Nuffnang saya

Followers

Saturday, October 29, 2016

Selamat Hari Deepavali

Selamat bercuti kawan-kawan.. 
seronok budak sekolah yer dapat cuti lama... 
Selamat Hari Deepavali untuk kawan kita yang beragama Hindu... 
Akak balik kampung.. Korang macamana!!

Friday, October 28, 2016

Resipi Spageti Bolognaise Meatball

Masakan untuk jamuan hari raya sekolah agama anak-anak. Paling mudah masak spageti sebab rasanya budak-budak suka.. Tapi kali ini kita tambah meatball(bebola daging), nampak lebih banyak.. Maka jadilah resipi Spageti Bolognaise Meatball... Siap..

Resipi meatball (bebola daging)

* Campurkan daging kisar dengan bawang besar yang dicincang halus. Tambahkan sedikit serbuk lada sulah dan serbuk blackpepper, sedikit perasa. Letakkan tepung sedikit demi sedikit sehingga tidak melekat ditangan. Boleh letak telur kalau suka..
* Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan bulat-bulatkan mengikut saiz dikehendaki.
* Masukkan sedikit butter untuk mengoreng. Gunakan api sederhana dan balik-balikkan untuk masak rata.

Resipi Spageti ala bolognaise Meatball

Bahan-bahan :-

Daging kisar
Bawang besar dicincang halus
Bawang putih dicincang halus
Cili kering kisar
Sos spageti
Cili capsicum (kalau boleh warna lampu trafik)
Garam dan perasa
Keju

CARA-CARA MEMBUAT :-

* Daging kisar digoreng terlebih dahulu untuk hilangkan bau daging yang kurang menyenangkan..

* Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar sehingga pecah minyak.

* Masukkan daging kisar yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati. Masukkan air sedikit dan bolehlah ditambahkan sos spageti apa-apa jenama. Letakkan juga cili capsicum pelbagai warna untuk nampak berseri-seri..

* Gaul rata lagi dan tambahkan garam dan perasa. Akak tidak masukkan tomato sebab anak tidak gemar rasa masam.. Cuma letakkan keju.

* Akhir sekali masukkan meatball tadi yang telah digoreng tadi. Renihkan perlahan-lahan  sehingga kuah menjadi pekat.

Seronok sangat dapat bawak makanan untuk kawan-kawan... 

Sebelum cuti sekolahni rasanya ada jamuan lagi dan kemungkinan besar resipi ini juga dipertaruhkan.. mudah dan licin bekas makanantu..

Thursday, October 27, 2016

Nasi Lemak Tanglin

Pernah dengar nasi lemak Tanglin? Akak dengar cerita pasal nasi lemak Tanglinni tahun 2001 lagi. Namun hanya pada bulan September 2016 barulah dapat merasainya. Tiada rezeki nak merasanya, menunggu sampai 15 tahun.


Nasi lemak Tanglin ini terletak di Medan Selera Tanglin di Jalan Chenderasi, Taman Tasik Perdana. Medan selera itu betul-betul dihadapan Klinik kesihatan (kerajaan) Tanglin. Gerai ini dibuka pada hari isnin hingga jumaat dari pukul 7.00pagi hingga 10.30 malam. Sabtu, ahad dan cuti umum pula dibuka pada pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
 Demi sesuap nasi ku berbaris juga...
Di sebabkan memang hendak juga merasa..
Akak datang lebihkurang pukul 9.00 pagi... 
Dari mula akak sampai nak balik bilangan orang tidak surut malah bertambah ramai...
Meja makanpun terpaksa berpisah dengan keluarga...
 Inilah nasi lemak Tanglin yang terkenaltu...
Pilihan akak sambal paru, kami ambil lain-lain lauk..
Bersungguh-sungguh anak akak hendak menghabiskan..


Secara jujur akak berpendapat nasi lemak Tanglin bukanlah citarasa tekak kami adik beranak. Mungkin akak mempunyai harapan yang terlalu tinggi maalumlah 15 tahun menunggu. Memang bukan citarasa akak namun siapa tahu memenuhi selera orang lain. Jangan takut untuk mencuba...


Peta dari NASI LEMAK TANGLIN @ Kinah blog untuk memudahkan anda semua ke sana... 


Wednesday, October 26, 2016

Wordless Wednesday ~ Azalia yang belum mandi

Jumpa gambar lama November tahun sudah...
Ha.. ha... tapi sesuai untuk wordless wednesday...
Gambar balik dari Ho Chi Minh.. 
Kami sampai KLIA2 lewat lebih kurang pukul 2.00 pagi..
Pilihan kami tidur di airport sahaja..
Sambil memberikan pengalaman untuk anak-anak..
Mana boleh hidupni nak senangjer kenalah bersusah sedikit..

Muka happylah sebab nak balik rumah..
Bolehlah kita mandi...
Alamak kita mengantuk lagi...
Maalumler tidur di airportkan bukannya boleh lenapun...

Tuesday, October 25, 2016

Info Wet World Shah Alam

Anda ada rancangan untuk ke Wet World Shah Alam... Harap entri akak ini akan dapat membantu anda semua... Perlu ambil tahu beberapa perkara sebelum datang ke sini supaya percutian kita mendapat keseronokan yang maksima.. 


Muka Azalia yang tidak sabar hendak terjun

Faktor yang mesti diketahui :-
Yuran Masuk :-
Wet Word Shah Alam
Dewasa                               : RM25
Kanak-kanak                       : RM20
Kanak-kanak bawah 90cm : PERCUMA

Masa beroperasi :-
Wet World Shah Alam
10 pagi hingga 6.00 petang
TUTUP pada hari Rabu kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

Alamat :-
No 3A Persiaran Dato Menteri
Seksyen 2, Shah Alam
Selangor

Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah :-


CABANA
Cabana gold yang lebih mahal dari yang lain..
Ada peti ais kecil rasanya (warna merah) di situ...
Cabana seperti berada di pulau yang dikelilingi air...
Cabana yang inipun best jugakan...
Anak-anak korang main kat area sinijer... 
Jadi emak bapak tak payah nak terkejar-kejar...


Sebenarnya banyak pilihan cabana di sini. Lebih mudah kalau perlu berehat sekejap. Tapi kalau akak dan anak-anak sahaja yang pergi memang menyewa loker menjadi pilihan.

LOKER
Loker untuk simpan barang juga ada di sediakan...

HARGA PERLU DI BAYAR
Inilah harga yang perlu dibayar untuk cabana dan loker..


Double Tube dan pelampung biasapun ada untuk di sewa...


Kemudahan yang lain
ALAT PENGERING RAMBUT
Keringkan rambutpun ada...
Ada paip air boleh mandi juga di sini.. 
Tapi yang ini hanya untuk mandi manja-manjajer..
Bilik air ada di sediakan jangan buat hal pulak yer....

KEDAI MAKAN
Kedai makan juga ada di sini..
Biasalah taman tema mana boleh bawak makanan masuk...
Kedai makan lagi...
Dan lagi.. dan lagi...

Kemudahan yang lain seperti tandas, bilik air memang ada disediakan. Walaupun Wet World Shah Alam ini mungkin tidak sebesar Sunway Lagoon tapi cukup untuk kami sekeluarga... Kalau cuti sekolah nanti tidak tahu hendak kemana bolehlah mencuba di sini... 

Nota : Terima kasih kepada pihak OWG pengurusan Wet World Shah Alam yang bagi tiket percuma untuk kami sekeluarga.. Dapat cabana dan tube free lagi.. dapat cenderahati dan makan tengahari yang percuma.. Terima kasih kerana menghargai blogger seperti kami...

Thursday, October 20, 2016

Wet World Shah Alam ~ Rides & Attractions

Sambung balik cerita Wet World... Anak-anak akak memang sangat gembira menghabiskan masa di Wet World Shah Alam... Dahlah percuma lagilah ibunya juga gembira.. Tidak sabar-sabar menunggu Wet World dibuka pada pukul 10.00 pagi. Ada kaunter khas dibuka untuk blogger yang terpilih.. memang bagus sungguh OWG layan blogger...


Dapat cabanajer anak-anak terus terjun dan mula menerokai permainan menarik yang ada di situ...Tempat menarik pertama yang mereka cuba ialah Caribbean Rider sebab tempat ini berdekatan dengan cabana kami.


CARIBBEAN RIDER
Syiokler kome yer.. kalau boleh tiap minggu nak begini...
Caribbean Rider ini lalu di atas cabana kami...
 Azalia teruja nak naik gelungsur di Caribbean Rider..
Sekarangni ibu tidak perlu turun lagi dah boleh rehat...

MONSOON BUSTER

Monsoon buster pulak tempat yang dituju lepas berseronok di Caribbean Rider. Masa dalam perjalanan ke Cabana Azalia dah nampak Monsoon busterni...

Bersungguh dua beradik nak main di Monsoon Buster..
Tempat tu tinggi juga jadi akak tak naiklah...
Berani budak dua orangtu gelungsur yangni panjang ..
Yangni sambungan monsoon bustertu...
Keluar kolam yang lain pulak...
Seronok sampai entah berapa kalilah budakni main...

WHIRLWIND ESCAPE
 Kena memanjatlah sikit nak bermain..
Budak-budak mana reti penat...

Syiok sangat budak dua orangni keluar masuk tempat mainantu..

THUNDER RIVER
Kerjasama mengangkut tube, ibu dah boleh lepas tangan..
Baru lepas ombak yang kuat ... 
Itu yang bersantai nampak...

SUPER HURRICANE
Ini permainan paling baru di Wet World Shah Alam.. akak ingatkan budak dua orangni tak berani nak cuba rupanya naik berkali-kali juga...
Ini memang super best anak akak yang kata...
Ibu dia hanya ambil gambarjer...
Memang seronok betul gamaknya budak-budaktu...

PIRATE CHALLENGE
Lupa nak ambil gambar keseluruhannya ...
Tapi kolamtu memang berdepan dengan cabana kami..
Akak ambil gambar dik Ya dari cabana...

KIDDY TYPOON LAGOON
Tempat main untuk anak2 sebab airnya rendahjer..
Tengoklah banyak bola juga di sini...

Peta taman tema wet world Shah Alam

Peta yang di ambil dari WETWORLD.MY 
Perati..perati... ini masa nak main semuatu......

Wednesday, October 19, 2016

Wordless Wednesday ~ 19102016

Laju-laju update sebab banyak gambar dalam folder. Gitu!!! bila dah ada masa gitulah gamaknya. Tinggalkan kerja yang lain dulu, moh kita cerita ceriti... Ini cerita akak masa balik kampung cuti sekolah bulan September yang lepas...
Bukan hanya di Bandar Ipoh sahaja ada lukisan gini..
Dalam kompleks membeli belahpun ada...
Main bowling di Ipoh Parade...
Kebetulan kawan adik akakpun ada datang Ipoh...
Jadi ramailah geng main...
Food court di Ipoh Parade ada bahagian halal dan tidak halal...
Sarapan pagi mi kicap di kedai biasa-biasa..
Akak dah kata sarapan di Ipoh memang paling best...
Seawal pagi dah ada makan berat...

Lama juga balik kampung tapi hanya ada 4 gambar ini sahaja buat kenangan.. memang susah betul nak bergambar kalau dah gembira bersembang, jarang berjumpa adik beradikler katakan... Jadi kena berubah sikit kot ... mulut bercakap, mata memerhati mana yang boleh di ambil gambarkan... ok dah.. dah.. kata wordless wednesday...

Wet World Shah Alam ~ splash sana sini

Entri ini pulak moh kita tengok suasana di dalam Wet World Shah Alam...Riangnya dalam hati anak-anak akak dapat berendam di kolam yang luas... Memang puas hati kata dua beradik masa balik.. Maunya tak puas hati dari mula bukak sampai ke pukul 3 petang baru nak balik.. Moh kita tengok apa yang seronok sangat budak dua orang tu... Untuk entri ini hanya gambar yang ada air ... jadi splash sana sini!!
Anak-anakku terus terjun dengan hati yang gembira...
Memang itulah yang paling disukai mereka berenang...
Dapat pulak terjun di taman tema lagilah seronokkan...
Seronok sangat dapat berendam di kolam yang besar...
Kalau dulu kenalah mak turun sekali...
Kali ini memang akak biarkan mereka sahaja.. 
Cumanya akak akan pantau juga dari atas...
Cantikkan pemandangan di Wet World Shah Alamni..
Seronok tengok orang keluar dari dua gelungsurtu...
Macam-macam gelagat kita boleh tengok...
Ini kolam yang lain pulak..
(BERMUDA TRIANGLE)
Memang banyak kolam yang boleh diterokai..
Kanak-kanak memang gembira...
Cuma ibunya memanglah penat berlari ke sana ke mari..
Ayah seronoklah tidur di cabana...
Nampak macam resort pulak yer..
Yang tinggi tu tempat permulaan satu gelungsur yang agak panjang...
(MONSOON BUSTER)
Yang di bawahtu cabana yang boleh di sewa...
Di sini juga best sebab ada gelungsur yang besar..
Anak-anak akak cukuplah suka..
Yang nampak di bawah tu adalah ISLAND OF TREASURE
Yang ini pulak KIDDY TYPOON LAGOON...
Memang untuk anak kecil... 
Air dia memang tidak dalam langsung tapi menarik..
Masa Atikah dan Azalia kecil dulu sukalah main di sini...
Sekarang pandangpun tak mahu...

Oklah sebab banyak gambar ada sambungan lagi.. Yang ini cuma gambar dalam air sahaja... Anak-anak sudah tidak mahu bergambar jadi tengoklah gambar kolam yang ada di sini... 

Nuffnang oh Nuffnang