Nuffnang saya

Followers

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal 2014

Tahun 2014 semakin menghampiri penamat..
Terasa baru lagikan kita menyambutnyer...
Rasanya tahunni banyak kisah sedih yang akak alami..
Kehilangan bapak memang menjadi satu memori pilu yang tidak mungkin dilupakan..
Namun kata-kata nasihat bapak tetap menjadi panduan dalam hidup ini...
Tidak mungkin akak lupakan setiap bait katanya kerana selalunya dia akan cakap berulang kali...

Tahun ini juga memang sangat kasihan dengan anak-anak kerana tidak banyak berjalan...
Di awal tahun ibu mertua akak masuk wad dan lumpuh sementara...
Kebanyakan hujung minggu berulang alik ke Putrajaya...
Lepastu ibu mereka pula berangan nak jadi student..
Jadinya setiap hujung minggu ibunya pulak pergi mengaji...

Redhalah wahai anak-anak ibu...
Dalam kehidupan ini tidak semuanya yang kita mahu kita akan dapat...
Jadi kehidupan kitani walaupun sederhana namun cukup rasanya...
Semoga tahun 2015 nanti kita akan lakukan sesuatu yang lebih hebat...
Anak ibu akan lebih rajin berusaha..
Walaupun tahun ini  anak ibu yang sorangtu turun kelas harap tahun depan akan dapat naik kelas...
Jom layan gambar kenangan tahun 2014 kami...
Harijadi Atikah yang dibuat tiga kali tahunni tapi semuapun kecil-kecilan...
Yangni dibuat bersama dengan sepupu di kampung...
Semoga Atikah jadi anak solehah... 
Sebab dah jarang tulis blog tak ucapkan tahniah untuk Adriana yang pakai tudung pink dibelakangtu..
Dia dapat keputusan 5A masa UPSR yang lepas... 
Moga dapat sekolah asrama seperti yang diidamkan... 
Ini kenangan kami balik kampung bawak Naufal...
Singgah di Teluk Intan, Lumut dan juga Kellie Castle...
Entri kenangan di Menara Condong klik di sini :-MENARA CONDONG TELUK INTAN
Entri kenangan dengan nuzium kapal perang klik di sini :-KD RAHMAT LUMUT
Entri kenangan di tempat yang terkenal klik di sini :- KELLIES CASTLE BATU GAJAH
Sempat juga singgah di sini jom klik :- MUZIUM GOPENG
Kenangan makan beramai-ramai di luar bersama sekeluarga yang akan dikenang sampai bila-bila..
Senyum Allahyarham bapak tercinta yang masih dalam ingatan...
Sebenarnya arwah bapak akak susah nak bergambar...
Tapi tahunni memang banyak gambar dia dalam folder kami adik beradik...
Tahunni memang buatkan hati akak sendu...
Kenangan berhari raya tahun ini...
Bergambar dengan moyang mereka...
Kenangan menjadi flower girl di majlis perkahwinan adik sepupu suami...
Kenangan mandi-mandi di Bukit Merah Laketown Resort...
Ada di sinipun kerana ada Hari Keluarga PTGS, pejabat suami...
Kami juga pergi ke Pustaka P Ramlee yang tidak jauh dari rumah nenek suami..
Ini juga kenangan yang tidak masuk blog lagi...
Gambar kenangan kami di Perpustakaan Raja Tun Uda...
Ini kisah cuti sekolah kami yang belum masuk blog...
Nanti ada masa akak akan buat juga nanti...
Kami pergi ketempat yang tidak jauh sangat dari rumah tapi tak pernah sampai-sampai...
Tempat menarik untuk bawak anak-anak kita mengisi masa lapang...
Entri kami boleh klik di sini :- FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Untuk akak pulak kenangan yang tidak kurang manisnya....
"Team Building" di Pulau Redang yang sangat menarik....
Boleh baca kisahnya, klik sahaja di sini :- TEAM BUILDING PULAU REDANG
Kalau boleh nak pergi ke sini lagi dengan keluarga...
Tahun ini juga akak ambil Diploma dalam Analisa Teknikal...
Walaupun sedikit payah nak jadi student tapi rasanya seronok juga...
Yang paling best kawan-kawan sekelas akak yang sangat banyak membantu...
Semoga ikatan persahabatan kita semua akan kekal selamanya...

~~~~~ SELAMAT DATANG 2015 ~~~~~

Tuesday, December 30, 2014

Bateriku.com ~ Penghantaran Terus dan Pemasangan Bateri Kereta

Harini ingin berkongsi dengan kawan-kawan tentang bateriku.com .
Kalau ada masalah bateri kereta di tengah jalan ingatlah bateriku.com
Sekiranya memerlukan "jumpstart" bateri juga boleh menghubungi  bateriku.com
Boleh juga hubungi bateriku.com jika enjin kereta "cranks" tapi gagal dihidupkan...
Jadi apa lagi mesti nak tahu lebih lanjutkan..
Silalah ke laman web BATERIKU...
Antara bait ayat yang tertulis di situ ialah...


Bateriku adalah satu lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kumpulan Astra untuk berkhidmat kepada pelanggan di lokasi mereka berada. Bateriku adalah milik syarikat tempatan dan dikendalikan secara penghantaran percuma. Hubungi kami untuk semua perkhidmatan dan pembaikan automotif dan elektrik kenderaan anda. Satu panggilan untuk segalanya. Samada untuk pembaikan mekanikal atau elektrik kenderaan anda, hubungi kami untuk mendapatkan seorang mekanik dan kami akan datang kepada anda tanpa sebarang kos tambahan. Bateriku menawarkan perkhidmatan pembaikan automotif dan elektrik sepenuhnya yang datang kepada anda, menjadikannya mudah, menjimatkan masa dan kos. Kami sentiasa memenuhi spesifikasi pengeluar dengan menggunakan alat ganti dan bateri yang diluluskan serta berkualiti tinggi untuk tidak menjejaskan jaminan pengeluaran kereta anda.
Jadi jika ada masalah bateri ditengah jalan jangan lupa bateriku.com
Boleh juga membaca di BLOG BATERIKU
Simpanlah nombor telefon ini ditelefon bimbit kawan-kawan...
Kemudahan ini hanya untuk penduduk lembah Klang sahaja tau...
Sedia berkhidmat untuk orang yang menghadapi masalah di Lembah Klang..
Entri kali ini macam iklan pulakkan..
Tapi dalam masa rasanya amat membantu...
Akak juga pernah mengalami masalah sebegini..
Tidak tahu macamana untuk memohon bantuan..
Oleh itu bisnis begini amat diperlukan terutamanya di Lembah Klang...
Kalau di Ipoh dulu ada gak orang yang sudi bertanya..
Tapi kalau di sini memang orang pakat pandangjer...
Simpanlah nombor ini untuk kecemasan...
Memperkenalkan pengasas bateriku.com satu perniagaan yang unik... 
Rasa macam pernah tengok dia di blog akak!!
Betoilertu dialah adik akak yang tidak pernah kenal putus asa...
Sejak dari kecil dia memang kuat berusaha dan taat perintah Allah..
Semoga dia terus berjaya dengan usaha murninya berniaga dan membantu insan memerlukan...
Boleh baca blog usahawan yang bercerita pasal bateriku.com 

Monday, December 29, 2014

Bubble Laundrette 24 jam di Bandar Kinrara

Sesuai untuk musim hujan yang tidak berhenti sekarang ini...
Inilah aktiviti kami semenjak dah pandai guna dobi layan diri ini...
Mudah dan senang yang paling penting tidaklah banyak baju basah gantung dalam rumah...

Perkenalkan dobi layan diri 24 jam di Bandar Kinrara...
Namanya Bubble Laundrette yang terletak berhadapan dengan masjid...
Pada permulaan dulu tak ramai orang tapi sejak musim hujanni makin ramai yang datang...
 Dik Ya dan ayahnya masa mula mencuba menggunakan dobi layan diri ini...
 Model meragam tak nak dirakamkan gambarnya.. ha.. ha..
 Boleh tukar duit syiling ini di sini...
Yang penting ada pengesahan halal dari segi penggunaan bahan cucinya...
Alamak blur pulak gambar pengesahan halaltu...
Yang seronoknya boleh suruh anak-anak kita lipat kain di situ...
Budak-budak teruja gamaknyer nakler dia tolong lipat...
Nanti-nanti tak teringinnyer...
 Ikutjer arahan yang ada ditulis di sana..
Ini untuk keringkan baju pulak...

Memang mudah dan menyenangkan kerja...
Tapi bayar sikitler namun masih murah dari dobi biasa...

Ujian melanda maka bersabarlah

Maafkan akak untuk entri sebelum ini..
Dikala rakyat Malaysia menghadapi musibah boleh buat entri makan atau masak..
Bukannya tidak berhati perut tapi sebab entritu dah 'scheduled' keluar hari ini...
Bila tengok blog sendiri,... alamak dah keluarlah...
Jadi kalau ada yang terasa hati maafkanlah...

Salam takziah untuk mangsa banjir di merata negeri...
Haraplah mereka semua tabah..
Tahniah untuk yang sudi  membantu...
Hati korang memang mulia...
Akak hanya mampu berdoa dari jauh....
Juga doa untuk kapal terbang Air Asia QZ8501 yang dilaporkan hilang...
Moga ada penemuan dan perkhabaran yang baik...

Kiranya tahun 2014 penuh dengan tragedi...
Janganlah kita menunding jari menyalahkan itu dan ini...
Muhasabah diri sendiri terlebih dahulu...
Jadikanlah ini semua iktibar untuk masa hadapan...

Gambar lama(oktober) di Institut Jantung Negara...
~ HEART IS MORE COMPLEX THAN THIS!!!! ~

Semoga kita semua menjaga hati kita dari berfikiran yang tidak baik....
Jadilah kita insan yang sentiasa berprasangka baik dan sentiasa positif...
Baru membaca artikel Dr Muhaya yang sangat positif....
Semoga tahun 2015 akan membawa lebih kebaikan untuk kita semua....

Masak lemak paling mudahkan...

Ini cerita akak pasal memasak...
Nak cerita juga walaupun mungkin memalukan diri sendirikan...
Gini ceritanya...
Masa akak kecil dulu jarang ikut mak masuk dapur...
Ada gak dengar cerita anak jiran yang dah teror masak macam-macam..
Tapi akakni masuk dapur untuk kerja-kerja mudah...
Akak hanya tolong kupas bawang, tumbuk bawang, kukur kelapa (ada mesin kelapa tapi untuk sambal kelapa kena kukur baru sedap kata mak), basuh pinggan dan sebagainya...
Kerja masak mak akak memang tak bagi masuk dapur...
Katanya lambatkan kerjajer...
Tapi mak akak masakjer tang cuci periuk, kuali tetap akak yang buat..

Mak bapak akak tak pernah marah pulak...
Ada gak yang menyindir katanya pandai manapun anak perempuan mesti ke dapur jugak...
Bapak akak pula falsafahnya gini "bapak tiada harta lain untuk diberikan hanya mampu berikan pelajaran"...
Masa periksa mak akak memang langsung tak kacau kami mintak tolong dia...
Masuk asrama lagiler teruk langsung jarang masuk dapurkan...
Alkisahnya duduk rumah bujang masa lepas kerjapun semuapun makan di luar...

Ada juga masak sekali2 untuk adik beradik yang tinggal sekali..
Adik akak memang tak cerewet jadi sedap tak sedap semuapun diaorang bedal...
Apabila dah kahwin mulalah pening kepala...
Suami akak tak sama macam adik beradik akak...
Rupanya orang bandar mana sama cara makan orang kampung...
Masatu gelabah sangat pernah gulai kari seperiuk buang ke tong sampah...
Kenapa jadi gitu sebab akak tak pernah masak kari atau masak lemak..
Pada akak susah sangat masakantu... jangan pecah minyakler...
Isyh tah apa-apa macam susahjer...
Masak akak senang dan mudah masak taucu, gulai tempoyak, asam rebus...
Menu orang diet dan malasjer kekdahnya...
Sekali dah pandai masak lemak, isyh2 ni lagi mudah bebeno...
Camnerler boleh tak pandaikan...

Gulai lemak ketam kegemaran anak-anak....
Kalau kat kampung kami masak gulai lemak putih sahaja...
Ini paling mudahkan gulai lemak kobis...
Tapi kena ada lawan yang pedas baru bestkan...
Tangan Atikahtu suka sangat mengacau...

Secebis kisah dari akak...



Saturday, December 27, 2014

Selamat Berhujung Minggu

Cuti tapi banyak benda yang perlu dibereskan...
Rasa macam nak balik kampungg.....
Tapi minggu sudah dah balik pulak..
Rasa nak tengok sendiri perkembangan banjir dikampung...

Akak tak sampai lagi ke IOI City Mall yang baru...
Jadilah gambar kenangan di IOI Mall Puchongni jer...
Gambar bulan November tak silapnyer..
Masatu kami tengok wayang cerita Penguin....
Tahunni tak merayap ke shopping Mall...
Akak suka tengok dekorasi krismas...
Yeah... IOI Mall jarang ada dekorasi yang sangat dasat..
Biasa-biasa ajerler..
Atikah yang dah tak sabar nak tengok wayang...

Esok nak tengok wayang lagiker??
Rasanya takler sebabnya banyak benda kena uruskan...
Persiapan persekolahan mereka dahpun selesai....
Tunggu nak masuk sekolahjer lagini...

Friday, December 26, 2014

Banjir di Perak Tengah

Hati duk risau menunggu perkhabaran dari kampung halaman...
Maalumler kampung kami  di tepi Sungai Perak...
Syukurnya sampai pagi ini kampung akak masih selamat...
Namun tetap berdebar juga sebabnya kampung sebelah terlibat...

Harapnya mangsa banjir dapatlah bantuan secukupnya...
Semoga Allah memelihara keselamatan mereka dan penyelamat..
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada pasukan penyelamat...
Moga keluarga yang ditinggal mereka juga diberikan kekuatan...
Gambar yang adik akak ambil pagi tadi sebelum kerja...
Parit depan rumahpun tak ada air lagi...
Harap selamatlah hendaknya...
Ini gambar dari kawan-kawan...
Keadaan Stadium di Bota Kanan dah rupa kolam renang...
Katanya banyak ikan sebab sangkar ikan dihanyutkan oleh air bah...
Ini keadaan dikampung sebelah...
Boleh tahan juga keadaan banjirnya....
Ramai yang keluar untuk melihat kawasan..
Memang jarang sangat banjir berlaku...
Semoga selamatlah hendaknya kampung akak dan sekitarnya..

Banjir di sini mungkin tidak seteruk di Pantai Timur...
Namun perasaan cuak itu tetap ada....
Semoga Allah melindungi bumi Malaysia tercinta...

Wednesday, December 24, 2014

Wordless Wednesday

Sebagai menghargai kerajinan Atikah dan Azalia bergambar...
Nak letak semua dalam blog memang banyak sangat...
Jadi akak buat kolaj dan dapatlah gambar macam kat bawah...
Layan gambar-gambar yang ada ok...
Gambar satu
Gambar dua
Gambar tiga
Gambar empat
Gambar lima
Gambar enam
Gambar tujuh
Gambar lapan
Gambar sembilan
Gambar sepuluh
Gambar sebelas.,,,

Tempat menarik ini terletak di Seri Kembangan...
Berdekatan dengan Farm in the City juga...
Namanya Artsphere di Atmosphere... 

Tuesday, December 23, 2014

Gedik bergambar di Atmosphere Seri Kembangan

Inilah tempat untuk yang gemar berposing...
Anak akak suka tempat ini ...
Budakni bukannya suka sangat bergambar tapi suka tempat ini...
Di sini akak pulak yang rasa penat nak layan..
Semua lukisan 3D yang ada di situ nak diposingnya...
Ada juga lukisan yang akak tak sempat nak ambil...
Ibunya yang dah tak sanggup lagi nak melayan...

Jom berposing di
Atshepere di Atmosphere
Seri Kembangan...
Belakang Giant Seri Kembangan
Aksi melampau dari dua beradik...
 Amboi kakak pandai ker skate??
Belon terbang....
Nampak cantikjerkan...
Janganlah jatuh wahai buku....
Alamak beratnya...
Lompat dik Ya lompat...
Ha... mana pulak bapak robotni..
Nak beli teddy bearlah...
 Ada gaya tak anak ibu yang sorangni???
Panjat dik Ya...
Hello is it me you looking for???
OOO turunlah dik Ya pulak nak naik....

Memang bestlah pergi sini untuk yang pandai bereksperasi tentulah tempatni sesuai...
Lepas pergi Farm in the City bolehlah singgah sini pulak...
Terima kasih untuk Dr Singa yang cerita pasal tempatni...
Nanti kamipun nak pergi macam Dr Singa di Shah Alam pulak...

Nuffnang oh Nuffnang