Nuffnang saya

Followers

Friday, September 28, 2012

My Creativity Test Report

Ramai yang memberikan tekaan yang kurang tepat..
sebenarnya lukisan yang nampak kemas dan cantiktu adalah lukisan dik Ya.... 
Boleh dilihat dari keputusan ujian kreativiti mereka pada malam itu..
Inilah hasil kerja dan laporan ujian kreativiti dua orang budak...
Sebelah kanan adalah hasil kerja adik dia, yang sangat teliti menurut cikgu dia..
dan sebelah kiri lukisan kakak dia yang sedikit kelam kabut..
tapi dia kata ikan dia banyak tau..
Menurut cikgu tu lukisanni berkenaan aktiviti memancing dengan keluarga..
Lukisan ini menurut imaginasi sendiri....
Anak akakkan suka berangan...

Ini Nurul Atikah (kakak) yang punya laporan ~ 50%
Ini Dik Ya punya pulak ~ 60%

Sekarang dah taulah lukisan yang mana satu kepunyaan merekakan. Seronok dengar masa cikgu ceritakan satu persatu kenapa dia bulatkan A, B atau C.. sangat teruja ibunya ini. Harap dapat hantar diaorang ke kelas melukis ini... 
</

Hasil kerja Atikah dan Azalia

Dua lukisan di bawah ini adalah hasil kerja Atikah dan Azalia.. Jadi yang mana satu lukisan Atikah (kakak) dan Azalia (adik)? Sebenarnya akak ada hantar dua orang budak comel ini ke kelas percubaan melukis di Chan Academy of Music & Arts. Kelastu selama dua jam dan lepas habis kelas guru lukisan dia akan menerangkan apa yang di buat oleh mereka. Memang sangat menarik tapi belum ambil keputusan lagi sebab suami akak kurang setuju hantar anak ke kelas lukisan.
Pada akak pula kelas lukisan bukan sekadar melukis tapi dapat mengembangkan idea dan daya kreatif mereka. Kalaulah ada kewangan yang lebih hendak sesangat akak hantar budak-budaktu belajar muzik. Tapi kenalah pilih salah satukan. Buat masa ini akak suka dengan kelas lukisan di Chan Academyni tapi akak juga ada bertanyakan kelas melukis di Art Safari, Giant Bandar Kinrara. Hmmm!!!! budak dua orangtu dah siang malam asyik bertanya bila kita nak mula belajarni ibu.. walaupun ibu yang bayar tetap kena mintak persetujuan ayahkan, so pujuklah ayah korangtu dulu.
Milik siapakah lukisan ini... Cuba teka...

Thursday, September 27, 2012

Cafe 22 Burger Bakar di Danau Kota

Hajat hati akak pada hari kejadian 17/9 yang lepas ialah nak makan di Mali's Corner CKT di Danau Kota sebelum ambil mertua akak. Kami letak kereta di Festival City dan akak teruslah berjalan dengan laju menuju tempat yang diidamkan. Dik Ya pun merungut, sakit dadalah ibu jalan cepat sangat. Ha! ha! ibu dia tak senonohkan.. sekali sampai alamak tutupler pulak.. pusing balik ingat nak makan kat kedai dalam Festivaljer sekali jumpa kedai burger bakarni.
 
Nama kedai dia Cafe 22 terletak di sebelah kedai mamak dan kedai Kerisik dan kalau dari Festival Citypun nampak kedai ini. Rasa burger dia pada akak boleh tahan dengan tekak akak cuma mungkin sos dia kena power sikit..Keseluruhan memuaskan hati sebab masa menunggu memang tak lama. Harap dapat mencuba burger bakar di Wangsa Maju yang femestu tapi suami akak memang tak suka bab kena beratur berbaris untuk makan. Katanya yang penting dapat makan...
Ini burger yang suami akak order... 
Masani gigi Atikah dah hilang dua batang kat atastu... 
Dik Ya duduk menghilangkan penat berjalan laju tadi...
Dua orang budak yang berangan sebab kat mejatu ada macam-macam sos...
jadinya diaorang berdua duduk di situ konon ada kedai burger...
encik nak sos yang mana... yang ni pun sedap encik..
itulah antara perbualan dua beradik yang kuat berangan...



Mines Cruise

Acara selepas balik dari orang kawen di UKM kami singgah ke The Mines Shopping Fair. Suami akak berhajat nak singgah ke kedai baju untuk orang yang saiz istimewa (lebih dari XXL) di sini. Akak pernah cerita yang kami dulu ke Nilai 3 untuk mencari baju kerja dia tapi kedaitu dah pindah ke Mines. Nama kedai dia Chardon, terletak di Tingkat 2. Dah sampai sini tibajer suami akak nak belanja kami naik mines cruise.. Tengok harga dia boleh tahan jugak mahalnya tapi orang nak belanja oklahkan...

Akakpun belum pernah lagi naik bendani so teruja jugalahkan.. mula nak naik wa wa splash yang macam duck tour. Tapi suami akak kata kita pernah cuba di Langkawi dan kita naik yang biasa-biasa sajalah... Rupanya ada gak duck tourni kat sini yerk, yo yo ooooo jer gi Langkawi baru merasa. Jom layan gambar dua orang budak comel dan nakal dapat naik cruise...
Kami dah nak berlayar...
Gaya kelakar seorang dik Ya....
Seronok gak yerk ibu naik bendani...
 Lambat naik terpisahlah kita yerk kak Ika...
 Singgah tengok itik...
Atikah yang dah lari kebelakang duduk ngan ibu...
Comel lak Ika masani...

Sekarang akak boleh dah naik cruise di sini  dan akak teringin nak naik cruise yang di  Putrajayatu pulak.. berangan bagilah kat akak...

Wednesday, September 26, 2012

Inspirational Quotes

Layan kata-kata yang boleh memberikan inspirasi
Pahamkan kata-kata di bawah...

Setiap perjuangan mesti ada langkah pertama..
Beranikan diri untuk melangkah...

Wordless Wednesday ~ 260912

Anak sekarang ....
Kalau nampak bendani terus jadi budak baik...
Ingat nak belikan satu yang murah tak survey lagi...
 



Wordless Wednesday ~ 260912

Suka tengok gambarni terus abadikan di sini..
hanya untuk sedap mata memandang..
sukakan warna-warna cerianya...
gembira kalau dapat bilik air secomel ini...


Tuesday, September 25, 2012

Majlis Perkahwinan Dewan Gemilang UKM

Pada hari Malaysia bersamaan 16hb September kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan di Dewan Gemilang UKM. Hari yang sama dengan reunion kawan sekolah yang akak tak dapat hadir. ... Jom tengok gambar hari kejadian...
Gambar budak nama Atikah dengan poster pengantin 
Semoga berkekalan hubungan kalian selamanya...
 Pecal yang sangat sedap.. akak suka.. bertambah-tambah...
Sambal goreng jawa yang menjadi kegemaran keluarga suami akak ,
menu wajib ada kalau hari raya... Sambal goreng ini ada pelbagai sebenarnya...
Azalia yang tak berhenti makan.. sampai kata dahler dik Ya kita balik dulu...
Ha.. ha .. si gigi kompang kesayangan ibu....
Dik Ya yang bersedia untuk balik dah dapat buah tangan....

Bab makan kenduri kahwin akak memang sangat suka kenduri orang Jawa memang macam-macam ada. Akak doakan semoga pasangan pengantin baru ini akan berjaya mengharungi suka duka perkahwinan. Semoga cepat-cepat menjadi ibu dan ayah.. Kekal bahagia selamanya... 

Panggilan Haji

Musim haji datang lagi.. tiap kali datangnya musim haji akak mesti teringatkan lagu ini. Memang sangat nostalgia kalau dengar laguni. Dulu masa akak kecik tiap kali musim haji, tok akak orang yang paling sibuk. Selalunya dia akan membacakan doa untuk bakal haji sebelum berangkat dari rumah. Sebelum musim haji juga opah dengan tok akan mengadakan kelas kepada bakal haji dirumah dia.
 
Rumah tok dengan opah kalaulah diaorang yang pergi menunaikan haji sangatlah meriah. Dua minggu sebelum berangkat rumahnya dah macam hari raya sentiasa penuh dengan orang datang menziarah. Kalau sebut pasal menunaikan haji memang akak sangat merindui arwah opah dan tok, jiwa mereka sangat dekat dengan kaabah. Arwah tok akak kalau tak silap telah menunaikan haji sebanyak 5 kali dan arwah opah 3 kali. Ingatkan itu air mata akak mengalir laju, akak yang berkerja ini tidak mampu lagi pergi walaupun usia dah makin meningkat. Cho Zila... tolonglah berubah...
 
Lirik Lagu Panggilan Haji -NUR ASIAH DJAMIL

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah

Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah

Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah

Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "

Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih

Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)

Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah

Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)

Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
(Selawat dan salam mohon syafa'at.... )

Ya sofwatAllah....

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah



Tawaran langganan IPO Astro

Astro akan menyenaraikan semula sahamnya dan bakal menjadi IPO ketiga terbesar selepas FGV dan IHH Healthcare. Kepada yang berminat bolehlah mula melanggan menggunakan borang juga melalui ATM dan internet banking. Yang penting ada nombor CDS barulah boleh memohon.

Harga tawaran adalah RM3.00 sesaham dan jumlah minima boleh dipohon adalah 100. Tarikh tutup adalah pada 1 Oktober.. masih ada masa lagi...
Jom baca Astro to raise RM5.5bil in Malaysia's third largest IPO dalam http://biz.thestar.com.my ..
Dua tiga harini sibuk sikit so layanlah kisah IPOni dulu yerk...

Monday, September 24, 2012

Full Moon Baby

Terasa sekejap masa berlalu, macam barujer dapat berita
 yang Erica bos baru akaktu bersalin.
Kini dah sebulan dan dia datang opis bagi makanan
 untuk meraikan Full Moon Baby dia.
Tiada tanda HALAL maka ambil gambar sahaja...
Dulu kawan opis akak bagi lagi berwarna-warni...
Apa kata kita buat bisnis macam gini, untuk ibu selepas pantang..
Buat cenderahati cantik macam ini untuk majlis akikah dan lepas pantang

Atikah dan Azalia masuk kerja

Pada 8hb September yang lepas akak kena datang kerja sebab ada satu bengkel untuk client tentang saham luar negara (foreign equities). Sebab kena datang kerja di hari minggu akakpun bawakler dua orang pembantu yang rela sahaja untuk bertugas... Atikah dan Azalia masuk kerja. Yang bagusnya budak dua orangni sangat baik kalau di pejabat cuma bagilah sorang satu PCkan..
 
Akhirnya ibu dia dapat menghabiskan masa berkualiti dengan jayanya dihujung minggu yang bekerja.. Jom layan gambar dua orang budak yang dah macam jadi model OSK...
Tengok gambar akak yang hitam disebabkan oleh kamera yang rosak..
nak beli kamera baru tolong.... 
Atikah bergaya depan OSK... kamera oh kamera, Atikah dah oktu...
Sekarang dalam dilema nak beli kamera ataupun handphone baru... sebab apa nak handphone baru sebab nak whatsapp. Sekarangni kawan-kawan asyik bertanya pasal nak masukkan nombor dalam whatsapp. Lagi satukan kerja akakni memang kena ambil tahu banyak benda memang sangat memerlukan whatsapp... tapi sebagai seorang blogger rasanya kalau kamera dah rosakni mood nak ambil gambar dah lari sikit. Di persimpangan dilema akak sekarangni, akhirnya dua-duapun tak belikan.....

Saturday, September 22, 2012

Happy Weekend !

Akak harini kerja sampai pukul 12.00 tengahari.
Happy tetap happy...
Happy Weekend !

Friday, September 21, 2012

Jamuan hari raya Genius Aulad

Cerita hari raya kini akan berakhir dengan kisah jamuan hari raya Atikah dan Azalia di Genius Aulad.. Ini kisah tak ingat bila ... Diaorang mintak pakai baju kurung  masa majlis perkahwinan Mak Su diaorang hujung tahun lepas tak nak pakai baju raya. Mintak juga akak buatkan kek batik untuk dibawa ke jamuan itu.

oleh kerana pagitu kelam kabut maka tiadalah gambar yang akak dapat abadikan kecuali satu gambar yang budak dua orangni dah masukpun dalam van.. alahai...
 
Rasanya semua orang tahu nak buat kek batik.. panggil kek ker?? entahlah.. Budak dua orangni sangat suka tapi husband akak kata jangan  buat selalu takut kencing manis ler pulak. Sebab diaorang request nak bawak sekolah masa jamuantu akak buatkanlah...

 
Atikah bawak balik kek batikni dengan alasan kawan dia tak suka. Dik Ya kata ibukan suruh bagi pada teacher sebabtu pakai bekas murah..Pandai dik Ya tapi kakak lagi pandai dia bawak balik jadi dia boleh makan semua...

Cerita KEK BATIK akak..

Ingat kek batik tentulah teringat dengan Kak Siti yang telah memperkenalkan kek batik ini pada akak. Kak Siti adalah kawan yang berasal dari Sabah. Kebiasaannya pelajar dari Sabah dan Sarawak tidak pulang berhari raya maka hidangan kek batik dah menjadi hidangan rasmi dibuat oleh kak Siti. Dia masak guna rice cooker ok... Kalau dah habis raya dia buatkan untuk kami pulak untuk majlis raya kecil-kecilan di asrama dulu.. alamak sangat merindui saat itu...

Sebab akak suka sangat selalu gak buat untuk adik-adik dan kini anak saudara pula suka dengan kek batik ini. Walaupun mak diaorang buat kek yang canggih dan sedap kek batik juga yang diaorang mintak.. bengangjer...

Akak guna mentega, milo, susu pekat dan biskut marie sahaja. Sekarangni biskut Julie ada keluarkan biskut marie yang comel bertambah senangler nak buat tak payah patah-patahkan biskut itu.. Main agak-agaknya yang penting kena tekankan lepas masaktu. Kalaulah semua masakan semudah ini alangkah bahagianya...


Hari Raya di Teluk Menegun

Kalau hari raya tentulah kena melawat saudara marakan. Teluk Menegun terletak di Klang adalah keluarga sebelah arwah bapa mertuaku. Jom tengok aksi budak dua orang yang buat rumah orang macam rumah sendiri...

 Atikah nak pakai baju kurung dan adik pulak tak sangka nak pulak pakai skirt...
 Berangan nak pakai kasut tinggi ibu...  
Kalau dik Ya nak pakai macam girl gini kan cantik...  
Baju cam ginipun dia nak sebab ada gaya boy jugakan... kalau yang terlalu girl tak naknya.... 

Thursday, September 20, 2012

Rumah Pak Long di Bukit Chedang Seremban

Masih cerita hari raya tak ingat hari raya yang ke berapa pergi ke rumah Pak Long di Bukit Chedang Seremban. Pak Long adalah bapa saudara kepada suami akak yang baru berpindah dari Sungai Petani ke Seremban.  Pak Longni poliskan pindah randahtu biasalahkan, masa dia kerja di Seremban dia beli rumah di sini. Rumah di Serembanni dah lama kosong kerana Pak Longni pencen terakhirnya adalah di Sungai Petani dan kebetulan beli juga rumah di sana. Tapikan Sungai Petanitu jauh dari rumah berbanding dengan Seremban sebab anak-anak dan keluarga Pak Long dan Mak Long kebanyakan adalah di Kuala Lumpur. Akhirnya beralahlah Pak Long ....
 
Jom layan gambar hari raya juga gambar sambutan hari jadi untuk tiga orang yang lahir bulan September...
Mak Long, Azril anak Pak Long dan Pak Lang.. Happy Birthday...
Selamat Hari Jadi dan panjang umur, perbanyakkan rezeki dan dipermudahkan kehidupan...
Dik Ya yang tak sabar nak makan kek... 
Atikah yang kekenyangan...
Ibu amek kesempatan nak gak bergambar... 

Gembira di taman tema Berjaya Time Square

Sambungan cerita di taman tema Berjaya Time Square..  Penuh dengan gambar
gembira dua orang budak di situ. Gambar kenangan anak ibu sayang..
kerana sayang ibu ambil cuti nak bawak korang ..
Semoga korang tahu menghargainya dan tahu betapa
ibu sayang kamu berdua lebih dari segalanya.
Tiba-tiba mood sayu...
 
Budak dua orangni memang sangat puas bermain haritu.
Berkali-kali main satu permainan tanpa rasa jemu.
Ibupun sangat puas hati tengok diaorang gembira...
Ibu dengan ayah dia dudukjer sambil pantau mereka.
Tak senyum sebab tak sabar nak main dah.. tak nak ambik gambar...

Suka tengok bila tren lalu pintu pagar ditutup.. cam betoi2jer..

Cepatlah ibu kita nak main lagi... 
 Masa naik trenni nampak jiptu lalu, mula tak sabar nak naik jip lak..
Naik trenni kalau lebih lama lagi best.. tapi sekejapler pulak...  
Naik bendani sangat comel ok... 
Si lebahpun comel.. semua mainan dia sangat comel...
Naik tren lagi... 
Tunggu nak main kereta langgar-langgar.. 
 Inilah mainan yang diaorang paling suka, entah berapa kali kot...
Lepas keluar masuk balik.. masuk balik..
budak yang jagatupun jemu kot tengok..

Masani jiptu terbehenti.. ada masalah teknikal...
melopong mulut tertanya-tanya apa halnya...
Inipun kegemaran Atikah dan Azalia.. naik tak nak turun..
sampai lima kali akak suruh turun kasi orang lain pulak ...  
Suka bangku loveni... 
Suruh bergambar beginilah rupanya.. 
 Atikah pakai seliparjer, geram betoiler belikan kasut selipar gak dia suka...

Begitulah kisahnya dua orang budaktu yang gembira di sini.. Kalau tak pasal Groupon rasanya akak tak masuk sebab terasa mahal. Permainan yang budak boleh main tak banyak sangat, akak pulak tak adventure nak naik bendatu semua. Kitani masuk sini sebab nak temankan diaorang sajakan. Kalau tanya dua orang budaktu mana best Berjaya Time Square, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun atau Genting Highland.. diaorang kata semua best... so budak-budak memang sentiasa happykan..


Nuffnang oh Nuffnang