ambil insuran di  Alliancae.


Jadi pastikan kita membaca semua arahan yang terdapat di luar kedai..

ADA PEKERJAAN YANG BOLEH DAPAT MAKAN

~ Konsep sendiri buat sendiri makan. Ada pekerjaan yang boleh lakukan pekerjaan tapi kena bayar dengan duit kidzos seperti di Marry Brown dan dapat bawak balik burger yang dibuat sendiri.. Oh korang kat rumah malas nak tolong ibu kat sana berebut nak buat yer...


~ Ada pekerjaan seperti di Ayam Brand Cooking School dapat duit dan dapat bawak balik sandwich juga. Dapat cenderamata lagi... memang best... Boleh baca entri tentang peta pekerjaan yang ada di entri sebelum ini :- PETA PEKERJAAN
 Dapat buku nota dan resipi lagi... 

MENARA JAM SEJAM SEKALI ADA PEKERJAAN


Tepat satu jam menara Jam akan ada satu pekerjaan untuk kanak-kanak.. 

Setiap sejam sekali ada pertunjukan...
Jadi boleh join dan dapat juga duit Kidzos

PAKAI KASUT YANG BERSESUAIAN


Pakailah kasut yang bersesuaian kerana anak-anak terpaksa berlari dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada aktiviti yang terpaksa menghantar barang dari satu kedai ke kedai lain. Jadi kalau anak kecil emak bapak pun kena ikut sekali kenalah pakai kasut sesuai yer...


SEDIAKAN BAG KECIL

~ Bawa beg kecil untuk menyimpan duit kidzos supaya tidak bertaburan dan tidak teratur. Kalau anak keciltu letakkan juga tanda nama dan nombor untuk dihubungi manalah tahu kalau terpisah. Tapi rasanya semuapun selamat cuma langkah berjaga-jaga...

BUAT PAZZPORT


~ Lebih berbaloi kiranya anak kita membuat pazzport yang membolehkan mereka mendapat duit kidzos yang banyak. Boleh membaca di entri kami yang lepas KIDZANIA PAZZPORT .

Jadi setiap kali habis satu pekerjaan boleh cop...


Akak pernah juga buat entri pasal panduan untuk ke Kidzania mungkin juga boleh dirujuk di situ :- PANDUAN DAN TIPS MELAWAT KIDZANIA KL . Walaupun tahun 2013 tapi masih boleh lagi digunakan... 

Pss: sebenarnya ini entri terpendam dari awal tahun tapi telah akak tinggalkan mungkin tiada kesinambungan dalam cerita.... Jadi mana yang berguna boleh ikut yang kurang bergunatu lupakan sahaja. 





Friday, November 25, 2016

Gambar di rumah terbalik Port Dickson

Lihatlah aksi kami yang kurang menjadi di sebabkan photographernya adalah akak. Anak-anak kurang berdisiplin kalau dengan ibunya tidak patuh arahan. Baru suruh diam-diam tengok diaorang dah berlari entah kemana. Paling tak seronok masa sampai ke sini orang ramai sangat.. Memang sangat susah nak ambil gambar... 

Jadi tips untuk datang ke sini kalau ramai sangat orang baik tak usah masuk. Hilang mood, hilang rasa nikmat, cepat-cepat dan yang ambil gambar dan yang kena bergambar cepat nak marah..Ha... ha... korang pahamlah emak-emak kalau suruh anak bergambar kecohkan.. ni ramai orang takkan nak tunjuk skil marahkan anakkan...
 Ini antara yang terbalik...
Pada akak banyak yang 3D dari yang terbalik..
 Kurang menjadi... kaki kecil sangat...
Pun sama patutnya kerusitu tak nampak.. 
Memang tak real langsung...
Masani ada budak berlari-lari.. 
Ah memang letih nak ambil gambar...
 Kira jadilah yang ni...
Ha... ha... anak sapalertu... 
Sengaja upside downkan gambarni...
Siapalah nak kena cucuk tu... 
Bayangkan kalau orang dewasa nak meniarap bagai mesti tak sanggupkan..
Nasib modelku kecil bolehlah di suruh...
Kurang asam punya anak..
Diaorang kata yang ini sesuai untuk ibu...
 Motif = kaitan dengan rumah terbalik
Aksi terbaik dari dik Ya...
Ha... ha... gasak tak tahu...
Aku akan musnahkan rumah ini...
Aku berkuasa...
Ha.. ha.. ha...
Awat comel sangat tempatni...

Entri ini kurang gambar yang terbalik macam blog orang lainkan.. ini sebahagian dari yang ada di rumah terbalik itu.. Rasanya ada 4 bahagian ruang pameran tapi yang betul terbalik tu ada 1 bahagian. ehm... kita komen nanti di entri review sahaja baru bestkan... 

Nuffnang oh Nuffnang