Western Food di Bandar Kinrara

Harini nak cerita pasal kedai makanan Barat atau western food pulak...
Kalau tinggal di Bandar Kinrara memang susah sikit nak makan chicken chop atau menu barat ini...
Di medan selera Giant juga entah berapa kali kedai western food buka dan tutup...
Terkini ada satu kedai western food yang di buka di Medan Selera Bandar Kinrara...
Kedai ini  sebenarnya menjual roti, kek, biskut dan manisan...
Namun kalau bulan Ramadhan mereka akan menjual pasta di Pasar Ramadhan...
Dari situ kita tahu kebolehan dia dengan makanan barat...

Untuk minggu pertama sahaja sebanyak 3 kali kami singgah ke sini...
Jangan tanya pada anak akak kalau boleh setiap malam nak makan di sini...
Masa mula di buka memang agak kurang sambutan...
Namun dua malam yang sudah nampaknya sudah ramai yang datang mencuba...
Harap dapatlah bertahan kedai western food kali ini di Bandar Kinrara ...
Selalupun kalau teringin sangat nak makan chicken chop kena ke Puncak Jalil....
Kini tidak perlu lagi rasa nak makanjer boleh terus pergi....
Ralit anak-anak akak sebabnya nak buang sayur yang melekat di sostu... 
Lupa nak habaq kat dia janganlah letak sebarang sayur anak akak memang tak reti makan.. 
Tapi akak suka air kedondong asam boi di sini memang terbaik...
Inilah Kafe & Bakeri MIOs  di Medan Selera Bandar Kinrara BK4...
Kafeni dulu lebih kepada pilihan kek, roti, dadih, brownies dan lain-lain..
Kini tarikan terkini ada makanan Barat yang memang payah nak dapat di Bandar Kinrara... 
Sedap sangat sampai dik Ya tidak boleh berkata-kata...... 
Selain chicken chop pilihan anak-anak ada juga pasta yang berbagai-bagai...
Kami dah cuba spagheti bolognaise dan carbonara yang juga digemari oleh dua orang budak ini...
Untuk yang datang ramai boleh di pilih menu combo dengan harga yang berpatutan...
Jadinya penduduk Bandar Kinrara bolehlah memilih Kafe MIOs untuk makanan barat...
Di buka kalau tak silap dari pukul 10.00 pagi sampai 10.00 malam...
10.00 pagi sampai 3.00 petang rasanya ada promosi menu makan tengahari...
(ha... ha... macam nak bagi info tapi tak tanya habis-habisankan...)

Comments

  1. Dah lama tak makan western food..
    Terliur pulak tengok budak berdua tu makan.
    Sungguh berselera :)

    ReplyDelete
  2. lama x makan western2 ni
    kelaparan le pulak kak oiiiiiiiiiiiii haha

    ReplyDelete
  3. sdpnya kak.... tgk portion pun besar... sos dia tuh pekat nya...

    kedondong asam boi mmg sdp... penah minum kt 1 kedai ayat penyet kt kg baru
    mule2 membe oder kami eksen takmo beli bile dh rsa... semua oder bungkus hehehhe

    ReplyDelete
  4. harga mahal x kak? teringin jugak nak try nih~

    ReplyDelete
  5. lepas ni mesti makin ramai...tak de saingan nampaknya kedai ni ye..

    ReplyDelete
  6. tgk dari pic sipi2 tu mcm okey jek kak.... kuah pun tak kedekut....

    tu le kak payah nak cari tempat yg betul2 okey kan....tapi kalo ikhlas masak...rase menten jek mmg akan jd tumpuan org dtg berkali2 lah.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts