Nuffnang saya

Followers

Friday, November 14, 2014

Kenangan kelas MSTA

Sudah hampi ke penghujung cerita belajar akak..
Tak sangka keputusan nak belajar lagi ini memberikan kekuatan pada akak sendiri..
Selama ini berada dalam zon selamat (comfort zone)
Akhirnya akak kuatkan semangat untuk keluar  dari zon itu...
Susah sikit tapi lama kelamaan semakin menyeronokkan..
Kenal dengan tenaga pengajar yang hebat...
Walaupun muda tapi ilmu jauh dari akak yang dah 20 tahun dalam industri...
Semoga akak juga dapat menjadi seperti mereka..

Layan gambar dulu, gambar ehsan whatsapp kawan-kawan...
Banyak benda nak cerita tapi biarkan akak aman mengambil peperiksaan dahulu...
Akak dan buku berpisah tidak selama 4 bulan ini... 
Study grup untuk sama-sama berjaya...
 Serius amat padahal ujian percubaan sahaja...
Berkerut-kerut dahi nak menjawabnya...  
 Bergambar kenangan dengan Datuk Dr Nazri Khan yang semakin popular...
Paling best dapat makan ramai-ramai tiap kali ada kelas...
Ada lagi dua kelas sebelum peperiksaan kertas dua..
Kesimpulannya walau apapun keputusannya nanti akak dah lakukan yang terbaik...
Rasanya kalau di universiti dulu akak serajin ini alangkah bagusnya... 
Ini dengan kekangan kerja di pejabat dan rumah dapat juga menjeling buku...
Akak rasa bangga dengan diri sendiri... 
Semoga kekuatan ini akan dapat diteruskan...

Selamat berjaya untuk rakan yang sama-sama mengambil peperiksaan...
Terima kasih kepada PRIBUMI yang telah melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi...
Terima kasih untuk tenaga pengajar yang mencurahkan ilmu..
Halalkan segala pelajaran yang diterima...
Terima kasih untuk SIDC yang telah memberikan dana kepada kami.....

Wednesday, November 12, 2014

Doakan akak

Rasa macam sekejap akak cerita yang akak nak belajar..
Minggu depan dah nak exam kertas pertama..
Oh alangkah sedangkan sekarangni persiapan tak berapa nak lengkap...
Doakan akak berjaya wahai adik dan kawan-kawan...
Bulan Disember ada satu lagi kertas yang menanti...
Layanlah gambar dua orang budak di IJN minggu sudah...
Walaupun banyak kasut dibeli tapi selipar jepun gak jadi pooojaan hati...

Nuffnang oh Nuffnang