8 Cara Berjimat Cermat di Bulan Puasa

Akak kongsikan di sini artikel dari majalan Rapi Jun 2015....
Mungkin dapat membantu kita di bulan yang mulia ini..

SUMBER ::: RAPI Jun 2015
Susunan :: Ruziana Zainal

Ramadhan adlah bulan tarbiyyah, iaitu bulan kita belajar dan menjalani latihan. Ramadhan juga tempat kita 'membersihkan' diri dalam satu bulan setelah menjalani 11 bulan yang lalu...

Jadi mari kita berjimat cermat di bulan yang mulia ini. Mudah-mudahan anda boleh praktikkannya bukan sekadar pada bulan puasa malah hari-hari lain pun sama...

1. AZAM BERJIMAT

RAPI ::Dengan menanamkan azam, secara tidak langsung ia akan membantu anda agar berpada-pada dalam berbelanja. Paling mudah, waktu membeli juadah berbuka puasa. Sebagai contoh, katakan anda berazam hendak berbelanja kurang daripada RM10. Secara tidak langsung, azam anda itu akan membantu anda mengawal perbelanjaan!

Kata akak ::: Azam yang sentiasa perlu bukan sahaja untuk bulan puasa tapi bila-bila masa sekalipun.. Mestilah ditanamkan azam untuk berjimat semungkin yang boleh... Membazirkan syaitan suka..

2. BELANJAWAN HARIAN

RAPI :: Azam sahaja memang tidak cukup. Anda harus mempunyai belanjawan untuk menyokong azam tersebut. Kalau tidak, takut tersasar nanti. Cara mudah membuat belanjawan, catat segala yang ingin dibelanjakan seharian di atas sehelai kertas. Catatan itu akan bertindak sebagai panduan bila anda hendak berbelanja kelak.

Kata akak :: Elok sangatler ... memang terkejut tengok perbelanjaan yang telah digunakan... akak takut nak buat benda yang ni.. Macam kita pergi kedai dua ringgit...memanglah dua ringgit tapi kalau dah beli banyak berpuluh-puluh ringgit habisnya untuk barang yang tidak penting... Jadi rajinlah menulis setiap perbelanjaan kita...

3. JANGAN BAWA DUIT BERLEBIHAN

RAPI :: Taktik ini terbukti berkesan kepada ramai orang. Bawa duit sekadar yang perlu seperti yang dirancang. Walaupun cara ini agak susah dilakukan tapi memang berkesan.

Kata akak :: Taktik yang sangat berkesan... kerana tahu duit tidak mencukupi.. Kalau bawa duit lebih pada mulanya kita cakap dalam hati esok kurangkan belanja konon hendak menampung yang terlebih pakai hari ini.. Tapi hakikatnya memang tidak mungkin berlaku, kalau sudah digunakan memang kira habislah..

4. JANGAN BERBELANJA IKUT NAFSU

RAPI :: Latih dan kawal diri supaya tidak mengikut nafsu. Memang tidak dinafikan melihat sahaja makanan di bazaar mampu membuatkan kita teruja untuk membeli. Tetapi bila dikaji, biasanya kita membeli juadah  terlalu banyak hanya akan menjurus kepada pembaziran sahaja.

Kata akak ::: Sekeping duit lima puluh ringgit kalau ke bazaar Ramadan kemungkinan tidak bersisa kerana rambang mata memilih... Setiap orang punya pilihannyer tersendiri.... Jadi memang kenalah pandai mengawal nafsu...

5. KIRIM JUADAH

RAPI :: Kalau anda berasa sukar untuk mengawal nafsu membeli-belah ketika mengunjungi bazaar Ramadhan, alternatifnya anda anda boleh mengirimnya sahaja melalui rakan ataupun ahli keluarga yang lain.

Kata akak ::: akakni nak mengirim pada siapalah gamaknyer...Alternatif masaklah...

6. BERBUKA DAN BERSAHUR DI RUMAH

RAPI :: Berbuka dan bersahur di rumah bukan sahaja dapat menjimatkan duit, malah dapat merancang masa anda juga.

Kata akak :: Yang ini paling mudah dan ringkas... Setelah 11 hari berpuasa akak dapati yang keluarga kami lebih suka makan benda selain dari nasi macam mi, mihun dan sebagainya.. Kuih dan juga bubur nasi mesti ada.. Jadi sebagai ibu juga kita kenalah memantau minat anak-anak untuk mengelakkan pembaziran...

7. BERBUKA DAN BERSAHUR DI SURAU ATAU MASJID

RAPI :: Kalau anda inginkan penjimatan yang maksimum, manfaatkan majlis berbuka dan shaur anjuran sesetengah suraau atau masjid. Selain berjimat, anda boleh terus solat berjemaah sekali. Inilah peluang terbaik untuk anda menggandakan pahala.

Kata akak :: Teringat masa akak duduk rumah sewa semasa Tingkatan 6 di Ipoh.. Jiran kami yang juga kawan lelaki sekelas memang setiap hari akan berbuka di Masjid Negeri.. Gigih juga kawan-kawan akaktu sebabnya rumah kami agak jauh juga dengan Masjid Negeri.. Namun kena pahamlah semuapun masih bergelar pelajar dan bukanlah dari golongan orang berada..

Sekarangni akak ada juga keinginan berbuka di masjid atau surau tapi tidak mungkinlah... Takkan akak tinggalkan suami dan ibu mertua berbuka berdua sahaja.. Teringin nak bagi Atikah dan Azalia belajar bagaimana rasanya berbuka di surau atau masjid.. Suami akak dari masa bujang sampailah sekarang kalau boleh suka berbuka di rumah, ada jemputan makan berbuka di hotelpun tidak dipandangnya.. Katanya tidak selesa..

8. BERKONGSI ATAU BERTUKAR JUADAH

RAPI ::Satu lagi cara berjimat ialah berkongsi juadah dengan teman serumah. Setiap orang beli juadah yang berbeza. Setiap seorang beli juadah yang berbeza. Ini bagi yang masih bujang. Bagi yang sudah berkeluarga, mungkin anda boleh bertukar-tukar sesama jiran tetangga. Di samping dapat merasa masakan berlainan jenis, secara tidak langsung boleh mengeratkan silaturrahim sesama jiran.

Kata akak ::: Jiran akak memang suka memberi... selalunya akakni kurang membalas... ala kesian jiran akak... Kalau balaspun selalunya akak akan gabungkan semua pinggan yang dia hantar...

Gambar di bawah tiada kaitan dengan artikel di atas...
Ini hidangan di hotel yang seciput tapi harganya mak oooi...
Cubalah buat di rumah dengan presentation yang meletoppp tak payah pergi ke hotel lagi..
Dan kalau di bulan puasa berlumba-lumba hotel mempromosikan buffet Ramadan...
Sekarangni harga untuk berbuka di hotel agak melambung tinggi.
Permintaan banyak sudah pastilah ada yang sudi menawarnyakan....
Sekali sekala apa salahnyakan untuk merasai suasana berbuka di hotel...
Semua hidangan habis dimakan untuk mengelakkan pembaziran...
Kenangan gambar makanan licin semasa balik kampung sebelum Ramadan....
Tahniah untuk adik beradik akak yang makan sampai licin...
Terima kasih untuk yang belanja kami malamtu...


Comments

  1. setakat ni saya masak je...ke bazaar utk beli kuih sedikit je..

    ReplyDelete
  2. tips yg bagus kak...bla puasa nafsu serakah mula mungasai diri

    ReplyDelete
  3. setakat ni saya masih ok kak..hari2 masak..masak pun cukup2 je..masak sikit..kalau lebih bagi kat jiran..tukar2 lauk..boleh tahan sampai sahur la lauk2 tu ..

    ReplyDelete
  4. setuju sgt2 tuh kak.... dana bt masa nih lum penah lg jengah bazar ramaadhan hehehe tp penah la sekali kirim kt edy beli bubur lambuk ngn roti john..... tp tak blh pg sendiri tkt tak dpt kawal napsu...
    itu pun tak puas hati ngn roti john nyer... udahnyer bt roti john sendiri baru puas hati den...

    ReplyDelete
  5. betul tu kak..sebolehnye elakkan laa pembaziran...bile bace paper ckp rakyat malaysia buat berjuta tan makanan semata2 tak abis mase berbuka tu rase mcm ya Allah.....sia2 puase tapi last2 membazir mcm tu...membazir amalan syaitan....kite ni kene kuat bendung napsu sebenarnyer.....

    ReplyDelete
  6. suka tips yg bawak duit ngam2 tu..huhuu

    ReplyDelete
  7. saya elak beriftar ala buffet . bayar mahal tapi perut kecik je . mcm membazir lak . tapi klu ada yg sponsor , x tolak weh ...

    ReplyDelete
  8. Setakat ni saya masak sendiri di rumah. Menu pun yang simple aje sama macam makan malam hari biasa. Kalau ada lebih pun sebab kurma dan buah-buahan. Setakat kuih-muih pun baru 1,2 kali kirim kakak minta beli di Bazar Ramadhan. Itu pun tak habis makanya bukanlah keperluan sangat nak membeli kuih-muih.

    ReplyDelete
  9. tq for sharing..
    lya pon memasak sndri..klo x memasak, bbuka rmh MIL.. tp ade la skali dua bbuka kt kedai

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts