Nuffnang saya

Followers

Thursday, January 31, 2013

Count Adam's Book Giveaway

Entry melekat  ~ entry baru ada di bawah...

Gigih akak nak menjoinkan diri Giveaway yang dianjurkan oleh Life As Mama Liza . Ikutkan akakni memang jarang atau mungkin hanya pernah sekalijer join giveawayni. Tak tahupun caranya tapi demi sahabat yang selalu berkunjung ke blog akakni, akak gagahkan diri ini..

JoM join Count Adam's Book Giveaway ini di  :- lizayati.blogspot.com @ nak-tupperware-one-touch-percuma-tak . Tarikh tutup ialah :-  31 Januari sebelum detik 12 malam... 

Ni syarat-syarat penyertaan :

1.Follow lizayati.blogspot.com ~ Ini dah follow.. DONE

2.Buat satu entri bertajuk Count Adam's Books Giveaway dan letakkan banner GA di atas. *backlink ke sini yer* ~ ni akak tak tahu nak backlink kan.. aci tak akak letak bawah gambar.. DONE

3.Kira bilangan buku kepunyaan Adam di atas rak buku tersebut. Pastikan hanya buku Adam, bukan buku mama atau ayah Adam. :) ~ Gigih gak mengira...  DONE

4.Hantarkan jawapan anda di kotak komen >lizayati.blogspot.com @ nak-tupperware-one-touch-percuma-tak beserta url entri yang telah anda buat. DONE

Kiranya akak dah lakukan hanya untuk Life As Mama Liza  . Jomler kita beramai-ramai join Giveaway Mama Liza, hadiah menariktu......

Selamat Hari Wilayah

Esok akak cuti sempena sambutan Hari Wilayah...
Akakni kerja di Selangor tapi cuti ikut Wilayah Persekutuan..
Di sini tak rasa sangat dulu akak kerja di Perak
memang sangat terasa..
Cuti negeri Perak kita kerja
cuti Wilayah kita cuti.. bosan...
Rancangan nak balik kampung
nak tengok bapak akak ...
Anak akak sekolah, ingat nak bawak Azalia sahaja..
Kalau balik sorang cam tak seronok...
Gambar ambil dari http://www.smecorp.gov.my

Majlis Maulidur Rasul Tadika dan Sekolah

Azalia dah sibuk suruh akak carikan baju kurung dia seminggu sebelum sambutan Majlis Maulidur Rasul di Genius Aulad. Seronok sesangat dia menghafal lagu Raihan bertajuk Ya Nabi Salamun Alaika . Katanya ada pertandingan dengan kelas yang lain. Atikah pulak baru bagitahu akak yang dia juga kena pakai baju kurung sebelum cuti Maulidur Rasul. Oh kebetulan sambutan Majlis Maulidur Rasul mereka berlangsung sehari selepas Hari Maulidur Rasul.
 
Akak ambil cuti hari jumaat untuk dapat cuti sambung-sambung selama 5 hari. Dia mintak juga akak hantarkan dia pergi tadika tapi sebab tak sempat akak kata balik nantilah ibu amek adik tau..Gambar dia sebelum naik van..
Azalia mula bertudung pada hari kedua tadika,
sebelum ini dia memang tak nak pakai tudung..
Malas nak bergambar katanya....
 
 
Masa harinilah akak dapat panggilan adik akak dikampung yang bapak akak dalam perjalanan ke Hospital Seri Manjung. Keadaan kesihatan bapak akak kurang baik dan dimasukkan wad. Jiwa kacau tapi nak balik kampung masatu juga tak boleh sebab Atikah nak sekolah petangtu. Lagipun adik akak keadaan bapak akak dalam kawalan cuma dia demam disebabkan oleh bisulnya itu.. Seperti dijanji akak ambil Azalia balik dari tadika dan budak dua orangni mintak makan di Pizza Hut.. 
Tengoklah Azalia dah tak buang tudung dia...
 
Nak mintak maaf pada Atikah sebab bila akak dah kelam kabut sampai akak terlupalah nak ambil gambar Atikah berbaju kurung. Walhal akak hantar dan ambil dia dari sekolah. Malah masa ambil dia balik dari sekolahtu majlis penyampaian hadiah untuk peserta pakaian beragam tengah dijalankan. Memang bergaya sungguh pesertanya, siap macam-macam gayanya. Pemenang untuk darjah 3 memang sangat vogue gitu, pakai turban ala Yuna( kata dik Ya)... Meriah juga majlis Maulidur Rasul di SKS1 Bandar Kinrarani rupanya. Atikah tak habis merungut sebab tak dapat masuk pertandingan, kelakar kita orang.. Inilah antara catatan kenangan Atikah dan Azalia....

Pengangkutan Atikah ke sekolah

Atikah bersekolah sebulanpun tapi masih lagi nak bercerita pasal pengangkutan dia. Mulanya akak tidaklah berfikir sangat pasal macamana Atikah nak pergi ke sekolah. Masatu yang bermain difikiran akak hanyalah nak menghantar Atikah ke transit terlebih dahulu. Setelah jumpa transit barulah akak nak bertanya pasal pengangkutan dia. Akak call juga dengan dua tiga orang dan akhirnya bersetuju untuk mengunakan perkhidmatan van diusahakan oleh Ridzuan. Nasiblah dia sudi nak ambil Atikah di rumah dan hantarkan baju ke transit dan terus hantar ke sekolah agama. Petangnya dia ambil dari transit dan terus hantar balik rumah. Kononnya tapi sebab transit dibatalkan maka senanglah kerja Ridzuan yang bawak vantu..
 
Syukur selama sebulan menggunakan perkhidmatan van ini rasanya akak membuat pilihan yang tepat. Dia sangat menepati masa dan akak memang tiada masalah tentang itu. Bayaran dikenakanpun sangat berpatutan. Untuk dua sekolah bayaran dikenakan adalah bersamaan dengan van digunakan Azalia untuk ke Genius Aulad.
 
Atikah merungut jugalah maalumlah masa ke Genius Aulad vannya ada aircond. Ini kalau jalan jem panaslah jugak dia kat dalamtu. Dulu masa van Genius Aulad memang pemandu akan menghantar diaorang sampai rumah, tolong buka dan tutup pintu van. Kalau hujan pulak berpayung sampai dalam rumah... Itu lain Atikah, sekarang lain bersyukurlah wahai anak...
 
Akak tetap bersyukur kesudian Ridzuan untuk ambil Atikah di rumah pada waktu tengahari untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan.  Kalau waktu pagi akak tak risau sangat sebab ada jiran akak berniaga nasi lemak tapi kalau tengahari selalunya sunyi. Suri rumahpun sibuk memasak didapurkan, dan syukur Alhamdulillah Allah permudahkan urusan persekolahan Atikah..
Wahai anak jadilah insan yang bersyukur....
Ada orang lain yang lebih tidak bernasib baik dari Atikah tau...

Wednesday, January 30, 2013

Beg sekolah oh beg sekolah

Beg Sekolah Atikah dah tak boleh guna lagi... Sungguh tak berkualiti beg sekolah sekarang ini. Masalahnya beg ini hancur sebelum dapat buku teks yang banyaktu. Dia tak bawakpun buku banyak sebab jadual waktupun belum dapat lagi. Nasiblah murah begtu, kot idak... Hari ini hari rabu kena kurang membebel tengoklah gambar beg di bawah..
Tengok macam cantik..  
Inilah masalahnya zip tak boleh nak tutup  

Terus google gambar beg kenangan akak sekolah zaman dulu, terjumpa lak tu satu gambarni memang macam beg akak sekolah dulu. Akak sekolah dulu tahun 70-an.. dapat bawak begni kembang hidung... Terima kasih google yang menemukan akak gambar beg sekolah ini...
Warna begpun sama merah..
Camner best tak!! mampoih anak akak tak nak pakai..

Wordless Wednesday ~ Spidergirl

Tak nak cerita banyak
Jom tengok Spidergirl
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Anak ibu yang suka memanjat...
Hobi kalau balik kampung.... 

Tuesday, January 29, 2013

Semoga inilah yang terbaik

Terima kasih atas doa sahabat-sahabat blog akak...
Syukur punya sahabat di sini...
Menurut maklumat akhir dari adik akak
Bapak akak akan dibedah untuk membuang nanah bisulnya..
Risikonya ialah bapak akak ada kencing manis...
Apapun semoga keputusan ini terbaik untuk apak...
Akak sebagai seorang anak rasa sangat teringin
berada di sisi dia, bagi kata semangat pada dia,
namun apalah daya hanya mampu berdoa...
memohon Allah melindunginya...
Kalau boleh terbang, sudah pasti akak terbang...
Gambar dari pencarian di Google...

Semoga cepat sembuh

Semoga apak cepat sembuh...
Doakanlah bapak akak cepat sembuh
Bapak akak dimasukkan ke wad Hospital Seri Manjung pada 25/1 yang lepas
Semalam masa tinggalkan dia rasa sangat sayu... rasa macam tak nak balik sini
Mood hari ini.. teringat-ingat apak
Moga apak kuatkan semangat menempuh ujianNya...

Bapak akak dimasukkan wad sebab ada bisul
masalahnya bisultu tak bermata lagi,
hanya ada bengkak
Disebabkan bengkaktu badan rasa tak sihat...
bila usia kita makin tua memanglah
sakit sedikitpun mengundang banyak masalah.
Bapak akak pula memang sudah ada penyakit,
darah tinggi, kencing manis..
Ya Allah berikan kesembuhan kepada apak kesayanganku...
Harini nak melawat blog kengkawan.. hilangkan rasa sayu ini...

Sunday, January 27, 2013

Limau Mandarin

Chinese New Year dah nak sampai...
Tengok limau mandarin dah berlambak di pasaran....
Orang kata limau mandarinni pun boleh sebabkan batuk..
Alasan akak tak tahu ler tapi dengarnya
baja yang digunakan agak kuat..
Maalumlah nak bagi buahni boleh digunakan untuk CNYkan..
Entahlah tapi apa bendapun kalau makan banyak sangat memang mudarat..
Jadi makanlah secara berhemah....
Limau yang dah habis akak telan....


Saturday, January 26, 2013

Cinta Gila Cerekarama TV3

Cinta Gila adalah cerekarama TV3 malam minggu lepas. Mencari cinta sampai kena jadi orang gila.. Teruk bebenolerkan.. Padahal Allah sudah memberikan akal untuk kita berfikir, buat apalah sampai jadi cam gitu. Ini cuma cerita jadi tolong jangan ikutler yerk...
 
Bukanlah jalan ceritatu yang akak nak ceritakan tapi tertarik kepada lokasi pengambaran. Universiti Utara Malaysia ~ tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja. Walaupun akak tidak menyimpan banyak kenangan manis di sini namun tetap pernah mencatat memori dalam hidup. Paling tak boleh lupa ialah kenangan masa tahun 1 di UUM.
 
Masa akak hantar borang permohonantu akak tak berapa tahu pasal UUM. Masa pertama kali jejakkan kaki ke sini terkedu akak, Universitikerni!!!! Masa akak sampai Changlon (pekan terdekat) dah rasa jauh rupanya kena masuk lagi ke dalam.. Ouchhhh, memang hujung dunia rupanya. Dahler masatu pukul 2.00 pagi gitu, memang seram weh hutan tebaltu. Rasa cam nak patah balik, tak nak masuk U ler baik keje kat Ipoh lagi best..
 
Untuk pengetahuan batch akak adalah generasi pertama UUM Sintok, maka segala kemudahan adalah amat terhad. Masatu kolej kediaman ataupun kampus banyak tak siap, memang menakutkan sebab kena lalu tapak pembinaan. Allah memang maha melindung sebab kebarangkalian untuk jadi apa-apatu memang senang. Kadang-kadang kita lak tumpang beli air di gerai jualan yang mereka bina hanya untuk kegunaan pekerja binaan... Sudahlah masatu pengangkutan yang tidak mencukupi terpaksalah kami berjalan kaki ke kampus. Jauh jugalah boleh haus tapak kasut dibuatnya.. Setakat jatuh lubang kecil-keciltu macam dah biasa..
 
Tapi masatu akak rasa seronokjer tak tahu rasa nak memberontak. Bahagiajer pergi mandi air tasik yang keruhtu sebab air takder berminggu lamanya. Setakat bawak baldi cari air kolej orangtu perkara biasalahkan. Memang merindui saat itu, betapa tabahnya kami waktu itu.. Kalaulah akak blogger masatu alangkah seronoknya setiap hari sudah pasti ada catatan yang terukir. Sudah pasti kenangan itu tidak luput dengan peredaran masa...
Dewan Muadzam Shah yang menjadi saksi. Gambar ambil dari blog ini :-http://mawarrodiah.blogspot.com/
 
Antara tempat yang masuk dalam wish list akak tahun 2013, nak melawat UUM. Nak tunjuk pada anak-anak tempat ibu dia belajar... Dan sebenarnya UUM adalah tempat untuk orang yang suka bergambar, sebab banyak pemandangan yang cantik. Itu masa UUM baru  bukak, sekarangni mesti UUM dah bertambah cantik berseri-seri. Dewan inipun dah berubah, landskap yang cantik... 

Thursday, January 24, 2013

Jadual cuti sekolah 2013

Hari ini cutikan... so kemasler mana yang patut .. kalau window shoppingpun bestni, gaji dah masuk... Nak cerita pasal jadual cuti sekolah 2013 ini...Kalau sebelumni akak tak pernah ambil kisahpun pasal cuti sekolah.. tahunni kena ambil tahu... Tapi tuler pasal dah nak habispun bulan Januari barulah akak teringin nak tahu jadual cuti sekolah tahun 2013 ini. Itupun sebab akak tengah berangan nak bercuti-cuti Malaysia. Berangan dulu, suami tak tahupun nanti bila kena reject baruler sedih... 
Kalendar KFC ni budak-budakni punya ...

Penting tengok cuti umum dan cuti sekolah..
barulah boleh merancang cuti manalah tahu boleh cuti-cuti Malaysia..
Ataupun Every One Can Fly kan...
Ambil dari sini kalendar ini : http://www.malaysia-students.com

Kalau ikutkan jadual yang sumbernya dari Kementerian Pelajaran cuti sekolah adalah seperti berikut :-

1) Mac : 23/03 hingga 31/03
2) Mei :  25/05 hingga 09/06
3) Ogos : 07/08 hingga 18/08 (ni akak dah block leave)
4) Hujung Tahun : 16/11 hingga 01/01

Ini pula maklumat yang akak dapat dari http://www.moe.gov.my/ katanya :-
  Pindaan Tarikh Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2013
16 January 2013
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun 2013, daripada hari Sabtu, 26 Januari 2013 kepada hari Sabtu, 9 Mac 2013. Sila rujuk Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 1 2013 untuk maklumat lanjut.
Ehm baru nak faham sikit-sikit guna laman web http://www.moe.gov.my/ .

Wednesday, January 23, 2013

Sayang Rasulullah

Besok kita cuti... sempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW...
Semoga cuti ini memberikan manfaat kepada kita...
Akak juga akan bercuti pada hari Jumaat..
Nampaknya cuti panjanglah akak ..
tak best tak boleh balik kampung sebab Atikah dah sekolah...
Sesungguhnya selawat yang kamu ucapkan akan sampai kepadaku"
(Riwayat Abu Daud)
Majlis sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat kebangsaan adalah seperti maklumat di atas.. maklumat lanjut boleh di dapati :- http://www.islam.gov.my .

Wordless Wednesday 23012013

Pengenalan percutian kami.. biarlah gambar menceritakan segalanya...
Jauh berjalan luas pemandangan
Cantik pemandangan di sinikan...
Tak sangka kita boleh sampai sini....
Ha.. ha tak tahu tak baik tipu orang...
kami ambik gambar depan kedai beg jer.....
Kamini manalah mampu nak pergi tempat sebegini... 

Tuesday, January 22, 2013

Atikah 1 INTAN SKS1 Bandar Kinrara

Hari ini Atikah masuk ke kelas baru 1 Intan...
TAHNIAH untuk Atikah walaupun tidak dapat masuk kelas yang terbaik..
Walaupun ibu mengharapkan Atikah dapat masuk kelas 1 Mutiara,
namun ibu tahu Atikah dah buat apa yang terdaya...
Ayat poyo dari seorang ibu... suami akak kalau baca blogni mesti dia mencebik..
Suami akak kata "alah baru darjah satu kot"
 
PESAN IBU :-
Belajarlah sebaik mungkin, timbalah ilmu sebanyaknya..
Janganlah sia-siakan peluang untuk belajar ini..
Tidak semua orang dapat peluang untuk belajar..
Ilmulah harta yang ada nanti kerana
ibumu ini tidak ada harta yang banyak untuk ditinggalkan...
Ibu hanya mampu berdoa moga
Allah akan memberikan kesenangan untuk
Atikah dalam mencapai sesuatu impian...
SELAMAT BERJAYA....
Selamat tinggal kelas 1 Berlian...
(1 Berlianni kelas sementara sebelum ujian penentuan kelas)
Paling best ialah kawan baik dia sejak masuk sekolah
iaitu Dalili juga akan bersama dia di Kelas 1 Intan...
Syukur Alhamdulillah, adalah kelebihannyatu...  
ps : thanks Ema bagitau akak...

Pesaing Daiso

Pernah tengok kedai Dollars & Cents tak?
Pesaing Daiso ini akak jumpa di Festival City, Setapak
Pesaing Daiso!!! Oh sebab harganya RM5 setiap barang
Tapi dari segi pilihan barang tentulah Daiso masih best
Yang penting kita ada pilihankan...
Jom tengok facebook Dollars & Cents :- http://www.facebook.com/dollarsandcentsonline
Gambar depan kedai...
Semuapun RM5

Perancangan Allah yang sempurna

Terima kasih atas pandangan kawan-kawan yang rasanya sama dengan pandangan akak.. Nak cerita sepatutnya hari ini akak duduk diam-diam di TNB Bandar Baru Bangi. Ingatkan tak bolehler akak nak berblog walking.. Rupanya perancangan yang diatur rapi itu tidak diizinkan oleh Allah. Jadi dapatlah akak membaca cerita kawan-kawan dan adik semua..
 
Begitulah kejadiannya walau selengkap manapun perancangan kita. perancangan Allah lah yang sempurna.. Namun tidak bermakna kita terus mengharapkan takdir menentukan segalanya. Teruskan membuat persiapan kerana tanpa persiapan yang rapi sudah pastilah kejayaan tidak mungkin dicapai...  

Monday, January 21, 2013

Darjah satu dan tuisyen

Darjah satu dan tuisyen!!!
Adakah perlu anak kita yang darjah satu pergi tuisyen?
Ingin mendengar pendapat kawan-kawan yang dihormati..
Ikutkan akak teringinjer nak hantar...
Tapi bab masa yang menjadi masalah..
Hari sekolah akak tengok Atikah macam tercunggap-cunggap..
Mungkin belum dapat biasakan dirinya lagi..
 
Keinginan akak sekarang ialah nak hantar
Atikah dan Azalia ke kelas Matematik.
Tapi akak tak nakler kelastu ikut kurikulum.
Cuma kelas matematik biasa yang bagi budak-budak asas kenal matematik...
 
Ramai tak orang kita yang hantar anak dia tuisyen masa darjah satu?
Kawan akak yang anak dia baru 5 tahun dah pergi tuisyen..
bukan subjek tunggal tapi macam-macam subjek.
Belum lagi aktiviti berenang, melukis, muzik dan lain-lain.
Bukan orang kitalahkan..
Dapat flyer ni masa hari daftarkan anak sekolah haritu...  

Katakan TIDAK untuk minuman berais

Hari pertama hidupku tanpa ais.
Akak bukanlah pengemar minuman berais sebenarnya dulu.
Kemungkinan sebab cuaca semakin hari semakin panas dan hangat..
Alasan untuk membenarkan sesuatukan...
 
Akakpun tiada alasan logik kenapa kena berhenti minum ais.
Yang pertama kerana akak keadaan batuk akak yang berpanjangan...
Batukni tak mahu berhenti, doktor tanya minum ais tak..
Ehm minumler doktor, berhentilah nanti tak batuk lagi..
Sesenang itujer doktor cakap, tapi kitaniler benda sedapkan payah nak tinggalkan..
 
Setelah berfikir panjang, panjanglah sangat akak rasa
sudah sampai masanya akak kena mulakan balik
hidup akak tanpa ais.. semuanya minuman panas..
Sebenarnya akakpun tidaklah mengetahui dari segi
saintifiknya keburukan minuman berais ini..
 
Dari pengalaman akaklerkan masatu muka akak teruk jerawat...
Masatu mudakan memang jerawatlah masalah utama.
Jumpa doktor kulit, antara pesannya ialah
jangan minum minuman berais.
Penerangannya akak dah tak berapa ,
tapi rasanya masa akak dengartu terus tak nak minum ais...
 
Lepastu jumpa doktor untuk kuruskan badan,
masih lagi memberikan alasan tak boleh  minum ais...
Alasannya logik juga...


Kalau bulan puasa juga akak memang
elak dari minum ais.. sebab badan akan rasa lesu..
tapi tuler tengok orang minum okjer,
kitapun rasa macam okler kot...
 
Ikutkan mama Maya yang jaga Azalia masa kecil.
keluarga dia memang jarang sekali  minum ais.
Salah satu sebab ialah anak-anak dia memang suka menyanyi.
Tengok badan mama Maya dan anak-anak memang slim..
 
Jadi dengan semangat waja akak isyhtiharkan
perang pada ais selama seminggu dahulu..
Ha.. ha... seminggujer ker..
Cho Zila oh Cho Zila...

Tahniah Jozan dan Danainfra dilanjutkan

Akak nak ucapkan tahniah kepada JOZAN yang menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2. Memang rezeki diaoranglah dapat duit yang banyak 1/2 juta atau RM500,000.00. Siapa kata pelawak tak boleh kaya!!! Kalau bekerja keras dan buat yang terbaik semuanya akan menjadi kenyataan. Kita juga boleh BERJAYA kalau kita bekerja keras, motivasi untuk diri sendiri di pagi isnin ini...
Semangat Johantu yang akak kagum..
teringat dulu ada sorang budakni asyik MCjer
sakitnya sikit tapi auta jer lebih..
keje tak nak bila bonus kurang marah-marah..
Kalau nak berjaya kena jadi macamni
sakit tapi kerja adalah tanggungjawab... 
Untuk malam Maharaja Lawak Mega 2 sebenarnya akak suka dengan Boboi. Mungkin akak tak tengok sangat Maharaja Lawak yang sebelum ini jadi kalau diberikan pilihan malamtu akak sukakan Boboi terutamanya masa Yuna mencari pengganti tu.. Bukan rezeki Boboikan tapi yang penting akak tahu Afdlin adalah orang yang berusaha keras begitu juga dengan Nabil. Mesti mereka juga berjaya..  

Akak nak mencelah juga yang tarikh tutup Sukuk DanaInfra Nasional telah dilanjutkan kepada 25hb Januari ini. Masih ada masa lagi untuk kita memohonnya..
KUALA LUMPUR, 18 January 2013: DanaInfra Nasional Berhad (DINB), a wholly-owned subsidiary of Minister of Finance, Incorporated will extend the offer period for its Exchange Traded Bonds and Sukuk (ETBS) or DanaInfra Retail Sukuk to another week to close on 25 January 2013.
GAMBAR : Hasil carian Google, ~ Berita Harian ~

Friday, January 18, 2013

Selamat Berehat di hujung minggu

Teramat ingin berehat cuti dua hari ini ..
Tapi tak bolehler gamaknya...
Sebab setiap hujung selama beberapa bulan ini tidak duduk rumah..
Jadinya hujung minggu ini kena kemas rumah...
Berkemas.. berkemas.. berkemas....
Gambar dari Google..

Popeyes di Living Social

Menunaikan voucher yang dibeli dari livingsocial .
Pergi Sunway Pyramid waktu lunch dengan Hisham budak baik..
Tak selalu  makan di sini tapi
tengok harganya di livingsocial rasa macam berbaloi.
Tanya Hisham memang jadilah mun dah "hantu" ayam..

Akak terlupa bawak kamera hanya guna handphone
Ok pulak gambarnya sebab dulu kamera handphoneni
macam dah rosak, berhajat gak nak beli baru konon..
Kalau macamni tak jadilah, pakailah sampai hancur...
Selamat datan ke Lousiana Kitchen ~ Popeyes Sunway Pyramid
Inilah hidangan kami haritu..
ada dua nasi ayam, mashed potato, coleslow, biskut,
ayam, udang dan ikan salut tepung,
ada 3 gelas air bikarbonat saiz besar...
ehm kenyang...
Inilah ayam yang kami tertipu
ingatkan ayam goreng yang biasa...
rupanya ayam tak bertulangtu...

Thursday, January 17, 2013

Jom melabur dalam sukuk dana infra

Macam entry danainfra-nasional-terbit-sukuk-rm6b yang lepas, akak cuma nak ringkaskan sahaja bagi paham sikit... Maalumler kalau baca yang panjangtu akakpun pening lalat. Danainfra ini adalah sukuk pertama yang dibuka untuk orang awam.
 
Maksud sukuk ambil dari Utusan Malaysia :
Istilah sukuk atau juga dikenali sebagai bon Islam. Sukuk didefinisikan sebagai sijil bernilai sama yang merupakan bukti kepemilikan yang tidak dibahagikan atas suatu aset, hak manfaat dan jasa-jasa atau kepemilikan atas projek atau kegiatan pelaburan tertentu. 

Kegunaan Dana : Membiayai perbelanjaan modal dan operasi projek MRT
Nilai muka : RM100 setiap unit
Tarikh matang : Ulangtahun ke 10 tarikh terbitan
Kekerapan bayaran kupon dan keuntungan : Dua kali setahun
Penyenaraian : Bursa Malaysia dibawah papan " Pinjaman dan Bond"
Jumlah Minimum : Langganan minimum sebanyak 10 unit atau  RM1,000
Jumlah Maksimum : tiada had.
Insentif Cukai : Dikecualikan cukai
Cara Permohonan : 1) di ATM atau internet banking ~ Maybank, RHB, CIMB dan AMB dan ke 2) menerusi borang permohonan.
Tempoh Tawaran  : 8hb Januari hingga 18hb Januari
Tarikh Terbitan di Bursa : 8hb Februari
PENTING : Dijamin oleh Kerajaan dan mengikut prinsip syariah. 

Boleh juga tengok di laman web   BURSA MALAYSIA  dan Knowledge pack DanaInfra  untuk maklumat lanjut...
Bercerita tentang Pengiraan kadar keuntungannya pula cara pengiraannya yang akak baca dari Knowledge pack DanaInfra ...

Bayaran Kupon atau Keuntungan = KADAR KEUNTUNGAN(KK) X NILAI MUKA (NM) X (TEMPOH PEGANGAN / 365 HARI)

Andaian :- KK = 3.74% setahun dan NM = RM1000

Pengiraannya :-

3.74% X RM1000 X (365/365) = RM37.40

Oleh kerana bayaran kupon dua kali setahun :

37.40 dibahagikan dengan (182hari/365hari) = RM18.65 @

3.74% X RM1000 X (182/365) = RM18.65
 
Kadar minimum seperti yang disebut sebelum ini  iaitu 3.70%  itu adalah lebih tinggi berbanding pulangan simpanan tetap dan Sekuriti Kerajaan Malaysia. Malah kalau sebelum ini bond ataupun sukuk adalah pelaburan orang kaya kini kitapun dah boleh..
 
Kepada yang berminat untuk melabur dalam sukuk danainfra ini bolehlah mendapatkannya di Bank yang berkenaan kerana tawaran itu akan tamat hari ini.... Semoga dengan adanya sukuk ini akan memberikan orang ramai pilihan pelaburan yang pelbagai dari hanya memberikan tumpuan kepada dua atau tiga cara pelaburan.. SELAMAT MELABUR...

Seri Iskandar Perak semakin membangun

Amboi.. amboi... Seri Iskandar sekarang semakin membangu. Masa akak ulang alik Bota - Ipoh dulu-dulu Seri Iskandarni cuma ada Taman Maju, Pejabat Daerah, dan sikit-sikitler yang lain. Memang takder apa-apalah di sini. Masatu ada cawangan Universiti Sains Malaysia yang sekarang dah diambil alih oleh Universiti Petronas juga budak Sekolah Agama Tun Azlan Shah. Akak kata mati kutulah budak-budakni paling dekat nak pergi ialah pekan Ipoh dan Batu Gajah, takkan nak pergi pekan Bota yang sunyitu..
Tapi sekarang dah boleh tahanlah, banyak perubahannya. Kini dah ada Tesco. Bangunan kedaipun dah banyak yang naik. Seronoklah sikit kalau nak ke Seri Iskandar nanti. Selalunya orang kampung akak tak pergi Seri Iskandar, pekan kami adalah Ayer Tawar ataupun Sitiawan. Malah sampai sekarangpun bapak akak kalau kita kata pergilah Seri Iskandar, isyh tak biasalah Ayer Tawartu semua ada. Lagipun dia kata tak biasalah, orang kampung memang gitu tahap kesetiaan dia kuat. Sebabtu kalau tokei kedai pandai amek hati, walaupun jual mahal sikit orang kampung macam bapak akak akan beli. Kita kata kat dia kedai Ah Chaitu jugal mahaller apak, dia kata isyh senang kalau beli ngan Ah Chai, apa-apa boleh tanya dia balik.. ehmmmm betulller jugak kot...  
Ambil dari Wikipedia

Bandar Baru Seri Iskandar diambil daripada nama Sultan Perak yang bernama Sultan Iskandar Shah. Sultan ini cukup termasyhur di kalangan penduduk negeri Perak kerana begitu prihatin dengan nasib rakyat sebelum Perang Dunia II. Ramai orang tua-tua terutama di Hilir Perak menyebut-nyebut tentang sultan Perak ini. Mereka menyebutnya sebagai "Sultan Iskando".
Baginda menjadi Sultan Perak dari 26 Oktober 1918 hingga 14 Okt 1938. Nama penuh baginda ialah Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah. Baginda dilahirkan pada 1881 dan mangkat pada 1938.
Dalam Sejarah Melayu nama 'Iskandar' muncul dari nama Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain menakluk 1/3 bumi ini dan disebut namanya beberapa kali dalam al Quran. Menurut versi Al Quran, Iskandar Zulkarnain adalah seorang Islam
McDonaldpun dah ada, tempat budak lepaklertu...
Inilah gamaknyer tempat yang dikatakan akan menjadi seperti Nilai 3..
Terbaca ini di surat khabar Utusan...
Satu lagi pembangunan yang rancak di jalankan
di Bandar Seri Iskandar dengan mewujudkan
sebuah lagi pusat borong
di Sri Iskandar Business Centre (SIBC) di daerah Perak Tengah.

Majlis Aqiqah Rizq Nazran

Xtvt : Majlis Aqiqah
Tempat : Kampung Seri Kaya, Perak
Tarikh : 12/1/2013

Hanya gambar untuk kenangan majlis aqiqah anak saudara baru akak di kampung pada minggu sudah.. Majlispun hanya jemput jiran dan saudara rapat sahaja. Sekarangni kenduri kecilpun emak dan apak akak akan panggil katering. Orang kampung akak ramai yang dah uzur jadinya payah nak buat gotong royong  macam dulu-dulu. Akak sekeluargapun sampai pagi sabtu memang takder masa nak menolongnya...
Paling best ialah masakan daging kambing bebiri kurma yang disajikan memenuhi selera. Rasa daging kambing yang lembut, tidak berbau dan rasa masakan yang sedap... Memang lengkaplah, katering yang dipilihni memang selalu tidak menghampakan...
Azalia dulu cukur jambul di Gombak tak merasalah pakai sulaman tekatni...
Atikah yang tak berapa nak bergambar sekarangni... 
Nampaktak bangku pelamin kat belakangtu,
 nostalgia bapak akak beli tahun 70-an@ 80-an
Yang baju pinktu emak Rizq Nazran (adik akak).
yang baju birutupun adik akak..
Ayah Rizq Nazran sedang mencari sudut yang cantik untuk gambar anaknya...
Orang kampung baru nak datang...
ramai yang duduk di belakang sebab ada hidangan bubur jagung...
Bacaan doa selamat
Bapak akak sedang memantau kalau-kalau lauk tak cukup...


Wednesday, January 16, 2013

DanaInfra Nasional terbit sukuk RM6b

BERITA HARIAN  2013/01/16 - 04:59:17 AM Oleh Kamarulzaidi Kamis Cetak  
Dana biayai projek pembinaan MRT Lembah Klang DanaInfra Nasional Bhd merancang menerbitkan sukuk bernilai sekurang-kurangnya RM6 bilion pada tahun ini untuk membiayai projek pembinaan dan pembangunan Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang, sekali gus menawarkan lebih banyak peluang untuk pelabur, termasuk individu melanggan bon Islam yang menawarkan pulangan kompetitif itu. Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Kamal Mohd Ali, berkata syarikat itu berkemungkinan menerbitkan sukuk yang bernilai RM1.5 bilion pada setiap suku tahun pada 2013 ini.


“Kelas aset itu sentiasa dianggap sebagai pelindung nilai dalam pasaran lemah dan sebagai aliran pendapatan tetap untuk jangka panjang. Kini, ia yang boleh dilanggan pelabur awam," Kamal Mohd Ali, Ketua Pegawai Operasi DanaInfra Nasional

“Ia boleh jadi lebih daripada RM6 bilion bergantung kepada keperluan MRT Corp,” katanya kepada media pada sesi makan tengahari di Kuala Lumpur semalam.

Syarikat di bawah Kementerian Kewangan itu baru-baru ini melancarkan terbitan pertama sukuk bernilai RM1.5 bilion dengan tempoh matang 10 tahun bagi mengumpulkan dana membiayai projek berkenaan.

Daripada jumlah berkenaan, RM300 juta ditawarkan untuk langganan orang awam menerusi Sukuk Runcit DanaInfra iaitu sukuk runcit pertama negara, manakala RM1.2 bilion ditawarkan kepada pelabur institusi.

Bon Islam yang dijamin kerajaan itu akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 8 Februari ini. Kamal berkata, kadar pulangan keuntungan minimum 3.7 peratus setahun bagi sukuk berkenaan adalah amat kompetitif.

Pulangan dua kali setahun “Kadar itu adalah lebih tinggi berbanding pulangan simpanan tetap dan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS),” katanya sambil menjelaskan pulangan itu akan dibayar dua kali setahun.

Mengikut perangkaan Bank Negara Malaysia, kadar purata pulangan simpanan di bank komersial setakat November lalu adalah 3.15 peratus, manakala hasil bon kerajaan bagi tempoh tiga tahun adalah 3.04 peratus.

Kamal berkata, tidak seperti simpanan tetap, pulangan pelaburan daripada sukuk yang diterbitkan DanaInfra itu adalah dikecualikan cukai.

Merujuk kepada sukuk runcit DanaInfra, Kamal berkata, ia adalah sukuk pertama yang ditawarkan kepada pelabur runcit.

“Secara tradisinya, bon dan sukuk adalah kelas aset yang hanya boleh dilanggan oleh pelabur institusi dan individu berpendapatan tinggi.

Pendapatan jangka panjang

“Kelas aset itu sentiasa dianggap sebagai pelindung nilai dalam pasaran lemah dan sebagai aliran pendapatan tetap untuk jangka panjang. Kini, ia yang boleh dilanggan pelabur awam,” katanya.

Sukuk Runcit DanaInfra ditawarkan sebagai sebahagian usaha untuk memperluaskan asas pelaburan pelabur di negara ini.

Ia, katanya, memberikan peluang kepada pelabur individu menyertai pelaburan untuk membiayai projek infrastruktur negara.

“Bagi Sukuk Runcit DanaInfra langganannya dibuka pada 8 Januari lalu dan akan ditutup tawarannya pada Jumaat ini(18/1/2013).

“Permohonan boleh dibuat menerusi ATM AmBank, CIMB, Maybank dan RHB atau menerusi perbankan Internet empat bank berkenaan. Ia juga boleh dibuat menggunakan borang yang boleh didapati daripada rumah terbitan, Malaysian Issuing House atau dimuat turun dari laman web www.danainfra.com.my,” jelas beliau.
 
Jumlah langganan minimum sukuk itu adalah RM1,000 dengan gandaan langganan RM1,000 dan tiada had maksimum.

P/S : Esok akak akan buat ringkasan cerita sukuk ini...
GAMBAR : GOOGLE

Wordless Wednesday ~ 160113

Memang tak mahu cakap banyak...
Dari sebelum tidur lagi Atikah dah cakap tak nak sekolah lagi..
Tak nak sekolah sampai bila-bila...
Alamak! jenuh tanya kenapa dia kata cam gitu,
 dia kata takder apa..
Akhirnya akak rasa nak marah sesangat dengan dia...
Tapi tak nak cakap banyak...
Hanya mampu berdoa Allah lembutkanlah hati anak akak yang sorangni...
Gambar tahun sudah, masani dia tak marah lagi kalau pakai baju tak berlengan...
Sekarangni memang dia dah tak nak...
Masuk sekolahpun akak ingat tak bagi dia pakai tudung sebab dia darjah satu...
tapi dia berkeras nak pakai juga...
Harap dia jadi anak yang baik...

P/S : Sulaman tekat ini memang kepunyaan keluarga akak.. Emak akak simpan elok-elok. Opah akak dulu memang gemar menempah sulaman tekatni.. Rasa macam teringin lak nak sewakan pada orang sebab adik beradik akak semuanya dah kahwin. Set bilik tidur, tilam nikah, bantal kecil, tudung saji, banyaklah juga.. sebabtu masa di muzium Taiping ada sulaman tekatni anak-anak akak cakap rumah opah lagi banyak... 

REITS and income distribution

Entry pening kali ini .. tidak bermaksud apa-apa cuma untuk kemudahan di masa akan datang.. Sebab harini tercari-cari saham pilihan untuk di beritahu terus terbaca pasal UOAREIT yang untung dan juga akan memberikan pengagihan pendapatannya kepada pelabur.. Sementara cari maklumat terus masukkan di sini...

Apakah maksud?
UOAREIT
FINAL INCOME DISTRIBUTION OF 4.95 SEN COMPRISING 3.92 SEN TAXABLE INCOME AND1.03 SEN TAX EXEMPT INCOME FOR THE YEAR ENDED 31 DECEMBER 2012.
Gambar ambil dari pencarian di Google
Semalam ada pengumuman dari UOAREIT tentang pengagihan pendapatan (income distribution) seperti yang di atas. Final income distribution adalah sebanyak 4.95 sen dan 3.92sen ada cukai dan 1.03 sen dikecualikan cukai.. nampak macam tak bestjerkan.. tapi  untuk ingatan diri sendiri dan kawan-kawan yang saham REITS ni berbeza cara pengiraannya.


REITS and dividends

Before we go further, we need to understand what is REITS first. Let's go to the basics.

REIT

Real estate investment trust (REIT) - companies that buy properties to rent out. Profit from rental. Profits are "distributed" to investors (Just like you renting out your house and collecting rents from the tenants)

Distribution of profits can be quarterly, semi-annually or annually.

DPU

In stocks, dividend (per unit) is the normal term used for the distribution of profits by a company. However, in REITS, the correct term is "Distribution per unit" or DPU. Strictly speaking, DPU are not dividend per se.

If you receive DPUs from REITS, it is usually taxable unless the announcement included the "T.E" at the back (T.E = tax exempted). For example, HEKTAR gave a DPU of 5 cents T.E.

If it is taxable to the investor, the tax is only 10% (termed "withholding tax") and not the normal 25% tax for stock dividends.

For the company who manage the REITS, they are not taxable so long as they distribute at least 90% of profits to investors.
____________________________
 
Remember that:
- the 10% withholding tax cannot be claimed back
 
Jadi sekiranya hari ini kita berminat untuk membeli saham UOAREIT ni masih boleh dapat pengagihan pendapatan  kerana ex-date adalah pada 30hb Januari.
 
Example :-
 
Kalau kita beli pagi tadi dengan harga RM1.42 sebanyak 1,000 unit.
-3.92sen per unit - Taxable
-1.03sen per unit - Tax exempted
 
Taxable income = 1,000 X 3.92sen = RM39.20 (bermakna kena tax pada RM39.20)
10% cukai pegangan (withholding tax) = RM39.20 X 10% = RM3.92 (inilah amaun dibayar cukai)
 
Dikecualikan cukai = 1,000 X 1.03sen = RM10.30
 
Jumlah yang dibayar kepada kita nanti adalah :-
 
(RM39.20 - 3.92) + 10.30 = RM45.58

Pelaburan kita adalah RM1.42 X 1000 = RM1,420.00++ dan dapat pengagihan pendapatan RM45.58. Adakah boleh diterima!!!! Terpulanglah kepada kitakan... Seperti di beritahu oleh artikel di atas pengagihan pendapatan untuk saham REITS akan diberikan samada sekali, dua kali atau tiga kali setahun... Macam UOAREIT ini pada bulan Ogos yang lepas telah mengagihkan pendapatannya sebanyak 5.53sen termasuk 3.95sen bercukai dan 1.58sen dikecualikan cukai. Adakah saham ini boleh dimasukkan dalam portfolio pelaburan kita... ehm tapi saham ini bukanlah syariah compliance...
 
NOTA : Tulisan ini hanya pendapat peribadi dan juga untuk kesenangan akak mencari cara mengira pengagihan pendapatan saham REITS sahaja.  

Tuesday, January 15, 2013

Kalau hidup semanis ABC

Hidup itu adalah ABC
pelbagai warna, pelbagai cerita
cuma hidup tidaklah semanis ABC
kehidupan ini ada manis, masin dan pahitnya..
moga kita kuat menghadapinya..
Susah nak dapat ABC yang sedap sekarangni...
dulu di Ipoh akak suka beno ABC Taman kanak-kanaktu...
Dik Ya dengan rela nak bergambar dengan ABC ni..

Nuffnang oh Nuffnang