Nuffnang saya

Followers

Tuesday, June 28, 2011

Azalia oh Azalia....

Inilah anak akak yang kecik yang memang nampak macam feminin tapi alamak suka sangat ngan toys lelaki.. Teringat masa besday dia dulu ada sepupu husband tersilap ingat nak bagi kat anak sedara lelaki tapi ada orang terbagi toys transformer tu kat Azalia. Maka soriler dia nak bagi toystu malah hadiah yang girlnyer pun dia dah tak pandang.. alamak...
Ni kat kedai mainan di Nilai 3..malu2 nak bergaya cam ultraman...

Dan permintaan dia utuk harijadinya pada bulan oktober depan ialah kek ben10... isyh idakler akak tunaikan tapi mungkin akan order cup cake yang campur2...

AzALiA oH aZaLiA

Monday, June 27, 2011

O.S.K. ~ DONE

Akak berada di Carre4 Puchong Utama pada 25/6 dan 26/6 yang lepas sebab ofis akak OSK Bandar Puchong Jaya bukak booth kat situ .. Best tak? mesti tak bestkan sebab kena kerja pada hari minggu. Tapi inikan tanggungjawab yang mesti dilunaskan, baru berkat hidup. BETOI....

DONE.. wow...
Inilah rupa booth kami....
"LET OUR EXPERTISE WORK FOR YOU"
Inilah meja kerja akak selama sehari setengah....
Inilah kerja orang yang tiada kerja... Bosan tunggu orang, akakpun snap sana sini...

Ok depan boothni der satu butik namanya Nur Alia butik, boleh tahan juga tengok baju-bajunya kiranya ramai gak orang singgah Butikni...

Yang pasti selama sehari setengah akak berada di sini, kesimpulan yang akak dapat Carrefour Puchong Utamani kecikjer tapi boleh tahan BEST... TAK PERCAYA! datang dan lihat sendiri kalau anda berada di Puchong... Pasal kerja macam biasalah DONE...

Friday, June 24, 2011

Gambar kami masa cuti sekolah Jun lepas...

Masa cuti sekolah yang lepas kami bukanlah kemanapun hanya balik kampung dan sebelum jejakkan kaki kerumah opah dan atuk kami bermalam di Marina Cove Resort, Teluk Batik. Sebenarnya dah lama berhajat nak buat cam gini sementelah dah cuti sekolah maka memudahkan lagi hajat ini dipenuhi... Amin....



Tak buatper pun kampung temankan, setakat nak meronda kat pekan Lumut tak payahlerkan. so budak dua orangni suka nak mandi kolamjer, pantang ada masa terluang mesti nak terjun... jadi tengok ajaler gambar bebudakni...

Jom kita berenang....
Seronoknyer dapat berendamkan...

ni Ben10 ibu, dahler nak baju Ben10 buat gaya Ben10...


Nak balik dah....

Thursday, June 23, 2011

MaHaRaJa LaWak kumpulan bersepah

Inilah permainan terbaru budak dua orangni iaitu kononnya bendani leh jadi meja tulis, meja makan, jadi tv, jadi peti ais, jadi almari baju, jadi almari buku dan macam-macam lagi. Ini semua penangan program "MAHARAJA LAWAK", iaitu bagi satu benda piler merapu leh jadi macam-macam... seperti biasa suka kat kumpuluan Sepah yang meraputu gitu gak ngan budak dua orangni... so lihatler betapa kreatifnya anak-anakku...

Peti ais anak-anakku...
Almari pun boleh gak...
Model apani?
Best ibu tak yah beli mainankan... ibu dah nak order benonya dapur kat satu blogtu sebab harga dia okler boleh tahan... tapi dah ibu tengok bendani pun korang berdua pulun main oklerkan.. anak ibukan kreatif..

Tuesday, June 14, 2011

Aksi budak makan laksa....

Ini kisah Azalia yang kesedapan makan laksa hanya untuk kenangan betapa Azalia semenjak dari kecil dah menjadi hantu laksa... Nasibler akak masatu kenyang kalau tidak mesti berebut dengan dia. Kami makan laksani di gerai Kampung Pasir Penambang Kuala Selangor, walaupun sebenarnya tujuan nak minum air kelapa yang teramat murahnya nampak ada gak orang jual laksa nak cubaler. Laksa dia best sebab halus-halus tapi tang kuahnyatu bolehler bukanlah paling sedap pernah ku rasa...

Ok layan aksi dua beradikni esp Azalia yang teramat berselera sekali.. siap cakap nak lagi... lepas makanni bajupun kena tukar sebab hirup kuah sampai habis kena baju. Ada gak orang tegur tak sakit perutker budak2 makan laksa tapi selama ini memang belum lagilah sakit perut maalumler kalau pergi pasar tani Bandar Kinraratu memang tak ketinggalan beli laksa.

Niler kelapa pandan (katanya) tapi harga dia memang murah sesangat berbanding ngan Bandar Kinrara ini...
Makan siap bersila... sebab ada kucing...
Akak beraksi adik buat tak kisah sebab nak makan laksa.. jangan kacau boleh tak...
Si comot Azalia...
Tengoklah habis licin semua laksa dikerjakan oleh Azalia.. Akak tengok laksatu dah nak habis baruler teringin.. tak larat nak layan sebab cuaca PANASSSSSS...

Friday, June 3, 2011

Dinner di Hartz Chicken Sunway Pyramid

Kejadian berlaku pada 27hb Mei yang lepas.... Sebenarnya dinnerni adalah untuk meraikan majlis perpisahan untuk seorang rakan kami yang akan bertukar kerja disamping majlis harijadi akakni.. Selalunya kami buat di IOI Mall kalau untuk xtvt makan-makanni tapi sebab dah jemu selalu sangat ke situ maka nak ubah selera ke Sunwawy pulak... Ikutkan hati memang tak setuju bebeno ngan Hartz chickenni sebab sejak kali terakhir (6-7 tahun yang sudah) akak pergi sana makanan dia memang tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.

Namun atas persetujuan ramai lokasi ini dipilih akak redha, dengan harapan kemungkinan sudah bertambah baik kualiti makanan di situ. Namun harapan tinggal harapan sahajalah sebab ayam dia dah semakin kurang pilihan dan entahler apa yang akak makan malamtu hanya nak mencukupi RM20 yang dibayar...Memang kena PANGKAH besar-besar dari masuk ke sini lagi....

Ok, layan sahaja gambar anak-anak akak tersayang di sana... Gambar guna handphone asalkan adakan....





Kebetulan der lak bendani kat Sunway, seronok bergambarjerler...

Nuffnang oh Nuffnang