Istikharah Cinta

Semenjak akhir-akhir ini tajuk drama melayu semakin keIslaman...
Tetapi ceritanya macam dulu juga lagi...
Istikharah Cinta, Cinta Ibadah, banyak lagi tapi tak ingat dah...
Akak bukanlah mengikut sangat ceritani...
Sekali anak-anak akak cakap dramatu kat UUMler ibu...
Berminat nak tengok sebab tempat jatuh lagikan dikenangkan...
Inikan pula tempat bermanja...

Rupanya dalam google gambar UUM terkini terjumpa entri dari blog akak..
Drama Cinta Gila untuk Cerekarama TV3pun pengambarannya di sini...
Tapi bila tengok Istikharah Cinta tu banyak perubahan UUM tahun 90an dengan sekarang...
Mestilahkan akak adalah generasi pertama UUM...
Serba kekurangan namun dapat juga menghabiskan pengajian selama 4 tahun..
Walaupun tidak banyak sangat kenangan manis dan pahit tapi akak pernah menghuni bumi Sintok..
Kalau dalam 90an yang tidak siap sepenuhnya lagipun akak rasa UUM memang cantik...
Tambahan lagi sekarangkan bertambah berseri-seri akak tengok.. 
Seronok tengok gambar dari google terasa rugi pulak tidak singgah selepas balik Hatyai tahun lepas...

Gambar tiada kena mengena ...
Cuma kenangan gambar akak tingkatan satu...
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh...
Mula jenuh jugak cari muka sendiri..
Nasib ada tulis belakang gambar...

Semoga anak-anak yang dapat masuk asrama akan seronok berada di sana...
Di sebabkan grup whatsapp kawan sekolah keluar gambar lama..
Tapi sayang grup UUM akak tiada mungkin dulu tiada ramai kawan...
Mungkin tahun 2015 ini akak akan ke UUM untuk ambil gambar... 

Comments

  1. Tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat bermanja.. dah betul tu Zilla... kenangan terindah masa sekolah lah kan..

    ReplyDelete
  2. sma la kita rindu sintok tempat jatuh lgi di kenang..best nye dok sna semua nye pon murahhhhh

    ReplyDelete
  3. saya dah lama tak tengok drama
    pun rindu kawan-kawan lama...

    ReplyDelete
  4. Aah akak tajuk je keislaman.ceritanya takde Islam sangat pun kan.hehe..

    Seronok imbau kenangan..klu boleh nak jugak reunion dengan kawan sekolah n uni dulu..to memasing ada komitmen mmg Susan nak kumpul..pergi sana imbau kenangan n tangkap gambar cukuplah kan..

    ReplyDelete
  5. alahhhh yg ni buat sy pun terkenang time belajo2 dulu hehe
    el pun ms blajo kat usm..xramai kwn ekeke

    ReplyDelete
  6. Hai, Cho... gambar muda belia remaja sendiri tak jumpa? Hehehe....

    Kiranya Cho ni the great, great super senior kepada adik lelaki sayalah. Dia pun graduate UUM. Tahun berapa saya tak ingat pulak tapi saya ni pun kerap juga ke Sintok dulu-dulu. Paling suka tengok rumah kayu (residential area) yang dibina di tepi jalan ke Sintok tu. Adik saya kata, kalau balik malam, 'ramai' gila hantu merayau kat kawasan tu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts