Nuffnang saya

Followers

Thursday, March 27, 2014

Bebelan di hari khamis

Seronok rasa hati sebab harini akak kerja separuh harijer...
Akak nak balik kampung Insyaallah...
Walaupun tak semua adik beradik balik kampung  hati tetap gembira...

BEBELAN PERTAMA
Syukur selama 3 hari dua orang budak tinggal di rumah semuanya baik belaka...
Cuma akak kena pastikan sampai ke rumah sebelum ayahnya...
Untuk memastikan rumah dalam keadaan yang sedikit kemas..
Maalumler budak-budak dipesan seribu kalipun takkan kemas macam yang kita inginkan...
Pada akak bolehler asalkan diaorang tak buat benda bukan-bukan...
Tapi pada ayahnya, kalau tak kena di mata dia memang kena ceramah percumalah anak beranak...

BEBELAN KEDUA
Kalau kawan-kawan ingat lagi akak pernah cerita yang beg tangan akak dicuri,...
Antara isi dalamnya ialah kad untuk masuk tempat permainan di Giant Kinrara..
Beli untuk 11 kali masuk tapi tak pernah masuk walaupun sekali...
Semalam sengaja bertanya pada bosnya yang berasal dari Negara China..Akak atak nak cerita pasa
Katanya "No Problem, all in our system, we can search"...
Walaupun tempat permainantu taklah sehebat di kompleks membeli belah yang lain tapi bagus...
Ada sistem yang boleh melihat kembali data pelanggannya..
Yang penting bertimbang rasa kot idak rugilah duit akak...

BEBELAN KETIGA
Akak nak bercerita pasal MH370 tapi tak upaya nak mengungkapnya dengan kata-kata...
Lagipun ramai yang dah menulis tentangnya di blog dan laman sosial...
Cuma sebagai orang Islam kita kena percaya dengan Qada' dan Qadar..
Malam semalam melihat rancangan Tanyalah Ustaz Edisi Khas...
Akak memang tak reti nak mengulasnya cuma banyak benda baik yang boleh diperolehi...
Melihat tragedi itu dari sudut pandangan seorang Muslim....
Gambar dan ayat di bawah ini  ambil dari   Facebook Dr Zulkifli AlBakri
Segala teori konspirasi yang boleh membawa fitnah kepada mana-mana pihak termasuk agama Islam sendiri hendaklah dielakkan.

Dalam masa yang sama, saya juga menyeru kepada semua umat Islam untuk tidak mudah mempercayai apa yang dimomokkan oleh media Barat kerana ia mungkin bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Firman Allah SWT,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ ﴿٦﴾
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah al-Hujurat: 6)
Semoga kita semua mampu mengelakkan diri dari terjebak...

Panjang dah bebelan hari khamis akak... untuk cerita pasal xtvt dua orang budakni ke kelas membuat buku ceritatu mungkin lepas balik dari bercutilah.. Oleh kerana kerja sekerat hari nak habiskan kerja dulu. Mungkin blog ini akan hilang dari radar selama beberapa hari.

Wednesday, March 26, 2014

Hari ini Rabu

Hari Rabu paling best sebab boleh buat wordless wednesday...
Malangnya gambar dalam simpanan dah semakin menyusut...
Entah kenapalah mood nak ambik gambartu memang dah makin kurang...
Mungkin juga xtvt tak banyak ... ya diakui kurang beraktiviti sejak akhir ini...

Malam semalam pergi lagi ke mini pameran dinasor di Giant Kinrara...
Agaknya entah berapa kaliler anak-anak akak akan ke situ...
Sikit lagi organizerpun perasan muka budak dua orangtu ...
Tapi semalam dapat banyak baucer percuma...
Salah satunyer belajar kraf dan juga tiket percuma untuk kanak-kanak ke Zoo Negara..

Pagi tadi hantar dua orang budak comel ke kelas membuat buku cerita..
Nanti akak buat entri pasal itu ok...
Walaupun tak kemana cuti sekolah ini, aktiviti budak dua orangni macam padatjer...
Akak dalam mood tak rajin ya amat...
Sebab esok akak kerja sekerat hari dan lepastu cuti sampai hari selasa...
Orang cuti panjang masa anak cuti sekolahkan..
Ada sebab akak cuti isnin dan selasa depan...

Sekarangni tengah berfikir-fikir untuk harijadi Atikah bulan April nanti..
Dia mintak buat di sekolah sahaja...
Kek dia mintak gambar Ana Muslim...
Sekejapjer rasanya bulan depan Atikah dahpun 8 tahun...
 Hisap puting sampai umur 2 tahun...
Kecik dulu senang nak gayakan dia,,,,
 Masani dia tinggal dengan nenek dia di rumah Moyangnya di Gombak...
Suka gambar Ana Muslim yang ini...

Mintak maaf tak dapat berkunjung balas dengan laju ke blog kawan-kawan semua.. Akan ku datang juga untuk membalas kunjungan rakan-rakan semua..

Tuesday, March 25, 2014

Dinasaur Sculpture Art Exhibition di Giant Bandar Kinrara

Ini aktiviti kami cuti sekolah jalan ke Giant macam biasa..
Rupanya ada pameran disasor di sini ...
Apa lagi mestilah singgahkan....
Baca di sini.. DINASAUR SCULPTURE ART EXHIBITION

Jom tengok gambarler yerk...
 Masa kami pergi ada maskot.. ambik kesempatan bergambar...

Bergambar di sini dikenakan bayaran RM10 dan nanti dia printkan gambar...
Bayarantu termasuk gambar juga masuk ke dalam bilik mini pameran..
Budak2 leka main bendani di dalam bilik pameran...
Kononnyer dah jumpalah dinasaurtu.. walaweh...
Ada juga dinasaur dalam akuarium...
Masih leka bermain dengan bendani...
Boleh tengok gambar 3D lagi.. boleh tahan dengan bayaran RM10kan...
Bergambar lagi.. mood ok pulak harini..
Keluar dari bilik pameran ada kuiz yang boleh dijawab..
Kalau jawapan betul dapat hadiah lagi...
Memang berbaloiler RM10...
Nak bergambar dengan telur dinasaur....
 Main pasirni dulu sementara tunggu gambarnya siap...
Yang ni tak termasuk dalam bayaran RM10....
Bersungguh menghabiskan hasil seninyer...


Monday, March 24, 2014

Cuti Sekolah

Mingguni cuti sekolah...
Tak merancang kemanapun cuma nak balik kampung kalau diizinkan oleh Allah...
Sabtu lepas akak dan suami kena kerja....
Jadi bersabarlah wahai anak untuk bercuti di rumah sahaja...

Harini percubaan tinggalkan mereka berdua di rumah..
Mintak jiran tolong tengokkan sekali sekala...
Harap diaorang boleh berdikari...
Kot idak esok memang kena tinggalkan di rumah jiran...

Hati akak teruja nak pergi Pusat Sains Negara....
Lepas tengok di blog DR SINGA , menarik tau ada pameran "Science of Fear"...
Yang penting akak nak balik kampung mingguni ...
Nak tengok keadaan bapak akak yang minggu lepas jatuh dalam bilik air...
Menurut mak bapak dah ok tapi tak puas hati kalau tak tengok sendiri..
Maalumler orang tua selalu tak nak menyusahkan anak-anak...
Gambar lama tahun 2010 tak silap di Pekan Lumut...
Kalau sempat kita ronda Pekan Lumut ambik gambar...

Cerita jadi emcee akak sabtu lepas..
Nasibler ok semuanya taklah memalukan diri sendiri...
Akakni memang penakut ya amat tapi beranikan dirijer...
Harap tak kenalah lagi untuk masa akan datang...

Saturday, March 22, 2014

Harini kerja

Harini kerja weh....
Yang kelakarnya akak jadi "emcee" untuk "workshop" hari ini...
Tak pernahler seumur hidup akak buat bendani...
Hendak menolak segan pulak akaklah paling senior di sini...
Tajuk "workshop" hari ini...
Harini buat di RHB Bank bukan di pejabat seperti biasa..
Ramai juga yang datang hari ini....
Boleh tahan jugalah...

Dua orang budak comel akak tinggalkan di rumahjer.. Entahler apa  dibuatnyer... Harap oklah....

Friday, March 21, 2014

Hanya Gambar

Hanya gambar kenangan dinner untuk dikongsikan...
Walaupun tak banyak gambar tetap nak juga diabadikan di sini...
Ada gambar ambik dari facebook kawan-kawan...
Tapi tahunni memang tak meriah bergambar gamaknyer..

Korang layanjerler gambar akak kali ini ok...
Semua gambar di photo booth..
Berangan nak jadi macam Erma Fatima ... siapa lagi director wanita yerk!!!
Kami dari Puchong.... ada seorang yang tak join....
Semoga tahun 2014 Puchong akan lebih berjaya lagi tahun ini....
Masa kengkawan bergambarni akak dah balik...
Merajuk lepas semua nama cabutan bertuah diumumkan...
Nombor bertuah akak malamtu tak naikpun...
Hakikat sebenar akakni menumpang orang datang jadi balikpun kenalah ikut dia juga...
Ini dari branch campur-campur rasanya... ambil gambar dari facebook Afiq...
Orang cantik ramailah teruna yang nak bergambarkan...

Selesai cerita 'Retail Securities Appreciation Dinner' tahun 2014 yang berlangsung dengan meriah dan jayanya minggu lepas.. Tapi rasanya tahun yang akan datang akak tidak akan datang lagi ke jamuan makan malam syarikat lagi. Ingatkan selepas bertukar dari OSK kepada RHB ada perubahan namun seakan seperti biasa juga lagi.. Jadi cukup cukup sudah, biarlah dilabel sebagai anti sosial.. 

Syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan rezeki pada akak kerana syarikat juga telah mengumumkan bonus dan kenaikan gaji. Ramai yang tidak berpuas hati mungkin kerana tidak seperti yang mereka jangkakan.  Sedarlah walaupun tak banyak tapi bonus tetap rezeki lebih yang Allah berikan kepada kita...Semoga akak dan kawan-kawan semua tidak akan main-main lagi. Jangan nak 'komplen'jer kerja lebih kurang tapi bila bab gaji dan bonus nak banyak.. Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi...

Thursday, March 20, 2014

Dinner 2014

Sudah berakhir kisah dinner akak minggu sudah..
Gambar tak banyak sebab akak tengok orang tak ghairah bergambar ...
Nanti yang muda rilexjer yang dah berumurni lak terlebih sudah...

Akak datang awal sesangat sebab nak mengelakkan jem dan sebagainya..
Maalumler dinner kali ini berlangsung di Hotel Istana dan jatuh malam minggu..
Dah sampai awaltu legalah sikit tak payah nak kelam kabut...
Tema pakaian malamtu hanya warna merah, hitam dan putih...
Akak nak selamat pilih hitamjer senang kerja tapi tudungtu tiga warnatupun ada...
Ini cam photo booth gakler ...
 Duduk jauh kebelakang nasib takder persembahan dari Anuar Zain kot idak akak mintak nak duduk depan.
 Akak mencuba tudung lilit2 sesuka hati..
 Alamak pintu toilettu tak tutupler.. ni tanda Cho Zila datang awal sampai dalamni pun nak bergambar...
 Menu makanan malamtu dan popcorn dalam bekas...
Ahli makan meja kami... wawa awat hang der warna biruni...

Jadi Kreatif

Selepas masuk dua minggu catuan airni dah pandai suaikan diri....
Memang menyusahkan tapi syukur masih ada....
Kedai mamakpun dekat rumah akakpun kreatif elak dari banyak basuh pinggan...
Mulatu hairan tengok macam lainjer kedaini harini...
Harini patutnya dah ada air tapi selalunya pukul 10.00 pagi ke atas baru ada...
Harini makan tosei tapi dengan teh tarikler jugak...
Mana nak cari teh tarik yang sedap????

Mingguni ada peperiksaan sekolah agama...
Budak dua orangni dengan keyakinan yang tinggi kata soalan senang...
Tapi kita tunggulah keputusannya nanti...
Harini keputusan SPM diumumkan, mesti ramai yang tengah berdebar-debar...

Sebab entri atas pendek sangat sajalah nak menambah...
Pernah baca ruangan Kucing Jantan dalam Mingguan Malaysia...
Kawan akak kata kalau nak blog kita banyak trafik cubalah buat isu cam gini...
Kalau artikel cam gini tentulah perempuan marahkan... so banyaklah komen yang masuk...
Korang rasa betoiker perempuan suka cari publisiti murahan...
Ramai juga rasanya yang buat perangai begitu...
Tapi rasanya lebih ramai lagi perempuan yang tak suka publisiti murahan...
Apa kurangnya lelakikan!! Kitakan saling melengkapi...

Wednesday, March 19, 2014

Wordless Wednesday ~ Macam-macam

Musim benda hilang...
Akak order satu benda...
Sampai sekarangni tak sampai lagi...
Sebelum dipos dah nampak dah gambarni di whatsapp...
Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba...
Mesej si penjual katanya dah hantar tapi staff dia tak bagi nombor rujukan...
Mungkin tak di hantar atau apa tak tahulah...
Janji akan dibuat yang lain...
Permintaan Atikah yang hendakkan bekas pensil bertulis nama...
 Bihun hailam.... ehm sedapker.. bolehler tahan...
Inijer yang akak bawak balik masa 'dinner' haritu, hadiah untuk 'early bird'
Dapatlah minum sekali air di Starbuck sebab nilainya cuma RM20..
nak minum lagi kenalah tambah...
Jadilah dari takder kata budak comeltu...

Wordless Wednesday ~ Lagi gambar lama

Jumpani di facebook grup Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan....
Kat rumah akakpun ada gambarni kalau tak silap ....
Balik kampung nanti nak selongkar gambar lama-lamaler...
Ini gambar bapak akak masa jadi cikgu....
Bapak akak yang paling hensem... ha.. ha...

UPDATE ::: Akak sebenarnya tak reti nak menerangkan yang mana satu, keliru dari kanan atau kiri. Itu sebab tak tulis mana satu bapak akak... sebab kalau ikut akak bapak akak adalah duduk 3 dari kiri. Bak kata Mama Jariss
Cikgu Z kat sebelah guru besar tu kan? tak dinafikan... cikgu Z memang ensem... tapi garang sangat...sampai sekarang org takut...hahahaha.. (jangan bgtau kat apak akak tau)

Bapak akak memang cikgu disiplin, garang ramai anak muridnya yang takut. Tapi dengan anak-anak taklah garang sangat cuma seriusjer. Jarang nampak dia tersenyum lagilah ketawa. Yang penting anak murid yang kena marah dan denda dengan Cikgu Za ramai yang dah jadi manusia.. Minggu sudah adik akak whatsapp katanya bapak jatuh di bilik air tapi pergi ke hospital taklah kena tahan. Sebab jauh hanya doa yang mampu akak kirimkan.. Moga dapatlah akak balik cuti sekolah ini..

Tuesday, March 18, 2014

Cara Pakai Shawl

Jom belajar CARA PAKAI SHAWLS @ Colourfulcollections 
Akak tengok gambar dalam blogtu memang sangat cantik jadi jom tengok...
Akakpun teringin gak nak pakai shawls tengok orang pakai macam comeljer...
 Selalu buat cam gini tapi tak comel cam modeltu.. ha.. ha...
Yang ini nampak tutup dada...
 Yangni sesuai untuk orang muda bukanlah untuk akak....
 Suka yang ni...
 Alahai comel jugak yang ni boleh buat untuk Atikah...
Belit jangan tak belitkan...
Yang ini juga cantik..

Banyak juga cara pakai shawlni kalau di carikan... Tapi tuler yang ni senang sebab dengan gambarjer.. Atikahpun sekarangkan pakai tudung tu yang kena tempek kat sini senang nak cari nanti...

Kisah Atikah di Kidzania...

Harini selasa moga semua yang baik-baik berlaku pada kita semua harini...
Macam yang akak bagitau haritu Atikah ikut rombongan sekolah ke Kidzania...
Balik dari situ macam-macam kisah dia nak cerita pada kami semua...
Alamak ni sebulan tak habis cerita pasal Kidzaniani...
Yelah orang gembira, katanya dapat main macam-macam permainan haritu...
Katanya haritu tak ramai orang...
Oleh kerana tiada gambar diambil maka akak tengoklah gambar benda yang dia bawak balik haritu...
 Gambar yang menjadi pilihannya hari itu...
Masani dia btertusa lukis gambar di kuku (manicure)
 Banyak juga barang dia bawak balikkan...
Kidzania memang tempat yang sanagt menarik bagi kanak-kanak...
Atikah dah tiga kali pergi tapi katanya nak pergi lagi kalau boleh...
Permainan di sini memang tak sama dengan taman tema yang lain...
Walaupun harga tiket masuk agak mahal sikit tapi memang berbaloi...
Bukan sahaja permainannya menarik tapi pengalaman yang diperolehi memang tidak dapat dijual beli..

Harini Atikah menjadi DJ Radio Hitz FM dan dapat cenderamata berupa buku nota dan alat tulis..
Juga dapat juga cd untuk di pasang dirumah.. bangga sambil kembang hidung masa kita pasangkan...
Atikah juga haritu jadi Pegawai berkerja di Allianz Insurance... entahler apa kerjanya...
Atikah bekerja di kilang vitamin dan dapat satu botol vitamin... bestkan...
Katanya dia menang kuiz masa menonton wayang dapatlah sebungkus alat menulis...
Entahler macam-macam katanya permainan lagi tapi yang lain tak dapat hadiah bawak balik...
Jom baca kisah kami sebelum ini di PANDUAN DAN TIPS MELAWAT KIDZANIA KL
Tapi ini Tips untuk tahun 2013...  Boleh pakai lagi rasanya...
Harap adalah gambar anak-anak pergi ke Kidzania dalam facebook sekolah...
Kalau ada seronok gak nak tengokkan...

Nuffnang oh Nuffnang