Nuffnang saya

Followers

Thursday, August 29, 2013

Part 2 cerita merisik dan bertunang yang tak habis lagi..

Harini rumah akak tiada bekalan air.
Semalampun sebenarnya air dah semakin kecil tapi buat dunno..
Sekali bangun tadi tengok hanya air di sinkijer ada itupun kecil sangat..
Isyh.. biar betul sekali tanya jiran-jiran semuapun ada masalah yang sama..
Telefon mertua petangnipun keadaan masih sama.
Masalahnya tiada sebarang notispun tentang bekalan air terputus...
Telefon SYABAS katanya ada gangguan bekalan air tidak berjadual sebabtu takder notis...
Permudahkanlah hendaknya urusan kami...

Jom layan cerita majlis merisik dan bertunang akak yang belum habis lagi...
Sampai dua bahagiantu amek kau layankanjer...
 Bakal opah confuse nak  sarungkan cincin yang mana satu... 
 Dapat dua cincin satu merisik dan satu lagi bertunang...
Bertuah dapat cucu cam cik Mirani Opah... pandai memasak orangnyer...
 Cik Mira dan emak saudaranya... 
 Cik Mira dan sepupu perempuan... tak semuapun ada...
Suami akak adalah cucu sulung keluarga  Fatimah Gombak 
sebab itulah sepupunya ramai muda lagi.. 
Tisya ngan Luqman (dua budak kecik) yang excited.. 
 Cik Mira mahu gubahan hantaran yang simple...
Warna purple balasan dari pihak lelaki..
Salam mohon restu dari nenek Fatimah...
Ada kisah nenek Fatimah di hari ini, sebelum majlis berakhir dia kena kembali ke hospital..
Seminggu sebelum majlis nenek di masukkan ke hospital UiTM Sungai Buloh..
Dia dibenarkan pulang dan tetapi kena datang balik hari ahad.
Harinipun masih ditahan di wad lagi, doakan kesihatannya bertambah baik kerana
hujung minggu ini seorang lagi cucunya akan bertunangan...
 Apa motif semua tangan ber'Pandora' ini????
Oh rupanya nak ambil kertas untuk tulis mesej...
Tapi akakpun kurang pasti sebab masani akak takder...
Cik Mira dan ayahanda tercinta juga anak saudaranya...

SUMBER GAMBAR ::: Kamera sendiri dan juga FACEBOOK JANA

Selamat menjadi tunangan orang

Selamat menjadi tunangan orang untuk Cik Mira sepupu kepada suami....
Semalam dah tayang gambar harini kita cerita ceriti di sesebalik gambar yang banyakni..
Majlis merisik dan bertunang cik Mirani sebenarnya diketahui lewat.
Sebenarnya keluarga kami terlebih dahulu diberitahu tentang majlis sepupu yang lain..
Rupanya cik Mira yang lebih dulu menjadi tunang orang manakala
cik Nadia pulak akan bertunang hujung minggu ini... 
Hujung mingguni keluarga Fatimah akan berhimpun di Shah Alam pulak...

Majlis merisik dan bertunang cik Mira berlangsung di rumah nenek. 
Boleh kata majlis bertunang dan perkahwinan cucu Fatimah berlangsung di sini...
Dulu majlis perkahwinan akakpun diadakan di sini... 
Mungkin lebih mudah untuk keluarga berhimpun...
Lagipun Ateh iaitu ibu kepada cik Mira telah meninggal dunia..
Sudah pastilah majlis ini memerlukanpertolongan dari emak saudaranya yang lain..

Mengenangkan arwah Ateh memang rasa sebak sebabnya Ateh sangat baik orangnya.
Kalau majlis bertunang atau kahwin dialah paling sibuk kerana kebanyakan gubahan
hantaran keluarga Fatimah dulu hasil sentuhan tangannya..
Teringat-ingat rasanya betapa telitinya kalau dia buat kerja... 
Akak yang bukan ahli keluarga sendiripun terasa inikan pula keluarga diakan...
Walau apapun majlis merisik dan bertunang ini berjalan lancar seperti perancangan...
Alhamdulillah .. syukur kepada yang Esa atas kurniaanNya...

Jom layan gambar akak yang banyakni....
Cik Mira sedang di solek oleh Cik Yatt ...
Akak nak gak menyelit kat situ..
 Cik Nadia yang bakal bertunang minggu depan sedang membetulkan sesuatu..
Entah apalah yang dikomenkan oleh mak dan mak saudaranya...  
 Cik Mira dengan kakaknya...
Adik beradik hanya dua orang...
Persidangan meja bulat tetap berjalan lancar...
Tolong menolong untuk menjayakan majlis...
Rajin belaka cucu cicit Fatimah Gombakni... 
Tetamu dari pihak lelaki... 
Upacara merisik dimulakan... 
Doa di baca untuk mendapatkan keberkatan....
AMIN.. AMIN... Ya Rabbal A'lamin... 

Sebab banyak ngat gambar kita berhenti kat sini dulu... nanti sambung lagi... 

Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday ~ Majlis Merisik lagi

Jom layan gambar dua orang budak ni pulak...
Cerita ceriti esokler pulak...
Kalini terlebih rajin lak akak ambil gambar..
Itu belum dapat kamera canggih lagitu
(dengan harapan suami baca, nak ler dia hadiahkan satu Nikon)
Tiga budak ke hulu hilir bersama...
Ini kami dua sepupu.. sama moyang...
Ibu paksa gak ambil gambar di sini... 
Akak juga bergambar dalam terpaksa... 
Senyumlah seindah suria....
 Kakak dan Dik Yam yang susah nak berkawan...
Perbincangan depan pintu dik Ya and the gang sambil minum ais krim malaysia...
Dik Ya dan Sufia yang sebaya... sama-sama lahir bulan Oktober... 

Wordless Wednesday ~ Mira ♥ Aidil

Majlis Merisik dan Bertunang 
MIRA ♥ AIDIL
Rumah Nenek Fatimah Gombak...
25-08-2013


Kegemaran anak dan ibunya juga....

Tuesday, August 27, 2013

Eratkan hubungan silaturrahim

Tak habis lagi rupanya cerita hari sabtu akak...
Lepas ambil Atikah dari sekolah haritu, kami sekeluarga terus ke rumah orang kahwin.
Kenduri kahwin ini mesti pergi sebab yang mengajak ialah Pengerusi 
Persatuan Penduduk taman kami...
Inilah masa nak mengeratkan hubungan silaturrahim sesama tamankan..
Memang tak ambil gambar sebab mood budak-budak dah lari...
(adalahtu buat salah... kena marah haa... ha...)

Lepas solat zohor teruslah kami pergi ke Kuang untuk menghadiri majlis aqiqah dan juga
jamuan hari raya rumah sepupu mak akak...
Nasiblah masa kami pergitu jalan tak jem sangat  jadi semuapun berjalan lancar..
 Tidur keletihan nak menyampaikan Kuang...
Atikah lagilah dahler penat balik dari sekolah pergi terus rumah orang kahwin... 
 Makanan macam-macam ada tapi malu lak nak ambik gambar...
Maalumler masa akak sampai saudara mara yang akak kenal dah ramai yang balik... 
Ramai yang akak tak kenal dari kenal mungkin kenalankan...
Majlis aqiqah untuk bayi yang baru 10 hari lahir...
 Ko boleh posing cam gini.. anak akak jerni... 
Budak nama Azaliani memang macam lelaki sikit.. 
Penat tapi happy...

Sebenarnya semasa majlis di Kuang suami akak ada jemputan dari bos lama di Shah Alam tapi tak sempatlah nak kejar semuakan, mana yang patutjer kita pergikan.. Lepas balik dari Kuang kami singgah juga ke rumah kawan lama suami yang dah pun pencen di Kinrara juga... Isteri dia masak macam-macam tapi dapat jamah sikitjerler sebab perut dah kenyang sesangat... Gambar memang nan adoler sebab budak-budak dah tak nak bergambar lagi... Letih tapi puas hati...

Dan selepas maghrib pulak kami pergi ke Gombak untuk menghantar mertua ke sana. Esoknya ada majlis merisik dan bertunang sepupu suami di rumah nenek.. Ikutkan malam sebelumtu akak hantar tapi sebab hari jumaat lepas kerja akak pergi berhari di rumah kawan baik masa belajar dulu jadi tak sempat nak hantarlahkan... Masa pergitu tak teringat langsung nak bergambar.. gituler kalau dah berborakkan... 

Monday, August 26, 2013

Cuti ganti, jamuan raya dan merdeka

Sabtu yang sibuk... gituler keadaannya akak minggu lepas...
Pagi-pagi dah hantar Atikah ke sekolah cuti gantikan...
Lepastu mulakan operasi di rumahler , kemas rumah, vakum, basuh baju,
dengan harapan aman rasa hati nak berjalan-jalan.
Jom tengok Atikah dengan baju rayanya sebab harini pergi sekolah ada jamuan hari raya..
Bawak juga sedikit kuih raya untuk dikongsikan bersama...
Tak banyak gambar sebab Atikah malas nak layan ibu dia...
Tengoklah tak pandang kamerapun... 
Ramai juga yang datang ke sekolah hari ini... 
Sementara menunggu Atikah, ibu snap gambar sana sini...... 

Molly the Mouse

Harini Genius Aulad Bandar Kinrara sambutan majlis hari raya.
Dik Ya harini berbaju raya dan juga membawa sedikit kuih raya...
Tak sempatpun nak buat kek batik untuk dik Ya bawak ke sekolah 
sebabnya dah sibuk sesangatkan hujung minggu lepas... 
Bawakler kuih raya mana yang adajerlahkan..
Harini juga dik Ya juga akan bertukar jadi Molly the Mouse..
Kelas 6 Istanbul ceritanya bertajuk ' Country Mouse and City Mouse'..
Azalia jadi Country Mouse, masa nak menghafal ibu ngan kakaknyapun sekali dah hafal..
Seronok tengok semangat dia, harap harini semuanya ok belaka...
Sayang tak leh nak ambil gambar dia sebab katanya ada pakai kostum
dan juga set seperti rumah 'country mouse'pun ada... 
Akak dah suruh dia bawak kamera dan mintak tolong cikgu dia ambilkan gambar..
Mana dia nak, melepaslah ibu nak tengok dik Ya jadi Molly...
Anyway.... Good Luck Dik Ya!!!! 
Budak yang dah berdebar-debar...
 Siap pakai kasut raya gitu .. padahal nanti kasut bukannyer pakai dalam kelas...
 Beg warna orentu kuih raya tau...
Muka tak boleh tahan... 
Pertama kali dik Ya pakai tudung Syria.. ok gak nampak kemas....

MAKLUMAN :::: Akak telefon dik Ya tanya pasal Molly the Mouse rupanya dia tersilap inform, harini ada jamuan rayajer rupanyer...  akakpun dah rasa sempatker nak buat semuatu dalam satu masa... anak ibu anak ibu.... Yang cerita 'Country Mouse and City Mouse' tak tahulah bila nak keluarnya... mood akak tak sabar nak tunggu kot akak boleh pergi tengok...

Friday, August 23, 2013

Open House, Kenduri kahwin dan Majlis Bertunang...

Syioknyer hari jumaat pun dah petang maknanya hujung minggu dah hampir sampai..
Esok dan lusa memang padat aktivitinya... 
Esok Atikah nak juga pergi sekolah ganti walaupun esoktu hanya ada jamuan raya..
Dah dia nak pergi, mestilah kita kena sokongkan...
Cadangnya esok lepas hantar hantar Atikah ke sekolah nak pergi ke Tesco 
beli barang dapur yang semakin dah kurangtu.....
Lepastu nak pergi rumah orang kahwin di taman akakni dan terus ambil Atikah.
Atikahkan siap berbaju raya jadi teruslah ke jamuan hari raya
juga aqiqah sepupu emak... 
Isyh macam sibukler pulak tapi seronokkan... 
Hari ahadnyer pulak ada majlis pertunangan adik sepupu suami akak di Gombak.. 

Jom kita gi open house... 


Thursday, August 22, 2013

Perangai tak padan dengan rupa

Tetamu tidak diundang diberkas ketika cuba curi beg tangan di rumah pengantin

Orang ramai mengawasi dua suspek wanita (bergari) yang berjaya ditahan kerana didakwa mencuri semasa majlis perkahwinan di Kampung Paya Keladi Tengah, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Othman Yahaya

KEPALA BATAS 19 Ogos - Cubaan dua wanita menyamar sebagai tetamu satu majlis perkahwinan di Kampung Paya Keladi Tengah di sini semalam untuk mencuri gagal selepas kedua-duanya diberkas orang ramai yang menyedari perbuatan mereka.

Kedua-duanya berusia dalam lingkungan 30-an dan berasal dari Merbok, Kedah sebelum itu hadir di majlis tersebut pukul 4 petang dan berpura-pura sebagai tetamu.

Menurut Hashim Yakop, 52, kedua-dua wanita itu datang ke majlis perkahwinan anak perempuannya, Basirah, bersama seorang lagi rakan dengan menaiki kereta Perodua Viva.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa dan beranggapan mereka ialah tetamu yang dijemput dan mungkin kenalan anak saya yang hadir untuk memeriahkan majlis kenduri kami.

Teruskan membacanya...  UTUSAN MALAYSIA

Isyh.. isyh perangai tak 'semengah' (bahasa orang Perak)... memang sangat tak senonohkan.. rupanya macam pijak semutpun tak mati tapi alahai perangai. Ini entah berapa kaliler buat perangai cam gitukan. Semasa majlis perkahwinan adik sepupu suami akak ada gak insinden sebegini. Memang tak perasan langsung bilalah orangtu buat perangainyer, maalumler masing-masingpun sibukkan. Jadi berhati-hatilah... 

Nuffnang oh Nuffnang