Nuffnang saya

Followers

Friday, February 25, 2011

Diari Slim aka aku nak kurus

Akak secara tak sengaja terbaca balik akaknyer entry yang lepasa pasal nak slim diari-slim-cara-atilia-280708. Kelakar lihat tarikhnya iaitu 28/07/2008, dah dua tahun setengah berlalu namun hasilnya badan akak semasa tarikh itu adalah lebih slim dari sekarang rasanya. Gitulah adanya... Hangat-hangat si taik ayam, ker taik ayamtu lagi "HOT" dari apa yang akak tuliskan hari itu.

Oleh itu akak ingin menyatakan di sini akak kena bersungguh-sungguh untuk memastikan mulai hari ini akak kena teruskan untuk tidak terus GEMUK dan MONTEL ini. Akak telah memulakan dari hari selasa yang lepas dengan langkah pertama NO NASI, berjaya untuk tiga hari, syukur Alhamdulillah. Juga langkah yang kedua iaitu NO DINNER after 7.00pm dan juga berjaya. Syukur sekali lagi...

Langkah seterusnya yang memang dalam perancangan ialah EXERCISE, namun dalam masa tiga hari ini nampaknya akak cuma mampu melakukan exercise yang ringan-ringan setimpal dengan masa yang amat terbatas dan akan dicuba untuk memaksimakannya. Kasut jogging dah beli lebih kurang 3 bulan tapi serasanya hanya dipakai sebanyak 5 ke 6 kali sahaja. Oleh itu kena lakukan mulai dari SEKARANG, tiada alasan lagi hendaknya wahai Nor Zila. Aku BOLEH!!


Wednesday, February 23, 2011

Cik Am ♥ Cik Yatt ~ Semoga Berbahagia

Tarikh : 13/2/2011
Tempat : Hotel Flamingo
Xtvt : Majlis Perkahwinan sepupu suami akak

Maka pada 13hb Februari yang lepas telah berlangsung majlis perkahwinan Cik Am dengan Cik Yatt di Hotel Flamingo, Ampang dengan jayanya. Cik Am merupakan sepupu suami akak yang merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Puan Azmiah (adik kepada ibu mertuaku). Bertuahlah Yatt kerana Cik Am merupakan anak yang baik dan pelamin yang terbentang indah pada hari tersebut masih lagi mengekalkan hasil tangan Cik Am walaupun dia akan yang akan menjadi raja sehari.

Ucapan akak "BERBAHAGIA SELAMANYA" untuk raja sehari semoga kasih sayang yang terjalin berkekalan dan dirahmati oleh Allah s.w.t.



Keluarga Mak Ngah dan pengantin yang diraikan, oleh kerana Mak Ngah(mak mertua akakler tu) agak sukar untuk menaiki pentas tersebut maka hanya keluarga Suzana(adik ipar) dan keluarga Mohd Rafi (suamiku) sahaja yang berposing di sana.


Cik Am dan Cik Yatt melangkah masuk ke dewan diiringi oleh anak saudara kesayangan..


Upacara memotong kek...

Monday, February 21, 2011

Dino's Alive di Pusat Sains Negara Part 2

Episod kedua ini hanya gambar yang kami ambil di sana hanya untuk menceritakan kepada semua yang Pusat Sains Negara ini adalah tempat yang harus dikunjungi dan sesuai untuk seisi keluarga. Tambahan kini dengan pameran Dino's Alive nilai tambah kepada PSN ini semakin bertambah.. Terbaru akak terbaca di surat khabar PSN telah membina "Science Wonderland (Taman Keajaiban Sains)" sebagai tarikan terbaru PSN. Sayangnya semasa akak pergi haritu akak tidak terperasan kewujudan taman tersebut isyh rugi rasanya namun dalam hati berkata boleh kita datang lain kali... Ok jom kita tengok apa yang kami tengok pada hari tersebut.



Ala-ala Akuaria

















Bestkan... jomler melawat Pusat Sains Negara... memang berbaloi-baloi....

Saturday, February 19, 2011

Dino's Alive di Pusat Sains Negara Part 1

Tarikh : 6/1/2011
Tempat : Pusat Sains Negara, Bukit Kiara
Keputusan Lawatan : Anak-anak suka...

Pernah terbaca dalam surat khabar Utusan Malaysia yang terdapat satu pameran Dinasaur di Pusat Sains Negara jadinya tentulah akak teruja ingin membawa Atikah dan Azalia ke sana. Chewah sebenarnya ibu dia yang lebih, suami akak yang kata.

http://www.dinosalivetour.com/

Admission Charge
Kids 4-17 years old RM 5.00
Students with student ID RM 5.00
Adults 18 & above RM 10.00
Family 2 kids + 2 adults RM 25.00

Jadi tengok sahajalah aksi budak dua orangni di sana, penakut yang amat tu sebab kalau ada dinasaurtu akakler terpaksa enterpremkan diri, kot idak tak ingin akak bergambar. Sebabnya faham-faham sahajalah badan dah tidak berapa nak comel...
Atikah bergambar sebelum pintu masuk pameran..
Azalia bergambar berlatarkan dinasaur yang berada di lobi PSN, Atikah masani takut sebab dinasaur tu boleh buka mulut..
Masani beraniler sebab tiada dinasaur di belakang, tapi Azalia tetap cool..
Ada terdapat xtvt mewarnakan topeng dinasaur untuk kanak-kanak.. Atikah dengan tekun mewarna..
Azalia tidak mahu kalah mewarna walaupun warnanya memang tidak menepati karekter.
Baju akak dah semacam dinasaurjer kan.. coklat dan oren... eeeee.. saizpun kui.. kui...
Posing jangan tak posing...
Atikah dan Azalia begitu berani bergambar sebab diaorang kata dinasaur yang ni dah mati... lagipun dia punya pagarpun lebih kukuh.

Thursday, February 17, 2011

Atikah dan Azalia ~ sambutan Maulidurrasul di Genius Aulad

Tadika Genius Aulad Bandar Kinrara telah mengadakan aktiviti MAULIDUR RASUL :"Sayangnya Nabi Kepada Kita" pada hari isnin yang lepas. Kalau mengikut buku mesejnya akan ada rakaman untuk TV3 Kids sekali tapi sayang rupanya TV3tu hanya datang pada sessi pagi sahaja. Walau bagaimanapun sessi petang tetap diadakan juga perarakan untuk mereka, Alhamdulillah anak-anak akak gembira belajar berselawat... Lihat sahaja gaya-gaya mereka sebelum pergi ke tadika..


Semoga kedua anak-anak ibu akan terus sayang menyayangi sehingga akhirnya....


Ini gambar yang akak ambik dari facebook Genius Aulad. Untuk gambar yang lain-lain ada di sini:- Facebook Genius Aulad

Sunday, February 13, 2011

Mohamad Najmi Dalam kenangan

Mohamad Najmi kalau masih lagi bersama ibu tentulah sudah berumur 8 tahun dan tentulah sudah dalam darjah dua. Walaupun kini akak sudah punya dua orang anak perempuan namun kenangan pernah memiliki seorang anak yang bernama Mohamad Najmi tetap kekal bersama... Akak pernah menulis di dalam blog ini juga boleh baca di sini :- BAYI MATI DALAM KANDUNGAN.
Kepada ibu-ibu yang sedang mengandung semoga dapat menjaga kandungan itu dengan baik terutamanya ibu yang menghidap penyakit darah tinggi macam akak dahulu. Kalau doktor suruh kita tinggal di wad demi keselamatan ibu dan anak ikut sahajalah saranan doktor tersebut kerana ibu mengandung yang mendapat hipertensini memang susah untuk dijangkakan walaupun nampak sihat namun merbahaya.Inilah pengorbanan kita sebagai wanita kerana semasa mengandungkan Azalia juga tidak kurang beratnya masalah hinggakan akak terpaksa dimasukkan wad selama lebih kurang 75 hari disebabkan uri di bawah....

Mohamad Najmi dikebumikan di tanah perkuburan Danau Kota pada 14/2/2003 pada hari dia dilahirkan.
Inilah kubur Mohamad Najmi yang akak selalu ziarah kalau datang rumah nenek...

Atikah dan Azalia kalau ditanya siapa nama abang, mesti jawab Abang Najmi dah meninggal.

Mohamad Najmi ibu merindui saat-saat kita pernah bersama walaupun seketika namun begitu ISTIMEWA. Semoga ibu dapat berjumpa anak ibu di sana....

Thursday, February 10, 2011

Read More For Less

Pada 23/1 yang lepas akak sekeluarga berkesempatan untuk pergi ke AMCORP Mall untuk menghabiskan masa cuti yang ada. Amcorp Mallni adalah tempat yang meriah untuk dikunjungi kalau hujung minggu kerana terdapat ramai peniaga yang berniaga bermacam-macam barang yang mungkin tiada dijual di Mall yang lain...

Akak petik daripada laman web http://amcorpmall.com/ untuk mengambarkan AMCORP Mall

Nevertheless, the biggest draw to the crowd is the flea market on weekends. Compared to other larger and bigger shopping malls, one may not find Amcorp Mall interesting but for those who loved antiques and collectibles, this mall is definitely your choice all the time! Located on Lower Ground level, this retail shop sells wide array of collectibles such as coins, currency notes, pictures and stamps. During the weekends, there are also several stalls in flea market selling antiques and collectible items.

As mentioned earlier, one of the main attractions in Amcorp is the weekly flea market selling various items from arts & crafts to collectibles, as well as second-hand items and clothes. It was once dubbed the biggest indoor flea market in Klang Valley area. First started in 1998, the flea market is still going strong today.

Another popular attraction in the mall is BookXcess located on third level where brand-new fiction and non-fiction titles are selling at a price lower by 70 percent compared to the market price. So, it’s practically warehouse sale for book lovers everyday. Other retail outlets including the Giant Supermarket located on Lower Ground level, Guardian, Popular Bookstore and plenty more.


Ha! akak nak cerita pasal kedai buku inilah sebenarnya yang begitu mengujakan akak yang pertama kali terperasan. Walaupun tidak berniat ingin membeli pada asalnya hanya untuk melihat-lihat namun tidak termampu menahan godaan disebabkan harganya yang agak murah dan berbaloi-baloi. Dalam hati sudah terpasang niat kedai buku memang menjadi tempat pilihan oppps lupa nama kedai tu bookXcess yang terletak di tingkat 3. Jom layari blog kedai buku tersebut :- bookxcessblog/ untuk info-info yang mengoda kalbu.


Budak dua orang lepas mendapat buku yang dipilih oleh ibu dia.. Anak dia tidak hairanpun sebenarnya, ibu dia yang berlebih.


Kenapa dik Ya begitu yerk.. terlupaler pulak...

Tuesday, February 8, 2011

Akulah Cinderella

Akak belum lagi dapat baca novel "Akulah Cinderella" ini yang ditulis oleh kawan @ adik akak yang dulu sama-sama bekerja di Kin Khoon & Co Sdn Bhd (sekarang dah tukar jadi ECM Libra), Ipoh pada tahun 90-an. Novelnya kini telah menjadi no 1 ranking best seller di MPH dan Popular. Tidak ku sangka tidak ku duga rupanya dia dah bergelar penulis novel, begitulah bakat anugerah Allah kepada insan yang ingin diberikannya. Akakni masih teraba-raba mencari kekuatan diri namun entahlah sampai sekarang tidaklah lagi berjumpa....

Inilah penulis yang kecil molektu Nozi Danisya, gambar yang akak ambil dari facebook dia semasa majlis jumpa peminat di Komtar.. Semoga berjaya dik...


Ini pula semasa kami ex-Kin Khoon berjumpa di De Palma, Ampang sehari sebelum majlis jumpa peminat Nozi di Ampang Park...

Jom singgah ke blog Nozi :- cetusanhati-danisya...


Monday, February 7, 2011

Simple Exercise

Most of us sit in a single position for the whole day in the office, and in the morning / evening drive all the way to our places. As a result at night, while going to bed, many of us experience a slight pain in the back.

DON'T IGNORE IT AT ALL.....this may lead to many further diseases and disabilities as well....

Don't panic, just do the following exercise for min 10 mins every morning and shoot off the back pain.

Enjoy a healthy living....

Simple Exercises... to keep you fit and avoid back pain.
Need not visit a gym, your home may be the ideal place.

HANYA UNTUK AKAK KENANG-KENANGKAN.... Lakukanlah dengan baik walaupun mungkin simple namun banyak kebaikan, bergeraklah wahai insan yang bernama NOR ZILA...


Berbaring dan angkat kaki.. Kaki di gerakkan seumpama sedang menaiki basikal...


Berdiri tegak dan angkat kedua tangan keatas dan bengkokkan badan ke kanan dan kembali ke asal dan bengkokkan ke kiri pula...


Lakukan kedudukan seperti di atas... selepas itu angkat kaki yang sebelah atas itu dan lakukan berulang kali. Selepas itu tukar posisi badan yang sebelah lagi dan lakukan seperti itu lagi...


Baring dan letakkan tangan dibelakang kepala, lutut pula di lekukkan. Cuba angkat tangan kiri dan lutut kanan pula diangkat. Lakukan berselang seli sehingga selesai..


Dalam kedudukan berdiri cuba palingkan muka ke kanan dengan badan tetap kekal ke hadapan... Lakukan pula ke arah kiri... Lakukan berulang kali...


Squat... Berdiri dengan kaki sedikit terbuka dan turun perlahan-lahan.. Kembali ke posisi asal.


Buatlah aksi seperti di atas.. angkat sebelah kaki diikuti dengan yang sebelah lagi..


Berbaring dan angkat kedua kaki dan angkat kepala serentak..


Dalam keadaan berbaring dan kaki dilekukkan maka angkat kedua belah kaki ke arah dada.. Lakukan berulang kali.


Dalam keadaan berbaring juga tapi kaki lurus dan angkat kaki ke atas perlahan-lahan.

Nuffnang oh Nuffnang