Nuffnang saya

Thursday, January 28, 2016

Restauran Halal di Ho Chi Minh City Vietnam

Sambung balik kisah jalan akak di Ho Chi Minh City...
Makanan halal adalah keutamaan kepada kita kalau hendak melancong...
Tapi kalau ke Ho Chi Minh City, Vietnam perkara ini tidak perlulah dirisaukan...
Yang kena risau takut bajet sahaja yang lari di sebabkan harga makanan muslim di sini agak mahal...

Akak senaraikan restauran atau kedai makan muslim halal yang akak teringat nak ambil gambar...
Masa akak pergi tahun 2014 dulu tidak sebanyak ini tapi sekarang dah  makin bertambah pulak... 
Lihat sahajalah deretan kedai makanan muslim yang berada di Malaysian Street...
Bukan 3 buah ini sahaja, tapi kalau tidak silap ada dalam 7 ke 8 buah kedai  makan halal..
Jadi kalau ke Ho Chi Minh City Vietnam, makanan halal bukanlah perkara yang perlu di risaukan...
Nak tahu Malaysian Streettu di mana?
Jalan Nguyen An Ninh, District 1 berdekatan dengan Pasar Ben Thanh...
Kalau dari Pasar Ben Thanhtu keluar dari pintu Cua Tay (lebih kurang gituler ejanyer)

Semasa percutian hari itu hanya sempat singgah Restauran Basiroh sahaja diantara 3 yang di atas...
Masa akak pergi tahun 2014 Restauran Basiroh ini tidak secantik seperti sekarang..
Hanya kedai makan biasa yang tidak bertutup seperti sekarang..
Restauran Osman tu masih belum ada kalau tidak silap...

1) RESTAURAN HAJAH BASIROH
Kebanyakan kedai makan atau kedai baju yang kita pergi memang ada password untuk wifi..
Jadi kalau suka update facebook, instagram dan umpamanya boleh terus updatejer..
Kami tak belipun kad prepaid masa di sana sebab wifi yang ada pun mencukupi...

2) HALAL AMIN
Restauran ini sederet dengan Restaurant Hajah Basiroh di Malaysian Street...
Sentiasa penuh dengan orang kerana restaurannya sempit sedikit...
Alamat kedai makan Halal Amin...
Di sini juga menyediakan pakej lawatan ke Cu Chi Tunnel dan Sungai Mekong...
Harga tidak pula bertanya...

3) WARUNG 1 MALAYSIA
Kami sempat singgah ke Warung 1 Malaysia tapi tidak ke Halal Food Ay Sah...
Tekak akak dapat menerima makanan Warung 1 Malaysia...
Malah kami makan di sini sebanyak dua kali kalau tidak silap...
Warung 1 Malaysia Sai Gon ni juga terletak di Malaysian Street...
Patutlah jalan ini dinamakan Malaysian Streetkan memang tempat orang Malaysia makan dan shopping...

4) RESTAURAN SERAI
Nampak sedapkan mi goreng mamak di Restauran Seraini!!
Dekorasi kedaipun boleh tahan tengok guna corak batik untuk alas meja..
Ada bendera Malaysia gitu...
Kedai makanni tidak terletak di Malaysian Street...
Kalau dari Pasar Ben Thanh pintu keluarnya adalah Cua Bac (lebih kurangler ejanyer)
Ha ko ado kita makan sampai ratus ribu gitu siap kena VAT (cam gst) puluh ribu...
Tapi serius mahaltu kalau convert bodoh-bodoh mi mamak tu lebih kurang RM21.00...

5) RESTAURANT SAIGON HALAL FOODS
Restauran ini jauh sikit tapi kalau pergi ke Taka Plaza singgahler sini...
Kedai ini tak nampak di bawah tapi kenalah naik lif untuk naik ke atas...

6) KOPI VIETNAM
Kalau datang ke Vietnam haruslah minum kopi Vietnam....
Kopi Vietnam adajer jual di Restaurant Muslim yang ada di sini..
Seronoknyer banyak kopi yang di jual di jalanraya...
Ini antara yang akak suka.. Kopi Muslim harga lebih kurang RM4.00

Boleh baca cerita Restauran Halal di HCMC(klik)di blog akak yang lepas...
Entri ini pula pengalaman Cho Zila singgah restoran halal di HCMC(klik)....
Boleh klik di tulisan merahtu untuk rujukan kalau ada yang ingin ke sana lagi.. 

Wednesday, January 27, 2016

Perjumpaan kawan lama ~ Wordless Wednesday

Kejadian pada 26 Disember yang lepas..
Sayang akak tak boleh nak join...
Namun melihat dari gambar whatsapp dan facebook kawan-kawan akak dapat rasa kemeriahannya...
Tahniah untuk Ahli Jawatan kuasa yang bertungkus lumus...
Kawan lama teman yang semakin comel lote...
Yang berbaju oren kawan dari sekolah kebangsaan lagi..
Yang baju merah di belakang kawan serumah sewa masa tingkatan lima...
Kawan-kawan lama yang comel bergaya...
Kenalkan yang nombor dua dari kanantu pelakon Zarina Zainuddin...
Glamer korang yer siap masuk dalam surat khabar lagi yer..
Tahniah untuk semua yang menghadirkan diri..
Bersama dengan cikgu yang disayangi...

Friday, January 22, 2016

Bercuti di Ho Chi Minh City Vietnam 2015

Terima kasih atas keprihatinan kawan blog akak untuk entri sebelum ini...
Bila kita rasa keseorangan ada kawan yang sudi mendengar..
Insyaallah akak akan cuba kuat untuk menyelesaikan masalah ini...

Dah selesai nanti akan akak kongsikan di sini..
Untuk entri ini kita balik kisah cuti HCMC lagi...
Sekadar catatan indah untuk dikenang suatu masa nanti...
Entahler akak kalau bosan sangat akan baca blog sendiri...
Banyak peristiwa yang sudah hampir hilang dari memori bila baca blog sendiri akan muncul lagi...
Oleh itu semua catatan ini hanyalah untuk kenangan kalau ada yang mendapat manfaat Alhamdulillah...

EPISOD 1 : Kenapa memilih Ho Chi Minh City, Vietnam?
Kenapa kami memilih Ho Chi Minh City, Vietnam bukan tempat lain...
Untuk percutian keluarga pulaktu kalau untuk rombongan cik Kiah memang best HCMC ni...
Kami ada alasan yang tertentulah...

Yang pertama kalau ikutkan kadar tukaran wang masih munasabah...
Sebenarnya Jakarta Bandung pilihan utama kami..
Ya lah dua tempattu masih dikira bolehler walaupun "mahal" sikit dari dulu sebab RM jatuh...
Namun boleh kira lagilah, tahap mampu...

Yang kedua kerana suami akak belum pernah sampai ke sini lagi...
Banyak jugalah tempat dia pernah sampai tapi HCMC belum lagi...
Kebetulan kawan sepejabat dia ramai yang pergi tahun lepas...
Jadi mestilah suami akak memilih HCMC berbanding Indonesia...

Yang ketiga adalah di sebabkan kawan suami akak mengajak kami sekeluarga pergi bersama...
Jadi ada geng untuk ke sana dan tentulah lebih meriah...
Kebetulan urusan beli tiket kapal terbang dan hotel diuruskan oleh mereka..
Kiranya kami ini menumpang sahajalah...

Yang keempatnya kalau dulu akak pergi dengan kawan-kawan teringin pulak pergi dengan keluarga..
Jadi HCMC, Vietnam adalah percutian kami di tahun 2015...

Rombongan kami , terima kasih semua....

EPISOD 2 : Kisah sebelum pergi...

Tarikh yang dipilih sudah semestinya pada masa cuti persekolahan...
Itu yang paling mudah sekalikan...
Oleh kerana kami mendapat bantuan dari kawan suami tidak banyak yang dilakukan...
Namun entah berapa kali juga bertukar tarikh perjalanan sampai percutian hendak dibatalkan..
Syukur masih ada rezeki juga untuk akak bertandang lagi ke sana...
Persiapan yang lainpun macam biasa sebab bukannya berjalan ke negara yang bermusim-musimtu..

EPISOD 3 : Meronda ke blog kawan-kawan.

Inilah paling seronok sekali sebenarnya...
Pengalaman sebelum pergitu adalah yang paling mencabar...
Sebab akak pernah pergi kurang sikit debarannya...
Kalau baru pertama kali ke sesuatu tempat dan baca pengalaman dari blog kawan-kawan memang saat mengujakan...
Macam-macam yang bermain di fikiran...

Antara blog yang akak suka baca ialah :-
Pertama : Blog KEMBARA ALAM~fakta percutian HCMC
Boleh kata lengkap juga fakta percutian yang diberikan..
Paling menarik tentang kisah tukaran matawang...
Dia memberikan contoh yang sangat mudah dan sudah pasti amat berguna...
Maalumler duit semua ratus ribu, pening kepala di buatnya...
*Pertukaran Duit RM ke Vietnam Dong (VD) : Semasa saya tukar RM160.00 saya dapat 1,000,000 (1 juta VD) di Money Changer kat Bangi. So kalau nak tukar duit dari RM ke VD, tanya money changer tu berapa RM untuk 1 juta Dong Vietnam. Sifir mudah saya untuk convert duit nanti ialah 1,000,000.00VD bahagi RM160.00 = 6,250. Angka 6,250 akan saya guna nanti untuk convert dari RM ke VD dan sebaliknya.
Akak tak guna caratu tapi akan akak ceritakan dalam episod 4..
Tapi yang paling akak suka blog ini adalah pasal pengangkutan...
Nak naik bas dan teksi dari lapangan terbang diceritakan dengan jelas...

Kedua : Blog adik manis akak yang dah lama tak mai blog akak.. JARIMANISTRAVEL
Mesti biasakan dengan nama adik JM kitani...
Yang penting ada peta di lukis sendiri oleh adik manis kitani...
Jadi untuk memudahkan kita berjalan di sana boleh refer ke peta tersebut...
Sebenarnya pi mai pi mai tang tu jer tapi kalau ada peta lebih yakin dirikan...

Ketiga : Blog DIARIHATIANAA inipun menarik juga...
Walaupun pendek ceritanya tapi penuh dengan info...
Yang penting akak baca blog dia tapi lupa ambil iktibar dari kisahnya...
Adik saya cuba tempah baju kurung moden siap 24 jam, RM50 upah, hasilnya ROSAK!!! hahahah, nasib baik saya tak ambik risiko tu. Konon gambar kain kembang payung, siap baju kembang sejambak, takde payung2 dah.. pastu si owner kedai buat muka toye jer.. Adik saya malas nak outer2. Kalau saya, paling tidak bebel la sikit. Heee ;)
Akak juga mengalami nasib yang sama nak kurung Pahang tapi jadi kurung Vietnam...
Ha.. Ha... Ha... Ha.. nasib badanlah siapalah suruh nak berkurung Pahang  bagaikan......
Tapi bukan semualah akak hantar dua kedai yang satutu memang ok menjadi...
Walaupun bukan terbaik tapi boleh diterima tapi untuk akak cukup sudah memang tak buat dah....

Sebenarnya banyak blog yang akak masuk tapi sebahagian dah ter'delete' dari 'favorite'
Sekarangni semuapun googlejer macam-macam ada...
Tapi kena tapis jugalah ada maklumat yang tidak benar lagi sahih ...

EPISOD 4 : Penukaran duit RM ke VND

Masa akak pergi ke Vietnam RM kita memang dalam keadaan jatuh.. jatuh ... dan sekarang jatuh lagi.
Jadi paham-pahamjerler percutian kita dah jadi mahal berbanding kalau pergi awal dari tarikh kita..
Tapi sebab dah beli tiket dan booking hotel kenalah pergi jugakan...
Konon nak tunggu saat terakhir ambik kau makin menjunam jadi terimalah seadanya...

EPISOD 5 : Pilihan untuk sampai ke KLIA 2

Sebenarnya akak dah buat satu entri khas untuk pilihan untuk sampai ke KLIA2...
Jom baca entri akak sebelum ini..
TIPS PARKING KERETA MURAH KLIA DAN KLIA2
Kami memilih untuk meletakkan kereta di Putrajaya Sentral dan naik ERL ke KLIA2..
Sangat menjimatkan berbanding kalau meletakkan kenderaan di KLIA2..
Namun ada pro dan kontranyalah juga...
Kalau ada yang sudi menghantar adalah lebih baikkan...

EPISOD 6 : Perjalananpun bermula

Dalam anak akak yang sulungtu merungut sebab takut naik kapal terbang akhirnya perjalananpun bermula...
Suka sangat membaca di internet macamtulah jadinya...
Katanya tak bolehker kita bercuti naik kereta atau bas tak perlu naik kapal terbang...
Kalau gitu kalau nak keluar negeri Thailand dengan Singapura sahaja yang boleh...
Seronok berada di awan biru melihat kekuasaan yang Maha Esa...
Syukurlah semuanya selamat pergi dan balik...
Sempat merasa makan nasi lemak yang dihidangkan..

EPISOD 7 : Welcome to Vietnam!!!
Selamat datang ke Vietnam dengan selamatnya...
Seronok kembali ke sini lagi walaupun tahu banyak cabaran yang menunggu...
Hilangkan semua yang membebankan fikiran kita shopping dulu...
Ho Chi Minh City memang tempat untuk membeli belah terutama untuk wanita....

Satu perkara biasa di sana tapi luar biasa pada kita ialah sistem jalan raya di HCMC...
Kenderaan yang banyak sekali di atas jalan raya adalah motorsikal..
Walaupun sistem jalanrayanya macam menakutkan tapi tiadalah kesesakan yang terlampau macam di sini...
Pemandangan biasa di jalan raya penuh dengan motorsikal...
Namun susah di lihat berlaku kemalangan (akak pergi sebelum ini nampak sekali)..
Tak taulah samada pembonceng motorsikal di sana lebih berhemah dari di sini atau apa...
Tengok topi keledarnya tiadapun cop SIRIM (di sana nama lainler)..
Akak ada juga keinginan kalau datang lagi ke sana nak merasa bermotorsikal meronda bandar...
Ehm best jugatu... tapi macam seramjer...
Ok cerita di Ho Chi Minh akan bersambung lagi...

EPISOD 8 : Good bye dan sampai jumpa lagi..
Selamat tinggal Ho Chi Minh City yang penuh cerita suka dan duka...
Kalau ada rezeki kita datang lagi... Insyaallah..
Perjalanan baik dipermudahkan walaupun penerbangan ditunda hingga 2 jam..
Namun yang penting pengalaman bercuti sekeluarga amat indah untuk di kenang...

Semoga tahun ini akan dapat pergi ke tempat menarik yang lain lagi ... Insyaallah...

Thursday, January 21, 2016

Lindungilah anak kami

Tidak tahu dimanakah untuk meluahkan perasaan ini...
Entah apalah yang akak rasakan saat ini...
Akak merasa sangat sedih dan sungguh tidak berdaya...
Anak akak yang di sayangi melakukan sesuatu yang tidak pernah akak terfikir akan berlaku...
Inilah dugaan Allah kerana kealpaan akak sendiri...
Ampunilah aku ya Allah...

Begini ceritanya dik Ya anak akak memang budak yang ceria...
Dia lebih mudah mendengar kata berbanding dengan kakaknya...
Namun kejadian selama dua minggu ini membuatkan akak terfikirkan sebaliknya...
Kalau dulu dia suka bersekolah malah semasa mula masuk tadika dan masuk darjah satu tidak ada masalah yang berlaku...
Minggu sudah dia mendapat cuti sakit selama dua hari kerana demam...
Selepas itu dia kata tidak sihat lagi...
Masih boleh diterima sebab badan dia panas lagi..
Namun bila masuk minggu ini dia masih tidak mahu bersekolah akak rasa lain macam...

Bila di tanya adalah dikhabarnya satu masalah yang membuatkan dia tidak suka bersekolah...
Semalam sudahpun akak dan suami berjumpa dengan guru penyelia dan guru disiplin...
Ingatkan masalahtu akan selesai namun hari ini dia tidak mahu lagi ke sekolah...
Rasa kecewa sangat sebab akak tidak dapat tahu apa masalah sebenarnya yang berlaku...
Kalau diikutkan dia anak yang mudah mendengar kata, tidak banyak kerenah sangat...

Sesungguhnya hanya Allah yang maha Besar yang maha Pengasih lagi maha Penyayang...
Semoga diberikan cahaya yang menerangi di hati akak untuk menyuluh permasalahan ini...
Doakan yang TERBAIK untuk anakku tercinta...
Kalau ada nasihat, pengalaman dan panduan berguna bolehlah dikongsikan bersama di sini...
Azalia ... ibu sayang kamu...

Wednesday, January 20, 2016

KLIA 2 , Kuala Lumpur

Ini gambar anak-anak yang seronok bergambar di KLIA2...
Mun idak payah diajak bergambar tapi haritu sebab teruja nak terbang gamaknya suka bebeno...
Jadi sebagai menghargai kebaikan mereka harini moh tengok gambarnya...
Masatu lagi berapa harijer nak krismas maka hiasan kismis menghiasi KLIA2
Snoopy jadi taruhan KLIA 2
Memang dik Ya teruja untuk jalan jalan...
Mak dia tak payah ceritalah sebab 2016 memang kurang aktiviti...
Jadi ke Ho Chi Minh mengubati duka lara...
Ini adalah pertama kali akak sampai KLIA 2 ni mak ooi besar juga yer...
Kami memang tak bawak beg besar sebab nak beli beg di sana nanti...
Datang awal untuk berurusan di KLIA 2 sebab ramai sangat orang..
Sementara menunggu kawan yang beratur sebab bawak beg besar kita baca info dulu...
Muka letih juga tu sebab terpaksa bangun awal...
Namun kami tetap gembira... yeah akhirnya dapatlah kita bercuti

Monday, January 18, 2016

Tips parking murah KLIA dan KLIA 2

Akak nak cerita pengalaman bawak anak-anak bercuti di Ho Chi Minh City ...
Tapi sebelum itu akak nak buat entri tips parking murah kalau menggunakan KLIA atau KLIA 2..
Selagi boleh berjimat kita kenalah berjimatkan lagipun kita terbangpun bukanlah selalu...
Satu benda yang merungsingkan hati kalau nak berjalan menggunakan kapal terbang..
Dapat tambang kapal terbang murah tapi jangan lupa kos letak kenderaan atau tambang teksi kena di ambil kira...
Seronok sangat hati dapat tambang sangat murah tapi bila dikirakan kos untuk sampai ke sana jadi tidak berbaloi pulak percutian itu nanti..
Nanti orang kata terbang boleh pulak tapi duk cerita nak jimat apa cer..
Tapi orang tak tahu yang kitani kalau terbangpun jenuh mencari yang murah...
Lagipun kalau bercuti dalam Malaysia kalau tempattu femes mahal jugakkan...

SATU :: Letak kenderaan di KLIA atau KLIA 2

Alternatif pertama yang paling mudah ialah letak kereta di KLIA atau KLIA 2 terus...
Jadi kalau balik lewatpun kenderaan sudah sedia ada di situ...
Bayangkan ikut jadual kita tiba di KLIA pukul 9.00 malam...
Sekali penerbangan ditangguhkan maka sampailah ke KLIA selepas pukul 12.00 malam...
Tambang teksi memang naik, ERL juga dah tamat perkhidmatannya..
Jadi alternatif letak kenderaan di lapangan terbang adalah terbaik..

Tapi moh kita tengok berapa pulak kos untuk meletakkan kenderaan di sini...
KLIA
Layarilah http://www.klia.com.my/?m=airport&c=getting_around&id=2

Kalau ikutkan di sini kadar bayarang parking adalah seperti berikut :-
Yang kira jamtu tengokler kat laman web tadi...
Yang ingin ditekankan disini kalau sehari adalah RM46.00
Minimum untuk  4  hari adalah RM144 dan selebihnya RM15 sehari... (Hanya di Blok A)

**
KLIA 2
Akak layari laman web ini :- http://www.klia2.info/about-klia2/facilities/parking

Menurut laman web ini kadar meletakkan kenderaan adalah seperti berikut :-
Bayaran ikut jam silalah ke laman web di atas...
Bayaran maksimum satu hari sama macam KLIA iaitu RM46....
Yang tak samanyer selepas tiga hari bayaran kadar rata sebanyak RM20 akan dikenakan...

Istimewanya lagi ada satu tempat letak kereta yang dipanggil Long Term Car Park (LTCP)
Bayarannya adalah sebanyak RM32 sehari dan disediakan  bas shuttle setiap 15 minit...
Tempat letak kereta ini berhampiran KLIA...

Rasanya meletakkan kenderaan di KLIA mahupun KLIA 2 mempunyai kelebihan...
Namun terpulanglah kepada pertimbangan masing-masing...
Alternatif selain dari meletakkan kenderaan di KLIA adalah seperti di bawah..

DUA : Letak kereta di Putra Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan...

PUTRA SENTRAL, Presint 7, Putrajaya

Tempat letak kereta ini mengenakan bayaran sebanyak RM4.00 sehari...
Harga tiket "Transit Train" dari Stesen Putraya dan Cyberjaya adalah seperti berikut :-
Dewasa : RM9.40
Kanak-kanak : RM4.20
Masa perjalanan ke KLIA dalam 16 minit dan ke KLIA 2 selama 20 minit...

**
TERMINAL BERSEPADU SELATAN, Bandar Tasek Selatan

Bayaran letak kenderaan di sini juga sama dengan Putra Central sebanyak RM4.00 sehari...
Bayaran untuk naik "KLIA Transit" dari Terminal Bersepadu Selatan adalah sebanyak :-
Dewasa : RM38.40
Kanak-kanak : RM17.30
Masa perjalanan ke KLIA ialah dan KLIA 2 selama 32 minit.
Boleh juga naik bas dari Terminal Bersepadau Selatan ke KLIA2
Naik bas 'Jet Bus" : RM10 sehala

Dari KL Sentral
Keretapi pertama : 4.33 pagi
Keretapi terakhir : 12.03 pagi

Dari KLIA2
Keretapi pertama : 5:48 pagi
Keretapi terakhir : 12.59 pagi

Letak kenderaan di Putra Sentral dan naik KLIA transit adalah lebih murah dari di Terminal Bersepadu Selatan..
Walaupun harga tempat letak kereta adalah sama tapi tambang KLIA transit tu jauh beno bezanya...
Apa kata anda ??? Rasanya semua orang nampak...

Sebelum akak tahu harga tiket KLIA Transit dari Bandar Tasek Selatan semahal itu akak ada juga hajat nak naik lrt dari BK5 ke Bandar Tasek Selatan..
Maalumler letak kereta di Bandar Kinrara adalah percuma buat masa ini...
Mun dah harga KLIA transittu macam cekik darahjer alternatif parking di Putra Sentral adalah sangat berbaloi- baloi....
Selalu kalau suami akak sahaja pergi bolehler akak tolong hantar tapi ini cerita kalau dah sekeluarga yang pergi...
Tapi kalau ada adik beradik yang boleh tolong lagi seronokkan...

Gambar kami di tempat letak kereta Putra Sentral...
Tempat letak keretanya selesa dan banyak juga..
Bayaran untuk kami selama 3 hari ialah RM14..
Tambang kami anak beranak pergi dan balik naik KLIA Transit RM36.80...
(bulan Januari 2016 tambang KLIA transit telah naik jadi tambangnya sekarang jadi RM46.00)
Masih murah lagikan 46 + 14 = RM60 kalau di KLIA 2 hari letak keretapun dah jadi RM92.00...
Namun kekurangannya jika waktu pergi atau balik adalah terkeluar dari waktu KLIA Transit...
Itulah yang terjadi kepada kami masa pulang dari Ho Chi Minh...
Jadinya jika ada kerajinan akan menyusul kisah cuti kami di Vietnam...
Cerita Umrah akak sudah tertangguh hampir 9 bulan.. ha.. ha .. bila nak buat entahler...

Wednesday, January 13, 2016

Wordless Wednesday ~ Gambar kenangan

Gambar lama bulan Oktober 2015 yang lepas...
Masani xtvt kami sekeluarga berulang alik ke IJN..
Mertua akak di masukkan di IJN lebih kurang 2 minggu...
Jadi moh kita bergambar di mana tempat yang kita rasa macam comeljer..
✿ Blok B IJN...
✿ Bergambar dengan gembira di sini...
✿ Mood bergambar dah mai jadi tak payahler nak suruh-suruh..
✿ Datang sini mesti singgah Breadstory...
Tengoklah seluar jeanspun dah senteng...
✿ Ini pulak masa singgah Festival City sebelum pergi ke rumah nenek lepas melawat mertua di IJN..

Tuesday, January 12, 2016

Kisah di sebalik Hi 5

Ada lagi cerita di sebalik menonton Hi 5 di Istana budaya...
Kisah pergi dan balik kami untuk sampai ke Istana Budaya...
Al kisahnya haritu tiada kereta untuk di bawa ke sana...
Kereta proton lamatu suami akak tak berani nak suruh akak pakai..
Maalumler kereta lama memang hanya tuannya sahaja yang pandai guna..
Kereta keluarga kami pulak nak bawak mertua ke hospital....
Alternatif kenalah naik LRT yang kebetulan perkhidmatannya dah sampai ke Bandar Kinrara...
Stesen LRT berhampiran Istana Budaya ialah Titiwangsa...
Kami keluar seawal pagi maalumler kenderaan awamkan...
Dari Stesen LRT Titiwangsa kami naik teksi untuk ke Istana Budaya...
Tambangnya taklah mahal sangat...

Yang seronoknya masa nak baliktu susah sebab akak tak reti tunggu teksi di pertengahan jalan...
Maksudnya kalau di stesen bas, teksi, LRT atau lapngan terbang teksi memang sedia menunggu...
Akak cadangkan pada anak-anak kita jalan kakilah bukannya jauh sangat...
Masalahnya akakpun bukannya reti sangat...
Kelakar sangat sebab dengan perangai budak-budak yang suka merungut menguji kesabaran...
Kita boleh jalan kaki tapi belikan kami dulu barangan Hi 5....
Dapat juga korang yer ingat nak kering hatijer tak bagi beli...
Budak dua orangtu dah menyorok malu...
Kebetulan pulak ada pembinaan di bulatan Pahangtu..
Eh betulker namanya bulatan Pahang...
"Peghak" akak rupanya ada jejantas jalan kaki di bulatan Pahangtu..
Jadi memang tak jauh sangatpun LRT Titiwangsa ke Istana Budaya..
Pengalaman berhargatu untuk dua orang budak ngan ibunya..
Yeah dah nak dekat sampai walaupun merungut bagai nak rak tadi...
Kita rehat dulu.... memang korang budak zaman milenium...
Tidak biasa bersusah tahu semuapun nak senangjer...
Oleh kerana hari jumaat LRTni kami yang punya....
Tapi ini LRT dari Seri Petaling ke Kinraraler...
Yang biasatu tidak mengira hari penuhjer orang....

Saturday, January 9, 2016

Resipi kek batik milo mudah dan sedap

Jumpa dalam draf tentang resipi kek batik milo yang mudah dan sedap..
Jadi untuk entri hujung minggu ini kita kasi keluarkan cerita resipi...
Alah resipi mudah, murah tak jugalah tapi yang penting sedap...
Moh kita baca ceritanya, gambarnya dan resipi juga cara membuatnya...

Kek kesukaan keluarga kami dari dulu kini dan selamanya...
Akak belajar buat kek ini dari kawan Sabah masa di Universiti...
Selalu kalau hari raya Sabahan ramai yang tidak dapat balik kampung...
Mun namanya hari raya mestilah ada kuih muih...
Ada seorang kakakni buat kek batik menggunakan periuk nasi elektrik...
Jadi kalau tak rayapun dia selalu buat, merasalah kami makan...

Resipi ini pulak sangat mudah dan sangat sedap...
Anak saudara akakpun suka sangat kek batik miloni...
Adik akak yang bongsu selalu melayan anak-anak saudara akaktu..
Akak selalu buat kalau anak-anak mintak bawakkan makanan untuk jamuan kelas...
Kalau untuk buat makan di rumah memang tak boleh sebab ibunya nanti yang tolong perabihkan...



Resepi kek batik milo mudah dan sedap
BAHAN-BAHAN :-
 Biskut Marie atau biskut keju comel tu... 
✿ susu pekat suka hati nak manis manapun (jangan sikit sangat pulak) 
✿ Milo  (1 mangkuk)
✿ Mentega (3/4 buku) .. marjerin pun boleh

CARA MEMBUAT

✿ Patahkan biskut marie kalau biskut keju biar sekeping-keping...
✿ Panaskan kuali ~ ingat api jangan terlalu kuat
✿ Masukkan mentega hingga cair...
✿ Masukkan susu pekat dan selepas itu milo...
Kacau dan teruskan mengacau jangan bagi berketul-ketul...
Buat sehingga semuanya nampak sehati dan sejiwa...
✿ Masukkan biskut tadi...
Kaup balikkan tapi jangan terlalu lama sangat...
Agak-agak sampai biskut bersalut cantik dengan bahan-bahan tadi...

✿ Masukkan semuanya ke dalam loyang...
Kena tekan adunantu sehingga mampat supaya nampak cantik tersusun....
Barulah jadi kek batik kot idak jadi kek pelikat pulak nanti...
✿ Dah sejuk akak letak dalam peti sejuk... 

Bolehlah dipotong...
Kegemaran kami anak beranak-anak...




Thursday, January 7, 2016

Hi 5 di Istana Budaya

Al - Kisah di cuti sekolah yang lepas...
Memang cuti sekolah kali ini yang paling santai sebab akak langsung tak merancang untuk mereka..
Dengan kerja baru akak yang lebih santai dan mudah tidaklah perlu merancang sangat...
Jadi semuanyapun berjalan secara spontan belaka..

Beli tiket dari groupon sebab teringin nak masuk Istana Budaya...
Tapi harga tiket boleh tahan mahalnyer akak belikan untuk dua orang budakjer...
Akakni dah beli barulah bertanya ...
Diaorang kata tak naklah pergi budak-budakjer nanti...
Amboi rupanya emak korangni tak perasan anak dia dah besar rupanya..
Lagipun dik Ya kata " adik tak suka orang Hi 5 yang baruni"
Ha.. ha.. ibu memang dah lama tak tengok Hi 5 pun...

Seperti dijangka yang datang ramai kanak-kanak tadika...
Nasiblah diaorang ok lagi kot idak rugilah duit ibu...
Nak dijadikan cerita akak dapat juga masuk ke dalam...
Sebelum masuk ke dalam akak adalah bersembang dengan nenek yang bawak cucu dia...
Masa akak tunggu di luar sebab dua orang budak dah masuk nenek tu panggil akak..
Katanya dia ada tiket lebih sebab ada keluargani tak masuk sebab anaknya meragam...
Ha ambik ko tiket mahal tak nak masuk kalau akak memang nak kenalah....

Jom layan gambar yang ada...
Sampai awal jadi bergambar dulu di Galeri Istana  Budaya...
Bergambar di sini juga...
Inilah persembahan yang kami nak tengok..
Dik Ya pulak posing di sini..
Kalau boleh semua tempat nak posing sebab awal sangat sampainya..
Bergambar buat kenangan...
Hi 5 House of Dreams....
Akhirnya kami sampai sini selalu lalu lalangjer Istana Budaya..
Ibu bapa melayan kerenah anak-anak membeli barangan yang dijual ...
Berdebar-debar dua orang budak yang nak masuk ke dalam..
Ibu cakap macam nak masuk panggung wayangjer.
Akhirnya persembahanpun bermula...

Akak yang dah berumurni pun enjoy tengok lagilah kalau budak-budakkan....
Kesimpulannya kita ENJOY....

Nuffnang oh Nuffnang