Nuffnang saya

Followers

Thursday, June 30, 2016

Demam denggi


Cerita lama baru nak masuk blog... Atikah yang masuk wad selama 5 hari di Hospital Putrajaya kerana demam denggi.. Memang menakutkan tapi syukur Alhamdulillah akhirnya dapat balik... 


Kesian juga asyik diambil darah untuk ujian.. Mun anak dah masuk wad emakpun berkampunglah di sana. Wad kanak-kanak di Putrajaya juga sekarang semakin sempit kerana ramai yang masuk ke sana tapi biliknya sedikit... Jadi kamipun dapat wad yang dulu adalah tempat permainan kanak-kanak.. 
Tengoklah kecerian wad kami ... 
Malam-malam terpandang ikan di sebelah katil dah rasa macam dalam akuarium pulak..
Dapat merasa tidur di Safari gitu...
 Ambil tindakan kalau ada tanda-tanda seperti di atas...
Ingat hapuskan aedes sebelum terlambat...

Cerita demam denggi sebelum kita bergembira di hari raya... 


Maggie Kuah Pedas dan Samyang RamenI

Ini menu untuk orang yang dah malas berfikir untuk makan apa.. Yang paling best makan mi segera.... tapi kalau makan yang mi maggi cepat di masaktu sahaja kurang umphnyer.. pada akak kalau boleh akak nak yang bertumis dan yang penting kena pedas barulah ada nikmatnya.. Bulan puasani tak boleh buat, sebab kurang kenyang pada akak dan pedas takut sakit perut.. Tapi ternampak gambar di folder terus nak buat entrini...
Inilah rupanya Mi Segera Berkuah Pedas versi paling umph!!

Sebab entri pendek akak nak juga bagi resipi walaupun ringkas dan semua orangpun tahu... Yang penting resipi ini lebih sedap dari kedai mamak...

RESIPI

Sebungkus mi segera jenama Maggi berperisa kari
sebiji telur
bawang merah tumbuk
bawang putih ketuk
cili kering kisar
sayur kalau suka tambah

Cara-cara :-

Tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.. Masukkan cili kering kisar sampai naik minyak. Masukkan air ikut sukatan maggi berikan.. Apabila mendidih masukkan mi segera sehingga agak lembut.. Kecilkan api sedikit dan masukkan telur.. Biarkan telur keras sedikit barulah dimasukkan sayur kalau suka dan bolehlah diangkat. Akak suka pedas barulah terangkat... 

Resipi ini mengamit kenangan tinggal menyewa suatu masa dahulu.. Masak maggini sepedasnya dan selepastu masing-masing berebut jamban, sengaja menempah bala... Sungguh indahlah kenangan zaman muda-muda...

Anak-anak akak teringin sangat makan mi segera Korea Samyang Ramen... Mula dulu terjumpa di Aeon tapi akak tak belikan sebab mahal sangat... takut nanti diaorang tak suka bukan kah dah jadi membazir... Tapi melihatkan kesungguhan mereka akak belikan juga.. Susah juga nak cari rupanya patutlah ramai yang berjual di internet..
Ibu dia tolong videokan gelagat mereka makan samyang... 
Bukanlah sepedas manapun...
Pedas lagi maggie kuah pedas akak...

Itu sahaja cerita mi segera akak.. Teringat cerita bekas kawan sepejabat akak  pasal mi segera.. Ramai yang tidak menggalakkan anak-anak kecil juga orang dewasa makan mi segera.. Katanya kurang elok.. Tapi kawan akakni ada double degree dan master,katanya orang Korea, Jepun dan China melantak bendani pandai jer... Tu yang mi segera samyangtu jadi viral di internet..

Wednesday, June 29, 2016

Masjid Aqsa yang dirindui ~ Wordless Wednesday

Kenangan di Palestin sentiasa dalam ingatan. Mendengar berita keganasan tentera Palestin di kaca TV membuatkan ingatan ini melayang ke sana. Teringatkan wajah anak-anak Palestin yang suci dan bersih, wajah warga tua yang menanggung penderitaan berpanjangan, wajah manis anak muda yang sungguh bersemangat... Allah selamatkanlah bumi Palestin.. Bulan Ramadhan yang mulia ini penduduk Israel masih mencemari kesucian Masjid Aqsa yang merupakan antara 3 masjid yang dimuliakan...

Gambar di bawah ini adalah kiriman whatsapp kawan dari admin grup Crumb Kinrara yang dapat pergi ke sana sebelum Ramadhan.. Rindu semakin rindu rasa hati akak dengan Masjidil Aqsa. Moga Allah memberi akak kesempatan lagi kepada akak untuk berkunjung ke sini lagi... 
Yang atastu Masjid Aqsa lama...
Yang berkubah kuning itu Dome of the Rock...
Laluan sepi sebelum sampai ke Masjid Aqsa... 
Melalui rumah-rumah penduduk dan juga kedai ... 
Sebelah kiri keadaan di dalam masjid Aqsa...
Di sebelah kanan ialah di Dome of the Rock atau kubah Shakhrah...
Kubah Shakhrah bukanlah sebuah masjid, sebaliknya, merupakan sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Isra dan Mi'raj.
~ Wikipedia ~
Rindu serindu rindunya...

Bawah ini gambar rombongan kami tahun lepas... 
 Kenangan sebelum keluar dari Masjid Aqsa untuk balik ke Jordan..



Tuesday, June 28, 2016

Ipoh Menggamit Memori

Ipoh memang mengamit memori akak.. tingkatan satu hingga tiga dan tingkatan enam akak bersekolah di Ipoh.. Habis belajar terus bekerja di Ipoh memang tidak teringin langsung hendak berkerja di Lembah Klang.. Namun takdir Allah, akak berkahwin dengan orang Gombak berkerja dengan kerajaan Negeri Selangor tentulah di sinilah akak sekarang... Walau macamanapun Ipoh tetap dalam ingatan...

Mungkin pada setengah orang Ipoh tiada apa-apa, tidak semaju dan sehavoc Kuala Lumpur. Pada akak Ipoh punyai segala yang akak inginkan. Akak taipkan artikel tentang Ipoh menggamit memori dari Majalah Santai Travel.....


Sumber : SANTAI TRAVEL

Ipoh, sebuah bandaraya yang pesat membangun tapi masih mengekalkan unsur semulajadinya. Terletak di antara gunung-ganang, bangunan pencakar langit utuh berdiri diapit oleh rumah-rumah kedai lama yang menggamit memori silam.

Bandaraya Ipoh terkenal di Malaysia sebagai bandaraya yang berkembang hasi perlombongan bjih timah. Ipoh mengalami perkembangan industri dan pertambahan penduduk yang pesat seiring dengan fungsi dan kedudukannya sebagai sebuah bandaraya tetapi masih mengekalkan aura lama dengan deretan rumah-rumah, kedai dan banglo peninggalan zaman penjajah. Kedudukan dan perkembangan Ipoh di Lembah Kinta berfungsi sebagai bandar sumber bijih sehingga dinaik taraf menjadi sebuah bandaraya, terletak kira-kira 200 kilometer ke utara Kuala Lumpur. Nama Ipoh diambil bersempena pokok Ipoh yang banyak terdapat di sini dahulu. Getahnya yang beracun sering digunakan oleh Orang Asli untuk penahan sumpit mereka. Ipoh mula mendapat status bandar raya pada 27 May 1988, oleh Sultan Azlan Muhibbudidin Shah Ibni Almarhum Yusuf Izzuddin Shah. Bandar Ipoh terbahagi dua oleh Sungai Kinta merujuk kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Untuk ke Ipoh dari Kuala Lumpur cukup mudah.

Terdapat perkhidmatan bas dan keretapi ETS dalam frekuensi yang banyak dalam satu hari dari Kuala Lumpur, hanya mengambil masa lebih kurang dua jam. 

STESEN KERETA API IPOH

Destinasi pertama yang saya singgah sebaik sampai di Ipoh adalah Stesen Kereta Api Ipoh. Stesen ini juga dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh kerana mempunyai sedikit persamaan dengan rekabentuk Taj Mahal di India. Bangunan ini juga menyerupai Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Pembinaan stesen ini bermula pada tahun 1914 dan siap pada 1917 dek kerana masalah bahan binaan dan kos pembinaan yang tinggi. Ramai yang tertarik dengan unsur senibina klasik dengan gaya British 'Raj' yang dilengkapi dengan kuabah dan menara kecil berbentuk 'Moorish' . Arkitek British, AB Hubback yang dipertanggunjawabkan untuk mereka bangunan stesen ini.

Stesen ini telah dijaga dengan baik dan warna putih digunakan untuk mengekalkan sejarahnya. Pokok Ipoh yang mnejadi asal usul nama Ipoh juga ditanam berdekatan stesen. Berlandaskan sejarah Stesen Kerata Api Ipoh, Perak merupakan negeri yang pertama sekali diperkenalkan dengan teknologi kereta api di Malaya dan ia merupakan landasan pertama yang dibina oleh pihak Britiish bertujuan untuk aktiviti pengakutan industri bijih timah.


GUNUNG LANG

Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kolometer dari bandaraya Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Jajaran Gunung Lang merupakan kawasan bukit batu kapur yang terletak ditengah Lembah Kinta dan merupakan kawasan rekreasi yang terletak di utara Bandaraya Ipoh. Ianya boleh dimasuki melalui Lebuhraya Utara Selatan melalyi susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar. Kawasan bukit batu kapur ini telah diterokai seawal 1880 oleh pelombong bijih timah Melayu yang mana perlombongan ini telah di lakukan di dalam gua-gua yang terdapat di sini.

Kawasan ini juga telah di jadikan kawasan perlombongan bijih besi dan menghasilkan kawasan landskap terganggu seperti kawasan berpaya dan tasik. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah, laluan pejalan kaki, menara pandang jauh, jeti bot, tandas serta air terjun buatan tertinggi di Malaysia. Tempat letak kereta disediakan secara percuma dan tambang untuk menaki bot adalah RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 500 meter.

GUA TEMPURUNG

Gua Tempurung terletak di Gopeng, 25 kilometerdari Ipoh. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa Gua Tempurung ialah gua batu kapur semulajadi terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua ini berlengkar di dalam perut Gunung Tempurung sebagai satu terowong dari timur menembusi ke barat sepanjang 1.9 kilometer. Gua Tempurung mempunyai marmar dan beatu kapur, gua mengandungi timah dan mineral lain. Terdapat beberapa perlombongan biih timah berskala kecil di dalam gua sepanjang abad yang lain. Gua Tempurung merupakan gua utama di banjaran ini. Kemudahan seperti jejantas dan tangga telah disediakan di dalam sebahagian daripada gua-gua tersebut. Dengan kemudahan ini pelancong dapat melawat ke dalam gua dengan lebih mudah, selesa dan selamat.

SYURGA MAKANAN IPOH

Ipoh terkenal dengan pelbagai makanan yang best. Ramai yang sanggup datang ke Ipoh semata-mata untuk menikmati makanan istimewa di sini seperti nasi vanggey, mee kari, mee kicap dan banyak lagi. Oleh kerana perjalanan saya singkat, hanya dua malam diIpoh tidak banyak retoran dan makanan yang sempat saya cuba. Niat di hati ingin mencuba Nasi Vanggey atau Nasi Ganja yang popular di Jalan Yang Kalsom. Tetapi hasrat itu terpaksa saya batalkan dek kerana terlalu ramai orang beratur untuk membeli nasi ganja yang popular itu. 


TAMAT

Cerita akak pulak....Banyak lagi tempat menarik di Ipoh yang tidak sempat di terokai oleh penulis sebenarnya. Perkara yang paling menggamit memori akak tentang Ipoh sebenarnya ialah keramahan penduduk Ipoh betoilah kot perkataan "Ipoh Mali Tarak Sombong". Baru pertama kali kenalpun umpama dah kenal bertahun.. 

Paling best ialah tiadalah kesesakan jalan raya yang teruk membuatkan perjalanan selalunya tidak mengambil masa yang lama. 

Antara tempat rekreasi pilihan akak untuk berjogging suatu masa dahulu ialah Padang Polo dan Taman Dr Seenivasagam.. Sesekali memilih Bukit Kledang di Menglembu untuk melihat panorama Bandaraya Ipoh. Untuk yang suka cabaran di Ipoh terletaknya puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Korbu.

Untuk pencinta makanan terdapat pelbagai pilihan. Selain dari Nasi Vanggey terdapat kedai Mi Kari Daud Mat Jasak. Selalu mi kari di sini kuah dan mi yang sedia ada tapi di sini kita boleh memilih seaneka fish ball atau fish cake yang akan dicelur untuk di makan bersama mi kari. Mi kicap juga amat terkenal di sini.. Paling seronok ialah sarapan di Ipoh yang menyediakan makanan berat bukan hanya ada nasi lemak, mi goreng, bihun goreng dan kue tiaw yang sudah siap di masak.. Kalau di sini dulu seawal pagi akak dah meronda mencari laksa, mi kari, mi wantan, char kue tiaw dan lain-lain.. Medan Selera yang agak terkenal di Ipoh ialah Medan Selera Taman Kanak-kanak, Medan Selera Stadium Negeri dan juga Medan Selera Datuk Sagor(berdekatan Masjid Negeri)... Harap balik Ipoh dapat buat entri tempat makan yang best di Ipoh ... Jom baca blog ini juga :- Mengunyah

Jangan lupa Nasi Ayam yang sangat terkenal di Ipoh...
Kalau akak duduk Ipoh memang tak masukler Chicken Rice Shop yang mahaltu...
Di sini banyak sangat kedai Nasi Ayam yang sedap..
Macam yang di atastu Nasi Ayam Tauge... 
Laksa kalau di Ipoh ada fish cake macam laksa orang Cina.. 
Ipoh memang ramai bangsa Cina jadi sedikit sebanyak mempengaruhi makanan di sini... 
Ipoh juga ada Lost World of Tambun..
Dah lama sangat tak ke sini yer anak-anak..
Taman tema baru akan dibuka di Ipoh Julai ini ...
MAPS ~ Movie Animation Park Studios..
Gambar dari blog EMILY2U dan ada info juga di blog ini...

Cukup sudah entri ini kerana tujuan hanya ingin berkongsi info dari majalah dah menjadi entri akak pulak... 

Ikon Teluk Intan

Menara Condong membuatkan Teluk Intan menjadi tempat yang istimewa untuk dikunjungi. Kalau datang Teluk Intan mesti kita akan berjumpa dengan Menara ini sementelah pekan Teluk Intantu bukanlah sebesar manapun..

Kalau masa dulu-dulu kami selalu pergi ke pekan Teluk Intan menemankan bapak membeli hadiah untuk kejohanan sukan atau acara penyampaian hadiah..
Gambar kenangan dua tahun yang sudah...

SUMBER : Berita Harian (22hb Mei 2016)

Kewujudan Menara Condong mempopularkan Teluk Intan , sehingga ia menjadi identiti bandar ketiga terbesar di Perak ini, selepas Ipoh dan Taiping.

Banyak catatan juga yang menyamakan menara condong istimewa ini dengan Menara Pisa di Itali.

Menara Condong Teluk Intan diitiraf oleh Jabatan Warisan Negara sebagari warisan kebangsaan.

Berdasar catatan, Menara Condong Teluk Intan dibina oleh arkitek berbangsa Cina, Leong Choon Cheong yang berfungsi sebagai sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk tempatan pada musim kemarau selain berperanan sebagai penunjuk waktu atau time keeper apabila ia dilengkapi jam besar.

Wang derma daripada penduduk tempatan digunakan untuk membeli jam berkunci dari London buatan firma JW Benson -Ludgatehill.

Mudahkan pengurusan air

Sekalipun berusia lebih 100 tahun, menara berkenaan masih berdiri kukuh hingga hari ini.


Ketika pemerintahan Jepun, menara jam ini digunakan oleh askar Jepun sebagai menara kawalan.


Menurut satu kajian, tujuan lain pembinaan menara ini atau dikenali sebagai jam tinggi antaranya ialah memastikan kemudahan pengurusan air British dipertingkatkan sebagai bekalan tambahan sekiranya berlaku kebakaran, selain memperingati jasa pentadbir British ketika itu.

Menara ini jug pernah digunakan oleh Persatuan Pengakap Teluk Intan pada tahun 1940 dan Lembaga Perncang Keluarga Negara (1977 hingga 1992).

Pengaruh seni bina China sangat kuat terhadap pembnaan menara jam ini apabila ia menampilkan konsep sebuah pagoda.

Dari luar kelihatan seolah menara jam ini seperti bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat saja yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu.

Bebanan tangki air punca condong

Menara jam ini dibangunkan di atas struktur tanah yang lembut. 

Bebanan berat tangki air menyebabkan lama kelamaan menara ini menjadi condong. Bagaimanapun, ada yang mendakwa, pernah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga tapak menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan tangki air yang berat dipercayai punca menara ini mula condong.

Hari ini Menara Condong Teluk Intan tidak lagi berperanan sebagai tangki simpanan air, namun jam besarnya masih lagi berfungsi. Justeru, produk pelancongan di Teluk Intan ini mampu menggamit kehadiran pelancong asing mahupun domestik kerana ia memiliki nilai sejarah dan warisannya yang tinggi.


Jangan sengetkan kepala anda kerana menara ini memang senget.... 

Tempat menarik yang lain di Teluk Intan adalah seperti :-

1) Batu Tenggek ~ terletak di persimpangan pekan Teluk Intan. Katanya dulu batu itu kecil dan diletakkan oleh askar British dan kini telah semakin membesar... 
2) Masjid Sultan Idris II
3) Balai Polis Teluk Intan yang lama
4) Bangunan Lama Mahkamah Tinggi
Rujukan di blog ini ::- Suhazainul Blog

Untuk lebih jelas boleh pergi ke blog ini AGARKUTIDAKLUPA BLOG tentang kisahnya jalan-jalan Teluk Intan.. Gambarpun cantik dan akakpun sebenarnya ada impian untuk meronda dan ambil gambar seperti itu...  Jangan lupa ke blog ini :- AGARKUTIDAKLUPA BLOG

Rupanya Madrasah Al-Ihsaniah ini juga tidak kurang menariknya ... Moga warisan ini juga akan terus terpelihara...
Teluk Intan memang banyak bangunan bersejarah...  Gambar dari blog :- AGARKUTIDAKLUPA BLOG

Friday, June 24, 2016

Piknik di Taman Wetland


Ini kisah sebelum bulan puasa yang lepas... Al kisah kawan sekolah mengajak berpiknik di Taman Wetland Putrajaya... Memang bukan rezeki akakler ini kali ketiga perjumpaan antara kawan-kawan kami sekalipun akak tidak dapat pergi.. Bermacam halangan untuk akak sampai ke sana.. 


Kali pertama di Ipoh, akak demam teruk padahal akak sudahpun sampai di rumah adik akak di Ipoh.. Kali kedua pulak akak di Hospital Putrajaya sebab jaga Atikah yang di masukkan wad kerana denggi. Dan ini kali ketiga pula kebetulan ibu mertua pulak baru datang ke rumah.... Memang bukan rezeki akak gamaknya...



Akak hanya ingn berkongsi gambar yang dikirim melalui kiriman whatsapp ... Macam bestjerkan dapat jumpa kawan-kawan dan anak-anak kitapun dapat kawan baru.. Moga jalinan ukhwah kita semua akan terus berkekalan hingga akhirnya.. Syukur punya kawan seperti kamu semua pelajar Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah Ipoh,.... 

Mohon kawan-kawan sedekahkan al-Fatihah untuk anak kepada senior sekolah akak iaitu Kak Mas yang kehilangan anaknya dua hari lepas. Selepas mendengar khabar yang anaknya koma selepas kemalangan motorsikal selalu akak periksa status kak Mas. Rasanya lama juga kak Long koma dan janji Allah itu pasti dan kak Long telah menghadap Illahi ... Moga kak Long Nabila Azira tenang di sana dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.. Moga kak Mas sekeluarga juga akan tabah menghadapi ujian dari Dia yang maha kuasa.. 
Ini di Menara Tinjau ....
Amboi syiok kome berpiknik yer... Jeles teman tau....
Mesti macam-macam ceritapun ada...
Semoga ada lagi perjumpaan akan datang... 
Gambar kiri kawan terakhir sampai dan yang kanan dah nak pulang....

Semoga persahabatan kita akan membawa kita ke arah kebaikan...

Wednesday, June 22, 2016

B-Kidzanian ~ Kidzania Pazzport

Kisah Kidznia akak sebenarnya belum tamat lagi.. Tapi masatu dengan kesibukan akak yang ternyata maka tertangguhlah gambar di dalam draf. Ini ada masa sikit ditambahkan kerinduan akak untuk menulis dan membaca blog sendiri akak kuatkan semangat untuk menyambung kisahnya... 

Akak pergi Kidzaniani bulan November tahun lepas dengan anak-anak.. Sebelum ini tiada lagi cerita di Kidzania ada mengeluarkan pazzport (macam paspot)... Ini satu benda baru pada akak kerana tahupun maklumat ini masa bersembang dengan ibu yang sama-sama menunggu anak bermain.. Katnya lebih berbaloi kalau ada pazzport ni. Rugi juga kerana kami sudah bermain hampir 3 jam... 
Pejabat untuk membuat pazzport terletak di tingkat satu.. Di sini petugas akan mengambil gambar dan pazzport akan disiapkan serta merta... 
 
Bayaran yang dikenakan :-
RM30 (kali pertama)
RM15 (jika hilang dan hendak diperbaharui)
Syarat :-
Masa pergi ke pejabat tersebut mesti ditemani oleh orang dewasa dan tidak boleh hanya kanak-kanak.
Inilah rupa pazzport Kidzania anak akak..
Kini dah jadi warganegara Kidzania... 
Ini rupa biodata di dalam pazzport....
B-Kidzanian hanya hingga umur 17 tahun...
(lihat gambar di atas) 
Satu sticker diberikan setiap kali datang ke Kidzania..
Macam pasport betul tu ada cop ...
Kalau pergi ke cawangan KIdzania lain akan dapat sticker negeri tersebut...
Maklumat mengenai pazzport Kidzania....
Gambar dari facebook Kidzania

Kelebihan:-

1. Akan dapat duit lebih kalau buat kerja..
2. Mendapat diskaun kalau pergi ketempat yang kena bayar....
3. Pazzport laku digunakan di mana-mana cawangan Kidzania....

Rupanya 'CitiZen' di sini ada 3 peringkat, tengok gambar seperti di atas.. jadi untuk dapat lebih kelebihan kenalah jadi honorable CitiZen.. Untuk maklumat lanjut bolehlah pergi ke laman web rasmi Kidzania... http://www.kidzania.com.my/get-your-pazzport/

Monday, June 20, 2016

Deko Raya mewarnai Kompleks Membeli belah

Tahun ini hari raya macam tidak berhari raya sahaja... Semalam baru beli baju hari raya Atikah dan Azalia... Itupun hanya di IOI Mall Puchong sahaja, malas nak pergi jauh-jauh.... Cukuplah asalkan ada baju baru untuk berhari rayakan... Akak suka dengan deko Sunway Pyramid kerana setiap kali perayaan dekonya memang ohsem.. Harap dapat bergambar di sana juga  nanti...

Jom layan gambar dua orang budak ini di sana....


Balik Kampung.. Balik Kampung hati riang... Tengok rumah ini teringat rumah opah dulu yang meriah kalau hari raya... rumah akak di kampung dah tak macam rumah kampung cam gini... 

Wednesday, June 15, 2016

Makanan Timur dan Barat ~ Wordless Wednesday

Ragam anak akak yang bernama Azalia... Kuat makan dan boleh makan apa juga .... Sebenarnya kami panggil dia orang kampung sebab satu hari mesti makan nasi.. Nasi goreng tidak dikira nasi tau.. Yang penting nasi kosong, makan begitu sahajapun boleh, atau dia kepalkan nasitu jadi bebola nasi... Paling suka dia makan dengan lemak pucuk ubi, pucuk paku, dan masa dulu mesti ada sambal belacan.. Sekarangni dah tak suka sambal belacan sebab perut dia tak tahan sangat... Sebenarnya dia kurang suka makanan barat .. Tapi dia suka yang makanan segera macam A&W Coney Dog, KFC dia makan nasi ayam kosong sahaja , ayam dia akak kena makan.... Kalau Pizza kurang pada tekaknya, selalu dia ajak akak makan di pizza tapi makannya hanya sepotong..  
Ini gambar Azalia yang suka makan... 

Monday, June 13, 2016

Butik muslimah pertama Bandar Kinrara ~ Thread & Lilies

Ini bukan perniagaan akak, bukan juga saudara mara atau rakan taulan.. Sengaja buat entri ini kerana teruja ada juga butik muslimah yang ingin bertapak di Bandar Kinrara ini. Kalau dulu ada juga Najjah di Giant... Untuk yang duduk di Bandar Kinrara, Puchong, Bukit Jalil atau yang berdekatan sini bolehlah datang ke butik muslimah pertama di Bandar Kinrara... 

Peta ada seperti di bawah ini.. Boleh datang naik LRT tapi agak jauh jugalah nak menapak tapi masih boleh lagi.. Seronok sekarang Bandar Kinrara dah tak serupa dulu lagi... Gambar di bawah akak dapat dari grup Crumb yang banyak mempromosikan perniagaan orang kita.. Suatu hari nanti akak cerita pasal Crumb pulak..


Gambar di hari pembukaan butik Thread & Lilies.. akak tak sempat nak pergipun lagi ke sini.. Nanti mesti sampai juga tunggu berkawan barulah seronok... 

Thursday, June 9, 2016

Buku Skrap Sekolah Kebanggaanku

Cerita lama tapi nak juga masuk ke blog akak... Kisah Atikah dan buku skrapnya.. Atikah biasajer tapi ibu dia yang lebih teruja nak buat.. Buku Skrap ini adalah untuk mata pelajaran Sejarah..

Masakan ibunya tidak teruja, dulu masa sekolah rasanya tidak merasa untuk membuat ini semua.. Biarpun nampak macam tidak terurusjer kerja dilakukan tapi tetap berbangga dengan hasil idea sendiri... Akak suruh Atikah mencari bahan di internet.. Tidak banyak juga sejarah dan maklumat Sekolah Seksyen  Satu Bandar Kinrara ini rupanya.. 
Keseluruhan Buku Skrap Sekolah Kebanggaanku, tapi di bahagian belakang itu diletakkan juga lampiran peta sekolah dan gambar-gambar sekitar sekolah.. 
Muka surat depan 
Juga muka surat pengenalan tuan punya buku skrap...
Muka surat pertama Sejarah dan maklumat sekolah...
Muka surat masih tajuk yang sama... 
Moto, Visi dan Misi Sekolah Kebangsaan Seksyen Satu Bandar Kinrara... 
Lagu Sekolah Kebangsaan Seksyen Satu Bandar Kinrara..
Muka surat tentang ikrar sekolah... 
Carta Organisasi yang ringkas yang diberikan oleh gurunya... 
Bagi peluang untuk Atikah menulis di bahagian penutup... 


Wednesday, June 8, 2016

Kisah Sebelum Ramadhan

Minta maaf kiranya gambar di bawah membuatkan anda semua rasa nak makan... Ingat puasa yer... Gambar di bawah kisah sebelum Ramadhan, kisah minggu sudah.. Alkisahnya ada kenduri doa selamat , makan-makan sefamili sebab dah lama tak makan ramai-ramai...

Setiap famili dikehendaki membawa makanan atau tema pot luck.. Jadi makanannya macam-macam ada dan sedap-sedap belaka...
Ini pulut kuning dan rendang ayam yang di order dari pelakon Zarina Zainudin...
Adik sepupu yang mintak pulut itu dibulat-bulatkan... 
Senang terus boleh masuk mulut.. 
Seanika makanan yang ada dari bihun goreng, gulai lemak ayam, sambal sotong, ikan, sayur campur. sup suun fucuk. asam pedas, rendang ayam, rendang daging, pulut, karipap, agar-agar koktail, cheese tart, macam-macam ada... 
Pandangan makanan dari sebelah sini pulak... 
Anak-anak akak yang sedang memillih makanan.. 

Nuffnang oh Nuffnang