Nuffnang saya

Followers

Monday, November 30, 2015

Tamat sebagai pekerja ..kerja sendiri

Hari terakhir sebagai pekerja..
Perjalanan diteruskan dengan bekerja sendiri...
Semoga Allah s.w.t. membantu dalam perjuangan ini...
Jangan mudah mengalah hendaknya dengan cabaran yang tidak terduga... 
Hanya Allah yang membantu... 

Be the best you can be....
Be yourself...

Wednesday, November 25, 2015

Gambar merdeka baru nak keluar

Masih gambar lama tapi baru nak keluar di blog ibunya..
Kisah bulan merdeka yang sudah lama berlalu..
Namun tetap merupakan kenangan terindah dalam hidup anak-anak...

Semoga anak ibu akan terus aktif tanpa mengira kalah dan menang..
Yang penting memberanikan diri untuk berdiri di atas pentas itu..
Dapat saguhati pertandingan pakaian dari jalur gemilang...
Jenuh ibu dia menjahit baju kurung malam sebelum pertandingan..
Dahler lama tak pegang mesin jahit..
Barisan peserta sebelum memperagakan pakaian masing-masing...
Ini barisan peserta yang bertanding..
Gambar di ambil dari facebook SRA Bandar Kinrara 5 Puchong...

Itu kisah di Sekolah agama dan sekolah kebangsaan Atikah dan adik Ya masuk pertandingan koir..
Yang ada gambar Atikah sahaja sebab ada emak kawan dia ambil gambar..
Kita ambil dari facebook kawan dia jugalah..
Muka kanak-kanak kecil yang telah disolek...
Bergambar sebelum pertandingan rasanya..
Rugi pulak kita tak pergi ke sekolah ambil gambarkan..
Tapi mak kawan Atikahtu dapat sebab dia yang solekkan budak-budakni..
Tahniah kerana memberanikan diri untuk naik ke pentas itu..

Keputusan koir ini akakpun tak tahu kesudahannya...
Tertunda entah berapa kali sebab jerebu kalau tak silap..
Akhirnya anak-anak akakpun dah kurang teruja nak tahu  keputusannya..


Tuesday, November 24, 2015

Hanya untuk kenangan harijadi Atikah dan Azalia

Tahun ini bukan sahaja malas berblog...
Malah malas juga nak fikir untuk sambutan harijadi Atikah dan Azalia..
Majlis meraikan mereka juga adalah secara sambutan bersama...
Kiranya tumpang sekakilah konsepnya...
Nasiblah Atikah lahir bulan sama dengan Miqta dan Azalia sama dengan Naufal...
Layanjer gambar lama yang ada ini...
Gambar bulan April yang sudah...
Cantik kek harijadi di deko oleh mak dan mak sedara Miqta..
Siap Atikah dapat sebiji potong kek...
Panjang umurmu wahai Anak moga jadi anak soleh dan solehah...
Tengok kek yang ada memang kenyang sampai ke malam...
Ini harijadi Azalia yang di sambut selepas majlis perkahwinan cik Nadya..
Sebahagian dari insan yang lahir di bulan Oktober...
Tuk Cik  dan cucu-cucunya bekerjasama....

Untuk Kakak dan Dik Ya...
Walau tiada sambutan tapi ibu ingat harijadi korang berdua...
Doakan ibu supaya ada kemampuan untuk meraikan sambutan harijadi korang berdua tahun depan..
Tahun ini bagi hadiah cukuplahkan...

Thursday, November 19, 2015

Majlis perkahwinan Nadya dan Sham

Semalam cerita kisah 'flower girl'...
Harini kisah majlis perkahwinannya pulak...
Tak banyak boleh diceritakan...
Hanya gambar yang banyak tapi semua menggunakan handphone...
Terlupa langsung nak penuhkan bateri kamera gedabaktu...
Gambarpun banyak gambar anak-anak dan sepupu juga dua pupunya...
Gambar pengantin nanti di entri lagi satulah sebab entrini dah penuh dengan gambar...
Majlis berlangsung di dewan alamak tak ingat tapi di SUK Selangor ...
Tahniah untuk cik Nadya dan Sham...
Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat...
Bergambar semasa tiba...
Dik Ya belum lagi tukar baju 'flower girl'
Aksi kanak-kanak riang
Di belakang kumpulan busker yang memeriahkan majlis...
Tak ingat pulak nama kumpulantu..
Anak-anak comel bergambar di pelamin sebelum ramai orang masuk ke dalam dewan...
Happyjer jadi kanak-kanakkan...
Kakak dan adik...
Dik Ya dengan Naufal sepupu...
Sementara menunggu pengantin disiap rapi...
Bersedia di bilik menanti sebelum pengantin di arak ke dewan...
Kenapalah masam sangat muka dik Ya..
Gambar bergegar sebab mak dia mengah naik tangga...
Sekarangni selalu nampak pengiringnya adalah kawan si pengantin..
Pengantin yang sedia untuk naik pelamin...
Budak-budak happy sebab job dahpun selesai..
Jom bergambar di photo booth terlebih dahulu..
Seawal pagi tidak ramai orang rasa kosong sangat dewan yang besarni...
Bila dah tengahari dewan ini penuh dengan kehadiran rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara....
Doa tulus ikhlas semoga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini kekal hingga akhirnya...
Tak sabar nak tunggu siapakah selepas cik Nadya yang akan menamatkan zaman bujangnya...
Sebab selepas ini anak saudara dan sepupu suami ramai yang lelaki.....

Wednesday, November 18, 2015

Wordless Wednesday ~ Flower girl ibu yang manis

Kenangan dik Ya jadi 'flower girl' di majlis perkahwinan Cik Nadya...
Cik Nadya adalah sepupu kepada suami akak...
 Bergambar dahulu sebelum bertugas...
 Bergambar bersama dua pupunya Sofia yang juga menjadi 'flower girl'
 Kita makan dulu sebelum mula bertugas...
 Muka ada 'senyum' sikit...
 Menunggu pengantin disiapkan...
Yes... kami sudah bersedia.. jenuh suruh senyum...
 Mengiringi pengantin masuk ke dewan...
Gembira kerja sudahpun selesai... yeeeha...
Dik Ya mintak makan lagi.. rupanya tadi tak kenyang...

Banyak cerita lagi tapi belum sempat untuk menulispun...
semoga ada kekuatan dengan banyaknya gambar untuk dikongsikan di sini....

Tuesday, November 17, 2015

Kek Keju Susu Kukus

Kali ini kita berkenalan pulak dengan kek keju susu kukus...
Oleh kerana di rumah akak hanya kukus yang ada maka sesuailah keluar resipi ini...
Oventu ada tapi ada masalah sikit masa nak buka terus malas nak guna...
Jadi resipi kukus memang jadi pilihan...
Rupanya mudah bangat hendak membuat kek keju susu ini...
Tutup mata tidak mungkinler boleh buat tapi mudahtu memanglah mudah...
Inilah resipinya memang mudah sesangat...
Gebus-gebuskan dan yang paling penting senang bebeno buatnya...
Gambar kek dari adik akak, anak dia semua lelaki bosan dah makan kek...
Akak pernah buat kek keju susu ni tapi terlupa nak berposing...
Manakan tahu balik dari pejabat ni terus buatkan.. kata senang....

Thursday, November 5, 2015

Servis dan hantar bateri kereta PERCUMA

Pertamanya nak ucapkan terima kasih kepada kawan yang masih sudi datang blog akak...
Walaupun blog ini sunyi rupanya ada juga kawan yang masih ingat...
Perlahan-perlahan akak akan sampai berkunjung juga ke blog kawan-kawan...

Entri kali ini akak nak cerita lagi pasal servis dan hantar bateri kereta PERCUMA''
Sebelum ini akak pernah post cerita tentang bisnes adik akak di blog ini...
Boleh baca di sini kalau mahu :- BATERIKU.COM penghantaran terus
Seronok baca komen dari salah seorang pengguna bateriku.com
Terinspirasi sekian lama nak buat satu entri khas review produk bateriku.com...
Tapi disebabkan sifat M akak kuat tidak terlaksana juga keinginan itu...
Komen yang akak dapat dari post akak terdahulu adalah seperti berikut...
haa ni la diaaa. saya pernah kong tepi jalan. naik suv lak tu. chery tigo. sep bek sy ada simpan nombo dealer bateri keta ni. fb depa bateriku.com. kalau sesapa yg agak2 nak tuka, baik kol dorg ni dr pergi bengkel. murah sgt. ni haa nombo sy share kt sini.

1-800-22-2324 yg ni bebas tol. 012 245 8027 yg ni bleh kol, sms atau wasap.
bateriku memey terbaikk
Semoga bisnes bateriku.com akan dapat membantu ramai orang ...
Itulah tujuan sesuatu perniagaan meringankan beban pengguna...

Blog AKUISLAM.COM juga ada review pasal servis dari bateriku.com
Boleh baca di sini :- AKUISLAM.COM review bateriku.com
Antara tulisan dalam AKUISLAM.COM
Masalah bateri ‘kong’ boleh menjadi masalah yang sangat serius dan membuatkan kita sangat stress apabila ia berlaku pada waktu yang sangat kritikal.

Bagaimana anda hendak menuju ke kedai kereta terdekat dalam situasi yang genting?

Dan dimana terdapat kedai bateri kereta yang sudah dibuka pada waktu-waktu yang kritikal seperti awal pagi atau ditengah malam?

Apakah anda arif dengan masalah kereta, sehingga anda pasti ianya disebabkan oleh masalah bateri?

Malah, jika anda memanggil mekanik untuk memeriksa kereta anda ke tempat anda, pasti anda dikenakan cas tambahan bukan?

Lebih teruk lagi jika yang datang itu adalah mekanik scam yang datang entah dari mana yang sentiasa mencari peluang untuk ‘menyembelih’ anda. Pegang itu pegang ini, tiba sudah kena bayar walaupun masalah belum selesai.
Jadi boleh klik link yang di beri untuk mengetahui lebih lanjut lagi...

Habis cerita pasal review dari blog orang juga komen yang akak dapat dari blog akak sendiri...
Untuk entri ini akak amat berbesar hati ingin berkongsi kejayaan bisnes beteriku.com baru-baru ini...
Syarikat adik akak mendapat anugerah SME100 untuk tahun 2015....
Apa dia SME 100 adalah seperti di bawah :-
SME100 is an Annual Recognition Award programme organized by SME & Entrepreneurship Magazine: Malaysia’s best selling business magazine.The Award recognizes the achievements of Malaysia’s Small and Medium Enterprises, and provides a platform for these SMEs to complete globally.

Semoga kejayaan kecil ini membuatkan adik akak akan lebih istiqamah memajukan perniagaannya..
Semoga Allah juga memberikan dia kekuatan untuk melawan apa juga rintangan mendatang...
Kejayaan tidak akan datang bergolek pasti memerlukan usaha yang berpanjangan...
Semoga bisnes Bateriku.com juga akan mencapai satu tahap yang membanggakan....
Menerima anugerah dari Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Tahniah.. tahniah... teruskan usaha untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya dunia dan akhirat... 
IKLAN... IKLAN... IKLAN.... 

Wednesday, November 4, 2015

Western Food di Bandar Kinrara

Harini nak cerita pasal kedai makanan Barat atau western food pulak...
Kalau tinggal di Bandar Kinrara memang susah sikit nak makan chicken chop atau menu barat ini...
Di medan selera Giant juga entah berapa kali kedai western food buka dan tutup...
Terkini ada satu kedai western food yang di buka di Medan Selera Bandar Kinrara...
Kedai ini  sebenarnya menjual roti, kek, biskut dan manisan...
Namun kalau bulan Ramadhan mereka akan menjual pasta di Pasar Ramadhan...
Dari situ kita tahu kebolehan dia dengan makanan barat...

Untuk minggu pertama sahaja sebanyak 3 kali kami singgah ke sini...
Jangan tanya pada anak akak kalau boleh setiap malam nak makan di sini...
Masa mula di buka memang agak kurang sambutan...
Namun dua malam yang sudah nampaknya sudah ramai yang datang mencuba...
Harap dapatlah bertahan kedai western food kali ini di Bandar Kinrara ...
Selalupun kalau teringin sangat nak makan chicken chop kena ke Puncak Jalil....
Kini tidak perlu lagi rasa nak makanjer boleh terus pergi....
Ralit anak-anak akak sebabnya nak buang sayur yang melekat di sostu... 
Lupa nak habaq kat dia janganlah letak sebarang sayur anak akak memang tak reti makan.. 
Tapi akak suka air kedondong asam boi di sini memang terbaik...
Inilah Kafe & Bakeri MIOs  di Medan Selera Bandar Kinrara BK4...
Kafeni dulu lebih kepada pilihan kek, roti, dadih, brownies dan lain-lain..
Kini tarikan terkini ada makanan Barat yang memang payah nak dapat di Bandar Kinrara... 
Sedap sangat sampai dik Ya tidak boleh berkata-kata...... 
Selain chicken chop pilihan anak-anak ada juga pasta yang berbagai-bagai...
Kami dah cuba spagheti bolognaise dan carbonara yang juga digemari oleh dua orang budak ini...
Untuk yang datang ramai boleh di pilih menu combo dengan harga yang berpatutan...
Jadinya penduduk Bandar Kinrara bolehlah memilih Kafe MIOs untuk makanan barat...
Di buka kalau tak silap dari pukul 10.00 pagi sampai 10.00 malam...
10.00 pagi sampai 3.00 petang rasanya ada promosi menu makan tengahari...
(ha... ha... macam nak bagi info tapi tak tanya habis-habisankan...)

Nuffnang oh Nuffnang