Nuffnang saya

Followers

Friday, July 31, 2015

Kisah sepanjang balik kampung raya

Jemu juga menunggu gambar dari adik akakni...
Kalau Azalia tidak buat perangai tentulah banyak gambar akak ambil masa hari raya lepas...
Namun apakan daya semuanya tidak menjadi...
Gambar memang kurang sangat ....
Jadi layan gambar yang ada dulu...

Kali ini kisah balik kampung kami...
Akak balik ke kampung pada hari rabu dua hari sebelum hari raya...
Menjangkakan jalan yang akan sesak ....
Syukur jangkaan kami meleset sama sekali...
Jalan sangat mengalukan kepulangan kami ke kampung halaman kali ini..
Macam bukan balik hari raya pulak...
Kebetulan kali ini suami akak menggunakan jalan dalam..
Jalan yang biasa di gunakan oleh penduduk kampung...

Kami suka ikut jalan Kuala Selangor-Tanjung Karang-Sekinchan-Sungai Besar- Sabak Bernam...
Sampai Sabak Bernam rasa macam dah sampai kampung padahal sejam lagi perjalanan..
Tapi kali ini kami ikut jalan yang biasa di lalui oleh penduduk...
Memang pemandangan sangat menarik sebab melalui sawah padi...
Jalan kecil tapi memang payah nak nampak kereta...
Tidak perlu melalui pekan yang banyak lampu trafik...
Untuk orang suka bersantai macam kami bolehler ikut jalan ini..
Tapi untuk orang yang suka bawa laju-laju tidak disarankan...
Akak udah lupa apa gelaran jalan ini disebut oleh suami tapi ada ban ....

Jom tengok gambar yang ada...
Ku lihat hijau kiri dan kanan...
Sungguh mendamaikan hati dan jiwa ini...
Singgah pekan Sungai Besar kegemaran kami sekeluarga....
Singgah sebentar di Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam....

Hari ini mungkin bosan sangat teruslah bermain dengan ipiccy...
Macam-macam yang akak godek untuk gambar kami di Bagan Nakhoda Omar ini...
Jom tengok gambar dua orang budak yang ada mood nak bergambar...
HDR
 LOMO
Focal Zoom ngan Lavender bergabung...
Sesuka hati campurkan...
Nostalgia sangatkan...
Tak ingat guna apa...
 Ini original cuma tambah bingkai sahaja...
 Yang ini guna Vignette macam gelap pulak sikit...
Yang ini soften image gitu...

Di sini sebenarnya ada sebuah gerai yang menyediakan mi udang..
Tapi masa kami  baliktu bulan puasa jadinya kedai ditutup...
Mungkin lain kali kalau balik kampung boleh singgah ke sini lagi..

ekian dulu kisah balik kampung kami...
Perjalan pergi dan balik dari berhari raya kami memang aman dan damai...

Wednesday, July 22, 2015

Selamat Hari Raya

Gambar raya belum sampai lagi ....
Layan dulu gambar yang adik akak masukkan dalam facebook...
Mood akak untuk ambil gambar ke laut...
Azalia buat perangai tak nak bergambar...
Dan disebabkan nak suruh bergambar dia jatuh tersembam...
Dalam gambar ni tak nampak sangat luka di atas bibirnya...
Rasa macam tak nak ambil gambar langsung hari raya ni...
Memang frust sebab tak banyak gambar walhal dah berangan macam-macam...
Dalam gambarni semuapun ada kecuali suamiku...
Seawal pagi menunggu adik yang di Sitiawan sampai...
Rupanya diaorang lewat sikit suami akak dahpun naik ke atas....
Harap adik akak emailkan gambar hari raya secepat mungkin....
Kot idak takderler cerita raya tahunni...

Wednesday, July 15, 2015

Balik Kampung

Balak Kampung....
Saat di nantipun tiba...
Balik kampung hari rayani semangat sikit...
Sebab keluarga akakni jarang dapat berkumpul kesemuanya...
Kekadang emak bapaknya ada anak-anak yang asrama tidak ikut sekali...
Jadi Hari Raya adalah masa untuk berkumpul dan bermesra...

Masanilah tengok anak saudara yang semakin melonjong....
Rasa macam tak percayajer dah besar-besar belaka...
Haraplah Allah permudahkan perjalanan balik kampung kami hari ini...
Kalau dah jem tu redhajer demi semangat hari raya...
Untuk anak saudara Putrajaya yang tiada kampungtu...
Ucapan akak " Hari raya tak bolehler nak bawak Naufal, balik lain kali Insyaallah Mak Long bawak".
Anak saudara akak sebelah suami tiada kampung sebab emak orang Gombak, bapaknya Batu Caves..
Dia suka sangat ikut kami balik kampung...
Dan opah di kampungpun mesti tanya pasal dia kalau dia tak ikut sekali...
Yeah... balik kampung.. ooo balik kampung...

Psss ::: Gambar di atas hanya hiasan...
Ha.. ha... ada orang bertanya???
Gambar semasa di Mekah dulu...
Beginilah setiap hari di hotel kami...
Ada sahaja yang datang dan pergi....
Beg ini adalah untuk rombongan yang akan balik kampung...
Tidak pernah terdetik rasa cemburu tengok orang nak balik....
Cuba dulu duduk asrama tengok kawan siap beg nak balik kampung jelesnyer..
Tapi bila duduk di sana rasa nak duduk lama-lama sebab seronok...
Semoga ada lagi kesempatan untuk kita semua kesana.....

Tuesday, July 14, 2015

Berjuanglah wahai anak

Kisah Atikah dan Azalia semakin kurang masuk blog akak sekarang...
Semasa diaorang kecil cerita merekalah yang paling utama...
Tapi sekarang semakin besar dan semakin banyak kerenah rasa macam tidak tahu nak bercerita...
Ini cerita keputusan peperiksaan mereka berdua...
Keputusan sekolah agama memang dinantikan..
Sebab sekolah kebangsaan sekarangni boleh dilihat di laman web Kementerian...
Walau macamana pahitpun ibunya kena telan juga keputusan periksa anak-anak...

Tidak dapat dinafikan yang setiap kali membaca kisah kejayaan anak-anak orang baik di facebook atau blog tercalit juga rasa kalut dihati ini...
Maalumlah anak kitani kategori biasa-biasa sahaja...
Namun tetap bersyukur kerana mereka sempurna segalanya...
Mungkin kurang berusaha dan banyak bermain dari belajar...
Tidak juga ingin menyalahkan mereka 100% mungkin salah ibunya juga...

Terlalu sedikit usaha akak kepada mereka...
Akak sibuk dengan urusan akak sendiri...
Mungkin bukan sahaja mereka perlu berubah, ibunya juga kena terlebih dahulu berubah...
Banyak benda yang dalam fikiran akak moga dapat direalisasikan...

Ini keputusan Atikah...
Bahasa Inggeris dan matematik yang paling akak bimbang....
Risau juga sebabnya Atikah datang ke kelas tambahan di sekolah tapi markah semakin merosot...
Pada mulanya akak rasa hendak  marah ...
Tapi memikirkan Atikah dan Azalia ponteng kelas selama seminggu semasa akak pergi umrah, mungkin banyak mata pelajaran yang mereka ketinggalan....
Risau tengok kedudukan dalam kelas dan darjah, macam banyak sangat...
Namun masih ada masa untuk berubah... Insyaallah...
Ini keputusan Azalia...
Menakutkan kalau tengok ada 2D...
Tapi dia kata kawan dia ramai yang dapat E sebagai jawapan bela diri...
Kedua-duanya pun sama lemah dalam bahasa Inggeris dan Matematik...
Yang paling kecewa ialah mata pelajaran Pendidikan Islam yang sepatutnya mudah...
Ehm sesuatu harus dilakukan..... Dik Ya memang boleh...
Small Efforts tapi bermakna...
Kena jadikan sebagai tabiat...
Kena sediakan jadual waktu dirumah...
Kena buat latihan setiap hari...
WAKE UP.... jangan terus bermimpi...
Jadikan mimpi suatu kejayaan... 
Kejayaan tidak datang bergolek...
Insyaallah Atikah dan Azalia akan jadi extraordinary....

Masa untuk BERUBAH....

Yeah lagi dua hari sahaja lagi bulan Ramadan...
Semoga kita terus kuat beribadah....
Esok akak balik kampung...
Jadi akak ucapkan terlebih dahulu SELAMAT HARI RAYA..
Ampun maaf dipinta kerana akak hanya insan biasa....
Kepada yang balik kampung hati-hati dijalanraya...
Semoga kita semua ceria di hari raya ini..
Tidak sabar menunggu gambar raya kawan-kawan semua..

Monday, July 13, 2015

Baitul Rahmat ~ ambil iktibar

Wow teruja you sudah 26hari kita berpuasa...
3 hari lagi sahaja kita berpuasa lepastu hari raya... 
Semoga Ramadan yang masih bersisa ini kita manfaat sepenuhnya...
Apa itu Baitul Rahmat?
Sebenarnya Baitul Rahmat ini drama melayu yang ditayangkan di TV1...
Masa akak masak untuk berbuka selalunya akak dengar cerita Baitul Rahmat dari dapur...
Drama ini sebenarnya telah ditayangkan pada tahun 2012...

Konflik yang biasa berlaku sekarang ini sebenarnya..
Kisah anak-anak yang meninggalkan orang tuanya di Baitul Rahmat, pusat jagaan orang tua....
Setiap dari mereka mempunyai kisah sedih yang dikongsikan...
Macam nak marahjer tengok kelakuan anak-anak dalam cerita ini...
Tak patut sungguhlah tinggalkan emak ataupun bapaknya di situ dan langsung tidak dijenguk....

Rasanya pusat jagaan orang tua semakin banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan...
Di mana ada permintaan di situlah ada penawaran...
Jadi siapa yang memintanya kalau bukan anak-anak atau orang tua sendiri...
Pada akak ada pro dan kontranya orang tua dijaga di tempat seperti ini...
Tempat ini banyak membantu mengurangkan masalah yang ditanggung oleh anak-anak...
Bukanlah menggalakkan anak-anak untuk menghantar ibu dan ayah ke Pusat Jagaan Orang Tua ini...
Tapi masalah setiap orang di muka bumi ini tidak samakan....
Sekarangni ramai isteri yang bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga....
Tentulah bermasalah kiranya salah seorang berhenti kerja demi menjaga orang tua...
Memanglah ada pepatah mengatakan " seorang ibu boleh menjaga 10 orang anaknya dengan sempurna, tetapi 10 orang anak masih belum tentu lagi mampu untuk menjaga ibu mereka yang satu"..
Bukan maksud akak bersetuju dengan tindakan anak-anak menghantar orang tuanya ke rumah orang tua...
Tapi lebih kepada bersimpati dengan nasib orang tua sekiranya mereka seperti tinggal dengan anak-anak tapi batang hidung anakpun dia tak nampak...
Anaknya dari seawal subuh sudah bergegas ke pejabat dan lewat malam baru sampai balik ke rumah..
Orang tuatulah yang memasak, mengemas rumah, membasuh baju, menyidai baju dan seaneka kerja yang berlambak di rumah...
Lebih eloklah dia berehat di Pusat Jagaan orang tua yang lebih terurus pentadbirannya...
Ada juga dia kawan untuk bersembang dan meluahkan perasaan...
Malah urusan agama juga berjalan lebih lancar...

Namun sudah pastilah ada syaratnya...
Sebagai anak pula kenalah melawat orang tuanya sekerap yang mungkin...
Dan sekala di bawa balik ke rumah sekiranya hujung minggu atau di bawa balik ke kampung kiranya ada kenduri kendara...
Janganlah sudah ditinggalkan di sana, anak-anak lepas tangan...
Orang tua ni perlukan perhatian dan kasih sayang seumpama anak kecil...

Namun untuk terus menuduh anak menghantar ibu bapanya ke rumah orang tua sebagai anak derhaka adalah tidak adil..
Tidak semuanya begitu kerana masing-masing ada masalah yang mungkin tidak kita ketahui... Sekiranya berkemampuan sudah pasti mereka juga ingin menjaga ibu bapa mereka....
Ada anak yang ingin menjaga tapi menantu pula buat hal...
Ada menantu yang ingin menjaga tapi anak sendiri pula lepas tangan...
Ada ibu atau ayah yang kasih dan sayangnya tidak sama rata....
Ada anak yang rasa dia bukan anak kesayangan...
Ada anak yang menyimpan dendam kerana didera sejak kecil...
Ada juga ibu bapa yang ego tidak mahukan bantuan dari anak-anak...
Macam-macam kerana itulah ragam dunia...

Kalau dilihat sekeliling kita dapat dilihat sekira ibu bapa mendidik anaknya dengan sempurna ilmu agama sudah pastilah masalah sebegini tidak terjadi...
Kalau anak-anak tidak mendapat didikan agama yang sempurna maka berlakulah masalah anak tidak peka dengan tanggung jawabnya...
Jadi bukan  semua salah anak semata-mata mungkin juga salah ibu bapa sendiri...
Ada banyak kisah yang ingin akak kongsikan tapi mengundang rasa bersalah akak...
Oleh itu janganlah hendaknya kita jadi seperti mereka...
Kita harus sedar suatu hari nanti kita juga akan menjadi tua...
Sekiranya sekarang kita melakukan perkara yang tidak baik kepada ibu bapa kita, suatu hari nanti anak-anak kita akan melakukan perkara yang sama kepada kita... 
What goes around comes around... Karma jangan lupa itu...

Walau apapun kita doakanlah yang terbaik untuk diri kita sendiri...
Moga diberikan kekuatan untuk menjadi anak dan menantu yang boleh diharap...
Membantu sekadar termampu dan terdaya....
Akak telah duduk sekali dengan mertua selama 9 tahun....
Ada masa nanti akak akan tulis tips tinggal serumah dengan mertua....
Niat hanya ingin membantu bukan hendak tunjuk diri ini baik sangat...

Berbalik pada kisah Baitul Rahmat yang mungkin sudah sampai kepenghujungnya minggu ini....
Tidak banyak cerita melayu berkonsepkan cerita sebegini mungkin kurang nilai komersialnya..
Banyak juga cerita yang akak layan tapi rasanya macam tidak banyak yang boleh kita ambil iktibar...
Eksperimen Cinta dan M.A.I.D. pulak kisah majikan dan pekerja...
Tidak mudah rasanya anak Tan Sri nak jatuh cinta dengan staffnya terutama orang kampung...
Tentu dia ingin perempuan yang sama taraf dengannya...
Kita boleh tengok dalam rancangan "Raikan Cinta"....
Itu  baru realiti anak Tan Sri kahwin anak Dato' ...
Kalau bukan anak Dato' sekalipun mesti anak seseorang yang pangkatnya besar...
Membeli belah barang kahwinan di London, Paris, New York dan seangkatan dengannya...
Ehm... meleret dah entri akak kali ini...
Cukuplah sudah sampai di sini....
Nanti kita cerita lagi...
Kalau tiada gambar macam tak bestjer..
So layanjer gambar lampu di Masjid Nabawi Madinah...
Masani menunggu untuk masuk ke Raudhah...
Lama sangat berbaris sebab kami guna laluan kerusi roda...
Sama saja laluan kerusi rodapun ada orang potong Q...
Ehm bilalah akak nak buat entri kenangan umrah pulak yerk...
Sebab kurang gambar jadi payah akak nak bercerita...
Tapi Insyaallah akan dibuat juga untuk kenangan diri sendiri dan juga boleh buat rujukan... 





Friday, July 10, 2015

Bilik untuk dua orang kanak-kanak

Angan-angan bila mencari Pasangan
Yang bakal jadi pilihan si hartawan
Angan-angan jejaka pilihan hati
Punyai personaliti segak tinggi..

Eh lagu Raja Ema pulak di bulan puasa ini...
Rupanya akak sekarangni tengah berangan-angan..
Alah berangan bukannyer kena bayarpun...
Dulu suka gunting gambar dan lekat di buku....
Sekarangni copy dan pastejer nak letakkan tak tau kat mana so letak di blog akakni ha...
Seronokjer rasa beranganni...

Ini ha angan-angan akak punyai bilik untuk dua kanak-kanak dalam rumahtu...
Jom kita tengok gambar-gambar hasil dari carian google akak...
Yangni pun menarik tapi bilik kena besar gamaknyer..
Kalau bilik kecil meja membacatu tak boleh ada...
Yangni comelkan...
Warna dia lembutjer..
Yangni bilik kecil pun boleh kot..
Yang ini pun best juga...

Yang gambar ni semuanya akak ambil dari google...
Bilik untuk dua orang kanak-kanak...
Maalumler kita yang duk Lembah Klangni rumah bukannya besar sangat...
Jadi bilik anak-anak kena gabung kalau sama jantina...
Semoga impian menjadi kenyataan walaupun hanya bermimpi..
Maalumlah doa di bulan Ramadan ni mudah dimakbulkan oleh Dia yang maha kuasa...

Seminggujer lagi kita berayakan...
Untuk yang balik kampungtu bertabahlah menghadap jem...
Namun keseronok jumpa ahli keluarga tersayang melebih segalanyakan...
Seronok nak berhari raya jangan lupa pulun sakan Ramadan yang masih ada lagi ini..

Wednesday, July 8, 2015

Wordless Wednesday ~ Lumut

Sambungan entri ini :- KD RAHMAT TARIKAN DI LUMUT
Gambar yang berlebihan lagi masa ke Muzium KD Rahmat Lumut....
Hanya sebagai kenangan untuk masa akan datang...
Akakni memang suka tengok blog sendiri...
3 keluarga dari anak perempuan cikgu Zakaria Ansari...
Anak akak dua-duapun perempuan.. anak adik akak dua orangtu semuapun lelaki...
Aturan Allah s.w.t. memang terbaik untuk kita semua...
Kenalah berjalan di jambatan kayutu untuk naik kapal perang...
Lima sepupu yang macam-macam gaya...
Mesyurarat sedang berlangsung sila fokus...
Tak tauler ini bilik apa macam tempat menunggujer ..
Akak tidak boleh membayangkan kena tidur di sini...
Korang sanggupker kena tidur macamni..
Rajin bebeno kome berposingkan...



Kami dah nak balik...
Geylang si paku geylang..
Geylang si rama-rama...
Pulang marilah pulang...
Marilah pulang bersama-sama....

Budak-budak dengan Pak Sujer masuk ke sana...
Kami kaum ibu duk makan laksa di Medan selera seberang sana nun sambil bergosip...
Jadi kalau ke Lumut jangan lupa singgah ke sini..

Tuesday, July 7, 2015

Pengalaman Ambil Suntikan Epidural

Harini sudah 20 hari kita berpuasakan..
Syukur walaupun dikatakan cuaca panas sepanjang Ramadan, puasa kita dipermudahkan olehNya..
Rasa macam tidak percaya yang minggu depan akak akan  balik kampung berhari raya...
Semalam akak terbaca kisah di laman sosial pasal suntikan Epidural...
' Maafkan mama sayang, kalau mama tidak ambil suntikan itu, sayang takkan jadi macam ini'...
Tajukpun dah seramkan, anak dia di sahkan cirebral palsy tahap kurang oksigen dalam kepala...
Kisah yang menakutkan terutama untuk ibu yang sedang mengandung kini...

Akak juga ingin berkongsi pengalaman bersalin mengambil suntikan epidural...
Kenapa akak ambil epidural?
Akak bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya...
Blog akak sebelum ini pernah cerita yang anak pertama akak meninggal semasa dalam kandungan...
Boleh baca di sini :- BAYI MATI DALAM KANDUNGAN
Oleh kerana bayi sudah mati maka proses induce dilakukan untuk mengeluarkan bayi tersebut...
Induce adalah satu proses memasukkan bahan kimia melalui drip ke dalam badan ibu bagi mempercepatkan proses kelahiran... Ianya bagi memastikan bayi keluar dari rahim ibu walaupun dia belum bersedia untuk keluar...
Gitulah lebih kurang apa itu induce...
Sehari selepas mendapat tahu yang anak akak telahpun meninggal di dalam kandungan akak di induce...
Rasanya seawal pagi akak telah ditolak ke bilik bersalin...
Kitani dalam keadaan yang sangat sedih kehilangan anak yang dikandung selama 33 minggu...
Bila ubattu dah jalan amek ko dia punya sakit tak tahulah nak cerita ...
Mulatu ok tapi lama kelamaan sakitnya semakin kerap...
Sudahlah kita ini resah mendengar tangisan bayi dari bilik bersalin yang lain, sakitnya pula makin menjadi-jadi...
Kiranya pengalaman kali pertama itu membuatkan akak trauma di induce....

Bila mengandungkan Atikah akak juga terpaksa di induce...
Dengan sejarah mengandung akak yang sekali bayi mati dalam kandungan, dan selepas itu dua kali gugur sudah pastilah doktor ingin menyelamatkan nyawa ibu dan anak yang dikandung...
Setiap kali mengandung akak akan mendapat darah tinggi yang tidak terkawal...
Seawal usia Atikah di dalam kandungan akak telah diberikan aspirin untuk mencairkan darah...
Semasa kali terakhir rawatan biasa di hospital dan kelihatan tanda-tanda darah tinggi doktor mengesyorkan untuk akak bersalin awal...
Harapan akak terlalu besar untuk kandungan yang kali ke empat ini...
Walaupun doktor kata kali ini kena induce lagi akak redha sahaja...
Akak ingin punyai cahaya mata macam pasangan yang lain...
Sakit telinga dan hati ini kalau orang bertanya " takkan berduajer, bila nak ada anak, atau yang seumpama dengan itu...

Jadi walaupun trauma induce kali pertama bersalin itu masih ada akak teruskan juga...
Semasa di bilik bersalin jururawat ada menerangkan pasal epidural ini...
Bila kita bersetuju datanglah doktor bilik bersalin pulak menerangkan lebih lanjut dan bertanya samada kita bersetuju ataupun tidak...
Selepas kita menandatangani surat membenarkan dilakukan epidural barulah doktor bilik bersalin memanggil doktor khas untuk epidural ini....
Hanya doktor pakar epidural sahaja dibenarkan melakan prosedur ini...
Doktor pakar epidural ini akan menerangkan lebih lanjut pasal apa yang akan dia lakukan, kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang....
Seriau juga masa dia berceritatu tapi disebabkan rasa sakit sebelum ini membuatkan akak ambil keputusan ambil juga epidural...
Syukur semuanya pun selamat dilakukan walaupun akak ada juga mendengar kisah-kisah mengerikan semasa prosedur epidural...

Kesan pertama ialah memang langsung tidak rasa sakit...
Malah akak boleh berjalan merata-rata sampai kena cari oleh jururawat..
Pantang ada orang  ditolak masuk akak datang melawat...
Hasilnya juga dari pagi sampai ke petang memang tiada tanda-tanda untuk bersalin...
Apabila malam doktor mula datang pada akak...
Katanya kalau akak rasa sedikitpun sakit tolong panggil jururawat...
Semua doktorpun kata lambat lagi akakni...

Tapi disebabkan bosan sangat, bila rasa sakit walhal sedikit akak panggil jururawat...
Doktor dipanggil dan syukur sangat dipermudahkan Atikah lahir ke bumi ini ....
Memang akakpun tidak percaya akhirnya dapat juga akak menimang cahaya mata...
Semasa jururawat letakkan di atas badan kita selepas dilahirkan memang momen yang sangat manis...
Selepas mandi Atikah terus di letakkan di sisi ibunya untuk diberikan susu badan..
Doktor dan jururawat di PPUM sangat berpengalaman dan sangat membantu...

Selesai sudah akak di letakkan di wad bersalin..
Tidak sampai dua jam akak ditolak balik ke bilik bersalin...
Darah yang banyak sampai jururawat tu cakap macam air terjun keluar....
Kemungkinan ada sisa yang tertinggal, maka terpaksa di'korek' balik...
Sakit masa mula tadi tidak dirasai, tapi kali kedua di sini memang sakit betoiiiii....
Tapi akak bersyukur kerana telah selamat melahirkan anak yang comel...
Kesiannya Atikah kerana ibunya tiada di sisi dan tidaklah dia dapat menyusu satu pagi...

Jururawat wad bersalin bawa Atikah ke bilik bersalin sebab kasihankan Atikah yang tidak menyusu dari malam...
Akakni mungkin penangan di masukkan darah dalam badan dua atau tiga kali tercirit...
Terpaksalah tebalkan muka minta jururawat basuhkan...
Mulia sungguhlah kerjaya jururawatni, hanya Allah sahaja yang memberikan mereka ganjaran...

Itulah pengalaman akak dengan suntikan epidural...
Syukur akak dipermudahkan segalanya..
Malah kalau ada yang kata kesan seperti sakit belakang selepas bersalin juga tidak dirasai oleh akak...
Lain orang lain pengalamannya...
Namun untuk mengatakan jangan ambil kepada semua orang rasanya tidaklahkan...
Ada satu cerita pasal epidural bertajuk "Akibat kecuaian doktor pelatih wanita ini lumpuh selepas bersalin'
Alangkah malangnya kalau doktor pelatih yang melakukan prosedur itu...
Syukurlah akak pergi ke Hospital yang betul dan dapat doktor yang hebat juga jururawat yang berdedikasi dalam menjalankan tugas....
Nurul Atikah yang dilahirkan menerusi proses induce dan juga mengambil suntikan epidural..
Nurul Atikah yang 'survive' dalam kandungan ibunya ....
Dia memang budak bertuah yang menyerikan lagi hidup ini....
Ini Nurul Azalia yang memaksa ibunya tinggal di hospital selama 2 bulan setengah...
Nurul Azalia yang 'survive' juga kerana ibunya pernah tumpah darah yang banyak sehingga hampir dibedah semasa usianya 26 minggu...
Dia juga anak bertuah yang membuatkan hidup ibu dan ayahnya lengkap sempurna...

Moga mereka berdua akan terus bertuah dalam kehidupan yang mencabar ini...

Psss : ini cuma pengalaman hidup akak..


Monday, July 6, 2015

KD Rahmat antara tarikan menarik di Lumut

Ini kisah balik kampung akak sebelum bulan Ramadan yang lepas...
Sebenarnya akak dah pergipun ke sini tahun sudah...
Tapi anak saudara akak yang duduk di Ipohpun belum sampai lagi ke sini...
Tahun lepas bersama sepupu montel mereka Naufal kali ini dengan sepupu Ipoh mereka..
Boleh baca cerita dan gambar kami di sini :- MUZIUM KAPAL PERANG KD RAHMAT LUMUT

KD Rahmat di Lumut ini merupakan tarikan untuk pelancong yang datang ke sini..
KD Rahmat adalah kapal perang yang sebelum ini dikenali sebagai KD Hang Jebat...
Bukan mudah untuk kita merasai sendiri pengalaman berada di dalam kapal perang...
Inilah peluang untuk anak-anak kita merasai sendiri semangat tentera laut kita...
Akak yang berada tidak sampai setengah jam di dalam perut kapalpun terasa tidak selesa..
Bayangkan anak kapal yang terpaksa berbulan-bulan di dalam kapal...
Berada pula ditengah lautan luas yang tidak nampak tepian... isyh...
Akak memang fobia tempat yang sempit atau tertutupni (calustrophobia) rasa macam sesak nafas...

Jadi pengalaman berada di Muzium perang KD Rahmat memang menarik...
Yang palin seronok adalah cantik untuk bergambar di sini...
Jadi kalau pergi ke Pangkor jangan lupa singgah ke Muzium Perang KD Rahmat ini...
Terletak di Taman Esplanade di Lumut yang juga banyak port untuk bergambar...



Suka gambar lima sepupu yang gembira meronda di dalam kapal perang...
Mentanglah Pak Su yang ambil gambar semuapun bagi kerjasama...  
Jeles tengok 5 orang budak ceria bergambar sebab kalau emak dia yang ambil gambar tidak segembira ini..

Mana sangka kita orang biasa boleh berjalan dengan bebas di atas kapal perang...
Adik Ya melayan sepupu kecil dia ....

Apalah yang dibincangkan dua sepupu ini...

Cuti sekolah konon hendak berjalan jauh..
Rupanya hanya singgah ke pekan Lumut sahaja..
Itupun sebab nak membeli ikan bilis dan hasil laut Pangkor sahaja...

Perasaan tidak sabar nak balik kampung berhari raya...
Tidak sabar hendak berkumpul semua adik beradik...
Hari raya tanpa apak memang terasa sangat...
Kalau dulu bapaklah paling sibuk membeli lauk pauk...
Kini emak akak yang jarang ke pasar terpaksalah keluar sekali...
Mengharap pada anak-anak takut tidak berkenan di hati...

Rupanya hari ini sudah 19 hari kita berpuasa...
Semoga kita semua istiqamah beribadah untuk 10 hari terakhir Ramadan...

Friday, July 3, 2015

Perjumpaan yang bermakna di Empire Subang

Al kisah sebelum bulan puasa yang lepas....
Perjumpaan kawan sekolah menengah yang begitu lama tidak bersua...
Pada mulanya akak menelefon kawan baik akak hanya untuk bertanya khabar...
Katanya jomlah jumpa dia di Hotel Empire Subang Jaya...
Jumpa sekali dengan kawan lama sekolah menengah dulu...
Kebetulan akak tertekan keluar dari grup sekolahni, jadi akak bukan ahli whatsapp sekolahni lagi...
Tapi kiranya akakni datang menjadi kejutan kepada mereka...

Akakni banyak sekolah ada 3 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah...
Jadinya kawan memanglah ramai tapi kawan baiktu boleh bilang juga dengan jari..
Maalumler zaman dulu bukanlah semudah anak zaman sekarang...
Kalau dah habis sekolah hanya surat pengganti diri..
Memang susah nak berhubung antara satu sama lain...

Kiranya perjumpaan ini bermakna untuk akak juga...
Ada yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa...
Akak sampai lewat haritu kerana ada urusan kerja sebelah paginya..
Sebelum masuk ke tempat makantu dah kedengaran riuh rendahnya...
Memang ramai yang buat perjumpaan di sini..
Kiranya kena mencarilah juga dahlah lama tidak berjumpakan...

Rupanya betullah seperti dijangkakan yang paling riuhtulah meja kawan-kawan lama akak...
Walaupun tidak ramai yang dapat hadir  tapi meriahnya tetap terasa...
Macam muda remaja kami belaka hari itu...
Ramai kawan-kawan akakni anak-anak dah besar dan ada yang sudah bekerja..
Mungkin tidak lama lagi akan menyusul kad jemputan perkahwinan anak-anak mereka...
Jom tengok gambar buat kenangan di masa akan datang...
Masani akak tidak sampai lagi...
Posing jangan tak posingkan...
Merasa juga bergambar walaupun dah lambat...
Kawan lelaki kami seorangjer yang datang....
Moga ada perjumpaan lagi selepas ini teringin nak jumpa ramai lagi...
Yang duduk depan akak berbaju hitam putihtu kawan paling rapat dengan akak masa sekolah dulu...
Ini kawan rumah sewa akak dulu...
Dia memang dari sekolah dulu suka melaram...
Dia juga kawan akak(yang rapat) mula sekali kahwin...
Habis SPM kerja di Kuala Lumpur sekejap terus jumpa yang berkenan di hati...
Ana... Ana... kalau jumpa dia memang tak kering gusi dibuatnya...
Bergambar lagi sebelum balik...
Deme (mereka) ini semua suka  beno bergambar...
Habis dalam bilik airpun deme ambik gambar....

Thursday, July 2, 2015

Pilihan Melawat Menara Kuala Lumpur

Kisah lama akak sekeluarga di Menara Kuala Lumpur...
Percutian tanpa rancangan yang membawa kami ke sini..
Pada mulanya hanya ingin makan nasi lemak di Kampung Baru...
Rupanya kedai makcik kegemaran suami akak tutup pulak...
Terus kami ke Jalan Tunku Abdul Rahman bersarapan di kedai mamak...
Tanpa di beritahu suami akak terus pergi ke Menara Kuala Lumpur...

Duduk lama di sinipun inilah pertama kali kami ke sana...
Mungkin sebab dekat kita rasa bila masapun boleh sampai...
Di sana kebanyakan yang datang adalah pelancong asing...
Harga tiket boleh tahan mahal sebenarnya...
Akak pernah beli tiket di gropun kerana lebih murah...
Tapi tikettu akak bagi pada orang lain atas sebab tertentu..
Harga tiket di Menara Kuala Lumpur sila rujuk di akhir entri ini...
Antara pemandangan yang boleh di lihat di sini... 
Nun jauh di sana adalah Puchong...
Nampak juga KLCC yang menjadi kebangaan kita rakyat Malaysia...
Akak nampak Bursa Malaysia dari sini...
Hari raya nak dekat tapi pasaran saham di Malaysia macam tak nak bagi duit rayajer...
Jatuh jatuh dan terus jatuh...  eh .. eh tiba-tiba cerita saham apa halnyer...
Punyalah minat sampai terjengket-jengket...
Nampak rumah kitalah ibu, dik Ya menjerit..
Harga ke "Observation Deck" untuk dewasa RM32 dan kanak-kanak RM21 (Warganegara Malaysia).
Pusing dek ini kalau berjalan lambatpun tidak sampai sepuluh minit...
Inikan bawa budak-budak yang suka berlari..
5 minit dah selesai satu pusingan...
Bukannya ada banyak aktivitipun...
Akak memaksa anak-anak akak untuk lama sedikit di atasni...
Betapa selekehnya dua orang budakni yang pada mulanya hanya pergi bersarapan..
Selamat tinggal Menara Kuala Lumpur..

Jom tengok harga tiket untuk datang ke sini..
Akak taip semula sumber yang diambil dari MENARAKL
Jika diminta pandangan akak harganya agak mahal...
Macam Observation Deck tu, tempatnya pusing-pusing tang tu jer..
Eh dah sampai balik tempat kita mula tadi..
Pemandangan biasa yang boleh kita nampak kalau berada di tempat tinggi..
Mini Zootu akak tak masuk tapi rasanya tempattu kecil jer...
Sebab dengan harga lebih kurang sama boleh masuk Farm in the city di Seri Kembangan...
Yang lain-laintu tak dapatlah akak bagi pandangan ...
Namun akak juga ada keinginan untuk makan di Restoran Berputar di sini.. Insyaallah...
Mungkin untuk yang tidak dapat berhari raya di kampung halaman bolehler datang ke sini..

Nuffnang oh Nuffnang