Nuffnang saya

Followers

Thursday, February 28, 2013

Program Saringan Kesihatan Perkeso

Harini memang tak sempat nak buat entry baru dan paling tak seronok tak dapat meronda blog kawan-kawan... Akhirnya petangni menyempatkan diri untuk post entry pasal baucer kesihatan dari Perkeso yang akak dapat semalam. Oleh kerana umur dah 4 series maka dapatlah akak baucer ini, supaya orang seangkatan dengan akak membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Maka misi akak mingguni nak cari klinik yang menawarkan perkhidmatan ini...
Inilah rupanya baucer yang akak dapat, satu untuk mamogram dan satu yang biasa..
Orang kata buat mamogramtu sakit... itu yang buat akak seriau...
 

Info mamogram  dari infokesihatan4u.blogspot.com :-

Jalani mamogram awal

Lebih awal seseorang wanita menjalankan ujian pengesanan kanser payu dara, semakin cepat dan berkesan kaedah rawatan yang boleh diambil jika mereka berisiko atau diserang penyakit itu.

Justeru, selain ujian Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) yang perlu dilakukan setiap bulan untuk mengesan simptom kanser pembunuh nombor satu kaum hawa itu, wanita digalakkan menjalani mamogram.

Mamogram adalah ujian pemeriksaan payu dara menggunakan Sinar-X yang memaparkan imej-imej terperinci payu dara termasuk keadaan lemak, kelenjar susu dan saluran darah selain kelenjar di bahagian ketiak.

Mamogram amat berkesan dalam mengesan kanser payu dara pada peringkat awal walaupun ketika ia hanya dilihat umpama sekumpulan kalsium halus atau disebut mikrokalsifikasi.

Pakar Bedah Am Hospital Ampang, Dr. Suraya Baharudin berkata, mamogram perlu dilakukan wanita berusia 40 tahun ke atas dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun sekali.

Katanya, bagi wanita berusia di bawah usia 40 tahun, mereka tidak digalakkan menjalankan Mamogram kerana tisu payu dara yang lebih tebal menyebabkan hasil ujian itu kurang berkesan.

Suraya memberitahu, wanita di bawah usia 40 tahun digalakkan melakukan PSP tiga atau empat hari selepas haid setiap bulan.

"Ujian mamogram amat penting kerana ia dapat mengesan sehingga 97 peratus simptom barah payu dara dan hasil kajian perubatan yang dijalankan, mamogram mampu mengurangkan 30 peratus kematian akibat penyakit ini.

"Bila doktor mengesyaki ada simptom barah payu dara, doktor akan menghantar tisu pesakit ke makmal bagi mengesahkannya.

"Jadi sekiranya disahkan barah, ia adalah peringkat satu yang mana boleh dirawat dengan mudah tanpa menggunakan kimoterapi," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah ahli keluarga berpenyakit barah payu dara harus menjalani mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.

Wednesday, February 27, 2013

Pulau Aur Johor

5 Pulau Terbaik di Malaysia menurut majalah Qaseh ialah
1) Pulau Perhentian
2) Pulau Tioman
3) Pulau Redang
4) Pulau Aur
5) Pulau Manukan
 
Yang akak tertarik ialah Pulau Aur kerana akak tak pernah dengarpun pasal pulau ini.. Jadi untuk pengetahuan akak sendiri diturunkan kenapa kita mesti ke pulau ini..
 
Pulau Aur terletak di perairan Mersing merupakan sebuah syurga penyelam scuba di negeri Johor. Ia terletak di dalam lingkuangan kawasan Taman Marin Johor. Oleh itu, perairannya bersih dan dipenuhi dengan pelbagai hidupan marin yang menarik. Dikelilingi oleh Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang. Pulau Aur juga menjadi tempat tumpuan golongan kaki pancing. Ramai yang dating ke pulau ini untuk mencuba nasib menaikkan ikan layer. Di sini, terdapat banyak kapal layer persendirian berlabuh antara Pulau Aur dan Pulau Dayang, kerana keadaan air di situ tenang dan dalam. Pulau Aur merupakan satu pilihan tepat jika anda mahu menikmati percutian yang tenang sambil menikmati keindahan dunia marin di perairan tempatan..
 
Bagaimana untuk ke sana?
Dari Johor Bahru
Anda perlu memandu ke Kota Tinggi, kemudian terus ke Mersing. Mersing terletak kira-kira sejam perjalanan ke Kota Tinggi.
Dari Mersing
Anda boleh menaiki bot dari jeti Mersing. Tambang bot adalah dalam lingkungan RM50 seorang utnuk perjalanan sehala. Perjalanan mengambil masa empat jam untuk sampai ke Pulau Aur.
 
PERLU TAHU
Adakah anda seorang penggemar aktiviti menyelam? Jika ya, anda pasti teruja untuk melakukan aktiviti menyelam di Pulau Aur ini.

Keindahan dan keunikan terumbu karang dan hidupan laut lain pasti membuatkan anda tenang dan bagai berada di taman laut. Jika anda mahu melakukan aktiviti menyelam, pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah lain timbul.
SELAMAT MELANCONG.. Malaysia memang hebat....

Wordless Wednesday ~ 27/02/2012(2)

Gambar tanpa motif...
hanya nak bagi tahu yang depan rumah akak ada
taman permainan juga tempat main futsal.
Meriah sesangat dengan budak-budak main futsal dan badminton..
Mat Indon dan Myanmarpun ramai juga...
kadang-kadang dah jadi macam tempat pertemuan diaorang pulak...
Kelas gaya dik Ya....
Yang ni tak tau gaya apa... 

Wordless Wednesday ~ 27022013

Apa dah jadi dengan anak ibuni....
Makan di sini sebab akak teringin nak makan tomyam kung..
datang kat meja mana kungnyer..
ah.. rasa memang tak sama dengan dulupun..
Lama akak tak makan di sini kecuali order kek sahaja..
Kesimpulan tak nak makan di sini lagi...
Spageti adik Yapun tak sedap.. sampai tak habis..
heran gak selalunya menjilat jarijer kot budak ni makan spageti...
Mungkin tempat akakni jer kot..
 
Gambar dik Ya yang semacamni ada kaitan tak dengan akak rasakantu???...
Mungkin jugakkan...

Tuesday, February 26, 2013

OBESITI : Kurangkan kalori atau karbohidrat ?

Akak baca rencanani dan tertarik untuk berkongsi dengan semua.. majalah Qaseh keluaran 1 Mac 2013... Akak taipkan di sini untuk tatapan semua dan akak juga...
 
Masalah berat badan berlebihan atau obesiti merupakan masalah yang semakin merunsingkan, kerana obesiti selalunya membawa kepada masalah yang lebih rumit seperti hipertensi, serangan jantung dan diabetes. Ramai antara anda masih mencari kaedah yang sesuai untuk menurunkan berat badan, dan juga yang mungkin pernah mengamalkan diet rendah kalori atau rendah karbohidrat.

Diet Rendah Kalori

Kaedah diet tradisional yang paling terkenal ialah diet rendah kalori. Diet ini hanya menghadkan pengambilan kalori antara 800 hignga 1500, dan menggalakkan senaman bagi membatu proses metabolisme. Kaedah ini amat berkesan untuk anda yang mengalami obesity.

Diet very low-calorie (VLCD)

Diet very low-calorie (VLCD) atau diet ‘sangat rendah kalori’ boleh membantu anda untuk kehilangan beberapa kilogram dalam masa seminggu. Penururan berat badan dengan diet ini boleh memperbaiki keadaan kesihatan yang berkaitan dengan obesiti termasuk diabetis, hipertensi dan kolestrol yang tinggi. Walau bagaimanapun, anda perlu makan makanan dengan kerap untuk memastikan metabolisma anda kekal tinggi.

Adakah VLCD selamat?

Diet ini selamat jika diamalkan oleh anda yang mempunyai BMI lebih daripada 30, dan di bawah pemerhatian pengamal perubatan. Diet ini tidak boleh diamalkan jika anda mengandung, sedang menyusukan anak, juga tidak sesuai untuk kanak-kanak kecuali dalam program rawatan khusus.

Apakah kesan sampingan VLCD?

Penghidap obesiti yang mengamalkan VLCD mengalami kesan sampingan seperti keletihan, sembelit, loya dan cirit birit, tetapi keadaan bertambah baik dalam masa beberapa minggu. Kesan sampingan seperti ini selalunya jarang menjatuhkan semangat untuk melengkapkan program diet VLCD. Kesan sampingan yang lebih serius adalah pembentukan batu karang.

Diet Rendah Karbohidrat

 Karbohidrat ialah nutrient penting dalam makanan sebagai sumber tenaga, dan bertindak sebagai ‘petrol’ untuk aktiviti seharian. Karbohidrat juga membantu pergerakan otot dan fungsi otak.

Diet Rendah Karbohidrat membekalkan karbohidrat kurang daripada kebanyakan pakar-pakar pemakanan secara amnya akan syorkan. Pelan diet ini hanya membenarkan anda mengambil 10 peratus daripada kalori harisan anda melalui karbohidrat. Ini bermaksud anda perlu kurangkan nasi, roti dan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Protein dan lemak

Diet ini tidak membenarkan anda untuk mendapatkan kalori daripada karbohidrat, jadi anda perlu dapatkan kalori daripada protein dan lemak. Ayam, daging, ikan, makanan laut dan telur sumber protein dan lemak untuk anda. Anda perlu elakkan makanan tinggi karbohidrat seperti nasim pasta, ubi kentang dan roti.

ADAKAH DIET INI  MEMBANTU ANDA?

Konsep asas pemakanan sihat adalah seperti yang telah dinasihatkan oleh pakar nutrisi, iaitu mengikut pyramid makanan yang betul. Anda perlu faham tentang fungsi karbohidrat. Nutrien ini adalah sumber tenaga kerana tanpa karbohidrat, metabolisme tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik. Proses metabolisme tubuh anda amat diperlukan untuk membakar kalori dan lemak. Tanpa karbohidrat, bagaimana kalori dan lemak anda boleh dibakar?

Diet rendah karbohidrat juga boleh menyebabkan anda memasuki fasa ketosis, iaitu penghasilan bahan ketone yang sangat beracun. Ketone terhasil apabila tubuh anda dipaksa menghasilkan tenaga daripada sumber lemak. Bahan ini boleh mengakibatkan kegagalan organ, gout, batu karang dan  kegagalan buah pinggang.

Diet rendah kalori atau rendah karbohidrat?

Masalah obesity boleh diatasi dengan pelbagai cara yang lebih menyihatkan. Anda boleh amalkan diet rendah kalori, tetapi diet VLCD perlu dipantau oleh doctor untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Anda boleh kurangkan berat badan dengan pengambilan kalori kurang daripada kalori keperluan anda. Elakkan pengambilan makanan tinggi kalori tetapi kurang nutrien.

Masalah dengan diet rendah karbohidrat adalah apabila kuantiti karbohidrat yang diambil sangat sedikit. Anda mungkin boleh mengalami kegagalan buah pinggang, kenaikan tahap kolestrol dalam darah, osteoporosis, batu karang, kanser dan keracunan ketone. Anda juga mungkin stress kerana tidak dapat menikmati makanan yang anda suka..

PENDAPAT AKAK : Akak pun prefer kalau nak berdiet menggunakan diet rendah kalori lagi.

Tiket KidZania PERCUMA esok

Terima email dari kz-mailer@kidzania.com.my katanya :-
Kai!
KidZania Kuala Lumpur will be celebrating its First Anniversary on Wednesday 27 February 2013 from 10am until 5pm.
There will be FREE entry for the first 100 kids (4-17 years), popcorn and balloons*.
You will also enjoy 50% off all ticket tiers, photo souvenirs and selected merchandise at The National Store of KidZania*.
We hope to Z-U there!
*Terms & Conditions apply.
 
Terms & Conditions
· Free admission is only for kids between 4-17 years, accompanying person(s) will receive 50% off tickets
· Free popcorn and balloons while sticks lasts
· 50% off all ticket tiers subject to maximum park capacity
· 50% off tickets must be purchased on Wednesday 27 February, 2013 at the KidZania Kuala Lumpur Airport Counters

>>> Gitulah kisahnya.. tapi kenapanya 100 orangjer... anyway Z-U there......

Hidup Sihat amalan kita

Kesihatan adalah harta yang berharga... chewah..
Banyak duit tapi tak sihat, nanti habis gak duittu...
Itu kalau banyak duit, kalau akak yang tak berduitni,
Tak sihat dan Tak der duit, alahai sangat kasihan..
Ambil Perlindungan Takafulpun bukannya banyak...
Jadi Kena Hidup Sihat... Kena berubah...
 
Janganlah jemu baca sebab akak selalu bercerita pasal ini..
Akak belum dapat berubah ke tahap yang lebih baik,
jadi akak menulisni hanya bebelan untuk diri sendiri..
Supaya Sedar Diri..
Basikal yang dah lama tidak berfungsi, nak dekat setahun belini..... mulakan kayuhan...
Aiskrim yang masih menjadi idaman kalbu.. alahai...
Makanan yang tidak sihat... katakan bye-bye....

P/S: Hari yang sangat pening... , akan melawat blog kengkawan semua pelan-pelan...

Monday, February 25, 2013

Princess Azalia

Sambungan entry ambil gambar di IOI...
Giliran Princess Azalia pulak..
Adik Ya dapat pakai baju warna pink jadi nampak berseri...
Princess Azaliapun boleh berangan jadi princess sebab dapat mahkota..
Senyum tarik namanyani... 
Dik Ya amek gambar tak nak senyum.
Princess kena selalu senyum... 
Senyumlah puteriku... 

Puteri Atikah

SALAM ISNIN  yang ceria...
Berbahagialah di hari permulaan untuk minggu ini...
 
Gambar yang di ambil pada bulan November tahun sudah..
Akak suruh suami akak scan dan baru minggu sudah dia email kat akak..
Kalau Atikah tahu yang gambar dia pakai baju tak berlenganni
keluar sini mesti dia tak suka...
Sekarangnikan kalau dia keluar berjalan dia nak pakai tudung..
Hanya untuk kenangan, Atikahpun belum akil baligh lagikan...
 
Gambarni ambik di IOI Mall, kedai gambar bukak booth kat sini..
Harga RM10 sekeping, mahal gak kan.. 
tapi teringin punya pasal akak kat jomlah.. 
Puteri Atikah di yang comel... 
Nampak tak lesung pipit Puteri Atikah...
Mekap dia buatkan, rasa cam over jer... 
Ada bakat gak anak ibuni berposing...

Menyusul entry lepaihni gambar Princess Azalia pulak...

Sunday, February 24, 2013

Shape Up your Lifestyle 14 day program

Macam entry lepas pasal diet oh dietkan. Oleh kerana tak mampu nak beli SD11 atau herbalife maka akak carilah penggantinya janji makanan berkhasiat. Teringatkan fitnesse yang akak pernah cuba dahulu. Rasanya sedap dan boleh dijadikan makanan kudapan... Teringin sesangat nak kurang berat badanni sedaya mungkin. Semoga diberikan kekuatan untuk mengikuti saranan dan cadangan yang didapati dari internet mahupun bahan bacaan..

Harini bersarapan dengan susu dan fitnesseni.. boleh tahan kot sampai tengahari.... amin....
Cantik kotak dia... 
Kalau dapat badan secantik gitu ... blog akak mesti penuh gambar akakjer... 
Kalau ikut pelan pemakanan ini memang sangat menjadilah yerk... 
Kesihatan yang baik kalau rajin makan benda yang berseratkan... 

Dah lama tak ambil tahu pasal kalorini... 


Saturday, February 23, 2013

De Palma Jalan Ampang

Harini  dan esok akak di sini...
De Palma Jalan Ampang ada kursus...
Menambahkan ilmu...
Jadi anak-anakku duduklah rumah takder xtvt jalan-jalan...
Gambar : Google

Friday, February 22, 2013

Panduan dan tips melawat KidZania KL 2013

Akak buatkan entryni berdasarkan pengalaman kami moga boleh dijadikan panduan atau tips yang berguna kalau ingin melawat KidZania KL. Untuk semua adalah diberitahu KidZania memang sangat berbeza berbanding dengan taman teman yang pernah kita pergi. Konsep yang di bawa memang sesuai dengan anak2 zaman sekarang yang tak sempat membesar macam zaman akak dulu-dulu. Akak saja nak hangatkan hati anak-anak lepas balik dari KidZania haritu.
AKAK BERCERITA : Dulu ibu kecik-kecikpun ada jadi nurse tau, tapi dulu opah ibu buatkan anak patung dari kain batik (tak ingat dah cara melipatnya). Ibu dulupun main masak-masak pakai tempurung kelapa (ha! tempurungtu apa ibu? terpaksalak terangkan ... ), petik daun kat belakang rumahjer. Dulu ibupun der main jadi polis, siap ada perompak lagi. Kereta polisnya pulak kena buat bunyi sendiri, ne not ne not!!!.. nostalgialer pulak, dulu kecik-kecik akak dapat mainni semua masa cuti sekolah kalau sepupu balik kampung.
Balik pada tujuan entry ini, panduan dan tips melawat KidZania KL :-

1) CARA PERGI KE KIDZANIA

Di mana KidZania? Senang sesangat sebab tempatnya memang mudah nak pergi. Kalau tau Ikea di mana mesti jumpalah KidZaniani. Tak sesat punya .. Berdepan dengan Ikea dan bersebelahan dengan Tesco .. sangat mudahkan.
Alamat ;-
Curve NX,
No. 18, Jalan PJU7/5 Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
2) HARI BIASA ATAU HARI MINGGU.
Ikutkan hati akak memanglah nak pergi pada hari biasa kerana kemungkinan tidak ramai orang dan dapat masa yang panjang dengan bayaran yang sama. Kalau bawak anak akak sahaja mungkin akak sanggup bagi diaorang ponteng sekolah tapi sebab bawak anak orangkan takkan nak suruh dia ponteng jugak.. tak patut.. tak patut.. Kalau akak pergi lagi lain kali memang akak akan pilih hari biasa sebab fakta masa yang lebih panjang.
Akak bersembang gak masa berbaristu  dengan seorang pengunjung , katanya diapun pernah pergi masa hari biasa. Masalahnya masa dia pergitu banyak pulak rombongan sekolah yang datang.  Ikut nasiblahkan... Kita tengok waktu operasi KidZania KL.
Opening Hours
Visiting Times

Sunday to Friday

Single Session
10:00amto5:00pm
Saturday, School & Public Holidays*
First Session
10:00amto3:00pm

Second Session
4:00pmto9:00pm
3) BELI TIKET ONLINE

Akak memang beli tiket ONLINE untuk memudahkan urusan dan tidak kecewa datang ke KidZania tapi tiket sudah habis dijual. Bacalah pengalaman  izan sweetmoide  yang mungkin boleh dijadikan telada..  Tengok berapakah harga yang terpaksa kita bayar....
Fees Structure
AgeGuestFee
Ages: 0 – 1BabyFree
Ages: 2 – 3ToddlerRM 35
Ages: 4 – 17Kid (Malaysian)RM 60
Ages: 4 – 17Kid (International)RM 75
Ages: 18 – 59Adult (Malaysian)RM 35
Ages: 18 – 59Adult (International)RM 50
Ages: 60+SeniorRM 30
3a) Kalau kanak-kanak berumur 8 tahun dan ke bawah mesti ditemani oleh orang dewasa (kena beli tiket dewasa). Sekiranya ibubapa yakin anak boleh berdikari untuk anak yang berumur lebih 8 tahun dibenarkan untuk masuk bersendirian. Ibubapa jangan risau di dalam itu disediakan satu lounge yang khusus untuk orang dewasa, kanak-kanak tidak dibenarkan masuk..

3b) Orang dewasa memang tak boleh masuk tanpa diiringi kanak-kanak. KidZania adalah dunia kanak-kanak, jadi layanan untuk kanak-kanak adalah istimewa. Untuk  Fasya & ladyainaa tak dapatlah nak menolongnya kalau nak masuk gak kenalah heret anak sedara atau sepupu kecik untuk datang ke sini..

4) DATANG AWAL

Datang awal kerana masa akak pergitu setengah jam awal kami yang beli tiket online dah dapat tag dan dibenarkan untuk naik ke tingkat 4 untuk urusan check in. Sebelum pukul 10.00 pagi lagi kami dah boleh masuk ke dalam KidZania. Bolehler buat urusan tunaikan cek dan pergi ke tandas misalnya. Lepastu teruslah terjah xtvt yang banyak permintaan seperti di Air Asia, bomba dan ahli bedah.
Kalau dah datang awal sangatpun tapi kaunter tak bukak lagi bolehler sarapan di McDonald yang terletak berhampiran. Harga letak kereta dibangunan KidZaniani amat berpatutan, masa akak pergitu cuma bayar RM3 untuk 7 jam (flat rate kot!!)..

 Kalau datang awal ada peluang untuk bergambar terlebih dahulu..
Kalaulah budaktu dah mula bekerja diaorang dah tak minat nak berposing...
5) TUNAIKAN CEK ANDA

Inilah sebab kena datang awal,  bolehlah kita tunaikan cek tanpa perlu berbaris panjang. CIMBtu berhampiran dengan pintu masuk ke KidZania.
 Tengoklah anak akak berlari-lari nak tunaikan cektu..
Hanya kanak-kanak dibenarkan masuk, dunia kanak-kanakkan..
Inilah rupa cek yang nak ditunaikan..
Nanti anak-anak akan dapat 50 Kidzos.
Duit boleh digunakan untuk xtvt tertentu...
6) AMBIL PETA
Lepas tunaikan cek ambil peta untuk memudahkan lawatan kita nanti, lagipun ada pekerjaan yang anak-anak kita kena hantar ke premis tertentu. Misalnya kalau jadi pekerja POS Laju kena hantar dokumen ke tempat yang di arahkan. Kalau kita ada peta bolehlah kita tunjukkan pada anak-anak supaya tidak membazir masa tersekat melakukan sesuatu perkerjaan. Banyak rasanya pekerjaan yang memerlukan anak-anak keluar seperti kerja Polis, CSI, wartawan, CIMB Vault dan lain-lain...
Suka map dia boleh simpan dalam poket..
7) KAMERA
Kamera memang boleh bawa masuk tiada masalah. Yang menjadi  masalahnya ada setengah tempat yang tidak membenarkan ibu bapa masuk, kalau anak besar sikit bolehler bagi dia pegangkan. Tapi tak tau pulak dia benarkan ataupun tidak, maalumkan diaorang tengah bekerja..

Masa di KPJtu akak tahu tak boleh masuk saja nak cuba nasib tanya boleh tak akak ambik gambar anak-anak. Jawapannya mesti dah tahukan tak boleh.. ha.. ha.. Sakit hatijer tengok jurugambar rasmi dia usung kamera besar amek gambar, mahal lak tu harganya... Boleh rujuk entry akak yang lepas :- gambar-di-kidzania-dari-pictureaircom
8) MASA MENUNGGU

Bila baca blog kawan-kawan rasa bersyukurlah juga sebab masa kami pergitu walaupun dihujung minggu anak-anak akak dapat melakukan lebih dari sepuluh pekerjaan. Naufalkan cakap kami tak nak makan sebab nak buat kerja yang lebih banyak.
Gambar masa menunggu di KPJ Healthcare.
Setiap aktiviti yang dijalankan selalunya mengambil masa dalam anggaran 20 minit. Hanya 6 - 8 orang yang boleh aktiviti itu dalam satu masa. Kalau yang berbaris diluarpun ada 20 orang memang sangat lamalah nak berbaris. Pastikan juga syarat umur dan ketinggian yang dibenarkan untuk satu-satu permainan, nanti ralat menunggu. Kalau nak pergi baca dulu peta interaktif KidZania, tak ralat survey dulu...
Akakni sebab masuk awal memang target pekerjaan yang mereka sukai terlebih dahulu. Syukurlah dapat semua kecuali bomba sebab masa turuntu ramai budak tadika dah berbaris. Kalau kita pergi awal targetlah pekerjaan disukai dan lepastu carilah pekerjaan yang barisannya tidak panjang. Tengok sekali bilangan boleh masuk macam Ayamas Brand 10 orang boleh masuk untuk satu sesi.. Selamat sikit masa menunggu.. Lagipun banyak pekerjaan yang ada di KidZaniani, ada 90 pekerjaan..  so jangan rugikan masa anda untuk menunggu..
9) DUIT KIDZOS

Sekarangni anak akak ada banyak duit Kidzos ditangan masing-masing. Masa sangat suntuk sebab tiga bersepuputu nak juga kerja di KPJ Emergency terus tak sempat nak BUKA AKAUN di CIMB terlebih dahulu. Khabarnya kalau duit Kidzos anak-anak lebih dari 50 Kidzos boleh buka akaun dan diberikan kad dan boleh digunakan untuk lawatan akan datang.

10) GAMBAR DARI JURUGAMBAR RASMI

Macam entry akak yang lepas pasal gambar-di-kidzania-dari-pictureaircom yang mana akak beli juga gambar dari jurugambar rasmi dia untuk kenangan diaorang di masa akan datang. Sony Lab Picture tu ada disebelah CIMB Vaultjer...

11) TIDAK BOLEH BAWA MAKANAN

Makanan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Sebelum masuk beg akan diperiksa terlebih dahulu.  Memang ada kedai yang menjual makanan disediakan. Kalau untuk kanak-kanak suruh diaorang bekerja di kedai Sushi King, Ayamas Brand, burger king, oreo, cadbury, banyak gaktu kalau sempat... Jadi anak kenyang makpun boleh tumpang sekaki...  

12) SAMBUTAN HARIJADI DI KIDZANIA

Sekadar angan-angan kosong seorang ibujerni.. Masa kami pergi ke KidZania tu ada dua sambutan harijadi yang berlaku haritu... wah-wah.. syioknyer kalau anak kitapun dapat sambut harijadi di sini. Meriah sesangat... anak yang sambut harijadi akan diarak keliling dengan kereta yang berhias, siap ada penari lagi, siap ada maskot, siap ada drumer yang mengiringi.. dah macam ratu cantik lak lambai-lambai tangan gitu..
Besday girlnya yang pakai baju merah, yang angkat tangantu staf dia...

13) KEMUDAHAN YANG ADA

Plaza Premium Lounge ~ Tingkat Dua.. emak bapak boleh berehat di sini, ada wifi...
Surau ~ Tingkat Satu.. kewajipan padaNYA kena ditunaikan...
Kedai Cenderamata ~ Tingkat Satu, boleh keluar ikut sini.. beli belah untuk kenangan.. mahal.
Tandas ~ Mestilah adakan kewajipan jugaktu..

Thursday, February 21, 2013

Peta KidZania KL (2)

Jom kita terokai dunia KidZania di tingkat atasnya pula..
1: AirAsia Flight Attendant ~Perform a cabin crew's tasks of giving safety annoucements, checking safety procedures and serving in flight meals
2: AirAsia Flight Simulator ~ Be the first officer in charge of an aircraft's take off and landing protocols. Be seated in the cabin area as passengers
3: Air Conditioning System ~ Explore the air conditioning ducts that link different areas of the city together
4: Dell™ Notebook Factory ~ Design notebook covers and assemble notebook components
5: The Globe Disco Lounge ~Explore your artistic talents by learning dancing steps. Challenge each other by playing various lounge games
6 : Urbano's House ~ Take a bubble bath, build a sand castle, play with kitchen appliances or enjoy a puppet show
7: Urbano's School ~ A venue for toddlers to play musical instruments and educational games

8: City Clock ~ Participate in the clock tower dance choreographed by the Zupervisor and performed every hour on the hour
9: SeaMaster Bottling Plant ~ Be taken through the bottling and quality control process for reverse osmosis water
10: OREO Cookie Factory ~ Be taken through the process of OREO biscuit manufacturing and packaging
11: Cadbury Chocolate Factory ~ Learn how to make actual chocolate bars
12: Games Room ~ Compete individually or as part of a team in air hockey, pool and foosball.
13: TV3, ntv7, 8TV, TV9 TV Studio ~ Participate in TV production, perform live reporting, man the camera, cue the presenter or handle the cue cards
14: Pharmaniaga Citrax Vitamin Factory ~ Learn the process of making vitamins
15: Vitagen & Marigold Milk Factory ~ Be taken through the process of cultured milk manufacturing and packaging
16 : Mini Melts Ice Cream Factory ~ Learn the process of making Mini Melts ice cream
17: Siemens Low Dase CT Scan Room ~ Experience the process of performing a computed tomography scan
18: Nursery ~ Become trained nurses to take care of infants
19: Endoscopy Room ~ Explore human internal organs through an endoscopic procedure
20: Surgery Room ~ Perform a surgical procedure to remove a tumor
Petunjuk :

warna : + kidzos

warna : - kidzos
warna : + kidzos & - kidzos

Sebelum masuk kemana tempat pekerjaan cubalah tengok kertas kenyataan seperti dibawah ini.. Kalau dilihat dari situ bermakna untuk bekerja  di TV3 boleh ada sehingga 8 orang peserta. Masa yang di ambil adalah 50 minit dan umur yang dibenarkan hanya 4 tahun ke atas. Kalau dapat selesaikan pekerjaan diberikan maka wang kidzos sebanyak 10 kidzos akan diberikan sebagai ganjaran...
Oleh itu kalaulah kita nampak yang berbaris di depan kita dah lebih dari 8 kanak-kanak maka masa menunggu memang terlalu lama.. 50 minit dan kebawah untuk yang dah ada di dalam, 50 minit lagi untuk yang berbaris.. Jadi kita kena tunggu lebih kurang sejam lebihkan... Jangan risau sebab kebanyakan tempat memakan masa lebih kurang 20 minit...

Peta KidZania KL (1)

Akak pergi ke KidZania tanpa banyak maklumat sebab hari jumaat baru akak beli tiket. Akak ambil peta ni dari :-  http://www.kidzania.com.my/the-experience/facility-map/ground-level/   untuk panduan masa akan datang. Bila bacani memang rasa ralatler pulak sebab tak survey betoi-betoi sebelum pergi.
Jom tengok aras pertama KidZania.
1: The New Straits Times Press ~ Roam the city to find news to write and publish. Deliver copies of newspaper around the city or collect for recycling
2: Job Information ~ Create your own resumes and identify suitable jobs through a special software
3: CIMB Bank Vault ~ Perform KidZos count and bundling or be in charge of the safe transport/collection of KidZos around the city
4: CIMB Bank ~ Deposit cheques, open a bank account or KidZos withdrawal. ATM machine available here
5: Marrybrown Burger Shop ~ Learn how to make your own burgers
6: Chika's Locker Fashion Boutique ~ Learn about posing and modelling on the catwalk. Perform a fashion parade on the catwalk for a fashion show
7: Sony Photo Lab ~ Learn how to take photos using digital single-lens reflex cameras. Edit and print photos taken
8: Theatre ~  Perform or watch shows at the theatre
9: Acting Academy ~ Learn acting skills and roles in a stage play. Participate in a parade alongside KidZania's carnival band
10: Urbano's Magic Shop & Studio ~ Become magicians and perform a magic show in the theatre. Learn how to perform magic tricks
11: National College ~ Undergo a course comprising lecture, test and assignment to obtain a degree that entitles you to better pay
12: Secret Agent ~ Undergo an extensive physical test to obtain accreditation as a certified secret agent of KidZania
13: 100PLUS Wall Climbing ~ Climb a 6 meter facade with different difficulty levels in a safe and entertaining manner
14: Painting School ~ Unleash your artistic talents by learning to paint using various drawing media
15: Dentist ~ Learn about dental hygiene and perform dental treatments on a patient(dummy)
16: Beauty Salon ~ Experience hair styling, facial makeover & manicure services at a beauty salon
17: Z*Mart Supermarket ~ Shop using a shopping list and cash voucher. Work as a packer or cashier at the cash counter
18: Construction Site ~ Learn the basics of brick laying in constructing a brick wall
19: Nippon Paint House Painting ~ Paint the exterior or interior wall of a residence with real paint
20: Window Washing ~ Learn window cleaning procedures while elevated on a gondola to reach different levels of the building
21: Honda Department of Motor Vehicles ~ Sit for a driving simulation test to obtain your driving license before visiting Honda Driving Streets
22: Honda Car Dealership ~ Learn the features of Honda Insight and design your own cars using software. Paint a clay model based on designs
23: BHPetrol Service Station ~ Pump petrol for the vehicles roaming around Honda Driving Streets
24: Car Wash ~ Go through the car wash area when performing activity in the Honda Driving Street
25: Auto Repair Shop ~ Explore different engine components and perform basic auto repair works
26: Honda Driving Street ~ Rent kid-sized vehicles to be driven around the circuit
27: Sushi King Sushi Bar ~ Learn how to make sushi
28: Ayam Brand Cooking School ~ Learn how to prepare a meal using a fixed recipe
29: hitz.fm Radio Station ~ Experience the thrill and excitement of becoming a radio announcer
30: The Big Flame Hotel ~ Perform fire extinguishing activity on the hotel. Register at FITTERS - Fire Station
31: TNB Energy Control Centre ~ Participate in energy control monitoring and perform energy repair works
32: FITTERS - Fire Station ~ Education on fire prevention. Perform fire extinguishing activity or rescue animal(s) after commuting in a fire truck
33: Alianz Insurance Company ~ Play the role of insurance agent to other visitors. Subscribe to insurance policies on offer
34: KPJ Emergency Room ~ Perform paramedic duties by locating and treating injured patients. Play the role of an injured patient and be treated
35: CTC Travel Agency ~Become a tour guide around KidZania. Take part in a sightseeing tour. Create a travel itinerary and brochure
36: S.O.X. Mobile Phone Zone ~ Rent cellular phones to make calls, send texts, capture photos and perform downloads within the city
37: Hoya Eye Care Centre ~ Get your eyesight tested to obtain a driver's license. Learn about eye health
38: TM Telecommunications Centre ~ Be part of the technical team replacing fiber optic cables and activating broadband connection
39: Karatz Jewellery Shop ~Learn and produce interesting accessories for themselves
40: PosLaju Courier Service ~ Deliver or collect parcels and packages to or from designated venues around the city
41: C.S.I. ~ Gather and piece together evidence at crime scene. Analyse evidence to obtain empirical data
42: Jail ~ Part of the Police Station. Used for Kidzania police activities
43: STABILO Arts & Crafts Studio ~ Participate in arts & crafts activity
44: Courthouse ~ Take part in a legal proceeding with opening statements, witness testimony, closing arguments and judgment
45: Police Station ~ Multiple tasks of clue-finding and solving mystery cases. Participate in barricading high-risk locations

Petunjuk :

warna : + kidzos (dapat duit)

warna : - kidzos (keluarkan duit)
warna : + kidzos & - kidzos (ada dapat ada kena keluarkan duit)
Perasan tak ada kertas di tampal di depan balai polistu, kena baca itu dahulu sebelum kita rasa berbaloi atau tidak untuk beratur... Pada entry peta kidzania KL (2) nanti akan akak terangkan apakah maksud yang tertera..

Gambar di KidZania dari pictureair.com

Gambar yang ada di entry ini adalah dari  http://pictureair.com/kidzania/ . Kamera memang boleh bawak di KidZania tapi masalahnya ada setengah tempat yang emak dan bapak tak boleh masuk macam di Air Asia dan KPJ Healthcare. Akak tengok harga barangan cenderamata di kedai juga agak mahal rasanya lebih elok dibeli gambar buat kenangan.. Harga boleh tahan mahalnya satu keping berharga RM20 dan kalau beli 3 keping RM50 (untuk satu kanak-kanak). Maksudnya kalau anak kita masuk 3 orang dan nak harga RM50tu bukanlah boleh berkongsi untuk semua orang , 3 keping untuk satu orang kanak-kanak. (3 pieces/children).
Perkongsian maklumat : kalau kita pergi sessi pagi pada hari minggu belilah gambar sebelum pukul 2.00 petang untuk  mendapatkan harga diskaun. Tak silap 3 kepingtu RM45 dan RM18 sekeping. Sessi pagi dan hari minggu sahaja tau ada diskaunni...
Ada bakat jugak budak dua orangni... 
Atikah .. you can fly... 
Azalia, pilot yang suka peace... 
Naufal kalau pakai seluar panjang dah macam pilot bebetul... 
Atikah nurse yang sangat baik hati...
menyesal lak tak beli gambar dik Ya jadi nurse...

I am a KidZanian

Selamat Pagi kawan-kawan dan adik-adik akak semuanya.
Sudah bersedia untuk terbang ke alam fantasi.
Pasangkan talipinggang anda, pesawat sedia untuk berlepas...
Perkara pertama yang kami buat ialah tunaikan cek yang diberikan.
Setiap kanak-kanak dapat 50 kidzos (nilai duit di KidZania),
boleh digunakan untuk memohon pekerjaan yang memerlukan duit.
Kalau nak duit kena cari pekerjaan yang memberikan duit.
Menerusi pembacaan di blog dan juga kawan-kawan yang pernah pergi,
pekerjaan yang hangat ialah di Air Asia, KPJ Healthcare dan ahli bomba.
Gambar di bawah adalah turutan pekerjaan yang sempat dilakukan
oleh Atikah, Azalia dan Naufal masa di KidZania.
I am a KidZanian!!! yeah.. yeah...  

1) AIR ASIA...
Khabarnya pekerjaan termahal di sini adalah di Air Asia.
Akakpun terlupa nak semak betoi ataupun tidak.
Tapi kalau tengo rancanganTV kanak-kanak pergi ke KidZania,
yang paling segak dan bergaya ialah pekerjaan di Air Asia.
Kiranya ibu yang lebih nak tengok anak-anak pakai baju pilot..
Masalahnya emak bapak tak boleh masuk, gambar
di Air Asiani memang akak belilah.. 
Tengok anak ibu yang paling depan, belum pukul 10.00pagi dah beratur...
Tiga orang budakni dapat pekerjaan di AirAsia Flight Simulator  ..
Di sini ada pekerjaan lain iaitu  AirAsia Flight Attendant .

2) KPJ Healthcare
Semasa akak tanya Naufal pekerjaan apakah yang ingin dia buat.
Jawapannya ialah nak bedah orang.
Jadi lepas habis kerja di Air Asia terus diaorang beratur di KPJ Healthcare.
Naufal memilih pekerjaan di Surgery Room ,
Atikah dan Azalia pula lebih kewanitaan nak kerja di Nursery  sebagai jururawat.
Naufal di Surgery Room sedang melakukan pembedahan membuang tumor.
Pekerjaan ini nampak dari luar dan boleh ambik gambar...
Anak akak memilih menjadi jururawat, baju pink gitu..
Jururawat adalah pekerjaan mulia, sangat berterima kasih kepada mereka..  
Dik Ya dan Akak yang tekun mendengar penerangan.
Yang tak bestnyer ialah bilik Nursery  ni jauh sikit nak ambik gambar susah sikit..
Di KPJ Healthcare ada 3 pekerjaan yang boleh dilakukan. Dua perkerjaan itu telah dicuba oleh Atikah, Azalia dan Naufal. Akan datang mungkin boleh di cuba pekerjaan yang ini pula.
3) TV3, NTV7,8TV & TV9 TV Studio
Studio TV3ni terletak di aras yang sama dengan dua pekerjaan tadi terus kami ke sini..
Dik Ya terpaksa duduk di belakang tabirjer sebab kurang lancar lagi membaca.
Atikah dan Naufal pula dapat menjadi pembaca Buletin Utama.
Untuk Dik Ya hanya sebagai krew belakang tabir.. 
Kalau nak merasa baca berita di TV3 jom  datang ke KidZania.

Kata sepupu husband macam Cristine Ling dan Mahathir Lokman.. cayalah..
4) Z*Mart Supermarket
Sekarang kami bersedia untuk turun ke tingkat bawah,
mula nak jadi ahli bomba tapi satu tadika dah menguasainya.
Jadi budak-budakni kata nak kerja di  Z*Mart Supermarket
Layankanjer walaupun rasa macam tak bestjer..
Naufal dan Atikah dipilih menjadi cashier..
Dik Ya sebagai pelanggan...
Cashiertu tak tau umur berapa tapi diapun main sama.
Masa kerja nurse tadipun dia sama dengan anak-anak akak..
5) Construction Site
Sebelah Z*Mart ada Construction Site, Nippon Paint House Painting  dan Window Washing.
Oleh kerana ketinggian dik Ya kurang dari 130cm dapatlah dia kerja di Construction Site.

Nampak macam pekerja kontrak yang diimport dari seberang sedia berkhidmat
menyusun batu bata..

6) WINDOW WASHING
Pekerjaan yang sangat mencabar tau, tapi pengalaman yang indah..
tak senang nak  naik forklift(betoiker??) , kena cuci betoi-betoi tau.. 
Menjadi pencuci tingkap bangunanpun ada.
Suami akak mulalah cerita dia pernah kerja cuci tingkap di Dayabumi masa bujang...

7) BHPetrol Service Station
Jom kita merasa jadi jurupam di stesyen minyak pulakler..
Ingatkan nak sangat main kereta di sini rupanya ada syarat sebelum boleh memandu.
Staftu suruh akak tanya di Honda bersebelahan dengan BHPetrol.
Antara syaratnya ialah ambil lesen di Honda dan kena buat ujian mata terlebih dahulu.
(Target : Next Visit Insyaallah.. ha.. ha.. ibu yang lebih)
Tengoklah mat Bangla tengah isi minyak,
Budak yang naik keretatu dah ada lesen memandulertu...
Ala comel-comel sesangatler pekerjani...

8)AYAM BRAND COOKING SCHOOL
Ikutkan hati Naufal dia nak belajar buat sushi di Sushi King Sushi Bar,
katanya nak bawak balik bagi kat emak dia. Sweetkan..
Tapi masa kami datang tengok ada 5 orang dah siap beratur.
Menurut staftu kalau nak tunggu mungkin ambil masa lebih kurang setengah jam.
Tenogk Ayam Brandtu masih ada ruang kamipun beratur di situ..

Kami bakal chef yang hebat.. hebatlah sangat.
Padahal  belajar buat sandwic tunajer di Ayam Brand Cooking School

9)TM Telecommunications Centre
Lepas keluar dari Ayam Brand dan dapat sandwich tuna
3 orang budakni terus bekerja di Telekom pulak..

Bekerja di TM, kusyuk anak-anak mendengar penerangan... 
Siap sedia untuk memeriksa talian unifi yang bermasalah..

10) POLICE STATION
Inilah kerja pilihan Atikah, menjadi polis. SEDIA BERKHIDMAT...

Polis baru nak memulakan rondaan.
Kapten Atikah sebagai pegawai penyiasat...
Masani akak ingat dah habis tugas,  
rupanya diaorang kena pusing lagi sebab tak jumpa lokasi..

11) CIMB Bank Vault
Merasalah anak ibu masuk bilik kebal Bank, tentulah  banyak duitkan.
Pekerja diminta untuk menghantar duit ke premis seperti diminta.
Lepas dah hantar duit kena mintak tandatangan penerima..

Masani hantar duit ke Urbano's Magic Shop & Studio.
Comel sesangatler anak akakni untuk jadi seorang messenger...

Sebenarnya ada lagi dua pekerjaan yang tak sempat nak diambil gambar.. Budakbudakni sempat buat resume di  12)  Job Information dan  13) KPJ Emergency Room.  Sebenarnya masa budak-budakni buat  dua kerjani kami sibuk memillih gambar di Sony. Naufal teringin nak naik ambulan di KPJ Emergency Room  tapi mungkin waktu dah suntuk hanya jadi doktor di wad kecemasan.. oklahtu..
Sekianlah sudah cerita pekerjaan kami di KidZania. Menyusul nanti akak nak tunjukkan peta KidZania untuk rujukan di masa akan datang..  Insyaallah... 

Nuffnang oh Nuffnang