Nuffnang saya

Followers

Thursday, October 30, 2014

Nufffnang yang baik hati

Rasanya kawan-kawan semua tahu yang blog akak sekarang sunyi...
Akak juga dah lama tak melawat nuffnang...
Sekali masuk sana punyalah panjang senarai iklan yang masuk...
Baguskan tapi masalah jumlah dapatnya sangat kecil..
Misalnya dulu satu iklan dapat lebih RM5...
Tapi sekarang satu iklan ada banyak yang kurang dari RM1..
Namun akak gembira sangat...
Tidak pernah lagi merasa jumlah iklan sekian banyak begitu...
Rasa terharu kerana blog picisan ini di hargai...

Tengoktu semuapun on going...
satu skrin pun tak cukup ...
Ada lagitu...
Terima kasih nuff....
ooooo patutlah panjang baru perasan...
satu iklan tapi ada dua tiga di situ.. ha... ha...
Sebab akak dah penat mengarangni  korang redhajerler..
Boleh tak perasan masa tenung di komputer...
Tiba-tiba rasa nak duduk ditepi pantai...
Rasa letih sangat mingguni ....
Macam-macam terjadi...
Semoga Allah permudahkan segalanya...

Thursday, October 23, 2014

Pustaka Peringatan P.Ramlee Setapak

Setelah sekian lama tiada cerita baru...
Baru harini muncul cerita Pustaka Peringatan P.Ramlee...
Tempatnya sangat dekat dengan rumah nenek mertuaku...
Selalupun lalu lalang tapi tak pernah sampai..
Rasanya masa mula kahwin dulu selalu mintak suami singgah sini...
Akhirnya merasa juga pada suatu hari selepas balik dari majlis perkahwinan...
Jom layan kisah kami di sana....
Sebelum masuk bergambar dulu di pintu masuk....
Yeah kami dah sampai...
Atikah suka amat datang sini sebab dia memang minat dengan cerita P.Ramlee...
Punyalah suka datang sini dia ambil gambarni sendiri...
Katanya senang nak ingat...
Rumah  yang pernah didiami oleh P.Ramlee kini jadi Pustaka Peringatan...
Boleh bayangkan yang ruang pameran tidaklah sebesar mana...
Namun cukup untuk kita rasa teruja berada di dalamnya...
Penarik Becha merupakan filem pertama arahan P.Ramlee pada tahun 1955..
Ini yang ditulis di situ...
Sopan santun anak akak bergambar dengan beca ...

Seronok sebenarnya pergi ke sini kalau kita memang peminat filem P.Ramlee..
Yang tak seronoknya ialah tak boleh bergambar di dalam ruang pameran...
Boleh bergambar di luarnya sahaja...
Boleh bergambar hanya di sini kata pegawai keselamatan...
Nampak tak "No Camera"..
Tak sebesar manapun tapi menarik...
Boleh bawak anak-anak dihujung minggu...
Di tempat duduk dan meja tersebut di tulis nama filem lakonan P.Ramlee..
 
Bergambar dengan kereta terakhir arwah P.Ramlee sebelum dia meninggal dunia...
Ramai juga yang datang masa hari yang kami singgahtu...
Adat orang melayu tetap dijaga tanggal kasut sebelum masuk rumah...
Sebabkan gembira dapat singgah sini senangjer suruh posing di sini... 
Waktu lawatan seperti diberitahu di atas...
Isnin TUTUP..
Selasa hingga ahad dibuka dari 10 pagi hingga 5.30 petang
Tapi hari jumaat tu ada rehat dari pukul 12.00 tengahari hingga 3.00 petang...

Alamat :-
NO 22, JALAN DEDAP
TAMAN P. RAMLEE SETAPAK
Masuk PERCUMA

Al-Fatihah untuk seniman agung negara Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Ngak Putih..

Friday, October 17, 2014

Minggu P.Ramlee dan Saloma di Akademi Fantasia

Assalamualaikum kawan-kawan...
Rindu di hati hanya Allah yang mengetahuinya... Rindu nak menulis di sini dan juga berkunjung ke blog kawan-kawan semua. Masa yang terbatas juga kerja yang semakin bertimbun membuatkan semua ini terpaksa dilupakan... Siapa layan Akademi Fantasia musim ini? Akak bukanlah ikut sangat tapi anak akak yang nama Atikahtu berkenan sangat. Jadi kitapun samalah tertengok....

Mingguni tugasan diberikan adalah lagu P.Ramlee dan Saloma... Jadi semalam rasanya peserta AF bernama Adel pergi ke Pustaka P. Ramlee di Setapak. Teringatlah akak yang gambar kami ke sana belum lagi masuk ke blog akakni... Tak banyakpun sebabnya dilarang bergambar... anak akak punyalah gembira sebab tak payah nak berposing... 
Atikah si pengemar AF musim ini bergambar dengan poster P.Ramlee dan Saloma.... 

Nuffnang oh Nuffnang