Nuffnang saya

Followers

Friday, February 27, 2015

Idea untuk dinner tema retro atau 70an

Ini kisah 7 Februari yang lepas...
RHB Investment Bank Wilayah Tengah mengadakan makan malam di One World Hotel..
Ikutkan hati tahunni akak tidak berhajat hendak pergi...
Menengokkan tema malam retro atau 70an lagilah tidak berkenan...
Malas hendak mencari baju yang bersesuaian...

Gambar yang dibawah ini dari email yang akak dapat...
Jadi jangan di cari akak sebabnya malamtu kamera akak langsung tidak berfungsi...
Seronok pulak tengok gambar yang dikongsikan itu ..
Rasa ralat pulak langsung tidak bergambar malamtu..
Jom tengok gambar yang ada ...
Kalau ada dinner yang temanya retro atau 70an bolehlah menjadi ilham...
Sebelum boleh masuk ke dalam ada persembahan basking di luar dewan..
Staf yang sporting membuat persembahan...
Staff Puchong dan USJ Taipan bersatu...
Akak tak tahu yang ini dari branch mana satu..
Mungkin KL mainler kot...
 Port orang bergambar...
 Comel-comel diaorangni...
Port yang ini juga cantik untuk bergambar..
Yang ada nombortu adalah top 3 untuk pakaian terbaik lelaki dan perempuan....
Berbaloi juga dengan pelaburan sebab yang tidak menangpun dapat voucher RM150....

Tapi sayang tiada gaya retro muslimah yang boleh diketengahkan pada malam itu..
oklah... selamat berhujung minggu semua...

Wednesday, February 25, 2015

Jelaskan Cukai Taksiran kewajipan kita

Cukai taksiran atau cukai pintu haruslah dijelaskan sebelum 28 Februari ini...
Gambar dik Ya ikut ayahnya ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya dua minggu sudah..
Jarang ke pekan PJ, jadi jangan ditanya akak dimana letaknya basikal besini...
Xtvt cuti sekolah dulu...
Ada pertandingan mewarna di kawasan perumahan kami...
Yang peliknya dik Ya macam pakai baju dan seluar yang sama...
Dik Ya ada satu perangai yang kalau dah suka bajutu dia akan pakai selalu..
Kalau rasa teringin naak suruh dia pakai baju lain sorokkan baju kegemaran dia...

Dua minggu yang sibuk .. 
tidak sempat singgah blog kawan-kawan..
Jumaat depan barulah lega sikit... 
Semoga dipermudahkan segalanya.. 

Monday, February 23, 2015

Nostalgia barulah Ipoh

Harini datang kerja dengan mood yang masih bercuti lagi..
Cuti 4 hari memang tidak mencukupi..
Sempat balik ke rumah mertua akak yang terbiar kosong di Bestari Jaya...
Dapat juga pergi ke IOI City Mall setelah sekian lama dibuka...

Pagini belum lagi sempat bersarapan kerana tekak ini terasa hendak makan mi kicap Ipoh...
Bersarapan di Ipoh tiada masalah kerana pelbagai pilihan boleh di dapati...
Tapi kalau di Puchongni memang masalah besar...
Pagi-pagini biasanya kedai mamak, gerai tepi jalan, kedai melayu menu serupa gerai tepi jalan...
Setakat nasi kerabu, laksamtu ada juga dijual tapi kurang menepati selera...

Sarapan di Ipoh sebenarnya macam konsep kopitiam...
Ada mi kari, wantan mi, roti telur goyang, mi sup dan lain-lain...
Masa akak tinggal di Ipoh dulu selalu rasa pekan Ipohni macam takder apa-apa...
Tapi bila dah berjauhanni rasa rindu pulak ...
Kita selalu memandang benda yang tiada dekat dengan kita..
Kita selalu rasa tempat lain lagi best dari kita...
Bila kita dah berada ditempat yang laintu barulah kita menghargai tempat yang kita tinggalkan...
Ok.. ok... jom layan gambar dari whatsapp keluarga akak yang suka bagi akak sakit hati...
Kedai baru katanya tapi penuh nostalgia ....
Amoi-amoi Perak tahun 60an menghiasi dinding...
Gambar orang lama juga menghiasi dinding...
Keistimewaan kedai ini ialah boleh menikmati kopi Vietnam cara orang Vietnam...
Kenalah akak datang juga nanti sebab tekakni teringat-ingat juga kopi Vietnam yang sedaptu...
Ha... klasik ke idok kalau dah kerusinya macam gini...
Dulu rumah opah akak banyakjer kerusini...
Alahai nostalgia sungguh....

Habis tulis entrini masih tiada idea nak makan apa lagini..
Ehm... bancuh kopi cicah biskutpun sedap jugakan...

Tuesday, February 17, 2015

Happy Chinese New Year 2015

S.E.L.A.M.A.T.   .T.A.H.U.N.   .B.A.R.U.  .C.I.N.A.
Untuk mereka yang meraikannya...
Selamat bercuti kepada kita semua rakyat Malaysia... 
Kami hanya ada di sini , tidak sanggup mengharungi jem...
Hari ini pasaran saham juga tidak menarik..
Mungkin pelabur sudah ramai yang mood raya...
Harap esokpun macam gini juga sebab ramai staf sudahpun bercuti...
Rasanya gambar ini masa CNY tahun 2012 kalau tidak silap... 

Monday, February 16, 2015

20 spot makan mesti cuba

Dari Majalah LIBUR Disember 2014 untuk panduan

Makanan yang enak mampu bertindak sebagai perisa tambahan yang menjadikan percutian anda lebih sempurna. Apalah ertinya bercuti ke sebuah negeri di Malaysia jika tidak mencuba makanan tempatan? Jom kita lihat seleksi 20 gerai dan restoran yang mesti anda singgah jika bercuti di negara sendiri.

1) Mi Goreng 'ORI' Bangkok Lane, Pulau Pinang 

Mi goreng'original' hasil tangan Mahbooh Bin Mohd Zakari sudah wujud di sini sejak tahun 1969 lagi. Kami sempat bertemu dengan Encik Mahbooh yang begitu tekun memasak mi goreng untuk pelanggan yang sedang beratur menunggu. Menurut belliau, keluarganya sudah menghasilkan mi goreng yang berwarna kemerahan ini sejak dari zaman pendudukan British lagi. Mi goreng ini menggunakan campuran kuah tomato yang dihasilkan sendiri bersama cili merah yang dikisar. Itulah sebabnya warna mi goreng ini seakan kemerahan. Satu set mi goreng yang mengandungi kentang dan sayuran ini dijual pada harga berbeza. Lokasinya di Seng Lee Cafe, Bangkok Lane, Georgetown, Pulau Pinang.

2) Roti Bakar Kayu Arang Georgetown Pulau Pinang

Gaya klasik yang tidak diluput dengan zamna. Inilah kelebihan gerai yang dipanggil The Famous Roti Bakar di Bangkok Lane, Georgetown, Pulau Pinang menghidangkan set roti bakar kosong, yang disapu mentega, kaya dan juga telur. Membakar roti secara manual memerlukan kemahiran yang baik. Bukan mudah mengagak tahap kebakaran yang sesuai untuk disajikan kepada pelanggan. Sesudah dibakar, permukaan atasnya perlu dikikis dengan pisau untuk sebelum disapu mentega. Difahamkan, gerai roti bakar kayu arang di sini menjadi tumpuan pengunjung sejak 60 tahun lalu.

3) Keria Antarabangsa Haji Jalil Melaka

Buat yang sukar mencari gerai Keria Antarabangsa ini, guna sahaja aplikasi Waze atau Google Map untuk mencari kawasan Limbongan, Melaka. Keria yang ada di sini memang berbeza dengan keria lain yang biasa anda dinikmati. Ia disira dengan gula melaka dan dimasukkan lebih keledek berbanding tepung. Apabila betul-betul masak, saizya yang besar membuatkan ia kelihatan seperti donut. Lokasinya terletak di Batu 2, Jalan Limbongan, 75200 Melaka. Penulis sempat bertemu dengan Haji Jalil sendiri. Difahamkan, beliau yang mencadangkan kepada ibunya tentang resipi keria yang disira dnegan gula melaka ini sekitar tahun 1975. Harganya cuma 50 sen sebijik dan Haji Jalil sering mendapat tempahan kueh keria ini daripada pejabat-pejabat kerajaan untuk sessi mesyuarat dan minum petang.

4) Kedai Minum Pak Hasan, Teluk Intan Perak

Sebuah kedai makan yang terletak di Jalan Laksamana, bersebelahan bangunan Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan. Apa yang best di sini? Semestinya roti goyang dan nasi  lemak special Pak Hassn. Nasi lemaknya bukan shaja diletakkan telur mata dan sambal ikan bilis, tetapi juga kacang panjang dan gulai kerang yang memang menyelerakan. Roti goyang pula hanya mengambil bahagian kuning telur dan sedikit putih telur di ata kepingan roti tebal. Pendek kata, memang complete sarapan pagi anda dengan hanya memilih dua sajian ini. Kedai minum Pak Hassan, Jalan Laksamana, 36000 Teluk Intan.

5) Sarapan Ikan Termenung Haji Jamil, Kuala Kedah, Kedah
6) Nasi Ayam Misai, Bayan Lepas Pulau Pinang
7) Kacang Pool Haji Larkin Johor
8) Warung Laksa Ikan Sekoq Jalan Gangsa Kedah
9) Makan Bersilo Kompleks JKKN Negeri Sembilan
10)Warung Mi Taman Sri Jaya Batu Pahat Johor
11) Kluang Rail Coffee Stesen Kereta Api Kluang Johor
12) Mi Kolok Haji Sallleh Jalan Satok Kuching
13) Azda Western, Shah Alam Selangor
14) Nasi Ganja Repoh Kangar Perlis
15) Ikan Bakar Tanjung Dawai, Merbok Kedah
16) Zenxin Organic Park Batu Pahat Johor
17) Bawal Goreng Padang Jawa Selangor
18) Nasi Lemak Royale Kedah
19) Blackwood Coffee & Chocolate
20) Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

Kalau nak baca keseluruhan kisah 20 Spot makan mesti cuba kenalah cari majalah Libur keluaran Disember 2014.. Kalau teringin nak tahu sangat mungkin boleh tanya pada akak sahaja...  Akak suka beli majalah ini, maalumlah kitani jarang berliburan jadi bacalah mungkin kita rasa macam dah sampai walaupun hanya sekadar dalam bacaan..

Gambar di bawah mungkin spot orang di sini yang tidak perlu ke Kajang untuk merasai Sate Kajang Haji Samuri... Kalau nak tahu yang di Perhentian Awan Besarni ramai pelanggannya... Nak memesan dah beratur, dia cakap akak nak tunggu 25 minit.. Ya lah dah sampaikan tunggu sahajalahkan. Kita akan diberikan nombor giliran... Kalau siap akan terpamerlah nombor giliran kita.. Akak dah rasa macam berada di bank atau klinik kerana bunyi yang hampir sama.. Maju bisnes Haji Samuri... 
Macam tidak ramai kerana pelanggan memilih untuk makan di luar dari 'food court'
Nampak tak nombor gilirantu 2996...
Perniagaan di Perhentian Awan Besar menghala ke Shah Alam ini ada dua tempat makan sedap..
Selain dari Sate Kajang Haji Samuri ada kedai Nasi Ayam Kampung A Hassan...
Memang agak lama akak tidak ke sini walaupun tempat ini bukanlah jauh sangat dari rumah...
Eh entri akak hanya berkisar pasal makan pulak akhir-akhir ini..

Thursday, February 12, 2015

Restoran Cater Best Ipoh ~ Masakan Cina Halal

Cerita balik kampung di bulan November masih ada lagi tertinggal...
Ini cerita makan-makan adik beradik kami di Ipoh...
Masa akak balik kampung adik-adik akak yang duduk Ipoh tidak balik kampung...
Jadi kami berjumpa di kedai makan Cater Best dekat dengan rumah adik akak....
Yang penting Restoran Cater Bestni adalah kedai masakan cina yang halal...
Restoran masakan cina yang telah lama wujud di bandaraya Ipoh...
Masa dulu selalu pergi ke kedai ini, tapi semenjak duduk di Selangorni hampir lupapun kedaini...

Rasa masakan di sini masih sama macam dulu-dulu lagi...
Kedai ini bukanlah terletak di tengah Bandaraya Ipoh...
Jauh sedikit dari bandar tapi dekat dengan susur keluar dari lebuh raya PLUS..

ALAMAT :-
74 & 74A, Jalan Bercham,
Taman Sri Dermawan,
Ipoh, Perak.
Memang terdapat banyak sangat pilihan makanan...
Rambang mata rasa nak order macam-macam...
Bila hidangan sampai boleh cakap "eh banyaknya kita order"...
Rasa macam tidak mungkin habisjer tapi kesudahannya licin semuanya...
Antara menu yang ada di sini...
Banyak lagi sebenarnya ...
Harga pada akak boleh tahanlah...
Lama sangat ceritani masuk blog dan adik akak yang mengandungpun sudah dalam pantang...
Semua orang akan diberikan teh cina, habis dia akan tambah lagi... 
Anak-anak akak langsung tidak minum air teh cina, dia kata kenapa pelik sangat rasanya ibu....
Anak saudara akak yang sangat kelakar dan manja...
Entah macamanalah dia dengan adiknya nanti... 
Yang penting ada tanda halal yang diletakkan di tepi juruwang...
Boleh baca artikel tentang masakan tradisional halal di Ipoh link di bawah...
Apalah yang ditengok oleh dua bersepupuni...
Gambar semasa menunggu makanan sampai... 
Mengunyah maruku sebelum makanan sampai...
Di sini akan dihidangkan maruku, Ipohkan terkenal dengan maruku Buntong...
Juga disediakan tisu basah untuk mengelap tangan atau muka...

Selepas selesai makan akak sekeluarga terus bergerak balik...
Syukur perjalanan dipermudahkan dengan perut yang kenyang...
Semoga ada rezeki kita akan dapat makan di sini lagi... AMIN...

Wednesday, February 11, 2015

Wordless Wednesday ~ 110215

Gambar bersisa masa balik kampung November 2014..
Hari rabu jadi layanlah gambar yang ada...
Singgah kedai makan tepi sawah...

Kedai ini terletak di Jalan Ipoh - Lumut...
Lauk pauk dia boleh tahan sedap dan banyak pilihan...
Dari tempat makan juga nampak sawah padi...
 Naufal mandi dalam besen ... muat pulaktu...
Suka sangat kalau opah dapat bagi mandi dalam kolahni...
Berenang ala-ala dalam kolam renang...
Naufal yang bergambar dengan opah kampung...
Anak-anak akakpun rasanya macam tiada gambar berdua-duaan gini...


Monday, February 9, 2015

Gambar kami di Kompleks Sejarah Pasir Salak

Cerita pasal Kompleks Sejarah Pasir Salak sudahpun keluar...
Namun masih ada gambar yang belum masuk ke sini lagi...
Jadi terimalah gambar posing anak-anak di sini...
 Tidak melayu hilang di dunia...
Papan tanda arah yang memastikan pengunjung tahu tempat ditujui...
Kawasan berpagar dibelakang anak-anak adalah sebuah Resort...
 Bergambar dengan jam suria...
Sebelum masuk ke Terowong Sejarah Pasir Salak... 
Di dalam tidak dibenarkan mengambil gambar..
Pakaian orang dulu-dulu...
Yang baju kunigntu akak tau Puteri Perak...
Anak-anak akak dan sepupunya gembira sampai melompat sampai ke sini...
Mengambil angin ditepi sungai Perak...

Sekiranya belum sampai ke sini singgahlah sebentar..
Mohon pihak pengurusan memperbaiki keadaan tempat ini...
Terasa hilang serinya berbanding masa mula-mula buka dulu...
Harap tempat yang sungguh tinggi nilainya  tidak hilang ditelan zaman...
Perak memang banyak tempat menarik...

Thursday, February 5, 2015

Kompleks Sejarah Pasir Salak Perak

Kisah bulan November baru nak masuk blog...
Sekarangpun sudah tidak banyak aktiviti maka kurang gambar...
Aktiviti yang adapun hanya benda yang biasa di buat jadi memang tiada cerita nak disampaikan...

Sebelum sampai ke rumah kampung kami singgah ke Kompleks Sejarah Pasir Salak...
Lagipun masa balik kampungtu anak saudara saya ikut sekali...
Diapun tidak pernah sampai ke sini jadi bagi peluang dia melawat...

Dapat maklumat ini dari MDPT
  • Terletak kira-kira 70 km dari Ipoh dan kira-kira 25 km dari Teluk Intan. Terdapat   beberapa tempat yang sesuai dilawati, diantaranya ialah Tugu Lela Rentaka, Kubu Dato' Maharaja Lela, Masjid Pasir Salak, Rumah Kutai, Kubur SiPutum, Memorial Pahlawan, Kubur J.W.W. Birch, Terowong Masa dan yang berkaitan dengan sejarah Pasir Salak.
Pintu Masuk ke Kompleks Sejarah Pasir Salak...
Kebetulan ada ramai orang hari kami ke sana...
Bangunan Terowong Sejarah dari luar...
Menara Pandang...
Mungkin sudah tidak dibenarkan naik ke atas...
Bangunan Terowong Sejarah Pasir Salak merupakan bangunan utama ..
Memuatkan diorama-diorama episod sejarah perjuangan patriotisme dan nasionalisme orang melayu..
Yang di depantu adalah jam suria...
Rumah Kutai yang semakin uzur...
Rumah Kutai merupakan rumah tradisional Melayu di Perak...
Alangkah ruginya kalau tidak dijaga kerana sudah tidak banyak lagi rumah kutai ini...
Dari jauh kelihatan jeti ditepi sungai Perak...
Berhampiran tempat inilah Tuan Birch di bunuh ketika mandi pada 2hb November 1875
Tugu Peringatan Pejuang Melayu Perak...
Air sungai Perak yang agak tinggi..
Ini keadaannya seminggu sebelum banjir yang melanda Perak..
Tidaklah diketahui keadaan Kompleks semasa banjir...
Kawasan Kampung Gajah memang teruk dilanda banjir..
Galeri Sejarah Perak Darul Redzuan...
Masih tidak sempat nak masuk dan tahu apa yang ada di dalamnya... 

Entri kami ke sana sebelum ini :- CHO ZILA DI KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK

Wednesday, February 4, 2015

Jom beli Nata De Coco Sungai Besar

Akak dah selamat balik dari kampung..
Akak balik dengan dua orang budak comel sahaja..
Balik kampung tidak ikut lebuh raya tapi nak balik ke sini ikut PLUS jugalah...

Tidak ikut lebuh raya bermakna kami ikut Kuala Selangor-Sabak Bernam-Teluk Intan-Bota...
Akak dengan suami dari mula kahwin sampai sekarang kalau boleh suka ikut jalan ini...
Antara tarikan yang ada sepanjang jalan memang tidak terhitung dek jari sebenarnya..
Kalau ada cuti yang panjang cubalah menyusuri jalan ini memang banyak tempat boleh singgah..
Tapi sebab misi  balik kampung tidaklah dapat menunaikan semua impian..

Antara yang boleh disinggah ialah Kedai menjual Nata De Coco...
Kedai ini terletak sebelum pekan Sungai Besar...
Kilang membuat Nata De Coco pun ada di situ juga...
Pernah masuk dalam Majalah 3 di TV3 juga sebelum ini...
Memang seronok memilih Nata de Coco di sini...
Macam-macam perisa Nata De Coco ada dijual disini..
Akak tidak sempat singgah mingguni kedai ini...
Ini gambar masa akak balik bulan November dulu...

Kalau lalu jalan ini jangan lupa singgah kedai Nata De Coco keluaran bumiputera ini...
Ada kedai  menjual hasil-hasil kampung yang beraneka...
Boleh membeli jambu air, mangga, mentarang, jagung dan lain-lain..
Soal makan memang seronok boleh singgah kedai makan yang pelbagai di sepanjang jalan...
Ada kedai menjual soto, nasi ambeng, mi udang, rojak, cendul, air gelas besar...
Yang paling penting makanannya memang sedap belaka..
Kalau pergi ke Lumut sekali-sekala gunakan jalan ini...
Pemandangan di kiri kanan jalan membuatkan mata kita lebih segar...
Ini antara sebab akak suka ikut jalan ini kurang mengantuk berbanding memandu di lebuhraya...
Antara kedai yang makan yang akak teringin untuk singgah...
Namun asyik tidak kesampaian sahaja...
Apa yang istimewanya di sini yang membuatkan akak mengalahkan orang mengidam ??
Ingin tahu jawapannya, kerana di sini ada menu kampung dan yang penting eksotik...
Suami akak sudahpun pergi dengan kawan-kawan dia...
Gambar di atastu untuk 'perangat'kan akak yang belum pergini...
Kalau dia bawak rendang landak sebungkus haruslah sedapkan...
Apapun hendak tahu lebih pasal restoran ini klik sini :- Wahida

Akak berhutang meronda dan komen di blog kawan-kawan semua...
Mesti banyak cerita kawan-kawan terutama yang bercuti selama 4 hari...

Nuffnang oh Nuffnang