Nuffnang saya

Followers

Thursday, June 28, 2012

Toyota Rush kereta sewa Langkawi

Untuk Jejak Langkawi akak kali ini ingin akak perkenalkan kereta sewa yang kami gunakan sepanjang berada di sana. Sebelum sampai di Langkawi sebenarnya akak telah berurusan dengan adik Hanafi yang nombor telefonnya akak dapat masa carian google kereta sewa langkawi dan jumpa blog ini :- kereta-sewa-murah-kat-langkawi.

Jom tengok kereta sewa Toyata Rush yang akak dapat dulu :-
Kereta yang membawa kami berjalan selama tiga hari di Langkawi, kereta baru, bersih dan sangat selesa.
Anak-anak suka sebab dibelakangpun ada aircondkan jadinya dapatlah menseimbangkan cuaca panas di Langkawi ini...
Dua orang budak nakal yang susah sesangat nak bergambar...
Akak paling suka berurusan dengan kereta sewa ini kerana semuanya mudah. Hanya perlu deposit RM50 atas nama Hanafi dan katanya akak boleh pilih kereta Nissan Sentra, Honda City dan Toyota Vios.  Dia minta akak emailkan maklumat penerbangan dan masatu sebenarnya kami pilih Toyota Vios dengan harga RM80 sehari. Dia kata dah sampai Langkawi telefon satu nombor telefon, masa akak sampai terus call dan yang angkatnya adalah orang lain, nama Jamaludin katanya dia ada dah sampai sana.

Seronok sungguh sebabnya semuanya mudahkan,  maalumler hari dah malam kalau takder kenderaan memang susahkan. Mungkin masa akak datang Langkawi bukanlah musim puncak maka kereta yang akak dapat memang berbaloi. Kata En Din bolehler shopping banyak sebab kereta besar tapi tujuan kami datang ke Langkawi bukan untuk bershopping hanya untuk bergembira..

Akak memang berpuas hati dengan perkhidmatan kereta sewa yang akak pilih semasa di Langkawi ini, harganya berpatutan dan keadaan kereta amat memuaskan hati. Yang paling akak suka ialah istilah "janji Melayu" dah boleh kita buang terus kalaulah semua orang mengamalkan cara kerja yang sama seperti perkhidmatan kereta sewa ini. Terima kasih tidak terhingga untuk Hanafi dan En Din kerana telah melancarkan lagi keindahan percutian kami di Pulau Lagenda tempohari.. Hubungilah diaorang kalau nak mai Langkawi Hanafi : 013-4353413.

Hotel Penginapan kami di Langkawi

Wednesday, June 27, 2012

Terbang bersama Air Asia

Ini hanyalah catatan peribadi yang bertujuan untuk ingatan dan pengajaran kepada akak di masa akan datang. Seperti yang akak bagitahu inilah pengalaman kali pertama akak menempah menerusi online tiket Air Asia. Tambahan pula semasa akak menempah itu ada promosi yang menawan hati, memang tidak berfikir panjang.  Oleh itu adalah perkara yang membuatkan akak berfikir sesungguhnya akakni tersilap percaturan. Jom tengok apa masalah yang menimpa akak disebabkan oleh jadual penerbangan yang tersilap pilih semasa menempah.

Pengajaran yang paling berharga akak dapat  ialah jangan nak suka-suka tekan butang submit. Kena fikir kalau bawa anak kecil tak sama dengan travel masa tidak ada diaorang. Sungguh berbeza tau, kalau dulu masa kami belum ada anak main terjah ke agensi perlancongan bawa bag 'heaver sack', kalau ada penerbangan bersesuaian dengan bajet terus boleh terbang. Ini kalau ada budak takkan nak tersadai kat airport tunggu pagi baru bergerakkan, jadi serba serbi kena fikirkan.

Perkara pertama yang menjadi masalah akak ialah pengangkutan pergi dan balik ke LCCT. Mulanya kami fikir nak letak sahaja kereta di LCCT tapi disebabkan akak pergi hari ahad dan balik hari rabu tak tergamakler pulak maalumler tempat letak kereta di LCCTtu terbukakan. Dari segi kospun agak mahal juga untuk 24jam di tempat letak kereta zon A adalah RM40.50 dan zon C adalah RM33.50. Boleh tengok di :- check-your-parking-fee

Jadinya pilihan kami hari itu ialah pergi menggunakan bas dari KL Sentral. Yang menjadi masalahnya ialah waktu balik pulak sebabnya penerbangan kami tertunda makanya kami sampai kaunter tiket teksi LCCT pada pukul 12.08 malam. Jadinya harga teksi untuk balik ke Bandar Kinrara pada malam itu berharga RM96.60 sebab katanya selepas pukul 12.00 tengah malam sistem tiket dia bertukar. Padahal akak dah bajet dalam RM65-RM70jer kot. Pengalamankan sudah pasti ada harganya..

Oklah kita layan saja gambar kenangan semasa pergi ke Langkawi dengan terbang bersama Air Asia.. Jom kita layan...
Dua orang budak yang seronok sesangat main troli masa mula sampaitu, tengokler beg kami tak banyakpun sebabnya pergi ke Langkawi memang seronok-seronok sahaja...
Dua orang budak dah letih menunggu kebetulan kamipun sampai awal di lapangan terbang dan juga kapal terbang ditunda jadual perjalanan lebih kurang sejam..
Inilah xtvt boring ibu dia sampai gambar pintunipun nak diambiknyer.. layanjerler...
Azalia duduk dengan akak, tapi Atikah dengan ayah dia.. jadinyer ada gambar adik dia sahajalah yerk...
Tak berani nak ambik gambar dekat dengan kapal terbang sebab ada keluargatu kena halau dengan kakitangan lapangan terbang kot.. jadilah jauh-jauh yerk...  Ok.. kami dah sampai Langkawi, syukur Alhamdulillah...

Perkara kedua yang disebabkan oleh jadual penerbangan yang silap pilih masa menempah ialah hotel. Almaalumler walaupun kami sampai di Langkawi pada pukul 12.00 malam tapi terpaksalah juga tempah hotel untuk satu malamkan. Lepastu disebabkan penerbangan balik pada pukul 10.45 malam maka hari terakhirtu terpaksalah tempah hotel untuk satu hari dan lewat check out. Kononnya nak cuti bajet akhirnya ada juga pembaziran di sana sini.

NEXT ENTRY : toyota-rush-kereta-sewa-langkawi . Jom kita tengok pulak apa cerita pasal kereta sewa kami....

Wordless Wednesday ~ 27062012

SeLaMaT PaGi SeMuA... Sibuknya akak ya ampun tak sempat nak buat entry baru apatah lagi berblog walking. Semalam kami ada road show di Prima Avanue, Cyberjaya alamak memang letihler. Nasib hari ini bukan giliran akak kot idak pengsan sebab panas sesangat.

Untuk Wordless Wednesday ini, hanya gambar di Lapangan terbang Langkawi.


Tuesday, June 19, 2012

Pengenalan percutian kami

Gambar permulaan dari kami sekeluarga untuk percutian Langkawi 17hb Jun - 20hb Jun 2012. Oleh kerana menulis ini menggunakan Tab seperti biasa akak merangkak sikit... Oleh kerana rindu nak update blog plus malm ini hanya berehat dibilik akak cuba juga. Terimalah gambar keletihan kami di LCCT sebelum berlepas ke Langkawi.
Gambar yang dalam Tab, yang dalam kamera memang banyak sesangat tak sabar nak uploadni...
Permulaan ini nak cerita pasal penerbangan kami dengan Air Asia siapapun boleh terbangtukan. Akak dah beli tikettu setahun yang sudah masa promosi 10 sen, jadinya tiket dia murah bebenoler. Itulah pengalaman kali pertama akak menggunakan Air Asia online dan akak terpaksa akui yang akak amat teruja sesangat masatu. Masatu Rozi sibuk nak boking pergi Vietnam, akakpun try & error gi merata destinasi dan tarikh, jadi macam bestjer Langkawi terusjer jadi tanpa tanya suami. Seminggu gak baru cerita, seperti biasa suami akak mesti diamjerkan. Akak kata kalau tak jadipun okler tak mahal sangat, nak beli wrislet Coachpun tak lepas ayat sedapkan hati.
Akhirnya sampai juga tarikh dinanti sekian lama, gembira sebab dapat bawa Atikah dan Azalia naik kapal terbang buat pertama kalinya. Akak juga gembira sebab dah lama sesangat tak jejakkan kaki di Langkawi ini. Dua bulan sebelum pergi baruler akak terfikir pasal jadual penerbangan akak, mak ooi perjalanan akak pergi dan balik adalah waktu malam. Ehm baruler terfikir pasal nak datang dan balik dari LCCT nanti, malamni masa menaipnipun terfikir pasal malam esokni. Perjalanan pergi dah selesai terima kasih ya Allah Engkau permudahkan.
Setelah meninjau pelbagai blog dan forum akak jumpa pelbagai pendapat tentang cara paling murah,mudah, efektif untuk pergi ke LCCT. Selalunya suami akakni selalu gak terbang tapi tentulah tak jadi masalah sebabnya akakler datang hantar dan ambil. Antara cadangan yang menjadi pertimbangan akak ialah nak letak kereta di LCCT tapi tak berbaloi langsungs sebabnya akak akan letak sekurang-kurangnya 72jam. Jom semak harga parking di lcct.com.my/parking . Puas hati gak nak bayarkan.
Tapi kebanyakan blogger dan forumer bagi cadangan naik bas dari sentral kalau dari KL dan kalau dari Putrajaya misalnya naik ERL ke KLIA teruspergike LCCT. Kalau dari One Utama pun ada bas nak pergi ke LCCT, memang mudah kalau siangkan tapi masalahnya akakni balik nanti sampai lebih kurang pukul 11.45 malam. Kalau tunda mungkin sampai pagi pulak, memang bas nak ke KL Sentral ada sampai pukul 4.00 pagi tapi dari KL Sentraltu, lrt Putrapun dah takder... So, tunggu dientry yang lain, pening akak guna Tabni...

Salam Sayang dari Pantai Chenang, Langkawi. - CHO ZILA -

Sunday, June 17, 2012

Langkawi Seaview hotel 3D2N

Menempah hotel ini kerana ada diskaun dari GROUPON. Lepas tempah baru nak baca komen orang, alamak jauhler pulak. Tak tau lagi camner so tunggu ceritanya dari akak nanti... So akak tengah bercuti ler ni....
langkawi-seaview-hotel/Tempat tinggal kami dari 17hb Jun hingga 19hb Jun, dan kalau keadaan semuanya baik belaka hingga 20hb Junler kot..

Friday, June 15, 2012

Mood Bercuti

Mood adalah nak BERCUTI.. sangat malas harini bekerja. Setelah setahun menempah tiket Air Asia sedar tak sedar tarikh yang dinanti telahpun tiba.
Cari mood dengan tengok gambar ini yang diambil dari :- http://travel.701pages.com . Inilah tempat percutian kami sekeluarga, pertama kali bawa Atikah dan Azalia naik kapal terbang.

Tuesday, June 12, 2012

Cuti Sekolah ke Zoo Negara

Tarikh :7/6/2012
Tempat : Zoo Negara, Ulu Klang
Xtvt : Lawatan cuti sekolah untuk menambah ilmu

Zoo Negara memang sentiasa masuk dalam senarai tempat lawatan akak. Suami akak kata anak biasa aja tapi ibu dia yang lebih. Entahler gamaknya dulu kecik-kecik tak merasa nak masuk zoo bagai apabila dah ada anakni teringin pulak rasa dihati. Akak dan anak-anak sebenarnya dah pergi ke Zoo Negara tahun 2008. Tapi masatu budak-budaktu kecik sangat dan yang tak bestnyer naik tram dari mula sampai di tempat pertunjukan. Baca kat entry sebelumni hanya di fotopages :-ikhlas-atilia.fotopages tak ada pulak akak tulis di blog.

Oleh itu akak ambil cuti pada 7hb Jun itu semata-mata nak memenuhi impian akak nak berjalan tengok haiwan itu secara dekat. Akak ingat nak pergi dengan Atikah dan Azalia tapi kebetulan semasa hantar emak mertua di rumah nenek, sepupu suami nak bawak anak buah dia sekali. Jadinya kami pergi ke Zoo Negara berlima, oklah meriah sikitkan...

Entry kali ini banyak gambar sebab akak nak balas dendam 4 tahun yang sudah.. jadi layan gambar ajerler...
Harga tiket seperti yang tertera, kami ambil kadar biasa sahaja tidak termasuk zoo serangga.. ada alasan dengan suami kalau nak pergi lain kali.
Der binatang cam gini depan "Childen World".
Best sesangat tengok budak dua orang suka posing..
Masa ni mood dua orang budakni sangat baik ok...
Posing dah elok ibu lak tak dapat ambil gambar burungler pulak.
Tengoklah yang kat belakangtu pandai betoiler dia posing, memang haiwan kat zooni pandai bergambar tau...
Akuarium Tunku Abdul Rahman, pergi kali pertama tak perasan kewujudannya. Inipun perasan sebab sebelum gi Zoo dah print siap-siap map, punyalah semangatkan.
Hijau semuanya, di pintu masuk akuarium
Boleh tahan gak sebenarnya akuarium ini cuma kurang selenggara.
Dik Ya buat tapi ibu dia tak leh nak capture.. jadilah..
Atikah depan tempat penguin, ala kesianjer kat penguin tu sebabnya nampat cam saratjer tempattu..
Tunggu show pukul 11.00 pagi.
Posing tak ikhlas dari dik Ya sebelum pertunjukan bermula.
Singa Laut yang bijak..
Singa Laut lagi menjaringkan bola pula..
Menunjukkan kehebatan dia mengimbangi bola
Tak tau apa nama binatangni, masa dia sebutpun tak menangkap lak telinga ni...
Dapat juga belon idaman hati, padahal kat pintu masuk derjer belonni. Tapi nak gak beli kat gerai depan tempat pertunjukan, sudahnya terpaksalah pusing zoo bawak belon ini...
Permulaan perjalanan kami bermula selepas pertunjukan itu, bergambar bersama gajah yang dah jadi batu...
Atikah dan Azalia dengan zirafah kepala panjangtu...
Kami tiga beranak bergambar depan gajah sebelum dia melepas, patutlah muka dia tensionjer.
Dalam rumah burung, ada seekor burung sangat cantik kat belakang dik Ya tapi tak sempat nak ambil gambar...
Atikah di depan kandang harimau yang sedang tidur, alahai tak dapat nak bergambar dengan pak belang.
Azalia dah mula nak menangis sebab penat dan sebenarnya semalam badan dia dah mula panas nak demam. Jadi terpaksalah ibu gendung, nasiblah badan dik Ya comel je..
Belon yang kakak beli dah mula lembik, ini di Savannah Walk frust tak dapat bergambar ngan semua binatang sebabnya anak-anak dah mula meragam.
Dik Ya dengan seladang tapi tak nampakpun frust...
Dik Ya dengan kura-kura besar.
Dik Ya bergambar dengan Miqhta atas hippo yang tak berapa nak menjadi....
Dah habis berjalan sepenuhnya kecuali tempat orang utan kami nak gak naik tram sebab dah bayar masa mula sampai lagi.
Sekarangni senang sikit kalau nak beli makanan dah boleh beli sendiri, dah lapar sebabnya kami masuk zoo dalam pukul 9.30 pagi dan hanya keluar pada pukul 3.00 petang.
Dapat gak ambil gambar depan pintu masuk Zoo Negara ini.
Pulang..  marilah pulang.. marilah pulang beramai-ramai...

Akakler kalau datang lagi sini rasanya nak buat cam gini, mula naik tram dari stesen yang mulatu sampai kat tempat harimautu. Barulah jalan anak tak letih sangat dan  yang seronoknya bergambar kat Savannah Walk dan boleh masuk Zoo Serangga. Habis pusing dah boleh tengok pertunjukan pulakkan.

Sebenarnya banyak binatang di sini dan amat berharap supaya kemudahan yang ada ini dipertingkatkan mesti ramai yang datang sini. Lagi satu kalau boleh pertunjukan diperbanyakkan dan macam Lost World of Tambuntu pertunjukan bagi makan haiwanpun menarikkan. Lagi kalau bolehlah macam boleh kita naik kuda atau gajah macam yang kita biasa tengok kat tempat laintu ada di Zoo Negara mesti bertambah meriahkan..  Yang pasti akak memang akan datang lagi ke sini, mesti suami akak bosan dengarnya...

Monday, June 11, 2012

Kenangan yang terimbau

Gambar yang mengembalikan kenangan berpuluh tahun yang sudah. Gambar semasa tingkatan 5 semasa menjadi ahli Pandu Puteri.. alahai sungguh nostalgia.
Usah dicari mana akak sebabnya masatu muda remaja tentulah tak sama macam sekarangkan. Dalam gambar ini ada seorang teman akak yang kini menjadi pelakon walaupun tidak popular tapi selalu gak tengok dia kat tv. Nama dia Zarina Zainudin yang sekarang tengah berlakon drama Seindah Sakura di TV3 sebagai orang gaji Datuk Malik.

Friday, June 8, 2012

Main Air di Gold Coast Resort Morib

Selepas sarapan dengan gembiranya budak dua orangtu dah siap berbaju mandi dan asyik menengok jam sahaja. Tepat pukul 8.00 pagi kami dah sampai ke depan water theme parktu dan bermulalah episod kesilapan teknikal yang membuatkan hati akak mendidih. Masa mula akak sampaitu staf di bahagian kaunternya cakap nanti sekejap jadi akakpun tunggu. Akak tengok juga dalam water parktu takderpun life guard akak anggap belum boleh masuk lagi..
Dah 10 minit menunggu gitu akak tanya dah boleh masukkerni dik? Dia kata dah bolehler, akak kata kenapanyer tak cakap! Boleh dia jawab ingatkan akak nak ambik angin... akak cakap takkanler tengok anak akak dah siap berbaju mandi tak nak masuk situ. Tuler yang akak kata staf kat sini kena banyakkan latihan untuk membuatkan pelanggan rasa dihargai.. Rasanya dia tahu sebagai pelanggan mesti bengang kalau dah tunggu rupanya boleh masuk dan lepaihtu sedapjer dia boleh kata cam gitu... Sabojerler... Tolonglah akak tak terjah masuk sebabnya anak akak dua orangtu tak dapat tiket free ok, so itu sebab akak tak masuk. Jadi kalau dah nampak pelanggan tercongok bertanyalah, tak susah manapun rasanya....
Posing dari dua beradik yang baik hati... thanks....
Main kat sini best ooooo.....
 SPLASH... SPLASH... SPLASH....
MAIN BUAIAN DALAM AIR,,,,,,,SYIOK OOOOOO.....
COMEL TAK SAYA......
IBU LAYAN DUA ORANG BUDAK MAIN AIR
WATER THEME PARK dari bilik kami... tu yang teruja amat budak dua orangtu asyik dok kat balkoni tengok.... tapi puas hati duk kat dalam tu berjam-jam....

Secara keseluruhan percutianni ok jugak walaupun der perkara yang tak best berlaku sebab anak-anak puas bermain air. Lagipun seperti akak kata percutian yang amat berbaloi dengan bayaran yang dikeluarkan. Dapat tidur semalam, dapat makan malam untuk dua orang dan sarapan untuk dua orang, dapat hadiah harijadi dan dapat kek harijadi juga dapat dua tiket masuk theme water park. Semoga percutian yang akan datang pertengahan Jun ini akan berlangsung dengan lancarnya.. Kemanakah akak akan pergi sekeluarga.. Tunggu, tak sabarni...

Nuffnang oh Nuffnang