Nuffnang saya

Followers

Monday, October 31, 2011

Teringin nak beli basikal

Dulu akak aktif gak berbasikalni masa bujang dulu-dululah tapi semenjak duduk di sini basikalpun akak tak pernah beli. Aktiviti berbasikal yang paling akak ingat dan menjadi kenangan terindah ialah Berbasikal dari Ipoh ke Lumut anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Memang penat sebabnya akak cuma bawa basikal mountain bike jerkan orang lain bawak basikal canggih dan memang untuk kegunaan racing. Masanilah akak kenal dengan Wahid Senario yang masatu belum lagi famous, dia memang suka berbasikal dan aktif dalam sukan masa kat Ipoh dulu.

Oklah berbalik kisah di sini pula, selepas dah terasa macam jemu berjogging namun hasil yang diterima semacam tiada apa-apa akak rasa sudah sampai masanya akak berbasikal pula. Maalumler berjogging pula tidak berteman sudah pastilah terasa jemukan kalau berbasikaltu rasanya tidaklah boring sangat.. Tengah survey gak blog pasal basikalni harap dapat jumpa basikal yang bersesuaian dengan akak dan budget yang ada...

Tak ingat gambarni dari sumber yang mana tapi suka tengok gambar ini....

Nak beli basikalnipun penangan pergi roadshow kat Desa Park City
haritulerni, cam bestjer tengok sekeluarga berbasikal.

Friday, October 28, 2011

Festival Buku Kanak-Kanak 2011

Moh kita... moh kita... ke Festival Buku Kanak-Kanak 2011 dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Kuala Lumpur dan Perbadanan Kota Buku dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-kanak dan remaja Malaysia, Persatuan Penerbit Buku Malaysia. Dasyatkan banyak penganjurtu mesti bestkan...

Anda dijemput hadir untuk bersama memeriahkannya :-
Tarikh : 27 Oktober hingga 2 November
Masa : 10 pagi hinggga 6.00 petang
Tempat : Dataran Merdeka dan Perpustaan Kuala Lumpur
Masuk : PERCUMA

Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuklah Pameran Buku Kelainan Upaya (IBBY), Pameran Galeri Guru Malaysia, Demo Teknik Bercerita, Sesi Bercerita, Sesi Bercerita Group Kopi-Kopi dan Rentak Hijau, Pertandingan Bercerita, Forum Sastera Kanak-Kanak : MBBY, Kraft/Origami/Sampul Surat, Sesi bersama penulis Ain Maisarah dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut aktiviti sila layari :-MBBY




Macam menarikkan... rasanya eloklah kalau dapat kita pergikan.

Thursday, October 27, 2011

Desa ParkCity pulak

Xtvt : Roadshow lagi
Tarikh : 24/10/2011
Tempat : Desa ParkCity Waterfront

Kalau tidak kerana kerja sudah pasti akak tidak sampai ke sini Desa ParkCity ~ The Best Place to Live in Kuala Lumpur yang memang terasa kelainannya. Dalam hati akak cakap memang best sesangatler tempatni kalau dapat tinggal di sini lagiler syiokkkkk.

Gambarni ambil dari :- http://desaparkcity.com/. Apa yang ada di sini? Macam-macam ada ok walaupun kecil seperti Maxvalu untuk supermarket, kedai basikal, kedai binatang, kedai DIY, kedai untuk pembelajaran anak seperti Enopi, kids sport & gym, artworkshop dan paling banyak kedai makan. Contoh kedai makan yang ada ialah Kluang Station, Big Apple donuts, onde-onde, The Steamboat Ketam Village dan banyak lagi.

Inilah booth kami yang terletak di luar maka memang terasa panas sekali dengan akakni pakai baju kurung lagi maalumler hari kerja bukannyer weekend macam biasa. Akak kerja di sini dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam memang penat dan paling tak suka ialah hari ini akak sakit gigi sehingga menyebabkan keesokan harinya akak dapat MC

Gambarni ambil dari :- http://desaparkcity.com/. Pemandangan yang mendamaikan untuk makan sambil menikmati pemandangan yang indah, memang terasa lain betul suasana di sini tau. Gambar di bawah ini pulak akak ambil dari hand phone masa meronda di taman, tempatni memang sesuai untuk berjogging dan ber"stroller" dan berbasikal. Memang best....
Bestkan... terbaik untuk berjogging...

Di bawah ini pulak gambar yang akak ambil dari waterfront, tengoklah ada tempat khas untuk letak basikal.
Booth kami di hadapan Coffee bean ngan Pulau Ketam Steamboat, juga Rakuzen oleh itu dapatlah akak tengok betapa bersantainya orang-orang di sini dengan lepak-lepak, minum dan berbual padahal haritu hari isnin. Aktiviti sekeluarga pulak dapat dilihat dengan berbasikal anak beranak dan bawa anjing berjalan-jalan dan yang penting dari tamantu boleh terus bawa ke dalam waterfront. Terkejut-kejut akak tengok anjing yang besar dah nak rupa serigala sebab bulu dia tebal jalan depan akak, anak-anak kecil pulak riang ria main skuter dan berbasikal depan booth akak. Kesimpulannya berbeza memang berbeza...

Seperti biasa sepanjang roadshowni akak rasa perkara yang paling best ialah banyak tempat baru yang akak boleh tahu dan paling tak best kena kerjalahkan menebalkan muka edarkan flyer bagai... tapi selesai sudah untuk bulan oktober dan November ada lagi nak kena buka boothni...

Wednesday, October 26, 2011

Sunday, October 23, 2011

Majlis Harijadi Azalia 4 Tahun

Xtvt : Sambutan Majlis Harijadi Naufal dan Azalia
Tempat : Umai D'Lake, The Lake Garden Cafe, Putrajaya
Tarikh : 22hb Oktober 2011

Selesai sudah majlis sambutan harijadi dua bersepupu Naufal dan Azalia dengan jayanya. Syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan kemudahan dan kesenangan kepada tetamu kami dihari tersebut. Ribuan terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis tersebut dan mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan dan salah silap.

Hari ini tidak sempat nak bercerita panjang sebab terpaksa pergi survey satu tempat untuk road show esok. Oleh itu akak hanya akan bercerita pengalaman indah Azalia hari itu selepas cerita road show nanti. Ibu akan mengabadikan kenangan sambutan majlis harijadi adik 4 tahun ini pasti.. tunggu..

Oleh itu hanya layan sahaja gambar yang diambil dari kamera sepupu suami disebabkan akak memang tidak mengeluarkan kamerapun semasa majlis tersebut.
Kek yang ditempah oleh adik ipar emak kepada Naufal dari :- Anna bake-freshly Putrajayayang teramat comel dan begitu teliti kerjanya.
Tiga sepupu yang sudah siap di"face painting" oleh sepupu suami iaitu Nadia sementara menunggu tetamu datang.

Upacara memotong kek yang ditunggu-tunggu.
Ibupun nak bergambar gak dengan birthday girl.
Antara "game" yang ada masa hari itu.
Terima kasih untuk hadiah yang diberikan.

Friday, October 21, 2011

Spageti Goreng Untuk Majlis Harijadi

Masa yang dinantikan akan tiba juga iaitu sambutan hari jadi untuk Azalia yang akan diadakan esok 22hb Oktober di Umai Cafe, Putrajaya. Sambutan harijadi ini secara bersama seperti tahun-tahun sebelum ini dengan sepupu Azalia iaitu Naufal yang juga lahir pada bulan Oktober. Menu untuk esok simple sahaja iaitu menu minum petang seperti bihun goreng, nasi goreng, roti jala, kuih karipap, satay entahler tak ingat apa yang diorder hari itu.

Umai Cafe ini hanya menyediakan tempat dan makanan dan segala dekorasi dan goodies terpaksa disediakan sendiri. Dekorasitu rasanya kami telah meminta pertolongan sepupu suami untuk datang awal untuk menyiapkannya. Risau gakni sebab selama ini sambutan hari jadi hanya diadakan dirumah sahaja tapi kali ini dibuat di Cafe dan jemputan kali ini sedikit ramai. Harap semuanya berjalan lancar hendaknya.

Oklah gambar bawah hanya makanan yang akak hidangkan semasa harijadi Azalia yang akak buat dirumah tempohari pada tarikh harijadi sebenar dia 8/10.
Akak hanya masak spageti goreng, nugget goreng, kentang goreng dan dadih stoberi. Hidangkan kuih raya dan air minumpun hanya minuman dalam kotak punya rajin ibu Azalianikan....

RESIPI SPAGETI GORENG
Resipi asal dari sini : -myresipi tapi akak olah sesuka hati
1 paket Spaghetti ~ (rebus hingga kembang, bubuh minyak sikit supaya tidak melekat)
1 biji Lada Capsicum ~ potong dadu kecil
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 sudu besar cili kering kisar
10 ulas Bawang Putih ~ tumbuk
Cendawan Shitake - hiris (bahan tiada jadi tak bubuhpun)
1 paket Crab Sticks - potong 3
1 paket Sosej Ayam berkeju - potong serong 5
1/2 kilo Isi Ayam - goreng tepung dn potong kecil (ni akak tak buat tapi ganti..)
Daging cincang yang digoreng terlebih dahulu @ kalau nak cepat gunajer daging burger potong halus2 dan goreng.
1 botol kecil Sos Spaghetti Prego (Mushroom)
Serbuk Lada Hitam Kasar (ni tak bubuh sebab guna cili kering kisar)
Minyak Zaiton utk menggoreng - boleh juga gunakan minyak biasa

1. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan cili kering kisar. Bila dah naik bau dan cili masak, masukkan spaghetti sauce.
2.Gaulkan tumisan kemudian masukkan capsicum. Tumis hingga layu sedikit. Jika sos kering, tambahkan air sikit.
3.Masukkan daging cincang goreng, crabsticks, sosej dn isi ayam. Biarkan sampai sos mendidih.
4. Selepas itu masukkan cendawan dan akhir sekali spaghetti. Taburkan lada hitam ikut suka pedas. Akak tabur gak cheese nak rasa omputih sikit...
5.Gaul rata semua bahan, padamkan api. Bolehlah hidangkan

Ni macam spageti bolognaise tapi digoreng punya sebab dah orang melayukan nak buat macam mana. Lagipun masak cam gini senang sebabnya kalau anak akaktu tak payah nak tolong gaul-gaulkan boleh terus masuk perut selamat....

Jogging yang tergendala

Nampaknya agenda jogging akak tergendala disebabkan oleh hujan yang turun menyirami bumi setiap petang di sini. Tapi akak usahakan juga bergerak semasa bekerja dan selalunya budak-budak di opisni dah faham sangat kalau tiba-tiba akak bersenam manja. Sepatutnya setiap pagi akak mempunyai masa untuk keluar berjogging tapi selalunya akak lebih senang mengemas rumah dan akhirnya waktu tersasar dari yang sepatutnya.

Harapnya agenda
Aku wajib KURUS akan dapat dilaksanakan hingga aku dapat menjadi orang yang lebih sihat dan bertenaga. Syukur Alhamdulillah akak telah berjaya untuk melaksanakan hari tanpa nasi selama 10 hari dan moga akak dapat teruskan lagi.

Masa belikan sarapan untuk mak mertua dan anak-anak, Atikah dan Azalia cakap ibu rainbow cantik. Memang cantik tapi disebabkan akak hanya gunakan kamera hand phone jer gambarnya idakler jelas.. ampun...
Harapkan keindahan hari ini tidak menghilang seperti pelangi.... harap akak akan terus berusaha untuk menjadi lebih sihat dan ceria...

Thursday, October 20, 2011

Antara Maghrib dan Isyak TV3

Akak tak pernahpun tengok ceritani sebab waktu siarannya 11.30 pagi tapi akak terkejut dengar Azalia nyanyi lagu madu 3 rupanya dia tengok ceritani dengan nenek dia.
Menyusuli 'Gulai Tempoyak Chicken Chop' di slot Senda Pagi, nantikan kemunculan drama bersiri komedi ‘Antara Maghrib Dan Isyak’ terbitan Suhan Movies Trading yang mengisahkan asam garam kehidupan keluarga berpoligami 4 lelaki dari pelbagai usia mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa dan Rabu jam 11.00pagi.

Antara Maghrib dan Isyak mengisahkan dilema Yusri berusia 32 tahun (Zalfie Raoul) yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun berkahwin dengan Anita (Suriati Abu Bakar @ Atie). Yusri berasa kagum dengan Haji Seman (Fathil Dhani), Ramlie (Kazar) dan Adman (Muslee Ramly) yang berpoligami.

Haji Seman sering menjadi tempat Ramlie dan Adman meminta nasihat. Kehebatan Ramlie dan Adman bercerita tentang kehidupan berpoligami telah menarik perhatian Yusri. Dalam diam-diam, Yusri memasang niat untuk berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, tindakan Yusri telah menimbulkan pelbagai masalah terutama dalam membahagikan masa untuk isteri mudanya, Nurain (Lovinia). Yusri hanya berkesempatan menemui isteri mudanya di antara waktu Maghrib dengan Isyak dengan memberi alasan untuk berjemaah di masjid.
Sebenarnya bukanlah ceritatu yang akak ingin ulaskan tapi lebih kepada kisah yang akak alami sendiri minggu lepas. Begini minggu lepas akak pergi ke Mahkamah Syariah, Jalan Othman, Petaling Jaya (opps! bukan kisah rumah tangga akak tau) untuk menjadi saksi kepada kawan akak yang memohon perceraian secara fasakh dari suaminya. Masa mula tahu cerita yang suami dia dah berkahwin lain dan sudah mempunyai seorang anak dengan isteri barunya akak memang terkejut. Akak tidak dapat mempercayai kebenaran cerita tersebut memandangkan suami dia tergolong kepada suami yang amat mengambil berat dan nampak seperti pasangan yang bahagia.


Akak mengenali kawan akaktu sebenarnya semasa kami sama-sama terpaksa di masukkan wad disebabkan uri di bawah seperti entry akak sebelum ini :- uri-di-bawah-placenta-previa. Oleh kerana akak bersama dia selama 2 bulan setengah kami menjadi rapat dan semasa di sini akak melihat suami dia penuh dengan tanggungjawab. Semasa di dalam wad misalnya suami dia akan cuba memenuhi permintaan kawan akak, akak juga mengambil kesempatan dengan turut sama mengirim. Selalunya akak minta suami dia belikan laksa sebelah padang FAM Kelana Jayatu dan tidaklah kami asyik makan makanan hospital yang sangat sedap itukan. Suaminya juga boleh dikatakan seminggu lebih dari 4 kali datang melawat kawan akak itu dan kebiasaanya akan ditunggu isterinya sehingga habis waktu melawat. Oleh itu tentulah akak terperanjat mendengar cerita kawan akak mempunyai madu dan seorang anak tiri.. OMG! OMG! OMG!


Itulah hakikat kehidupan berbalik kepada cerita mahkamah syariah haritu tujuan akak manjadi saksi sebenarnya bukan ingin melihat rumah tangga mereka runtuh dan bukan juga akak menolak poligami tapi hanya sekadar sokongan kepada seorang sahabat. Akak tidak sanggup mendengar dia merintih dan menangis mengenangkan nasib dia dan anak-anak. Akak hanya ingin dia memulakan kehidupan yang baru samada terus sebagai suami isteri atau sebagai ibu tunggal.


Bayangkan selepas dia melahirkan anak yang sama tarikh lahir dengan Azalia (kes uri di bawah itu) suaminya menyuruh dia berhenti kerja dan sudah pasti susah untuk dia memohon pekerjaan yang baru. Nasiblah dia ada seorang adik lelaki yang bujang dengan pekerjaan yang agak baik menampung kehidupan anak beranak disamping sedikit pemberian dari suaminya.


Semoga akak dan yang lain mengambil iktibar dari kisah ini antara maghrib dan isyak misalnya yang mengambil kesempatan konon bersembahyang di surau padahal pergi berjumpa isteri muda (rasanya ramai yang buatni).Seperti kawan akak juga suami dia suatu masa dulu konon sibuk buat kerja part time buat kitchen cabinet dan wiring rumah orang sebabtu selalu balik lambat padahal pergi rumah isteri muda.Entahlah sukar diduga apa yang akan terjadi kepada kitakan, semoga tiada dugaan yang berat untuk kita semua hendaknya.
Kalau madu yang ini banyak khasiatnya.

Bahan bacaan di Genius Aulad

Inilah semua bahan bacaan yang digunakan oleh anak akak semasa di Genius Aulad. Sebelum ini akak ada buat entry "Atikah dah boleh membaca" dan sebenarnya Atikah dan Azalia juga boleh membaca Iqra' dan reading.
Kesemua bahan bacaan yang digunakan oleh anak-anak Genius Aulad, Iqra' untuk pandai membaca al-quran, Reading with starting word untuk pandai membaca bahasa Inggeris dan Bijak bahasa untuk pandai membaca bahasa malaysia. Lengkaplahkan..
Bijak Bahasa, inilah buku yang digunakan Atikah semasa di Genius Aulad. Buku ini memang ditulis oleh Genius Aulad untuk pelajar dia , rasa macam tak pernah tengok kat pasaran.
Ini Dik Ya punya starter words baru masuk level yang selalu kami sebut buku Adam & Dina (kalau buku Ladybird tu Peter & Jane). Teringat satu cerita, kawan Azalia ada sorang yang dah naik level 6 @ 7 jadi akak cakap kat dia "Dik Ya ni lambat macam kura-kuralah". Dia boleh cakap gini " takper ibu kura-kurani lambat tapi dia terus jalan nanti dia sampai dulu. Nanti kawan adik yang lajutu kena ulang balik sebab laju sangat tapi tak betul-betul belajar." kuang.. kuang janji dia tak kalahkan. Lagi satu nanti dia cakap kawan dia ada ramai yang lambat dari dia..
Ini untuk kakak pulak dah nak masuk level 7. Kira tersangatlah ok untuk akak buku ini sebab Adam & Dinani lebih Islamic sikitkan tang dog tu ganti cat, ada cerita pray, hubungan kekeluargaan dan kejiranan yang baik. Tapi buku ini juga rasanya untuk student Genius Aulad sahaja entahler akakpun tak tahu.


Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Dua hari di Puteri Mart, Puchong

Bosan dua hari bekerja di Puteri Mart hujung minggu yang lepas terubat juga dengan maklumat dan info baru yang akak dapat selama berada di sini.

Puteri Mart ni terletak di Bandar Puteri, Puchong adalah tempat 3 + 1 yang ada pasar basah menjual ikan, ayam, sayur dan lain-lain, ada pasar kering seperti baju, kasut, aksesori dan lain-lain dan ada food court makanan tidak halal. Puteri Martni terletak dibawah pengurusan IOI properties dan menjadi tumpuan penduduk Bandar Puteri terutama yang berbangsa cina sebab akak tengok 99.9% yang datang adalah bangsa itu.

Jom layan gambar yang ada ok :-
Ini gambar Puteri Mart yang akak maksudkan yang diambil sementara menunggu yang lain sampai. Tak mainler janji melayu ok, dua hari berturut2 yang melayu inilah yang menunggu yang bukan melayu, melayu sekarang dah ikut janji Jepun dah...

Gambar "booth" kami yang cinonet sesuai ngan bayaran yang murah dan yang tak tahannya ialah tidak ada penyaman udara hatta kipas yang menghala ke arah kami.. wau memang panasler dua hari itu.

Ini untuk pengetahuan sahajalah akak terjumpa dengan sandal FitFlop Original yang murah. Betul ker tak ori tak dapat dipastikan tapi menurut seseorang yang sedang mencuba kasuttu dan terus membelinya dia kata dia dah beli satu yang original dan dia kata yang ini memang ori.Lupakan pasal Puteri Mart kita tengok apa yang ada di sekitar situ apa yang ada.
Kedai Fun Cheer yang betul men"cheer"kan mood akak untuk hujung minggu yang tak best. Akak suka tengok sebab ada jual barang-barang comel sesuai untuk "goodies" dan juga tambahan koleksi budak dua orangtu.

Ok dan satu lagi akak dah jumpa kedai makan yang akak cari untuk Jalan Jalan Cari Makan berdasarkan maklumat di internet iaitu Restoran Baser dan Restoran Makanan Cina Muslim: Mohd Adam Ali. Senang nanti bolehlah kita terjah... Fuh lega hujung minggu yang meletihkan dah habis. Next month lagi banyak kot, isyh malaih betoiler...

Monday, October 17, 2011

Atikah dah boleh membaca

Sebenarnya akak nak tunjukkan buku bacaan bahasa malaysia Atikah di Genius Aulad yang menggunakan kaedah phonic. Sesungguhnya akak tidak menyangka yang Atikah boleh membaca semasa berumur 5 tahun namun syukur kepada Allah swt kerana memberikan kemudahan itu kepada dia. Terima kasih juga kepada guru-guru dia di Genius Aulad yang banyak membantu sebab akak tahu Atikah mempunyai masalah dalam memberikan penumpuan dalam melakukan sesuatu perkara.

Kemungkinan anak orang lain lebih cepat "menangkap" dari anak akak inikan tapi pada akak kebolehan Atikah ini sudah besar ertinya. Akak tidak meminta yang berlebihan untuk mereka cuma mengharapkan anak-anak akak akan dapat mengharungi kehidupan ini dengan jayanya.
Atikah yang sedang belajar membaca.Buku yang comel...Azalia yang menyibukkan diri berposing...

Buku bacaan ini merupakan keluaran Genius Aulad sendiri dan memang mudah difahami dengan gambar yang cantik dan comel memikat hati. Buku ini dibaca oleh setiap anak-anak mengikut kemampuan mereka sendiri dan guru dia akan menandakan bacaan mereka mengikut tarikh bacan tersebut. Anak akak akan berbangga kalau hari tersebut misalnya guru akan menandakan tarikh dan juga satu simbol misalnya bunga, dia cakap "ibu hari ini Ika dapat bunga besar". Bukan dapat bunga tapi tanda bacaan mereka, kalau tak lepas bacaan mereka haritu guru akan tanda tarikh dan simbol R.. gituler seterusnya. Jadi akak harap Ika dan Dik Ya akan terus gembira membaca dan menulis di Genius Aulad.

Saturday, October 15, 2011

Hujung minggu yang bosan

Harini sabtu sepatutnya GEMBIRA tapi akak SEMAK FIKIRAN sebab tak dapat bercuti seperti biasa disebabkan terpaksa untuk berada di Puteri Mart di Bandar Puteri atas urusan KERJA. Memang inilah yang paling akak tak suka.. Korang suka tak kalau orang bagi brochure ker apaker? tak sukakan, akakpun tak suka tapi akak kena buat kerja yang akakpun tak suka... Layan ajalah...

Bayangkanlah kalau hari sabtujer ok lagi ni dua hari sabtu dan ahad kena menebalkan muka , isyh memang tak menahan rasa di hati ini. Kalau kawan-kawan ada jumpa akak di sana tegur-tegurlah hilang gak boring....
KERJA.. KERJA...KERJA

Friday, October 14, 2011

Skyway Cable-Car Genting Highlands

Ini gambar masa pergi Genting Highlands haritu iaitu naik cable-car untuk turun ke Gohtong Jaya balik. Akak dah ceritakan akibat kesilapan teknik boleh kata semua gambar kenangan kami di Genting tiada. Oleh itu hanya gambar selepas kesilapan teknik sahaja yang ada iaitu gambar dua permainan terakhir, gambar di McDonald dan juga gambar naik cable-car ini.

Ini merupakan kali pertama Atikah dan Azalia naik cable-car tapi tiada sebarang masalah yang berlaku dan kedua-duanya teruja dengan keindahan alam kiri dan kanan.

Info pasal cable-carni...

In 1997, Genting Highlands Resort further boosted its facility attraction with Genting Skyway cable car system that provides a 3.38 km transport to the hilltop. Genting Skyway is also recognised as the "World's Fastest Mono Cable Car System" with a maximum speed of 21.6 km per hour and the "Longest Cable Car in Malaysia and Southeast Asia".
Jom Layan gambar anak-anak akak yang dah letih dan sedih sebab meninggalkan mainan yang katanya macamniler best sebab boleh main semua benda tak payah bayar. "Tak payah bayar"!!!! Rabak duit ayah dia, diaorang tak tahu..






Genting Higlands

Thursday, October 13, 2011

Tempat Jogging Bandar Kinrara

Jogging yang paling seronok untuk akak sekarang ialah di BK5 sebab padang dia yang berbukit-bukit dan memang membuatkan akak rasa inilah baru berjogging. Sebab peluh mesti mencurah-curah dan rasa semputpun datang.

Minggu lepas akak kembali berjogging di sini dengan seronoknya setelah sekian lama tidak pergi ke sini dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Harap dapat berterusan dan cuaca juga harap dapat membantu kerajinan akak ini..Ini gambar dari puncak yang tinggi pemandangan taman yang ada pelbagai kemudahan untuk orang yang suka berekreasi. Kat puncakni juga ada satu padang futsal..
Ini pulak pandangan dari jauh trek jogging yang menaik untuk sampai ke puncak yang tertinggi.
Ini tangga yang terdapat ditepi taman tersebut yang memang agak tinggi... seperti biasa akak rasa malu nak amek beria-ia untuk menunjukkan ketinggaannya..

Akak dah pernah menulis kisah tempat joggingtu dengan tajuk masa untuk jogging namun rasanya kerajinan akak hanya bertahan sebelum bulan Ramadhan. Selepastu rasanya semuanya hanyut dan adalah datang hanya sebulan sekali dan mungkin kurang lagi. Oleh itu akak menanamkan azam untuk lebih bersemangat dalam rajin untuk keluarkan lebih peluh....Ini gambar budak dua orangtu pada tahun lepas pada masa akak baru survey kawasantu....

Sebenarnya keinginan datang ke sini adalah kerana akak teringin nak naik Bukit apaker nama tapi dekat ngan taman wawasan. Jadi takkan nak terus shoot ke atas kot kena training tempat rendahler dulu.. Isyh merindui zaman giler naik gunung dulu...

Nuffnang oh Nuffnang