Nuffnang saya

Followers

Wednesday, November 30, 2011

Sebelum dan Selepas

Xtvt : Naufal Berkhatan
Tarikh : 26-11-2011
Tempat : Klinik Medi Pesona, Shah Alam

Layan sajalah gambar Naufal yang selamat berkhatan pada 26-11 yang lepas di Klinik Medi Pesona, Shah Alam. Akak ambik gambarni dari facebook Naufal.

SEBELUM : Dia memang happy, emak dia cakap Naufal menyanyi sepanjang perjalanan dari Putrajaya ke Shah Alam. Kenapa Shah Alam? sebab abang-abang diapun bersunat diklinik ini maka adiknya juga dibuat di situ juga. Senang dah tau ok punyakan. Seperti biasa rombongan menghantar Naufal ke klinik tetap penuh satu Estima. Memang dia teramat happy dan dia cakap Upin dan Ipin cakap tak sakit bersunatni.. so diapun rasa tak sakitler kot.

Ha Naufal dan sebahagian dari ahli rombongan... kuang.. kuang.. gembira yerk...

SELEPAS : Naufal yang riuh sesangat mulutnya selepas selesai majlis khatan terus monyok alahai kesiannya. Dia kata jangan tanya-tanya "sakitlah".. kelakar sesangat sebab melihat dia yang kelihatan sangat tidak bermaya....


Oklertukan ada diam sikit kot idak macam trompetjer yang penting ayah ngan emak dia dah janji belikan PS3.. alahai bertuah budak-budak sekarangni...

Wordless Wednesday ~ 30112011

Tempat : SACC (Shah Alam Convention Centre)
Tarikh : 25-11-2011
Xtvt : Lepaking tunggu suamiku beli jam tangan

Oleh kerana kebosanan menunggu suami akak membeli jam tangan maka Azaliapun posing sana sini. Mula malu gak sebab der gak orang tengok-tengok dan siap senyum-senyum tapi yang kelakar lepastu ada gak yang mengikutnyer posing lagi sakan... kuang.. kuang.... Layan..



Tuesday, November 29, 2011

Akak cuti blogpun cuti

Terasa rindu sangat nak menulis blog tapi disebabkan akak bercuti dari jumaat maka blog akakpun bercuti sama. Nak buat macamana kebetulan pulak kat rumah sekarangni broadband celcom akak sedang digunakan oleh suami akak untuk Samsung Galaxy Tab dia yang baru. Disebabkan akak selalu gagal menggunakan teknologi sentuhan maka terasa payah bebenoler pulak so pendamkan perasaan sahajalah untuk updatekan blog ini.
Hanya melepaskan rindu untuk menulis hari ini akak siarkan gambar yang akak godek-godek dari :- http://www.widdlytinks.com/ untuk tatapan hari ini pengubat rindu. Kebetulan hari ini banyak sikit kerja yang terpaksa dibereskan maka akak akan meronda plus entry yang betoi-betoi ada cerita selepas kerja dibereskan...


Thursday, November 24, 2011

Popeyes Louisiana Kitchen Sunway Pyramid

Tempat : Popeyes Louisiana Kitchen, Sunway Pyramid
Tarikh : 20-11-2011
Xtvt : Makan-makan.

Ini adalah kali kedua akak makan di Popeyes ini setelah kali pertama dahulu akak terpersona dengan cerita Adamaya yang selalu dating kat situ. Secara keseluruhannya makan kat sini sebenarnya best sebab banyak pilihan, dari ayam dan makanan laut bersesuaian dengan cogankatanya ~ Louisiana's All-Time Favourite Chicken and Seafood. Dan yang penting dekorasi untuk kedai tersebut memang sesuai ngan sedap mata memandang..


Ini Dinner Plate untuk 3 ketul ayam, biskut dan mashed potato. Ayam dia rasa cam lebih "healthy" sebab tak banyak minyak ngat tapi kurang rasa kata suamai akak dan sos mashed potato memang luar biasa dan boleh tahan gak dengan tekak akakni.
Ayam ngan udang goreng tepung (shrimps) yang sedap dan terpaksa berebut anak beranak, sebelum ini akak order The Fish & Shrimp boleh tahan gak rasanya tapi tuler seciputjerkan...
Kelakar muka Atikah masa ini, sebab akak nak amek gambar ayamtu dia dah rembat seketul..
Azalia yang makan ayam secubit tapi sos tomato yang banyak..
Dua orang budak yang kuat makan...
Rasanya kena cuba lagi lain kali sebab banyak lagi makanan dia yang akak tak cuba lagi dan dari segi harga rasanya macam lebih kurang ngan KFC gak kot.. Jom baca komen satu blog ini :- popeyes-louisiana-kitchen-the-next-best-thing-after-kfc/

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday ~ 231111


Wordless Wednesday ~ 23-11-2011

Jumpa maskot apa tah masa gi Sunway haritu.. Azalia yang excited sesangat masa turun dari escalatortu siap lambai tangan dan tak kisah masa suruh dia bergambar..

Tuesday, November 22, 2011

Fend Ikan Bakar Kelana Jaya

Tarikh : lama sudah
Tempat : Fend ikan bakar
Xtvt : makan-makan

Fend ikan bakar rasanya ramai orang tahukan dan memang akak suka sangat makan kat sini dari masa dia berniaga dengan van kat bawah pokok lagi. Kedai Fendni bukan sahaja ada ikan bakar tapi juga macam-macam ada tapi yang tak best sebab ramai sangat orang macam tak selesa sikit...

Tapi ini ada dua gambar anak akak yang bernama Atikah yang suka sangat makan kerang. Entah kenapaler dia suka sangat akakpun tak paham kalau sarapan pagi beli nasi lemakpun nak kerang.. kalau kerang rebusni lagi dia suka sambil cicah ngan sos...

Tapi kerang kat Fendni macam lebih sedap kot sebab der sos tu.. ish yummy.. yummy...
Ni muka budak puas hati dapat makan idaman kalbu...

Besday Kyra 3 tahun

Tarikh : 19-11-2011
Tempat : Emma El-Zahra Outlet, Putra Walk, Seri Kembangan
Xtvt : Besday Kyra 3 tahun

Pada hari sabtu yang lepas berlangsung majlis harijadi Kyra iaitu dua pupu Atikah ngan Azalia di outlet Emma El-Zahra kedai ibu dialertu. Kami sekeluarga terlepas majlis potong kek sebab lewat sedikit sampai tapi syukur saudara mara masih ramai lagi disitu. Oleh itu nampaknya gambar semua syiok sendiriler, harap maklum.

Tempat majlis diadakan ~ Emma El-Zahra Outlet, E-1-1 Jalan PP25, Putra Walk, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan. Makanan hari itu adalah bihun goreng Singapura, nasi lemak secopot, satay dan jajan dan air minumnya air sirap selasih..

Suka gambar ini kalau Atikah senyum sikit mesti lagi comel dan kalau ada kamera yang canggih mesti lagi cun.
Atikah minta makan kek tapi dik Ya masih tidur sebab dia sambung tidur dari dalam kereta.
Sepupu suami akak bergebang di satu sudut, cik Ochutu nampakjer orang pegang kamera tak leh orang nak amek gambar curi-curi..
Amek gambar ngan patung kat depan outlet itu..
Satu lagi posing dari Atikah yang gembira sebab dapat belon.
Dik Ya baru nak bangun dan pakai topeng...
Atikah posing lagi di jejantas kat depan kedai.
Tetamu dah mula nak balik, kamipun nak balik sama.

IKLAN : Welcome to El Zahraa...We produce our own brand. Our product range from many kinds of Hijabs, Shawl, Palazzo pants, & many more.We personally import the material from oversea & used it for all of our product. All the item listed here are proudly design & produce by us.. Jom melawat :-Emma El-Zahraa Outlet

Sorri : budak yang berposingtu adalah anak akak bukannyer besday girl... besday girl masa akak datangtu dah meragam diaorang kata masa tiup lilinpun menangis.. so akak datangtu baru lepas tiup lilin dan dia terus tidur... kuang.. kuang.. so gambar yang ada hanyalah anak2 akaklerkan....

Monday, November 21, 2011

Berkelipan cahaya Sunway Pyramid 2011

Tarikh : 20-11-2011
Tempat : Sunway Pyramid
Xtvt : Hanya Bergambar

Semalam kami sekeluarga seawal pagi telah pergi ke Sunway Pyramid dengan satu tujuan dan hasilnya dapatlah bergambar dengan hiasan krismas yang berkelipan cahayanya. Seronok rasa di hati dan akak dah mintak ngan suami nak amek gambar hiasan krismas di Pavillion lak mesti lagi meriahkan... isyh jangan tak tahu akak tak pernahpun sampai Pavillionnipun, sebab memang payah ngat suami akak nak ajak gi area situ.

Jom layan aksi gedik untuk Atikah dan aksi macam orang cacat(suami akak cakap)untuk Azalia... Layan .Atikah okjer kalau suruh bergambar sekarang, buat peace dia peace..Dik Ya dengan muka yang terpaksa, tengokler mukanya...Atikah seorang yang sudi bergambar ngan telaga buruk ini, tengok seluar dia dah kena beli baru lagi. Azalia dengan aksi samsengnyer dibelakang orang salji..Suka ngan gambar ini sebab der rusa tu...Gambar akak ngan Atikah ngan Azalia yang teramat susah payah nak amek gambar sebab budak dua orangni dah tak sabar nak main yang indoor game tu...Kereta mr Santa tertinggal kat sini kalau tinggalkan hadiahkan best...Akhirnya Azalia dah berlari entah kemana bermakna Atikah sahajalah yang bergambar di sini...

Sunday, November 20, 2011

Kalendar 2012

Tak sabarker nak masuk tahun 2012 yerk!! Mungkin ya mungkin tidakler tapi yang sebetulnya akak beli gak kalendar Guardianni sebab nak tengok cuti tahun depan dan bolehler berangan konon nak ajak suami bercutikan. Lagipun kalendarni ada kupon kat dalamnya bolehlah digunakan nanti berbaloi gakler...
Gambar depan..
Bulan May sebab harijadi akak ngan suami...Bestkan sebab dikalendar ini setiap bulan ada lukisan yang menang pertandingan yang sangat comel...

Saturday, November 19, 2011

Majalah Aulad dan Adik Muslim

Sebenarnya akak kerinduan dengan majalah Bujal kegemaran akak masa kecil dulu tapi yelah dulu nak dapat beli satu majalahtupun punyalah susah. Maalumler apak akak dulu rasanya sentiasa mengawal perbelanjaan jangan dibazirkan ke arah yang tiada faedahnya.. Pada apak akak dulu rasanyalah yang penting buku pelajaran dan ada makanan untuk tenaga mengulangkaji dah cukup.

Tapi kadang akak rasa ada gak benarnya cara mereka dulu sebab kita benar-benar menghargai apa yang kita dapat tidak seperti anak sekarang yang sentiasa mudah untuk mendapatkan sesuatu. Isyh panjang lak cerita kisah dulu dan sekarang.. sori...
Inilah masalah akak sebenarnya kalau pergi ke kedai mesti nak gak cari apa yang nak dibelikan untuk Atikah ngan Azalia, sampai suami dah warning jangan nak manjakan diaorang.. Tapi entahler dah terbiasa...Majalah Aulad yang sesuai untuk umur 4 tahun - 6 tahun maksudnya yang sekolah tadika.. hargapun murah... Memang tiap-taip bulan beli majalah ini...Adik Muslim ini untuk yang umur 7 tahun sampai berapa tak hengat jarang-jarang beli tapi okler jugak...

Friday, November 18, 2011

Sediakan bajet dengan sistem sampul


Sumber : Utusan Malaysia
Pengguna dan isi rumah pada hari ini berhadapan dengan masalah isu kenaikan kos harga makanan, kenaikan harga petrol dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Bagi memastikan kenaikan kos ini tidak memberikan tekanan kepada kehidupan, anda hendaklah menguruskan kewangan dengan baik.

Antara aspek penting dalam pengurusan kewangan ialah membuat bajet bulanan. Bajet membantu anda mengenal pasti aliran tunai sebenar perbelanjaan pada akhir bulan. Salah satu kaedah dalam menyediakan bajet ialah melalui sistem sampul . Untuk itu, anda memerlukan beberapa keping sampul, salinan bajet dan pensil untuk melakukan aktiviti ini.

Langkah pertama : Pengguna diminta menyediakan bajet
Anda harus mengenal pasti jumlah pendapatan atau sumber yang akan diterima pada bulan tersebut dan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan. Langkah penyediaan bajet akan memberikan kesan terhadap situasi kewangan anda

Langkah kedua : Bahagikan perbelanjaan kepada beberapa kategori
Teliti bajet anda dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti makanan, penggunaan petrol, pakaian, peralatan rumah, hiburan dan sebagainya. Wujudkan sampul surat dengan menulis kategori-kategori yang dinyatakan dalam bajet pada setiap sampul surat.

Langkah ketiga : Isikan sampul dengan bajet yang diperuntukkan.
Isikan sampul dengan wang yang diperuntukkan dalam bajet mengikut kategori.

Langkah keempat : Belanjakan wang
Gunakan wang yang diperuntukkan mengikut kategori sampul surat. Contohnya, sekiranya pembelian untuk makanan, gunakan wang daripada kategori makanan sehinggalah wang tersebut habis mengikut peruntukkan. Pada ketika ini, perbelanjaan bagi kategori yang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkan untuk penyediaan bajet pada bulan hadapan.

Langkah kelima : Letakkan mana-mana wang lebihan untuk simpanan
Sekiranya anda mempunyai lebihan wang dalam sampul pada hujung bulan, jadikan ia tambahan simpanan anda atau gunakan untuk tambahan bayaran kepada liabiliti atau hutang

Langkah keenam : Isikan semula bajet anda untuk bulan hadapan
Isikan semula wang mengikut bajet ke dalam sampul. Setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet anda. Dalam mengikuti langkah-langkah di atas, sedikit tip ingin dikongsikan bersama agar impian dan hasrat anda benar-benar menjadi kenyataan.





Antara tip-tipnya ialah :-

a. Alihkan peruntukan kategori-kategori anda pada bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebut bersesuaian dengan bajet sebenar.

b. Sekiranya anda tidak membuat pembelian secara tunai, ambil masa beberapa bulan untuk menyesuaikan bajet anda dalam system sampul ini. Jangan terus mengalah sekiranya anda tidak dapat mematuhi bajet. Anda harus berusaha pada bulan seterusnya.

c. Sekiranya anda tidak dapat mematuhi sistem sampul secara bulanan, mulakan secara mingguan atau dwi mingguan. Ia bermatlamatkan untuk mewujudkan suatu system yang berkesan untuk anda.

d. Adakah saranan membawa wang tunai ini menyebabkan anda rasa takut atau sukar? Anda boleh gunakan kad debit dan masih boleh menggunakan system sampul surat. Hanya tolakkan setiap pembelian anda dan catatkan dibelakang sampul surat dan hentikan pembelian sekiranya baki sampul surat menunujukkan “0”.

Macam bestjerkan, tapi tuler macam dah terlambatjerkan kalau tahu dari dulukan mungkin akak dah banyak simpanankan... kuang.. kuang.. padahal kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih.... yang pasti menyimpan ini mesti dilakukan tanpa mengira masa, usia dan apa juga keadaankan. Antara azam untuk maal hijrah yang akan datang ini ialah untuk menambahkan simpanan dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting. Kemungkinan sistem sampul ini menjadi pilihan supaya akak tidak berlebihan dalam bab yang tidak sepatutnya.. Amin....

Main masak-masak ala master chef

Inilah mainan impian akak sebenarnya tapi bagi alasan nak bagi pada anak-anak sebab kebetulan Atikah dan Azalia memang suka main masak-masak. Dah lama akak beli mainan ini tak silap 29/10 yang lepas di Toyland, Puchong selepas mendapat persetujuan dari suami akak. Maalumler dapur ini agak makan ruang dan taujerlerkan rumah akak cinonetjer...

Akak nampak dapurni masa tengok satu blog sebenarnya dan kebetulan masa gi Toyland hargapun lebih kurang akak beli ajerlahkan. Seronok tengok diaorang main sebab masa takder dapurnipun diaorang boleh main dengan jayanya inikan dah ada dapur yang lebih properkan...

Atikahni masa kecik berangan nak jadi chef ler konon pantang tengok rancangan masak-masak janganlah tukar mesti dia marah dan pastilah channel kesukaan dia adalah 703. Kelakar ingat masa dia kecik lebih kurang umur 3 tahun gitu bangun tidur 703, nak tidur 703, bosan pulak akak... tapi itu dulu sekarang suka gakler esp Master chef sebab ada masak dan drama sekali... Dan chef kesukaan adalah Farah Quinn dalam rancangan channel 141 sebab ibu dianiler suka....
Okler layanjerler gambar ini untuk kenangan masa mendatang. Atikah dan Azalia, ibu akan cuba untuk memberikan yang TERBAIK untuk kamu berdua berdasarkan kemampuan ibu. Tolong hargai pemberian ibu ini walaupun tidak semahal mana namun ketahuilah tidak semua kawan adik Ya ngan Ika dapat seperti ini...
Masa mula belitu memang kelakar sebabnya akak dan mak mertua yang berlebihan sampai hilang mood nak main budak dua orangtu.. tak leh ini tak leh ini, nak masak kena gini, .. kuang..kuang....

Thursday, November 17, 2011

Chicken Rice vs Old Klang

Tempat makan : Chicken Rice Shop, Bandar Puteri
Tarikh : 12-11-2011

Semasa roadshow di Bandar Puteri tempohari akak makan di Chicken Rice Shop yang dah lama akak tak makan. Selalunya kalau dengan husband memang dia langsung tak berkenan dengan kedai ini sebab dia kata tak sedap, so akak masukler makan sorang-sorang haritu...


Tempat sudu dan garfu yang comel...


Nasi ayam ~ ayam panggang ngan masak tauge... Kalau citarasa melayu memang tak kena sebab cili dia memang tak macam nasi ayam melayu....
Kalau nasi ayam akak teringat gak nak balik Ipoh, puas hati kalau makan nasi ayam.


Tempat : Old Klang Kopitiam, Giant Bandar Kinrara
Tarikh : 11-11-2011

Selepas habis kerja hari jumaat lepas akak ajak suami pergi beli barang dapur sikit plus nak belikan mak mertua mi goreng. Akakpun katalah mak suka mi goreng Old Klang so kamipun terus kesana (padahal sendiri nak makan kat situ sebut nama mak mertuakan). Atikah ngan Azalia mesti nak gak tembikai laici layanjer tapi lepaihni biar ibu yang buat dapat banyakkan.... Just gambar....

Masa mula husband ajak gi Old Klang ingatkan dia silap sebut akak gelakler kata Old Townler rupanya memang Old Klang.... malu saya...
Atikah ngan roti bakar 2 set kongsi ngan Azalialer...
Roti bakar, air kopi putih sedap gak dan tembikai laici juga telur separuh masak... okler hargapun ok...

Nuffnang oh Nuffnang