Nuffnang saya

Followers

Monday, December 31, 2012

2012 kian berlabuh

2012 bukanlah tahun yang sangat gembira tapi banyak juga kejadian dan peristiwa yang diabadikan pada tahun ini. Tidak banyak duka juga dicatatkan pada tahun ini, syukur hanya padaNya. Walaupun ada sedih sikit-sikit itu adat, harap cahaya bahagia 2013.... alahai ..

1) Teristimewa sekali rasanya keluarga kami telah memiliki sebuah kereta yang agak selesa untuk bergerak. Yang penting tentulah lebih memudahkan kami bergerak. Syukur kepada Allah kerana memberikan kami nikmat ini...
Kalau menggunakan kereta lama, tak merasalah kami ke BOH ini...
2) Kenangan yang indah untuk dikenang ialah dapat merealisasikan impian Atikah dan Azalia ingin "TERBANG". Nasiblah ada 'Eveyone Can Fly' bolehlah akak belanja diaorang dan suami. Walaupun penerbangannya hanya Langkawi, tetap bersyukur atas nikmat yang Allah berikan ini.
 Kalau ada rezeki kita terbang jauh sikitkan...
3) Kenangan di Langkawi juga antara yang terbaik tahun 2012 ini. Manakan tidak semua aktiviti kami lakukan secara berjemaah sekeluarga. Yang penting akak rasakan percutian ini amat berbaloi dari segi kos kerana akak lakukan dengan perancangan awal. Jadi semuanya lebih teratur, terima kasih kepada rakan-rakan blog yang sudi memaparkan kisah di Langkawi. Bolehlah akak mengatur aktiviti juga belanja di sana.
Dua orang budak yang suka hati...
4) Percutian dengan kawan-kawan sepejabat antara episod gembira akak juga maalumler 'The more the merrier' . Anak-anakpun gembira ada kawan, ibu dan ayahpun kurang nak bagi arahan..
LWOT~ cepatnya masa berlalu...
Legoland ~ Budak-budak paling happy...
Harap ada lagi rombongan untuk tahun depan...
Boleh kata sepanjang 2012 banyak juga xtvt jalan-jalan kami sekeluarga. Oleh kerana tahun ini akak mulakan kegilaan yang baru iaitu beli kupon yang boleh didapati baik dari Groupon, Mydeal, Living Social maka bertambahlah jalan-jalan kami. Secara keseluruhan bahagia dengan tahun 2012 terutama dari segi blog 'Our Wonderful Simple Life' akak ini yang nampaknyer lebih aktif dari tahun sudah-sudah. Semoga akak akan dapat terus berkongsi cerita dan berkunjung dengan rakan-rakan maya ini. Harap juga dapat bertemu dengan rakan semua di alam realiti....


Sebelum potong rambut

Tengok gambar ini rasa macam sedih pulak..
maalumler sekarang dik Ya dah potong rambut..
Nampak sangat comel dia bertocang dua...


SELAMAT TAHUN BARU 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013
Semoga tahun baru ini membuatkan kita lebih baik
dari tahun yang sudah-sudah..
Jauhlah derita datanglah bahagia...
Tahunni kita  kena lebih pantas dari dulu..
tidak boleh merangkak, kena berlari..
dunia makin pantas.... 

Saturday, December 29, 2012

Beli periuk belanga di Pekan Parit

Periuk belanga bermacam-macam jenis ada dijual di sini..
Kalau balik kampung singgah sini beli periuk atau kuali..
Tudung sajipun ada,  macam-macam corak.. klasik jer..
Kiranya di sini barang yang klasik memang banyak
Jangan tak percaya balik kampung baru beli periuk belanga....
Macamler kat sini takderkan...
 Azalia bergambar dengan anak kucing.. punyalaer penakut...
 Macam-macam barang yang tak jumpa kat bandar boleh jumpa di sini..
Horay.... saya menghirup udara segar di sini.. 

Friday, December 28, 2012

Harijadi bulan Disember

Xtvt : Makan-makan sambil potong kek
Tempat kejadian : Rumah nenek Fatimah Gombak
Tarikh : 22hb Disember
 
Alkisah makan-makan sambil potong kek untuk yang lahir pada bulan Disember. Makanan haritu terlupa nak snap tapi yang pasti ada mi goreng terbaik dari Mak Jang, Yong Tau Fu, dan beraneka kuih muih, durian crepepun ada. Ada juga buah-buahan tempatan.
 
Jom layan gambar yang tak berapa nak banyak ini..
Mereka yang lahir pada bulan Disember.. tahniah..
Tiup jangan tak tiup...
Gembira dapat hadiah nampaknyer cik Wanie kita... 
 Tiga bersepupu yang semangat nyanyi happy birthday to you..
Cake of the day...  

Xtvt anak-anak cuti sekolah

Inilah xtvt cuti sekolah Atikah dan Azalia
Cuti Sekolah kalau tak buat apa-apa mesti bosankan..
Akak bertuah sebab ibu mertua tinggal sekali..
Dan paling bertuah ibu mertuaku bekas
guru tadika kemas..
Jadi macam-macamlah aktiviti kreatif yang diaorang buat...
Asal nak hantar ke kelas melukis..
Tapi terlupa punya pasal takperlah
dirumahpun diaorang happy..
Tiap petang kawan diaorang akan datang main pulak...
Kiranya cuti sekolahni terluanglah masa
mereka dengan aktiviti berfaedah...  
Saya penjual bunga.. lori Atikah dari kotak tisu...
Dik Ya pulak dengan lori ikan dan sayurnya..

Sebenarnya kerja tangan diaorangni dah rosak sikit.. terlambat ambik gambar...
Ini rumah saya... Rumahku syurgaku...
Apasal ada 5 orang sebab nenekpun tinggal sekali ngan kami...
 Ini rumah Atikah pulak...
Ini mahkota saya... 
Ini mahkota saya pulak...



Thursday, December 27, 2012

Permulaan Atikah Sekolah Kebangsaan

Esok Atikah akan menjejakkan kaki buat kali pertama
di Sekolah Kebangsaan Seksyen Satu Bandar Kinrara.
Esok juga nak bayar yuran sekolah dia..
Harap dipermudahkanlah pekerjaan kami esok..
Sekejap masa berlalu...
Gambar masa Atikah umur 4 tahun di Tadika Permata Riang...
Sekarang anak ibu dah nak masuk darjah satu...
Moga Allah permudahkanlah Atikah dalam
menjalani kehidupan yang mendatang.
 


RHB Investment Bank

Tak sabar dah nak cerita pasal ini...
Akak secara rasmi sudah menjadi staff RHB Investment Bank..
sebab dah sign surat berhenti dari OSK dan join RHB..
Dimata umum belum lagi jadi RHB Investment Bank...
Tapi yang penting kami dah tahu tiada lagi OSK
sebab dah tak dapat lagi kalendar dari OSK...
Selamat tinggal 2012 dan bye-bye OSK
2013 Calendar from RHB...

DSantap Asam Pedas, Setapak

Pagi-pagini buat cerita makanler pulak yerk...
Dah lama punya cerita tapi saja nak masuk sini...

Kedai makan yang akak selalu singgah kalau nak pergi rumah nenek mertuaku...
Restoran yang menyediakan Asam Pedas sebagai menu utama...
Boleh pilih ikannyer.. kalau suami akak mestiler ikan pari...

Suami akak kata asam pedas dia biasa-biasajer..
Untuk orang yang dah biasa makan asam pedas memangler cakap gitu....
tapi kalau kempunan nak makan asam pedas bolehler...
nak pergi Melaka entah bilakan...
Melaka... dah lama akak tak pergi.

Akakni tak pandai-pandai lagi nak masak asam pedas yang meletop..
rasa asam pedas akak bawah dari biasa-biasajer...
Soriler tak senonoh rupa mangkuknya... tapi dia hantarpun dah gitu..

Kiranya kalau ambil satu set dapat
satu mangkuk asam pedas, nasi, ulam dan sambal belacan..
Kedaini juga ada masakan goreng-goreng..
nampak sedapjer orang order udang salut tepung..
ada juga nasi ayam, ayam dia golek tau...
sedap juga..
 
 


Wednesday, December 26, 2012

Happiness

Happiness ~
Happiness is the meaning and the purpose of life,
the whole aim and end of human existence

Kalau dah bahagiatu semua bendapun kita akan lakukan dengan baik...
dalam mencari erti bahagia banyak cabarannya... 

Wordless Wednesday ~ 261212 (2)

B.R.A.V.E.
t.h.e.
H.E.A.T.

Levi's..... 

Wordless Wednesday

Slimming punya hal
Mungkinkah nanti akak boleh pose cam gitu..
Ha.. ha.. ha..



Tuesday, December 25, 2012

Istanbul Aku Datang

Cuti... best tapi nak gak update cerita ni...

Akak booking Istanbul Aku Datang di Astro First
Seronok Atikah ngan Azalia tengok ceritani..
Kira berbaloi jugalah akak bayar RM15 untuk
Istanbul Aku Datang untuk dua hari.
Entah berapa kali tengok entahlah
Dah cuti sekolahkan TV saja-saja...
Akak memang suka Lisani... Sebab dia sangat cantik...
Dulu akak suka Zalia.. sampai anakpun nama Azalia..  
Comelnyer Lisani... nak tengok gambar Lisa lagi kat facebook sini : http://www.facebook.com/IstanbulAkuDatang#!/IstanbulAkuDatang
 
Kerana Istanbul Aku Datang.. akak terjebak membeli Maggi Asam Laksa.
Dah budak dua orangtu asyik tanya kita pernah makanker Maggi Asam Laksa..
Mestilah tak pernahkan...
Jadi semalam Atikah dan Azalia dah mencubanya..
komen sedapler ibu...

Selamat Bercuti

Selamat Bercuti ..
Kaum lain punya sambutan kitapun cuti
Kita berhari raya orang lainpun cuti
Sambutan Krismas 2012...
Comeljer... 
Ibu puji anka sendiri... 

Monday, December 24, 2012

Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang

Tahukah Anda?
Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang
adalah di Bandar Kinrara.
Cantik  tau Ibu Pejabat Polisni..
Senang nak jumpa tempatni..
 
Kalau lalu dari Gianttu terusjer
Nanti nampaklah dia..
Berdekatan dengan Kelab Golf Kinrara..

Persediaan sebelum ke sekolah

Musim membeli keperluan sekolah
Sekadar gambar semasa ke Jusco Equine
Beli satujerpun baju sekolah untuk Atikah..
Konon nak cari tempat lain dulu..
Sekolah dah nak dekatkan..

Semalam operasi beli baju sekolah,
kasut sekolah, dan lain-lain
gambar takder..
pergi banyak tempat juga...
Yang belum beli bag sekolah sahaja..
28hb Disemberni dah nak pergi sekolah..
menurut surat kena lengkap berbaju sekolah...
Si kapochini sibukjer.. 
Dia dapat posing cun punya di sini...

Sunday, December 23, 2012

Mee Ketam Kuala Lumpur

Cerita yang dah lama tapi terjumpa sebab sekarangni dalam proses nak cari gambar untuk dicuci terjumpa gambar ini. Jangan kedaini dah tak berbisnes lagi dahler. Yang penting sebagai peminat ketam akak amat suka ler rasanya.
Tunggu makanan saya sampai tak lamapun tunggu...
Harga makanan .. okkan tak mahal sangat...
Saya makan di sini... 
Inilah pelan lokasi Restoran Mee Ketam yang akak kutip dari blog dia...
 

Saturday, December 22, 2012

Hari Sabtu di Bursa Malaysia

Kisah minggu lepas
Naik LRT dari Sri Petaling ke Plaza Rakyat
Sebab ada training di Bursa Malaysia..
 
Sejak jadi Futures Dealerni kerap pulak ke Bursa Malaysiani..
Akak memang tak suka pandu kereta walau hanya di Puchong 
tambah lagi nak memandu arah KL
Memang LRT jadi pilihan...
Seronok naik dari LRT Sri Petaling sebab trainnya kosong.
Sekarangni kena beli token ini baruler boleh naik LRT.. 
Bangunan Bursa Malaysia dari sisi...
Ini bukti akak datang sini
Education Program For Futures Broker Representative...


Friday, December 21, 2012

Berjaya dapat tiket Kidzania

Akak pandang rendah pada Atikah sebenarnya
Akak cakap kalau Atikah boleh buatni
ibu bawak Atikah ngan adik pergi Kidzania..
Melihatkan perangai Atikah yang kelam kabutni
Akak tak yakin dia boleh buatpun..
tapi dalam hati akak cakap kalau tak dapat buatpun akak nak bawak juga..
Rupanya dia berjaya.. berkali-kali pulak tu..
Kiranya oklerkan kot mainanni
membina kesabaran yang tinggi kepada dia
Kelakarnya adik dia cakap gini..
ibu tau tak macamana kakak boleh jadi pintar..
ayat pintartu buat akak gelak..
pintarler sangat...
Kembang hidung tunjuk dia dah berjaya... 
Sebenarnya Atikah dan Azalia dah pergi Kidzania
bersama dengan rombongan tadika dia
tapi masalahnya akak takder gambar untuk kenangan
jadi rasa macam diaorang tak pernah pergi..
Insyaallah tahun depan akan pergilah akak ke sini...

Nuffnang oh Nuffnang