Nuffnang saya

Followers

Friday, April 29, 2016

Pom Pom, Tioman tercantik di Asia

Hujung mingguni panjang... jom cuti-cuti...
Mungkin tidak perlu pergi jauh hanya di Malaysia...
Kami tidak pergi ke  mana kerana ada urusan yang perlu dibereskan di sini...
Entri yang akak ambil dari surat khabar Berita Harian...
Rupanya dua pulau dari negara kita adalah tercantik di Asia...
Tiomantu akak pergi tahun 2000 ambil lesen skuba...
Pengalaman yang terindah dalam hidupni rasanya...
Lepastu kahwin dan terus tidak berskuba lagi malah bersnokelingpun payah...
Rindu dengan keindahan pulau di Malaysia ini..

Pom Pomtu cantik tapi mungkin bahaya sikit takut kena culik...
Namun dua pulauni rasanya kita perlu merancang terlebih dahulu untuk pergi...



Jadi berbanggalah kita dengan pulau yang ada di sini..

Monday, April 25, 2016

Tokong Fu Ling Kong Pangkor

Destinasi seterusnya kami dibawa oleh pemandu van ke Tokong Fu Ling Kong..
Kalau Kota Belanda terletak di Teluk Gadong perkampung kaum melayu..
Untuk ke Tokong Fu Ling Kong van kami melalui perkampungan kaum cina..
Jalan di Pulau Pangkorni memang sempit kalau akak bawak kereta memang taklah kot...
Akhirnya sampai juga ke Tokong Fu Ling Kong...
Tanya anak-anak nak naik ke atas atau tidak sebab emak-emak dah angkat tangan mengalah...
Waktutu matahari dah naik memang panas sangat nak memanjat lagi memang tak sanggup...
Akak pulak masatu memang kurang sihat dari dua hari sebelumtu...
Yang kelakarnya hari ke Pangkortu sihat lepastu esoknya demam teruk datang balik...

Oh ok cerita di Tokongtu, namapun anak-anak suka sangat diaorang dapat naik atas...
Akak bagi handphone pada Atikah untuk dia ambil gambar...
Bergambar di pintu masuk .... di sini ada pelbagai replika sebenarnya...
Yang paling menarik perhatian ialah mini tembok besar China...
masani Atikah sihat lagi... Lepas turun dari sini dia kata dia kurang sihat ...
Entah apalah gambar yang Atikah ambil...
tapi di sini memang ada kolam ikan...
Gambar di ambil oleh Atikah ..
Tinggi juga yer.... kalau badan sihat seronok juga keluarkan peluh.. tapi  kena datang awal pagilah...

Kami ada singgah kilang satay ikan tapi tak ambil gambarpun..

Friday, April 22, 2016

Galeri Pangkor menyimpan sejarah Pulau Pangkor

Terima kasih atas ucapan dan doa kawan-kawan sekalian...
Akak masih tidak sempat berkunjung balas ke blog kawan semua...

Sambungan dari kisah cuti Pangkor kami yang tidak habis lagi...
Lama dah rasanyatu baru ada nak buat entri Pangkorni...
Lepas habis lawatan ke Kota Belanda, pemandu van bawak kami ke Galeri Pangkor...
Galeri Pangkorni dekat sangat dengan jeti, jalan kakipun sampai...
Tempatnya tidaklah besar sangat tapi cukuplah untuk mengetahui sejarah pulau tersebut...
Anak akak dan anak saudara seronok berlari-lari jenuh nak suruh bergambar...
Bateri handphonepun tidak berapa banyak jadi memang kurang bergambar ralat pulak rasanya...
Akak suka gambar gadis melayu zaman dulu, cantik sangat...
Nampak ayu sangat walaupun cuma gambar ...
Tempat ini masih dijaga oleh Majlis Perbandaran Manjung...
Jomlah datang kerana di sini juga ada pameran tentang perjanjian Pangkor...
Kalau nak bercuti ke Pangkor cuti hujung minggupun cukup...
Dari Lembah Klang kalau ikut lebuhraya PLUS keluarlah di simpang Gopeng...
Kalau nak merasa jalan kampung dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam dan Lumutpun boleh...
Bolehlah membeli hasil laut yang sangat terkenal di pulau ini untuk buah tangan jiran dan kawan...

Thursday, April 21, 2016

Ulang tahun perkahwinan Cho ZIla

Tarikh ini akak dan suami di nikahkan oleh ayahanda tercinta...
Terasa baru lagi tapi rupanya dah agak lama walaupun tidaklah selama kawan sebaya...
Kawan akak ramai yang dah bercucu dan lepasni selalulah terima jemputan kahwin anak kawan..
Terima kasih suami kerana menerima Cho Zila seadanya...
Semoga perkahwinan kita akan kekal sampai bila-bila...

Inilah satunya kebanggan akak cross stich yang akak buat sendiri...
Teringin nak buat gambar kami sekeluarga tapi rasanya dah tak mampu...
Gambar kenangan hari persandingan di rumah akak...

Thursday, April 14, 2016

Selamat Hari Jadi Nurul Atikah

S E L A M A T    H A R I    L A H I R

NURUL ATIKAH BINTI MOHD RAFI

Genap umur sepuluh tahun hari ini
Ibu doakan yang TERBAIK sahaja yang berlaku dalam hidup kakak
Jadilah anak yang soleh, muslimah yang taat perintah agama, insan yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara, menghargai insan-insan yang sayangkan kamu, tidak berkelakuan yang akan merugikan diri dan jaga diri...
Inilah anak ibu Nurul Atikah yang ramai ramai tidak menyangka berumur sepuluh tahun..
Sekarngni kalau membeli baju sudah tidak mencari di bahagian kanak-kanak lagi..
 Kek segera dari Secret Recipe dipilih masa potong kek di rumah Nyang Fatimah sabtu lepas...
Terima kasih untuk cik Ija yang buat majlis hari jadi anak dia dan kami menumpang sekali...
Tapi masa nak potong kek anak dia meragam pulak jadi tinggallah Atikah seorang di situ... 
Nasiblah Luqman sudi meneman Atikah...
Lagipun budak sebaya Luqman memang suka sangat meniup lilin...
 Akhinya birthday boy berbaju kotak-kotak yang merajukpun keluar dengan malu-malu...
Jamuan harijadi yang simple hanya untuk keluarga terdekat sahaja...
Yang penting mi kari cik Ija memang mabeles teringat-ingat sampai hari ini...
Kalau bukak kedai rasanya ramai yang jadi pelanggan tetap...

Tuesday, April 12, 2016

Kota Belanda Pulau Pangkor

Sambungan cerita jeti Marina Island yang lepas...
Mari kita meronda-ronda ke Pulau Pangkor....
Tujuan ke Pulau Pangkor bukan hendak bermalam cuma nak makan angin...
Setibanya kami di jeti Pulau Pangkor ramailah pemandu teksi yang menunggu...
Jadi kami cakap nak melawat tempat menarik di Pulau Pangkor...
Boleh juga sewa kereta atau motor tapi malas nak memikir kami naik teksi pink lagi senangkan...

Tempat pertama yang kami singgah tentulah di Kota Belanda...
Walau cuaca panas kami teruskan misi bergambar sepuasnya...
Muncunglah mulut anak-anak kami kerana terpaks...
Cantik juga bergambar di sinikan....
Bergambar dengan meriam...
Lima sepupu yang jarang berjumpa tapi sangat akrab walaupun berlainan jantina...
Kota Belandatu taklah sebesar manapun.. 
Sebenarnya akakpun baru pertama kali sampai ke sini...
Macam gambar kulit depan album penyanyi rock... The Cousins

Dua orang anak ibu moga korang akan menghargai sejarah negara kita
Di depan kota Belanda ada banyak gerai yang menjual air minum, makanan juga cenderamata,,
Kami sebaya... siapa lebih tinggi cer teka...
Sekejap rasanya masa berlalu budak-budakni dah tinggi belaka...
Anak katak tunggu apatu....
Jangan kacau Kota Belanda telah di iktiraf sebagai warisan oleh Jabatan Warisan Negara
Banyak info digantung di sini, ini adalah salah satu daripadanya...

Ini destinasi pertama kami, selepas ini ada lagi satu destinasi untuk dituju...

Saturday, April 9, 2016

Pergi Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island

Ini cerita cuti sekolah bulan Mac yang lepas...
Baru nak masuk blog akak sebab kesihatan akak yang kurang memuaskan ...
Lepastu Atikah pulak masuk hospital jadi semakin lambatlah nak tulis...
Sebenarnya cerita Kidzania juga masih belum selesai tapi biarkanlah dulu...

Masa cuti sekolah yang lepas akak balik kampung tapi tak balik Bota...
Mak akak juga pergi ke rumah adik akak yang dah jadi homestay di Marina Island Lumut...
Kebetulan haritu tiada penyewa bolehlah kami menumpang bermalam..
Rasanya tak seronok sekadar duduk di rumah di masa cuti...
Jadi kami merancang untuk ke Pulau Pangkor sahaja sebab dekat..

Untuk ke Pulau Pangkor sekarang sudah ada dua pilihan..
Boleh menaiki feri dari Lumut atau dari Marina Island ini...
Perjalanan dari Marina Island dekat jadi dalam 10 minit rasanya dah sampai ke Pangkor..
Kalau dari jeti Lumuttu rasanya lebih lama dari itu mungkin lebih dari 30 minit...
Tambang feri sama antara kedua jeti sebanyak RM10 pergi balik..
Masa bertolak dari jeti Marina Island bermula dari pukul 7.15 pagi..
Lepastu pukul 8.00 pagi dan selepastu sejam sekali dan yang terakhir pukul 8.00 malam...
Jom tengok gambar 5 sepupu di jeti Marina Island
Kita bergambar dulu di sini....
Di belakangtu adalah Hotel Marina Island kalau tak silap,,,
Banyak bot di Marina Islandni.. mungkin kepunyaan orang persendirian yang kaya-kaya...

 Berjalan-jalan di sekitar jeti sebab feri lambat lagi...
Duduk ditepi pantai menikmati pemandangan yang indah sebelum bertolak ke Pangkor.

Friday, April 8, 2016

Pengalaman pertama kali perkhemahan Atikah

Cerita lama Atikah ke perkhemahan di sekolahnya....
Bukan bermalampun cuma perkhemahan sehari sahaja..
Seronok tak terkira dia dapat kebenaran dari ayah dia untuk pergi perkhemahan..
Tengaharitu akak ronda sekolah dia tengok khemah telah dipasang di padang sekolah...
Beria-ia dia bercerita cara-cara memasang khemah...
Balik rumah Atikah berbau sardin rupanya kumpulan dia ditugaskan memasak sardin...
Punyalah sedap sardintu kata dia isyh...isyh kelakar pulak...
Bayangkankan kalau bermalam lagi banyak ceritanyakan....

Rasanya ada lagi perkhemahan perdana bulan Aprilni tapi dia tidak bercerita lagi pasaltu...
Akak suka juga dia ada aktiviti supaya dia boleh belajar banyak benda...

Monday, April 4, 2016

Jumpa kawan lama

Minggu lepas hari menjejak kasih kawan lama ..
Mula jumpa kawan yang dah 30 tahun tak jumpa....
Kali kedua terserempak dengan kawan sekolah lama juga....
Harini sibuk amat jadi hanya entri ringan sahaja...
 Jumpa Husna yang dah 30 tahun tak berjumpa padahal runah dia dekat sangat dengan rumah akak...
 Terserempak dengan Lida di kenduru kahwin anak bapa saudara di Ipoh...
 Sebenarnya kawan-kawan sekolah akak ada buat perjumpaan cuti sekolah yang lepas. Tapi sebab akak demam yang agak teruk tak dapatlah jumpa.. kawan-kawan sekolah asrama tentulah banyak kenangan yang berlaku.. memang tak cukup satu hari kalau nak mengimbau kenangan... Tahniah atas perjumpaan korang yang hebat ini... akak dulu sekolah perempuan..... lagilah nakal dulu-dulu...
Ini perjumpaan kawan sekolah kali kedua di IOI City Mall.. akak masih tidak dapat hadir sebab Atikah masih di hospital... tu yang rasa nak jejak kasih kawan-kawan sebab rasa ralat tak dapat hadirkan diri....

Kalau dulu tidak semudah orang sekarang.. payahnya nak berhubung dengan kawan-kawan.. nasiblah teknologi kini dapat menyatukan kembali hubungan yang telah terputus...

Nuffnang oh Nuffnang