Nuffnang saya

Followers

Thursday, April 26, 2012

Tempat riadah pilihan akak terkini

Oleh sebab sekarangni teramat suka berexercise tapi kalau tempat dan xtvt yang sama mungkin akan cepat boring. Maka akak dengan gigihnya mencari pelbagai cara untuk meneruskan keseronokan berexercise itu. Diperkenalkan tempat baru untuk berjogging opps beriadah pilihan akak terkini ialah di Bandar Kinrara 3(BK3) kalau tak silapnyer.. Tapi tempat jogging akak yang mana akak ada post sebelum ini tempat-jogging-bandar-kinrara tetap menjadi pujaan hati.

Akak bercadang hari yang tiada kelas aerobik akak akan gantikan dengan pergi jogging samada di BK5 dan BK3. Setiap pagi akak hanya akan berjogging atau berbasikal di taman depan rumah itu sahaja kalau ada kesempatan. Kena tambahkan usaha pada hari sabtu dan ahad untuk berbasikal rasanya. Semoga akak dapat mengurangkan berat badan ini dan juga dapat menjaga kesihatan akak ini...

Tempat ini paling best ialah ada kedai mamak dan macam-macam kedai lebih meriah dari BK5. Tapi BK5 lebih aman...
Yang best adalah jalan yang menuju ke loji air Syabastu, memang puas hati untuk hari pertama mencuba di sini...
Inilah keseronokan selepas berjalan santai atau jalan pantas atau jogging di taman yang disediakan di bawah kita boleh cuba untuk naik bukit yang menghala ke loji air Syabastu. Akak memang tak boleh joggingpun cuma jalan makan angin tapi peluh punyalah banyak.. sangat puas hati.. penat tapi rasa berbaloi.. moga akak dapat meneruskan semua usaha ini...

Wednesday, April 25, 2012

Bila anak belum boleh membaca

Dari Majalah Pa & Ma online... untuk dikongsikan bersama. Untuk Atikah rasanya akak tiada masalah terutamanya membaca bahan bacaan bahasa Malaysia tapi bahasa Inggeris adalah sangkut lagi. Untuk Azalia sekarangni memang berusaha keras sikit dan nampaknya dia semakin teruja nak membaca sebabnya mungkin tengok kakak dia dah banyak himpunan novel. Semoga semangat dia terus membara...

Saya mempunyai seorang anak yang berumur enam tahun. Saya berasa risau kerana dia belum boleh membaca. Padahal saya dedahkan kepada buku ketika dia masih kecil lagi. Sekarang di tadikanya pun dia diajar membaca dan menulis. Begitulah masalah puan Maria yang menghadapi anaknya yang belum tahu membaca. Hakikatnya ramai ibu bapa menjadi risau jika anak tidak boleh membaca apabila usia sudah menjangkau umur enam atau tujuh tahun. Sehubungan itu, para ibu bapa perlu melakukan sesuatu untuk mendidik anak-anak supaya boleh membaca dengan pantas. Apa yang harus anda lakukan ialah :

1. Jangan Rasa Tertekan
Perkara pertama yang perlu lakukan adalah relaks. Jika anak anda dapat merasakan kerisauan anda, dia juga akan merasa tertekan dan ini akan melambatkan proses dia belajar membaca. Lebih penting lagi, dia akan belajar membaca bukan kerana suka tetapi terpaksa. Anak akan cuba sedaya-upayanya, memaksa dirinya membaca untuk melegakan tekanan. Sekiranya dia masih tidak dapat membaca, dia mungkin akan rasa dirinya telah gagal dan mengecewakan ibunya. Dengan itu, ibu (maupun ayah) harus tenang. Ingatlah,masih ada ruang serta masa untuk membentuk kemampuannya.

2. Hargai Keistimewaannya
Setiap anak adalah istimewa. Elakkan daripada membezakan dia dengan kakak atau abangnya atau kawannya. Setiap anak mempunyai kemampuannya sendiri yang harus dihormati dan dikagumi. Membandingkan dia dengan yang lain hanya akan merendahkan maruah dirinya dan ini akan meninggalkan kesan negatif.

3. Kaitkan Dengan Minat
Teruskan mengadakan sesi bacaan dengan anak setiap hari tetapi pastikan bahan bacaannya menarik. Anak berusia 6 tahun sudah mempunyai citarasa serta kecenderungannya sendiri. Jika anak meminati bola sepak atau Ultraman, mempelajari perkataan tentang subjek-subjek kegemarannya ini adalah lebih bermakna baginya daripada membaca buku seperti “Peter and Jane”. Dengan itu tiada halangan untuk ibu atau guru menggunakan perkataan seperti Ultraman serta nama-nama pemain bola contohnya untuk menarik minatnya agar membaca. Adakalanya menghasilkan ayat yang mengandungi ciri-ciri yang digemarinya akan menyebabkan dia rasa teruja contohnya : “ Fahry menolong Ultraman melawan raksasa”. Bila anak suka dan merasa ada keperluan untuk membaca, dia akan berusaha gigih agar boleh membaca.

4. Lakukan dengan konsisten dengan penuh keseronokan.
Teruskan usaha menjalankan aktiviti membaca di rumah secara konsisten tetapi pada masa yang sama gunakan strategi yang berbeza untuk mencetuskan minat. Sesetengah anak harus diperlihatkan kenapa penting dia boleh serta suka membaca
a) Anda boleh melabelkan objek di rumah untuk dibaca bersama-sama. Selepas seminggu, ubah kedudukan label dan minta anak kesan kesilapan serta perbetulkan.
b) Sediakan satu kotak khas yang anda telah hiasi dengan cantil. Tuliskan serta nyatakan pada anak bahawa itu adalah kotak “ I can read” . Minta anak sebutkan perkataan yang disukai, tulis dan baca. Nyatakan pada anak dia kini sudah mengenali perkataan tersebut serta simpan dalam kotak. Hari berikutnya, minta anak nyatakan perkataan baru untuk kotak, tulis serta baca. Ulang baca perkataan pertama. Jika anak kelihatan seolah-olah telah lupa, jangan risau. Dengan tenang ulang baca perkataan tersebut.
c) Reka kad ala bingo menggunakan perkataan yang diminatinya.
d) Gunakan kad-kad imbasan lamanya untuk membuat ayat. Pastikan perkataan-perkataan yang digemarinya juga digunakan.
e) Susun kad-kad imbasan untuk menjadi ayat yang tidak lengkap. Mohon pertolongan anak untuk melengkapkan ayat.
f) Baca buku-buku yang melucukan atau buku-buku yang mempunyai rima atau perkataan yang diulang-ulang. Ramai anak suka membaca buku yang melucukan dan akan ingat perkataan-perkataan tertentu yang di anggap lucu.
g) Atau beli buku mewarna subjek kegemarannya. Hasilkan ayat berdasarkan gambar dalam buku dan jadikan dia buku baru dengan menggunakan kertas lukisan. Tunjuk dan baca bersama anak. Anak juga boleh diminta mewarnakan gambar-gambar tersebut. Atau ajak anak merangka ayat bersama-sama dan ibu boleh menulis untuknya jika dia belum mahir menulis.
h) Dorong anak melukis serta menceritakan apa yang ditulis. Ibu boleh menulis apa yang diceritakan. Atau jika anak sudah boleh menulis, bimbing dia menulis apa yang diceritakan.

Tuesday, April 24, 2012

Hadiah harijadi Atikah 6 tahun

Hadiah penuh kasih sayang dari ayah, ibu dan dik Ya untuk Atikah semasa harijadinya yang 6 tahun. Oleh kerana tiada majlis harijadi yang khas untuk dia maka hadiah ini rasanya lebih bermakna lagi.


Beli basikal ini betul-betul semasa tarikh lahirnya iaitu 14-04 yang lepas. Tidak dapat digambarkan dengan perkataan gamaknya dari reaksi mukanya selepas diberitahu yang kami akan menghadiahkan dia sebuah basikal. Tiba-tibajer muka dik Ya menjadi kelat tapi setelah diterangkan kenapa kakak sahaja yang dapat okler sikit.
Tahun ini sebenarnya akak nak buat majlis harijadi Atikah direstoran segera tapi disebabkan ada benda yang tertunda maka susah nak set date untuk majlis itu. Harap tahun depan ibu dapat merealisasikannya yerk Atikah. Cuma petang 15/4tu bawa kawan yang selalu main dengan diaorang kat rumahtu pergi makan KFC ramai-ramai tapi terlupa sesangat amek gambar.

Permintaan ibu ~ jadilah insan pekerti mulia yang menjaga adab dan sopan, semoga Nurul Atikah akan menjadi insan solehah dan berjaya dunia dan akhirat.
P/S : Thanks mummy danisha kerana tegur... , masa menaiptu tak perasan tu yang jadi 5 tahun umur Atikahtu...

Monday, April 23, 2012

Jamuan Harijadi Atikah 6 tahun

Minta maaf tajuknya begitu padahal haritu adalah harijadi untuk Miqhta tapi disebabkan Atikah juga enterprem haritu maka tajuknya jadi gitu. Oleh kerana gambar makanan dahpun keluar mari kita tengok majlis yang dinantikan iaitu potong kek, ada game sikit juga acara buka hadiah.

Nurul Atikah bergambar dengan kek comel dia yang penuh karekter smurf kat atasnya. Nasib dia suka...
Ini gambar sebelum nyanyian "happy birthday", masing-masing mencari posisi terbaik masatu gamaknya...
SeLaMaT HaRiJaDi... SeLaMaT HaRiJaDi... SeLaMaT HaRiJaDi... PaNjAnG UmUr..
Sangat suka gambar ini.. Miqhta yang sangat comel...
Tiup belonni Atikah memang tak berjayaler tak berapa pandai sangat, Dik Ya terus tak nak join.. masa orang main dia sibuk makan dadih.
Apa nama mainanni yerk, tapi yang ini untuk perempuanjer so Atikah dapat no 2..
Acara buka hadiah paling bestkan, ini masa buka hadiah Miqhta. Terimakasih yang sudi bagi hadiah pada Atikah walaupun tak bagitaupun Atikah pun sambut sekali.
Nenek Fatimah merenung cucu dan cicit dia, mesti selalu cakap adakah ada kesempatan untuk dia lain kali..

Friday, April 20, 2012

Makanan semasa jamuan harijadi April

Tarikh : 08/04/2012
Xtvt : Majlis Harijadi Miqhta, Atikah, Mak Usu dan Nadia
Tempat : Rumah Nenek

Pada tarikh itu berlangsung majlis harijadi untuk Miqhta iaitu cucu kepada Achik dan anak kepada sepupu suami akak Ija yang genap berumur 2 tahun keesokan harinya. Oleh kerana besday Atikah juga bulan April maka Ija ajak Atikah untuk potong kek sekali masa majlistu. Jadi akak dengan senang hatilah sebabnya rancangan untuk sambutan harijadi Atikah agak kelam kabut maka buat sekali sahaja dengan Miqhta.

Majlis dibuat dirumah nenek Fatimah di Gombak dengan kehadiran keluarga terdekat. Meriah juga sebab ramai kanak-kanak kecil yang berlari-lari dan dapat jajan yang banyak pada hari itu... Semoga Achik sekeluarga dilimpahi rezeki yang banyak lagi....

Macam biasa jom layan gambar sebab akakni kurang sikit bab berkata-kata..
Sedap tau nasi arabni yang dimakan dengan ayamnyer yang lembut sesangat juga saladtu.. Achik beli di kedai kawan dia tak tau nama kedainya...


Dua kek dari Secret Recipe dan satu kek Atikah dari kedai kat belakang opisnijer...
Satay yang sedap tak tauler dari mana Achik belini...
Pemanis mulut juga buah-buahan untuk tetamu.

Terlupa nak snap gambar dadih yang pelbagai ini, sedap tau sebab adik sepupu suami akaktu jual dadihtu kat kedai tau..

Silakan makan yerk.. sedapkan, terima kasih untuk Achik, Ija dan Amir juga Mira kerana sudi ajak Atikah potong kek sekali haritu. Dapatlah Atikah merasa keseronokan menyambut harijadinya.

Thursday, April 19, 2012

Generasi Haji Sirat Sungai Kandis

Kisah lama hujung bulan Mac tak silap 31/3/2012 ada perjumpaan Keluarga Generasi Haji Sirat yang berlangsung di Dewan MBSA Sungai Kandis, Klang. Keluarga Haji Sirat ini merupakan keluarga sebelah arwah bapa mertua akak. Dulu bapa mertua akak memang sangat teringinkan keluarga besar ini berhimpun dan saling kenal mengenali. Seperti yang dikatakan oleh pengerusi majlis seperti ini akan terus berjalan dan akan memohon untuk mendaftar sebagai persatuan.

Seperti biasa jom kita layan gambar-gambar yang ada semasa kejadian..
Dua orang budak yang menunggu sepupunya Naufal datang.
Naufal datang hiduplah sikit, bawak tab lak.. syiokler tak hiraukan sekeliling dah...
Gembira bermain bersama dan seronok dapat jajan pulak...
Makanan disediakan oleh jawatankuasa juga terdapat makanan yang dibawa oleh tetamu maka makanan memang macam-macam.
Bergambar beramai-ramai tapi tak semuapun kebanyakan sibuk bersembang..
Bergambar kenangan dengan tetamu khas YB Senator Mohamad Ezam yang merupakan cucu saudara kepada arwah bapa mertua akak.
Aksi tiga orang budak atas pentas... bagai berjanjijer baju diaorangkan...

Wednesday, April 18, 2012

Kedai Makan Upin dan Ipin

Pada 9hb April yang lepas akak bercuti tapi suami akak kerja jadinya masa lunch suami akak balik ambil kami anak beranak tapi dia masuk kerja balik. Kami bertiga meronda SACC Mall sementara menunggu ayahnya habis kerja. Petangtu memang hujan amat lebat sekali jadinya kalau balikpun memang tersangatlah jem maka akak teringat pasal mee ketam di seksyen 7tu.

Sampai sahaja di hadapan food court tu tengok gerai mee ketamtu tutup pulak hari isnin, impian tidak tercapai lagi. So ambil keputusan untuk pergi ke kedai upin ipin yang baru di seksyen 7 juga berdekatan dengan kedai kain Jakel yang besartu.

Tapi memang harapan yang tinggi menggunung nak makan sedaptu tak dapat direalisasikan sebabnya tidak banyak pilihan yang ada. Tapi suami akak pilih mi kari boleh tahan gak sedapnya. Yang penting budak dua orangtu teramat suka dan kalau tanya best tak kedai upin ipintu .. best.. best.. tapi makannya idak dah terlopong tengok vcd upin ipin, padahal dah tengok entah berapa kalipun kat rumah...

Jom layan gambar budak dua orang yang terpesona...
Best dapat pergi kedai Upin dan Ipin ini kata budak dua orang lain...
Memang budak-budakler suka kalau pergi kedaini... banyak gambar Upin dan Ipin..
Ika senang nak suruh berposing...
Upin dan Ipin kesayangan ibu dan ayah... kalini nak duduk berdua sama-sama sebab nak tengok tv kot idak bergaduh semua nak duduk sebelah ibu...
Makan tapi mata tetap pandang pada tv.. dik Ya langsung tak nak makan..
Dik Ya tanya siapa orang yang besartu kenapa dia tak ada dalam cerita upin ipin... sabojerle...
Punya susah nak suruh bergambar, jadi layanjerler kerenah budak2nikan..
Orang suruh buat gaya kak Ros dia buat tanduk pulak.. hantam sajalah...
Gambar depan kedai, masani hujan dah reda.. ambil dari van jual keropok leko untuk Ika dan dik Ya sebab makan tak kenyangler tu...
Mintak maaf sebab entry akak tidak mengikut turutan tarikh sebab entry kedai makan senang sikit nak buatkan.. kejar masaler katakan sekarangni...

Tuesday, April 17, 2012

JJCM di Fontana Cafe Taman Equine

Dikesempatan yang sedikit ini akak ingin menunjukkan gambar JJCM akak sekeluarga di sebuah Cafe di Seri Kembangan baru-baru ini. Memang sekarangni keadaan akak tidak mengizinkan untuk berblog juga berkunjung ke blog semua yang di sayangi.

Rasanya kejadian ini minggu sudah semasa kami pergi ke Jusco Equine dan masa nak baliktu akak sarankan pada suami singgah ke Fontana Cafe. Kalau tengok rancangan JJCM musim baruni kru diaorangni ada pergi ke Fontana Cafe ini masa episod pasal burger.

Akak sebenarnya dah terbaca pasal Fontanani di Utusan Malaysia tapi tak pernahpun singgah padahal selalujer pergi ke Jusco Equinetu. Tapi sebab pengaruh TV lebih besar dari surat khabarkan maka dengan usaha jayanya dapat juga akak merasa... Jom tengokjer gambar malamtu..

Besar tak burger sayani? ehm laratker tidak nak habiskan ini...

Yang ini untuk ayah saya tau, sebenarnya akak tidak menyangka yang burger dia sebesar itu seperti yang diclaimnya.. kalau idak order satujer kot.. sebab kami datang cuma nak merasa...

Budak dua orangni suka spageti so tidak sah kalau tak makan spagetikan...

Dik Ya lagiler suka bebeno dengan spagetini memang licinler malamtu..

Masa akak datangtu orang tak ramai sangat so makanan cepat sampai dan layanan baik, makananpun ok sedap. Kalau tinggal sekitar Puchong, Putrajaya rasanya tak ralat kot datang sini mencuba sesuatu yang baru. Yang paling penting harganya amat berpatutan dan lebih penting lagi ianya adalah HALAL. Jom layari blog :- fontana-cafe untuk tengok menunya...

Senang sahaja nak mencari Cafeni kalau dah jumpa McDonald Taman Equinetu, dia bangunan kedai yang sebelahnya itu... tapi kasi gak alamatnya seperti dibawah ini :-
FONTANA ♥ Cafe & Catering
No. 7, Jalan Putra Permai 1A, Taman Equine,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

Saturday, April 14, 2012

Selamat Hari Jadi Nurul Atikah

SELAMAT HARI JADI untuk anak ibu yang tersayang Nurul Atikah binti Mohd Rafi yang hari ini yang telah genap 6 tahun. 14/4/2006 memang antara kenangan terindah dalam hidup ibu ini.. terima kasih ya Allah kerana memberikan peluang untuk diri ini merasa bahagianya mempunyai cahaya mata. Nurul Atikah nama yang diberi bermaksud Nurul = Cahaya dan Atikah = Pemurah, berani, bersih, yang murni. Semoga sifat Atikah sepadan dengan nama yang diberi...

SELAMAT HARI JADI... SELAMAT HARI JADI... SELAMAT HARI JADI....
Kek ini adalah semasa sambutan ala-ala pra birthday dia ahad lepas menumpang majlis harijadi dua pupunya Miqhta. Tahun ini memang tak buat majlis yang rasmi untuk harijadi Atikah mungkin tahun depan kot, nasiblah dia tak merungut. Dia minta buat harijadi kat tadika pada hujung bulanni bersama kawan-kawan yang lahir bulan April. Insyaallah..

Ibu mohon Allah berikan kesempatan untuk ibu membesarkan Atikah. Ibu mohon kepadaMu Ya Allah berikanlah anak ibu yang bernama Nurul Atikah ini menjadi anak yang pintar, cerdas, sihat dan selamat dibawah lindungan Allah s.w.t.

Thursday, April 12, 2012

Jamuan Perpisahan dan harijadi

Cerita dah lama rasanya pada 29hb Mac yang lepas opis akak mengadakan majlis perpisahan untuk Ms Yau yang dipindahkan ke cawangan yang lain dan juga majlis harijadi untuk dua orang staff Mey dan Rozi. Ms Yau akan berpindah ke SS2 dan seorang staff dari SS2 akan datang ke sini mengantikan posisi dia. So akak dapat bos baru ok, itu antara alasan akak kurang berblog sebab orang barukan mestilah serba serbi nak pantas..


Tak senonohkan, tapi akak berblog idakler langsung tak ingat nak berkerja pulakkan. Ok.. ok.. cerita pada hari kejadian, kami sepakat nak buat jamuan itu di Red Box Karaoke IOI Mall sahaja. Sebabnya tak sempat nak pergi ke tempat lain hanya boleh pergi IOI Mall sahaja, tiada pilihan jadi pilih berkaraoke. Akak memang tak boleh menyanyi hanya boleh makan sahajalah.

Staff kat opis akakni hanya ada 6 orang tapi yang seorangtu tak dapat join sebab dia kena berangkat ke Sabah pada malamtu padahal dia cakap sebelumtu dia gi Sabah tarikh esoknya. Lantaklerkan 5 orangpun tetap meriah sebab semuanya kaki gelak termasuk Ms Yautu..

Monday, April 9, 2012

Atikah dan Azalia ke KidZania

Pada hari isnin yang lepas iaitu pada 26hb Mac Atikah dan Azalia telah pergi ke KidZania mengikuti rombongan tadika. Perasaan budak dua orang itu memang begitu teruja sekali tidak dapat dibayangkan agaknya. Tempat ini memang sesuai untuk anak-anak yang suka berangan nak buat kerja orang dewasa..
Akak cuma ada gambar diaorang sebelum berangkat ke KidZania..
Ini kelas 4 tahun beratur sebelum naik bas.. kesian ada satu budak lelakitu menangis beria-ia tak tauler kenapa mungkin turun bawah tengok ramai mak dan bapak tapi mungkin mak dia takder kot..
Kelas dik Ya dah turun..
Cekak dik Ya yang sesuka hati diajer nak letak...
Kelas dik Ya beratur sebelum naik bas. Bas dik Ya nombor 2.
Sabar.. sabar.. sebenarnya dah tak sabar-sabar lagi tu...
Ok saya dah dapat tempat duduk dan paling seronok dik Ya dapat jumpa balik kawan kelas petang masa dia 4 tahun dahulu iaitu Naira.
Sori kakak ibu tak dapat ambil gambar kakak sebab dah kelam kabut ambik gambar dik Ya. Atikahpun dah jumpa dengan kawan dia langsung tak pandang luar masa dalam bas jenuh akak terlambai-lambai..

Keputusan selepas pergi ke sini, budak dua orangni memang gembira sesangat dan nak ajak ibunyani pergi. Atikah kata dia sempat baca berita sebab dia dah boleh membaca, jadi juruteknik Telekom kot, lagi per yerk tak ingatler pulak. Tapi tanya dik Ya macam semua kerja dia dapat tapi tak tauler, katanya dia jadi bomba, jadi polis, jadi doktor, dan yang penting jadi chef shushi king. Azalia bawak balik shushi yang dia buat tau, siap suruh akak beli alat-alat nak buat shushi..

Yang frust ibu dialer sebab takder gambar budak-budaktu di sana, tapi cikgu Azalia ada janji nak bagi akak gambar. Kalau ada nanti akak kongsikan di sini ok...
Jomler datang sini :-
Kidzania Kuala Lumpur
Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Nuffnang oh Nuffnang