Surah As-Syura ayat 19

Syukur harini dahpun jumaat maka esok dan lusa kita bercuti..
Yang penting banyak benda yang nak dilakukan walaupun cutikan...
Esok nak bawak emak mertua ke Morib urusan berurut...
Selepas berurutni nampak jugalah perubahannya...
Harini cuma ingin berkongsi dengan kawan-kawan tentang surah As-syura ayat 19...
Moga kita mampu mengamalkannya..

Tulisan di bawah akak dapat di sini =KELEBIHAN SURAH AS_SYURA

Ayat 19 merupakan “Ayat Rezeki” yang sangat masyhur. Amalkan membacanya berulang kali sebanyak yang mampu, dalam bilangan yang ganjil, selepas solat Maghrib dan Subuh. Diikuti dengan doa 33 kali atau 100 kali atau seberapa yang mampu. Insya-Allah rezeki akan dilipatgandakan.


~ Ayat ini juga merupakan doa untuk lemah-lembut keluarga, berkasih-sayang kepada suami/isteri dan anak-anak. 



Caranya:



*Dibaca 3 kali selepas solat fardhu.

*Ditujukan kepada seseorang apabila telah tidur malam. Kemudian dibacakan sekali dan hembuskan ke tengkuknya serta minta Allah lembutkan hatinya.


~ Kepada orang yang teramat degil, baca Ayat 19 ini 19 kali pada air dan bagi minum kepadanya. Baca 19 kali pada ubun-ubun anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati. Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan.




"Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."

Ambil ini di sini =KELEBIHAN SURAH AS_SYURA

Comments

  1. thanks share ... leh baca kat anak sup[aya tak nakal

    ReplyDelete
  2. TQ kak co... sampai hari ni nani amalkan baca 3 perkataan melembutkan hati.. al-aziz, al-jabbar, al-mutaqabir.. untuk lembutkan yg jauh dan dekat juga.. tq kak sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. selamat berhujung minggu kak..

    ReplyDelete
  4. salam jumaat zila..
    thanks ye, satu perkongsian yg baik untuk diamalkan..

    ReplyDelete
  5. Thanks for the doa kak. Bley baca kat anak2 ni.

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yg bagus.. nak buat kt anak...

    ReplyDelete
  7. TQ akak share..pasni sy nak amalkan..nt bole start hafal :)

    ReplyDelete
  8. jadikan surah ni sbg zikir harian.. ;)

    ReplyDelete
  9. Amalkan juga terutama kat anak-anak. Apa-apa pun, thanks for sharing something good like this.

    ReplyDelete
  10. Salam Jumaat Kak...
    banyak kelebihan surah ni kan..InsyaAllah akan diamalkan..:)

    ReplyDelete
  11. Masa anak-anak kakak kecik salah satu lagu utk mendodoikan dia dlm buai inilah dia... ada lagi pemulanya dan banyak sambungan kalau dlm lagu kakak...

    Bibik kakak dulu pun pandai ikut tau Zila sebab dah sehari entah berapa kali buat...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian ni...
    Salam Jumaat..

    ReplyDelete
  13. nice sharing,
    moga bermanfaat untuk kita semua
    insha Allah :)

    ReplyDelete
  14. nak amalkan la..
    untuk bagi lembut hati sendiri boleh??
    nak tiup tak sampai pulak..heheheh

    ReplyDelete
  15. thanks fr share kak...kene amalkan nij..

    ReplyDelete
  16. ye...okje pun ada dengar...alhamdulilah dah hafal pun...nak lembutkan hati anak anak hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts