Nuffnang saya

Followers

Wednesday, March 16, 2011

Professional Corporate Grooming

Tajuk gempak.... adakah hasilnya nanti kedebum, tunggu.Gini akakni baru balik dari Suruhjaya Sekuriti(SC), Bukit Kiara sana nun menghadiri kursus "Professional Corporate Grooming" selama dua hari iaitu hari ini dan esok. Kursus ini anjuran SIDC dibawah skim Dana Latihan Bumiputera (BTF) untuk kakitangan bumiputera syarikat broker saham.

Semenjak pergi kursus anjuran SIDC ini tahun lepas akak rasa teramat ralat tidak mengambil kesempatan ini selama ini memandangkan dana ini telah dilancarkan semenjak tahun 1997 lagi. Oleh yang demikian untuk tahun ini akak memang ternanti-nantikan untuk pergi lagi, akhirnya merasakan diri ini yang tidak cukup groomingni telah memilih kursus yang bertajuk seperti di atas.

Gambar untuk kenangan akan di ambil esok rasanya kerana gembira bertemu rakan baru walaupun hakikatnya separuh dari kelastu akak dah kenal maalumler dari 19 peserta tu kebanyakannya dari OSK INVESTMENT BANK sama macam akak... pst :My Wonderful 3A kenapa tak gi? best wooo... takkan nak gi tingkat 11jer....

Tuesday, March 15, 2011

Merinduimu buah hati ibu....

Merinduimu Atikah dan Azalia yang kini bercuti di kampung moyang mereka. Kampung mana yerk!! ala di Gombak Setiajer. Hari ahad lepas tinggalkan mereka dengan neneknya di sana dan semalam balik dari kerja terasa kosong sangat rumahtu tanpa gelak ketawa juga suara mereka bergaduh. Memang tak best.

Pergi ke Giant tidak sesibuk kalau ada 2A, bosan pulak. Oh TIDAK!! ibu tidak mampu untuk berpisah lebih lama lagi, ibu amat merindui kamu berdua..

Paling ibu rindu Atikah yang kuat membebel dan Azalia yang pandai berkata-kata dan yang ibu rindu pastilah kehangatan rasa kasih sayang dari kedua anak ibu tersayang...

Friday, March 11, 2011

Making Play Dough with Kids


The formula for the original Play-Doh, invented in 1956, remains top secret. But you can make your own version of play dough that's just as much fun to make as it is to play with. This recipe makes 3 1/2 cups of dough.

Tools and Materials
2 cups flour
1 cup salt
1 tablespoon vegetable oil
2 1/2 teaspoons cream of tartar
2 cups cold water
Food coloring
Wooden board
Plastic bag or container

Play Dough How-To
1. In a medium saucepan, mix together the flour, salt, vegetable oil, cream of tartar, and water.

2. Cook uncovered over medium heat, about 5 minutes. Stir constantly until the dough is the consistency of mashed potatoes.

3. Divide the dough into four equal portions.

4. Add approximately 6 to 8 drops of food coloring to each portion and knead the color into the dough to distribute it evenly. Kneading the color into the dough is the fun part -- kids will love it.

5. If you store the play dough in a plastic bag or airtight container, it will stay nice and soft and last for years.


Read more at making-play-dough-with-kids ~ Martha Stewart Crafts





Wednesday, March 9, 2011

Medical card PruBSN pilihan kami

Akhirnya kami memilih PruBSN untuk Medical card @ Kad Perubatan untuk kami sekeluarga. Setelah berfikir tentang banyak perkara akak merasakan buat masa ini medical card PruBSN memenuhi ciri-ciri yang akak kehendaki.





Sebenarnya akak mengambil pelan Takaful Cerdik untuk Atikah dan Azalia, dan inilah istimewanya PruBSN iaitu kita berpeluang mendapat kelebihan 3 Plus 1... PERLINDUNGAN + SIMPANAN + MEDICAL CARD. Berbaloi-baloi...

Monday, March 7, 2011

Tinker Bell di Kuala Lumpur

Hati berbunga-bunga terbaca di dalam surat khabar Kosmo yang Tinker Bell akan datang ke Kuala Lumpur dalam siri jelajah Disney On Ice World of Fantasy di Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 April ini. Tahun ini memang teringin nak bawa 2A tengok DOIni terutama Azalia yang belum pernah pergi tapi nak tunggu karakter mana terlebih dahulu. Oleh kerana Tinker Bell merupa watak yang memang digemari oleh mereka berdua maka rasanya JADILAH gamaknya kami ke sana nanti... Insyaallah...

Lagipun der karakter dari filem animasi Cars yang akan muncul pertama kalinya pasti akan menambahkan kelainan untuk DOI kali ini. Untuk melengkapkan DOI kali ini ada dua segmen yang menampilkan karakter dari filem animasi The Lion King dan The Little Mermaid.

Kalau nak gi gak layarilah http://www.prworldwidelive.com/ .. bolehlah dapatkan tiket anda di sana.. Tak dapatker diskaunni tolong promosikan laman webni...



Tempat duduk..


Harga Tiket...
Di ambil dari ticketpro :-

Thrill to high-speed stunts as Lightning McQueen, Matar and the crew of Disney /
Pixar's CARS race across the ice.

Dive into The Little Mermaid's
enchanting undersea kingdom and Experience the 'Circle of Life' with The Lion
King.

Then enter into the magical world of Pixie Hollow with Tinker Bell
and all her fairy friends as they make their world premiere on ice!

From
wheels to waves, Pride Lands to pixie dust, your family's favourite Disney
moments come to life at Disney on Ice presents Worlds of Fantasy with dazzling
skating, special effects and beloved characters certain to create a lifetime of
memories.

CATCH THIS FUN-FILLED ADVENTURE FIT FOR THE ENTIRE FAMILY!

- Heartwarming Stories - Award Winning Music - Dazzling Costumes - World
Class Skating - Amazing Special Effects

-





Ini kenangan Atikah dengan Naufal semasa pergi DOI tahun 2009 .


islamkids

Sebenarnya masa "Parent Sharing Day" di Genius Aulad tempohari ada jualan "BabyKhalifah Learning Series"ni macam nak beli tapi maalumler haritu tak bawak duit jadi di pendamkan sahaja hasrat dihati itu.. Insyaallah kalau ada rezeki akak akan bertanya pada teacher diaorang nanti..

Tapi kalau nak boleh juga melawat sini pulak http://www.islamkids.my/. Baru saja register tapi rasanya kena bayar untuk online learning kot tak tengok betoi-betoi lagi. Semasa masuk tadi memang teruja jugalah hati seorang ibu ini... Malam nanti nak jalan-jalan di situ dengan 2A...

Inilah BabyKhalifah Learning Seriestu...

Friday, March 4, 2011

Dunia Novel Giveaway

Akak jarang-jarang join GAni tapi tengokkan gambar iklannyer yang teramatler comel akakpun menjoinkan diri.

Kalau kawan-kawan nak join jom klik SINI

TARIKH TUTUP : 10 Mac 2011

Akak nak tag siapa yerk. Sebab akak sayang semua yang sudi menjenguk blog akakni maka akak tag kepada yang berkenaan....

All Babies Are Genius !!: Bersyukurlah Wahai Para Ibu & Bapa..

Satu artikel yang bagus peringatan untuk diri juga...

Bersyukurlah apabila anak kita menangis
kerana itu menandakan dia ada suara dan ada air mata
Bersyukurlah apabila anak kita kuat menyepah
kerana itu menandakan dia ada tangan, dia ingin meneroka
Jom klik sini untuk sambungan supaya dapat kita melihat betapa perlunya kita bersyukur.... All Babies Are Genius !!: Bersyukurlah Wahai Para Ibu & Bapa..


Atikah dan Azalia ibu memang benar bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t. Mendapat anak secantik dan sempurna dimata ibu adalah satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Semoga ibu dapat memelihara kalian berdua dengan sebaiknya... Amin...


Thursday, March 3, 2011

Jom Join Heartbeat

~STICKY POST SEMATA-MATA~

Akak baharujer join heartbeatni setelah membaca dari mama zharfan yang memang masyukler. Jadi jomler kita menjoinkan diri dengan heartbeat yang mudah dan ringkas mengikut langkah-langkah TUTORIAL di bawah.

1. Langkah pertama ialah klik akak punya HB banner di atas atau di sebelah... ok selesai satu perkara...

2. Klik butang HB dibulatkan seperti di bawah.



3. Klikkan pula CREATE ACCOUNT dan isikan maklumat seperti yang diminta


4. Isikan Password email address dan klik I agree to HB terms of service kemudian klik CONTINUE

5. Ok dah berjaya create account maka klik JOIN HB ! AFFILIATE seperti kotak merah di bawah.


6. Klik ONLINE APPLICATION seperti yang ditunjukkan dan isikan maklumat dikehendaki




7. Masukkan maklumat mengenai blog anda seperti contoh di bawah.

8. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat dan kemudian klik CONTINUE.


9. Sekarang boleh klik MY HB! AFFILLIATE untuk mendapatkan kod iklan heartbeart


10. Klik GET A CODE (seperti lampiran)


11. Copy kod yang dikehendaki
Kemudian copykan kod yang diberikan dan paste ke dalam blog...

1. Klik DESIGN


2. Klik ADD A GADGET


3. Klik HTML/JavaScript dan save dan ulangi langkah yang sama untuk letakkan ke tiga-tiga iklan tersebut.


4. Kemudian drag ketempat yang dikehendaki

ok DONE... akak nak ucapkan atas tutorial penuh yang akak copy dari http://suzie284.blogspot.com/ . HBni berasaskan satu klik 4sen tapi one day per click sahaja ok... Jom berheartbeat...

Surah Penawar


Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada
batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Tuesday, March 1, 2011

Makan Roti

Makan rotini boleh bertambah GEMUK tak? Sebabnya ramai gak orang cakap dari makan roti baik makan nasi, so camner nak kurusni. Sebabnya kalau tak makan nasi nak makan apa, mi pun tak boleh orang kata. Isyh! semakin jauh impian nampaknya..
Lunch tadi akak makan roti dan rasanya dah banyak kali lunch juga akak makan roti tu yang musykil gakni... (ni bukan roti akak makan tadi, gambar hanya hiasan)

Tapi berbangga juga sebabnya sudah berjaya untuk tidak makan NASI selama seminggu namun tidak berjaya untuk mengurangkan tabiat pantang nampak makanan maka serta merta nak makan. Itulah yang akak kena buat , kawal pemikiran ini dari memikirkan lapar.. lapar... Mesti fikir yang sebenarnya kalau tidak makan pun sebenarnya tidak menjadi kemudaratan. Akak bukan hanya nak kurus tapi akak WAJIB KURUS..
O.B.E.S.I.T.I tuler pasal akak kena berusaha bersungguh-sungguh...

Nuffnang oh Nuffnang