Nuffnang saya

Followers

Friday, May 31, 2013

KETIGA HCMC ~ Hotel Halo

Seronoknya bercutini tapi yang ralatnya rancangan akak dah tersasar jauh...
Tapi kalau dah namanya tak payah gi kerja seronokjer...
Minggu depan kena usaha keras meronda blog kawan-kawan....
Ha... ha... bukan usaha keras nak bekerja yerk....

::::::SAMBUNGAN kisah di HCMC Vietnam ::::::
Selepas berlaku episod kekecohan di awal pagi akak nak tunjukkan
Hotel baru kami setelah di"usir" dari Hotel Saigon Pink 2...
Hotelni memang sangat dekat dengan Pasar Ben Thanh..
Jom baca info yang ditulis di internet...

Halo Hotel sits just spitting distance from Ben Thanh market. The central location makes exploring the city easy — and this is good because, although they are clean and stocked with standard amenities, rooms are small. The private bathrooms, on the other hand, are a standout, being large and modern — rivalling that of much more expensive hotels. Halo's rooms are subject to some noise, both from the street and adjacent rooms; so packing some earplugs is advised. The staff is friendly and eager to help with booking tours or local shows.
23 Thu Khoa Huan Street, Ben Thant, 1st Street.  T: (08) 3827 9888 F: (08) 3823 8135  
Email them at: halo@halohotel.com
Info dari :- http://www.travelfish.org/

Selamat Datang ke Hotel Halo
Bolehlah tahan deko di lobinya ada taman...
Tapi akak langsung terlupa bergambar di tamannyatu....
Itulah yang payahnya tak bawak model dua orangtu...
Akak memang tak berapa gemar bergambar.....
Sumber gambar : Dari facebook kawan yang pergi...
Tak teringat langsung nak ambil gambar bilik sendiri...
Bilik airni sempat lak akak amek sebab lain macam rupanya...
Kalau korang dapat bilik air cam gini seram tak....
Sarapan ada disediakan, hanya ambil set roti sahaja...
Ahli rombongan kami, ada 5 orang yang tiada dalam gambar...
Ini muka excited nak bershoppingni lepas bersarapan dengan
makanan yang di bawa dari Malaysia..
Gambar di ambil diruang makan yang juga lobinya...
Muka yang baru balik shopping di Ben Thanh
 tapi nak pergi ke tempat lain pulak....
Ini lobi dia oklah ada kerusi panjang gini dan ada tv juga internet...
 Hotel kamini sebelah dengan Kedai Makan Champa...
Depannya pula ada Restoran Serai...
Jadi mudahlah kalau nak makan....

ULASAN boleh baca di sini :- halo-hotel/reviews/ho-chi-minh-city-vn. Akak nak juga bagi ulasan berdasarkan rasa hati ini selama tinggal 3 hari 2 malam di Hotel ini...
Hanya pandangan akak :-
BILIK ~ Bilik yang akak dapat kecil sedikit dari bilik kawan-kawan tapi untuk orang yang datang untuk tidur memang lebih dari mencukupi. Yang paling tak seronok sebab bilik akak berada di belakang sekali maka terdengarlah riuh rendah penduduk HCMC yang sedang berehat di rumah... Tapi masih boleh diterima sebab bila dah letih apa pun tak sedar...
KEBERSIHAN ~ Akak terpaksa mengakui yang bandaraya Ho Chi Min City ni memang bersih, susah nak nampak sampah merata-rata.. Oleh itu hotel diapun memang dikategorikan bersih dan yang penting bilik airnya juga sedap hati nak duduk lama...
LAYANAN MESRA ~ Kalau rasa orang Vietnam sama macam orang Thailand anda silap. Perbezaan yang sangat ketara sebab muka orang Vietnamni tak berapa nak mesra alam. Yang bengangnya seorang penyambut tetamu Hotel Haloni agak kasar sikapnya, dahlah muka tak berapa nak senyum budi bahasa jauh sekali. Mungkin masalah komunikasi tapi memang tak patut terjadi untuk pekerja 'front desk'... Akhirnya sebab tak boleh tahan, Rozi bagi dia 'sekolah' sekali barulah dia berlembut sikit. Lepastu staf yang lain datang minta maaf dan minta pendapat kami berhubung kejadian.. Mungkinlah sebab kami datang banyak bilik kalau tempah sebilikjer kuranglah masalah...
KEDUDUKAN HOTEL~ Boleh dikatakan strategik sebab berdekatan dengan Pasar Ben Thanh yang terkenaltu. Yang paling penting berhampiran dengan dua buah kedai makan HALAL. Macam kamilah konon tak nak makan sekali pukul 9.00 malam waktu Vietnam (10 malam Malaysia) tibajer der kawan lapar turunjer pakai baju tidur boleh gitu... Itulah yang istimewanya hotel ini..

MuTiArA JuMaaT

SALAM JUMAAT
Hari ini masih bercuti , minggu depan malasnya nak bekerja....
Tapi kalau tak berkerja camner nak dapat duit yerkkkk..
Jadi manfaat sepenuhnya cuti yang di ambilni dulu...
Jumpa kata-kata ini masa pergi ke Genius Aulad, Bandar Kinrara....
WHEN WE PRAY,
ALLAH HEARS MORE THAN WE SAY,
HE ANSWER MORE THAN WE ASK,
HE GIVES MORE THAN WE IMAGINE BUT,
IN HIS OWN TIME,
IN HIS OWN WAY......
 
 


Thursday, May 30, 2013

KEDUA HCMC :::: Awal pagi dah kecoh

Harini akak masih bercuti tapi dah ada di Bandar Kinrara...
Lama sangat tinggalkan entri HCMC, Vietnam akaktu....
Nanti idea nak menulispun hilang maalumler dah lamakan....
Menulis entri ini sambil layan anak-anak main di Giant, Bandar Kinrara....
Sambungan HCMC ::::::
Grup kami naik dua teksi dari Lapangan Terbang...
Teksi yang lagi satu tiba dulu ke Hotel Saigon Pink 2 terlebih dahulu...
Buka pintu hotel nampak muka kelat Anne macam ada masalah...
Rupanya kecoh masa naik teksi tadi ada sambungannya...
Kalini pulak pihak hotel telah sesuka hati menukarkan hotel
kami dengan alasan penginap yang ada telah menyambung masa tinggal di situ..
Penyambut tetamutu kata pihak hotel akan "upglade" untuk pihak kami...
'Upgrade'ler sesangat, tapi manakan sama....
Kami pilih Hotel Saigon Pinkni atas sebab berhampiran dengan Ben Thant..
Juga sebab berdekatan dengan kedai makanan halal dan
hampir dengan pasar malam...
Dengan kata lain "HAPPENING"
Memang kecoh sebab grup kami tidak datang serentak..
Terpaksalah Rozi memberitahu kumpulan lain supaya
terus ke hotel yang baru...
Gamaknya di Malaysia boleh tak berlaku cam gini?
Masalahnya kami bukan booking guna air liur,
tapi bayaran penuh telah kami buat 3 bulan yang sudah...
Tak patutkan, tapi dah Negara orangkan malas nak bertekak....
Inilah rupanya Hotel Saigon Pink 2  yang sepatutnya
jadi tempat kami bermalam.

Perbincangan antara Anne, Rozi dan sipenyambut tetamu
di lobi Hotel Saigon Pink 2...
Setelah persetujuan tanpa rela dibuat kami pergi makan terlebih dahulu
di Kampung Melayu Halal Restoran yang terletak di depan Hotel Saigon Pink 2.
Selepas makan menyaksikan satu lagi kekecohan di awal pagi...
Betapa rajinnya rakyat sana berniaga...
Sebelah Kampung Melayu Halal Restoran adalah kedai Basiroh..
Kedai Basirohni berkonsep kedai jualan dan kedai makan....
Kumpulan Anne sedang membeli manga satu peket USD1.
Sedap weh manga dia..... 
Kecoh lagi sebab Anne ingatkan kawan dia bayarkan mangga dia...
Rupanya kawan diapun beli juga..
Kena kejar dengan si penjual mangga....
Yang ini kita yang bikin kecoh....
Inilah hotel Halo yang menjadi tempat tidur kami selama dua malam...
Yang bestnyer walaupun hotel kecik yang penting ada computer dan internet di sini...
Di sini adalah juga terjadi kekecohan sebab kamini pelanggan dari hotel lainkan...
Paling tak bestnyer penyambut tetamu tidak mencatatkan nama
dengan sebetulnya penghuni bilik dan nombor bilik...
Ini memang menyusahkan kerana memberikan kesan
semasa kami nak balik (nanti akak ceritakan kemudian)...

Yang bagusnya pula ialah kita boleh letakkan barang
di lobi untuk kita pergi bershopping kalau tiba sebelum waktu check in..
Tapi kami bertuah sebabnya pihak hotel
menyediakan dua bilik untuk masukkan barang....

Pintu Cho Ben Thant yang dekat dengan hotel kami...
Sebenarnya hotel yang diberikan kepada kami ini masih berdekatan
dengan pasar yang femestu cuma pintu yang berlainan...
Kalau datang dari pintu berhampiran hotel kami adalah pasar basah...
Cho Ben Thantni macam-macam ada....
Di sini kita boleh beli cenderamata, kain pasang, boleh tempah baju,
beli kopi, baju kanak-kanak, spek hitam, topi, kasut dan lain-lain....
Kalau singgah sini tak sah tak jinjing beg plastik balik....

Sekian cerita kecoh di awal pagi haritu...
Ingatkan kecohtu dah berakhir rupanya setiap kali kita keluar
memang akan berlaku kekecohan.....
Jiwa kena kental dan semangat kena waja kalau pergi ke HCMC, Vietnamni...




Monday, May 27, 2013

Berehat seketika

Sori guna tab,entry celaru sikit....
Seronoknya kalau dapat begini selalu,berehat seketika......
Layan budak-budak cuti sekolah......
Kat Kualam Lumpurjer
Macam biasa layan mi segera....

Posing dulu....

Kkk

Wednesday, May 22, 2013

Akak cuti panjang

Masih tak sempat berkunjung ke blog kawan-kawan lagi akak bercuti lagi...
Tak kemana cuma balik kampong lama sikit...
Insyaallah akak akan berkunjung ke blog kawan-kawan
sebab akak akan bawak YES balik sekali...
Beli kad di Vietnam tapi tak sempat nak ke Pejabat Pos...
Sangat kreatif kadnyer, berlambak jual tepi  jalan...
Harga sangat murah... tak teringat nak beli banyak..
Dalam banyak barang yang dibawa pulang, kad inilah kegemaran anak-anak..
Siap kata kenapa ibu tak beli banyak nak bagi kawan-kawan...
Alahai tak teringat langsung....

PERTAMA HCMC~ Perjalanan bermula (Day 1)

Minta maaf akak pada yang sudah memberikan komen sebelum akak menulis entry ini...
Nak tekan save jadi published... maka maafkan akak...
Akak dan kawan-kawan dah lamapun booking AA
untuk pergi ke Ho Chi Minh City (SGN)..
Maka 18/5 hari yang dinantikan telahpun tiba...
Seawal pagi suami dengan rela hati menghantar akak ke LCCT..
Sekali sekalakan suami, selalunya suamijer yang terbang..
Kasi sedikit kesempatan untuk isterimu ini pula...
Penerbangan adalah pada pukul 7:05 pagi tepat seperti dijanjikan...
Kami tiba 7:55 pagi waktu Vietnam
di Tan Soon Nhat Airport..
(waktu Vietnam lewat sejam dari Malaysia)
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam...

Rombongan kami sebenarnya ramai tapi
pergi berlainan masa..
Maalumler sendiri bookingkan....
Pagitu kumpulan akak seramai 7 orang yang sampai dulu...
Bandar HCMC dari atas kapal terbang kelihatan
sangat padat dengan bangunan tapi tak banyak bangunan tinggi...
Lapangan terbang Tan Soon Nhat juga besar dan cantik...
Syukur kami dah selamat sampai..
Bermulalah perjalanan kami ke tempat yang
dekat di hati orang melayu Malaysia...
Selamat dah duduk di dalam kapal terbang,...
Tu dia ramai manusia nak masuk Vietnam...
Syukur walaupun barisanni panjang tapi tak makan masa yang lamapun....
Masanipun kaunter kastamni banyak yang tak buka...
Maalumler awal bebeno sampainya....
Pegawai kastam dia muka langsung tak senyum....
Masam buah kedondong punya manusia...
 Muka lapar dan letih akak di terminal sambil menunggu
kawan-kawan yang belum lepas lagi..
Lapar sebab tak makan apa lagi, masa bookingtu tak nak beli makanan...
Sekali orang bukak pek nasi ayam AAtu ehm terus perutni lapar...
Baunya sedap sangat.... ramai kata nasi lemak AA sedap betoiker????
 Berunding harga teksi di lapangan terbang...
Tak belipun di sini.. harga teksi yang dikenakan

adalah USD10.
Teksi yang membawa kami ke hotel penginapan...
Orang selalu kata gunakan teksi Vinasunkan...
Sebab beli tiket di kaunter kenalah redhajer naik teksini...
Yang geramnya pemandu teksi boleh mintak RM15
masa kami lalu satu kaunter (tak tauler tol atau kaunter apa)
Kami nampak ada berapa rate ditulis dikauntertu..
yang paling atas VND10,000...
Mana boleh RM15 ini RM1.50...
Mula tak nak bayar tapi fikirkan karang dia hantar kami
tempat lain mampuihkan...
Redhajer bayar dia RM2.00..
Alamak keluar dari airportjer dah kena paukan...
Ini yang tak  bestnyerkan.... tapi dah negara orang nak buat camner....

Itulah kisah permulaan perjalanan akak di Ho Chin Minh City (HCMC),
Vietnam.. Banyak lagi kisah yang ingin akak kongsikan bersama....
Maaf yerk tadi terlebih excited belum menulis dah publishedkan....
Redhajerler....

Psss:::: jarimanis masalahnya ada kawan kami yang tak kena tau...
Ini masalah pemandu teksitu...
Yang paling kesian ada kawan kami yang bayar lebih dari RM2
sebab masalah bahasa dan tak paham dengan kadar tukaran...


Wordless Wednesday ~ Salam Pengenalan cuti Vietnam

Rindu korang semua, harini akak kerja....
Awal pagini tanda menghormati hari rabu sebagai hari kurang berkata-kata
 mari kita kenal matawang yang digunakan...
Ini matawang Vietnam Dong(VND)
Jadi jutawan segera akak dua tiga hari....
Tapi dari jutaan yang akak dapat sebelum pergi,
baliktu yang tinggal hanya ribuan...
Masa akak pergitu kadar tukaran yang akak dapat
adalah lebih kurang begini...
 VND100,000 = RM15
Nak bagi mudah bershoppingkan guna kadar gitujer...

Yang ini mestiler semua orang tahukan...
Di Ho Chi Minhni kita boleh gunakan US Dollar(USD) juga...
Yang ni terus miskin sebabnya tukar duit RM ribuan jadi ratusanjer...
Yang seronoknya penjualtu kata 1 USD macam murahkan...
tapi kalau duit kita RM3 lebih tu...
MORAL OF THE STORY :::: Berhati-hati sebab kita tidak biasa dengan matawangtu, jangan ingat murahnya tapi tak murah manapun... Kalau susah sangat gunakanjer duit kita Ringgit Malaysia kerana kedai di sana menerima matawang kita... 

Monday, May 20, 2013

Rindu Kamu Berdua

Rindu sama kamu..... 
Ibu rindu kamu berdua...
Tak sabar nak balik jumpa anak ibu....
Tak sabar rasanya nak balik...
Akak masih berada di Ho Chin Minh City....
Malam ini baru balik ke Malaysia....
 Malaysia tetap hebat.....
Tiada yang mampu menandinginya...
Kawan -kawan semua...
Tak sabar nak berkongsi kenangan selama berada di sini....

Sunday, May 19, 2013

Restauran Halal di Ho Chi Minh Vietnam

AUTO PUBLISH ::::::

Hanya tinjauan akak sebelum pergi ke Ho Chi Minh. Tak payah nak survey bagaipun  sebabnya akakni ikut kawan-kawan yang dah pernah pergi.. Tapi mana tahu diaorang takder ideakan bolehler akak bagi pandangankan...

PERTAMA :-

Ini dari blog Nor Zakiah Abdullah(NZA) yang selalu singgah ke blog akakni untuk rujukan :- Restauran halal di Ho Chi Minh Vietnam . Catatan ini pada Januari 2013.

A. Restauran Sri Penang
B. Restauran Kg Melayu
C. Restauran Banana Leaf

KEDUA :-

Jom kita tengok blog yang ini pulak :- Kedai Makanan Halal di Vietnam. Catatan ini pada Mac 2013.

1. Kampung Melayu Restoran
2. Kedai Shamsudin
3. Vietnam Delight

KETIGA :-

Catatan menarik di Harian Metro yang ditulis September 2012 :- Makanan Halal di Kota Saigon
Petua ini amat berguna di Ho Chi Minh. Masjid Du Dong yang terletak di tengah kota dan bersebelahan Hotel Sheraton mempunyai beberapa restoran makanan halal.

Antara yang terkenal ialah Restoran Halal @Saigon yang dimiliki seorang doktor rakyat Malaysia dan sering menjadi tumpuan pelancong Islam.
Jika gemar masakan ala India, kunjungi Restoran Bombay yang terletak tidak jauh dari Halal Saigon.

Selain itu, ada beberapa kedai makan di belakang masjid yang diusahakan penduduk beragama Islam.


Di medan selera Plaza Pakson , ada beberapa restoran India dan Arab, antaranya Restoran Taj Mahal. Antara kiosk terkenal di situ ialah D’Anjung Malaysia yang menyediakan hidangan nasi putih dan pelbagai lauk pauk cita rasa Malaysia.

Kedai Makan Shamsudin juga antara tempat makanan popular di sini yang memiliki beberapa cawangan sekitar Ho Chi Minh termasuk berhampiran terowong Chu Chi.

Ada banyak lagi restoran makanan halal di Saigon seperti VN Halal, Four Season dan Satay House Malaysia.
KEEMPAT :-

Moh kita jengah blog super sempoi lifeni :-
Ho Chi Minh Makanan Halal . Catatan ini pada Dec 2012. :-
1) Restoran VN Halal
2) Restoran Halal Saigon
~ Restoran ini satu jalan dengan Hotel Shangri-La. Jumpa Shangri-La dulu lepastu jumpa masjid. Betul-betul depan masjid. Kat kawasan ini ada dua lagi restoran halal, D'Nyonya & Bombay.
3) Restoran Kampung Melayu
KELIMA :-
Yang ini pun boleh juga dibaca untuk rujukan :-  Makan-makan di Ho Chi Minh
1) Saigon Green House
~ Berdekatan dengan Ben Thant Market juga...
2) Restoran Halal Saigon
3) Vietnam Delight
~ Owner orang Singapura.
174 Le Lai Street ~ Boleh jalan kaki ke sini kalau u ols tau jalan. If not naik teksi 12,000 Viet Dong (RM1.80) sahaja dari Benh Tanh Area. ( rujuk : http://misz-ella.blogspot.com/2012/05/restoran-vietnam-delights-ho-chi-minh.html )

KEENAM :-

Hanya untuk rujukan :- Auntiekaakanne

1)
Halal @ Saigon -Near sheraton hotel (we went twice) food was great. price was affordable. viet ice coffee was the best! HALAL @ SAIGON. WHOLLY OWNED BY MALAYSIAN MALAY MUSLIM (They took Over from last Indian Muslim Singaporean Owner 5 months ago. (July 2012). We met the knew owner, a  young male. Walk towards Sheraton Hotel. Halal @ Saigon situated a row with 24h KK mart and in front of the Blue Mosque.
 
2) VN Halal - ok but not recommended. near Ben Thanh and in row with Baskin Robbins. Ice coffee was terrible. Though JJCM wen there, we doubted the owners. Workers wear shorts and skirts, men wear necklaces and the girls had quitecks (nail polished). price was ok. 
3) Serai Malaysian Food-Near Ben Thanh Market. Ice coffee was great. Food was nice. price was affordable. Newly opened. 
4) Champa Restaurant- In front of Serai restaurant. It had a shop that sells tudung, baju etc. You woyld have to go inside the shop, took the stairs up and make your orders. Inform the owners you're having your lunch. Food was superb, nicely done and suprisingly CHEAP! RECOMMENDED to those with tight budget. 

5) Hjh Basiroh: In front of Saigon Pink hotel and Hoang lai Hong Hotel. Biasa je. Over rated. 
(sebab hotel kami duk tu dekat ngan Hajah Basiroh gamaknya di siniler kami selalu pergi.. katanya lebih murah)
Akak ingin mencuba makan Pho Mee ni...

Saturday, May 18, 2013

Kisah akak sebelum pergi

Harini akak akan terbang ke satu destinasi yang sangat popular dikalangan orang perempuan Malaysiani. Destinasinya ada juga kawan blog kita dah tahu. Jalan dengan kawan-kawan perempuan sahaja. Inilah pertama kali pergi tanpa dua orang budak comel tapi kalau tanpa suamitu selalu buat...
Akak dah booking dari tahun lepas dan dapat harga yang berpatutanlah juga. Alkisahnya masa menempahtu akak tersilap booking penerbangan balik dari sana ke Malaysia. Alamak akak kena pergi ke lapangan terbang dan naik kapal terbang bersendirian, dah ler tempat orangkan. Rozi ketua rombongan kami dah berapa kali minta akak tukar. Akak dah check dan ada bayaran dikenakan boleh tahan juga amaunnya. Akak kata tunggu dululah atau mungkin akak harungjer balik sendiri. Sekali akak dapat email ini dari AA:-
Flight  Retime Important Notice

We regret to inform you that your AirAsia flight has been rescheduled to a new flight timing due to unforeseen circumstances. 
Mulatu panik juga sebab diberikan jadual baru yang lebih menyusahkan. Penerbangan balik akak di cepatkan seawal pagi dan sudah pasti akak kena lebih awal untuk pergi ke lapangan terbang. Seramler pulakkan... Sekali di dalam emailtu boleh tukar... ini sudah baguskan..
Please click here to select your preferred flight recovery options if the newly assigned flights are not suitable for you.
Dengan senang hati akakpun dapat menukar perjalanan pulang akak dan dapatlah bersama dengan rombongan kami. Inilah dinamakan rezekikan...
Selesai kisah jadual penerbangan Rozi bertanya pasal bagasi pulak. Akak kata tunggu dulu, dan sekali lagi AA hantar email ada promosi kalau beli 15kg dan dapat 5 kg percuma. Rezeki dating lagi, syukur pada Allah swt... Moga rezeki yang akak dapat ini akan berpanjangan di bumi asing itu nanti...
GAMBAR : GOOGLE

Dah boleh agak kot akak kemana.....

Friday, May 17, 2013

Akak akan bercuti

Akak akan bercuti maka blogni pun akan bercuti juga.....
Akak akan merindui kawan-kawan semua....
Harap semuanya berjalan lancar....
Bawa aku pergi pacu laju-laju kita lari dari realiti
Ha... ha...  Dik Ya dan Atikah merayu nak ikut...
Sori budak berdua yang comel kasi chance ibu kali ini....

Thursday, May 16, 2013

AEON Member Day IOI Mall Mei 2013

Harini ada AEON Membar Day tapi tak bersemangat sangat sebab
bajet semua dah lari untuk cuti-cuti ....
Tapi harus pergi juga untuk terapi mata dan minda...
Kalau tak dapat belipun takper janji boleh cuci mata....
 
Seperti yang diketahui harini AEON Member Day adalah di IOI Mall, Puchong
Oleh kerana IOIni antara tempat makan tengahari kalau di pejabat,
maka kena pergilah jugakan....
AEON MEMBER DAY bukan JCard Member lagi tau...

^
^
^
^
Kalau tak sempat harini boleh pergi ke AEON Mahkota  Cheras pulak esok.....
Kalau Fiesta mesti lagi meriahkan.... 

Selamat Hari Cikgu

Harini ada dua ucapan selamat akak nak tujukan...
Satu semestinya akak dah ucapkan selamat hari lahir untuk suami akak...
Dan satu lagi adalah ucap selamat untuk guru dan bekas guru.....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
S.E.L.A.M.A.T  H.A.R.I  G.U.R.U
Terima Kasih cikgu... guruker cikgukan....
Yang penting pada pemahaman akak siapa juga yang
memberikan tunjuk ajar adalah guru atau cikgu yang harus kita hormati...
Oleh kerana akakni banyak sekolah maka banyaklah gurunya...
Terima kasih kepada semua...
GAMBAR:::: GOOGLE
Untuk bapak tersayang, selamat hari guru juga walaupun dah pencen...
Bapak adalah guru yang TERHEBAT dimata akak...
Susah nak senyum sebabtu sentiasa jadi guru disiplin....
Katanya anak muridnya yang nakal dulu lebih menghormati
dia berbanding budak-budak yang baik...
Mungkin budak nakal lebih komunakasinya dengan guru disiplin...
GAMBAR ::::: FACEBOOK GENIUS AULAD

Tema Hari Guru 2013
 
Lagu kegemaran Atikah dan Azalia
Terima Kasih Cikgu dari Najwa Latiff feat Upin Ipin....
Lagunya memang sedap....  

Jom kita nyanyi sama-sama.....

Selamat Hari Jadi Suami

S.E.L.A.M.A.T  H.A.R.I  L.A.H.I.R
kepada suamiku.....
Panjang umurmu, diberikan kesihatan yang baik,
terus menjadi suami dan ayah yang hebat untuk kami...
Moh kita sambung balik xtvt diving balik nak!!!!!
 
S.E.L.A.M.A.T  H.A.R.I  L.A.H.I.R
 
pssss:::: Dana... gambar di atasnilah suami akakk.......

Wednesday, May 15, 2013

Kelab Jiwa Luka

Idea tajuk di atas dapat masa akak pergi ke SS2, Petaling Jaya tengahari tadi dan jumpa satu kereta yang tampal stiker Kelab Jiwa Luka. Oh ada juga Kelab untuk jiwa-jiwa yang terluka rupanya, barulah akak tahu. Akak rasa nak daftar jadi ahli pulak lepas baca kenyataan di bawah :-

TM to expand Unifi service in Sarawak

MIRI: Telekom Malaysia Bhd (TM) will continue to expand its Unifi high-speed broadband service in Sarawak as the demand for the service is expected to grow.
Abdul Rahim however ruled out the possibility that Unifi services would be expanded aggressively as it would be based on the agreement with the state goverment as well as the infrastructure provided by interested parties such as housing developers.-- Bernama
Sedih dan terluka hati ini rasanya.. Inilah perasaan akak kalau bercerita pasal Unifi. Rasanya dah lebih dua tahun akak menanti kehadiran Unifi ke kawasan rumah akak.  Mungkin disebabkan rumah akak adalah hanya kos rendah perkhidmatan itu tidak dapat dibawakan kepada kami. 
 
Bayangkan rumah pangsapuri yang hanya 50 tapak kaki perjalanan dari rumah akaktu dah lama adanya. Penghuni di rumah teres dua tingkat jalan masuk ke rumah kami juga dah lama ada begitu juga penduduk di seberang jalan besar rumah kami. Kawasan rumah kami dikelilingi oleh semua yang mempunyai akses Unifi. Sedih.. sedih...
 
Pernah juga buat aduan di pusat perkhidmatan pelanggan dan jawapannya adalah mengecewakan.. Dia pulak bagi cadangan pada akak suruh tulis aduan di surat khabar. Masa kecewatu terasa juga nak tulis tapi bila perasaan hatitu dah sejuk malasler pulak. Kiranya luahkan perasaan kat blog sendiri yang akak mampu.
 
Paling bagus ialah kawasan pejabat akak juga tiada perkhidmatan Unifi. Kawasan bandartu, dekatjer dengan TM Point. Cukuplah luahan hati akak ini...
 
Dengarlah rayuanku ini.....
GAMBAR ::: ambil dari Google images

Warna Pilihan Hari Raya 2013

Mood rayaler pulak padahal lama lagikan...
Tahunni akak teringinkan warna hijau emerald macam diperkatakan dalam
hijau-zamrud-warna-pilihan-untuk-fesyen-tahun-2013 
yang juga merujuk ke laman web http://www.pantone.com .

Tiba-tibajer Cho Zila ambil tahu pasal warna dan baju rayani!!!
Macam tak percaya sebab tiap tahun baju raya adalah last minute...
Langsung tak bersedia, pakailah apa adanya...
Mesti ada sebabnyakan!!!
Akak nak terbang ke tempat sesuai beli kain dan baju kurung....
Mestilah berangan dulukan..
Padahal dah sampai sana nanti tengok bajunyer bukan saiz akak...
Takper berangan tak salahkan...
2010

2011
2012

Macam berjanjijerkan baju Atikah dengan sepupunya Naufal setiap kali raya....
Cantikkan warnani...
Akak panggil warna ini hijau PAS...
 

Tuesday, May 14, 2013

Yuna Duta Media Sosial Malaysia Airlines (MAS)

Masa akak sibuk mencari info tentang MAS yang memberikan right share untuk pemegang saham terjumpa artikel ini.. Bangga dengan pencapaian Yuna., bukan mudahkan untuk MAS memberikan kepercayaan inikan... Akak suka Yuna sebab semangat dia... Sebenarnya akak nak upload video Azalia yang buat gaya Yuna menyanyi kira parody gak, tapi susah ngat nak masuk mungkin besar ngat kot... Lieya nanti ajarkan akak yerk...

 
Nampaknya, semakin lama semakin murah rezeki gadis berbakat besar, Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai. Dalam kerancakannya membina nama di persada muzik antarabangsa, penyanyi-penulis lirik berusia 26 tahun ini buat sekian kalinya bakal menjadi cipta satu lagi pencapaian tertinggi.
 
Selepas beberapa nama besar memilih penyanyi, pemuzik dan komposer ini sebagai duta produk mereka, kini satu lagi jenama wakilan Malaysia iaitu Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah menyunting pelantun Shine Your Way ini sebagai wajah terbaru badan korporat tersebut.
 
Malam ini (30 April) akan berlangsungnya satu majlis perlancaran dan memperkenalkan Yuna sebagai duta media sosial Malaysia Airlines. Acara yang diadakan di Publika, Solaris Dutamas itu juga bakal memperkenalkan sebuah program diberi nama #MHmoments. Sekaligus pelbagai aktiviti bersama Yuna akan dilaksanakan menerusi program itu nanti.
 
Difahamkan Yuna juga seringkali memilih penerbangan nasional itu sebagai pengangkutannya jika ingin kemana-mana termasuklah berulang-alik dari Kuala Lumpur ke 'rumah keduanya, di Los Angeles, Amerika Syarikat. 
 
Semoga gabungan dua nama besar Malaysia ini dapat menghasilkan sesuatu yag menarik sekaligus mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Bahan Untuk Mengajar Anak Membaca Bahasa Inggeris

Terima kasih untuk MAMAHOMESCHOOL  memperkenalkan laman web yang sangat berharga iaitu :-  http://www.progressivephonics.com/Di sini kita boleh di download buku untuk rujukan dah jimat duit kitakan.. Walaupun Atikah dan Azalia dah boleh membaca dalam bahasa Inggeris masih berbaloi akak jumpa linkni.
Kalau ada anak yang baru mula belajar membaca digalakkan untuk melihat laman web ini...
Boleh download buku phonic... jomlah...
 
Sori entry pendek sebab sibuk sikit .... 

Kayap menyerang kanak-kanak

Tiba-tiba ambil perhatian pasal kayap... Mestilah ada sebabnya. Minggu lepas Azalia selalu merungut yang dia gatal dan sakit di punggung dan bahagian kemaluan. Ibunya yang prihatinni cuma tolong gosok dan bebel sikit-sikit kata dia tak bersih elok-elok. Sekali tengok tempat yang dia kata gatal sangattu lain macam terus bawa dia berjumpa doktor. Doktor sahkan yang tempat gatal diatu adalah kayap. Walaupun dia mampu bertahan tapi tengok dia jalan terkengkang sebab nak mengelakkan bendatu bergesel memang sangat kesian... Malam semalam dah jumpa juga dengan tok saudara Dik Ya untuk minta penawar penyakit kayap sebagai ikhtiar disamping ubat diberikan oleh doktor. Harini dia masih bersemangat nak ke sekolah sebab dia kata nak buat kad untuk ibu... Doakan dik Ya cepat sembuh yerk..

Ambil dari Wikipedia :-
Kayap atau juga dikenali herpes zoster (atau sekadar zoster) merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV).[1] Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mendapat ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur. Jangkitan awal VZV boleh menyebabkan cacar air yang biasanya dialami oleh golongan kanak-kanak dan orang muda. Setelah penyakit cacar air sembuh, virus itu masih lagi berada dalam badan tetapi dalam keadaan tidak aktif. Jika tahap daya tahan selular seseorang itu menurun, maka VZV boleh aktif kembali dan merebak ke saraf periferi hingga ke kulit yang akhirnya membawa kepada penyakit kayap.[2] Penyakit kayap adalah berbeza dengan penyakit herpes simpleks walaupun virus varicella zoster dan virus herpes simpleks adalah daripada subkeluarga yang sama iaitu Alphaherpesvirinae.
 
Ada sedikit info di UTUSAN ONLINE

Dari blog  EZATULELIZA @penyakit-kayap-herpes-zoster :-
kayap tidak ada kena mengena dgn kebersihan diri…ia terjadi disebabkan virus chicken pox kembali aktif…ia juga tidak gatal pada permulaannya, tapi terasa panas dan pedih..tempoh pengeramannya lebih kurang 2 minggu..selepas kayap mulai kering, baru akan terasa sedikit gatal dan dinasihatkan agar tidak menggaru supaya tidak dijangkiti kuman..doktor biasanya akan membekalkan ubat anti virus, ubat tahan sakit dan cream sapu…sekiranya kayap tersebut dijangkiti bakteria barulah doktor bekalkan antibiotik..Kayap juga tidak berjangkit, jadi janganlah rasa takut nak dekat dengan orang yang ada kayap.
Dari blog AZMANISHAK @ herpes-zoster-berhati-hati-mungkin-anda-adalah-seterusnya
Jadi sekiranya terjadi pada anda ataupon anak-anak anda, apa yang perlu adalah, jangan panik. Dapatkan nasihat doktor dengan segera. Zaman sekarang dah canggih. Dah ade ubat untuk merawat Herpes Zoster. Cuma agak mahal. Kalau mampu berubat cara tradisional, aku sarankan ikut je cara tradisional. Masa aku terkena dulu pon, doktor yang mengesahkan penyakit aku tu, dia sarankan aku balik dan berubat di kampung. See?
Cepat sembuh sayang....

Monday, May 13, 2013

Kellog's Special K chocolatey bars

Kononnya nak membataskan diri makan coklat...
Akak mencuba Kellog's Special K chocolatey Bars rasa rasberi...
Jawapannya SEDAP sesangat... dan kemaruk...
Tak guna jugakan....
 kalorinyer rendah dari 100 tapi kalau makan banyak kali....
Jawapannya adalah HANCUR....
 
Akak kagum dengan ketabahan rakan blog akak yang berdiet...
Memang kena tabik kat diaorang...
Kekuatan dan semangat yang kental mereka amat dikagumi...
 Yang penting sedapkan...
Yang penting rendah kalori....
Yang penting ada coklat....
Secara keseluruhannya bendani sedap, rendah kalori dan ada coklat.
Yang penting sekali ialah lepas makan coklat barni rasa sangat kenyang....

Nuffnang oh Nuffnang