Nuffnang saya

Followers

Thursday, August 19, 2010

Ikan Tenggiri Masak Kicap

Ini adalah masakan yang simple dimple yang menjadi pilihan hati kalau dah terlambat bangun kalau bukan bulan puasa. Mungkin ada yang dah tahu akakni tinggal ngan mak mertua jadinya setiap pagi akak akan masakkan masakan yang simple untuk dia makan dengan Atikah. Syukur Alhamdulillah jugaklah kerana ibu mertua akakni tidak cerewet dan dapat menerima masakan akak seadanya.

Cuma kadang-kadang kesian juga sebab akakni memang tidak pandai memasak. Oleh itu untuk anak-anak tercinta, ibu akan pastikan korang memiliki kemahiran memasak sebelum berumahtangga kerana tidak semua orang bertuah mendapat ibu mertua yang baik seperti nenek korang. Merapu meraban dahkan, okler inilah resipi ikan tenggiri masak kicap yang akak selalu buat (anak-anakku nanti dah besar cubalah buat!!)

Untuk bulan puasani selalunya kami sekeluarga makan mi/mihun dan suami makan nasi lemak bungkus dan juga kuih muih. Mi atau mihun goreng sendiri, nasi lemak dan kuih muihtu beli sebab nak rasa makan kuih macam-macam. Mak mertua pulak akan makan nasi hanya selepas Isya', oleh itu akak mempunyai masa yang banyak untuk masak lauk pauk. Rasanya harini nak masak mi goreng, ikan tenggiri masak kicap, peria masak sambal dan goreng tempe jer plus sambal tomato. Kesiannya mak mertuaku, terimalah seadanya menantumu ini....


Keh!keh! akakni nak cerita apa sebenarnya....

Monday, August 16, 2010

Mekap jangan tak mekap

Teruk betuller akaknikan dah seminggu berpuasa tak ingat-ingat nak wish selamat berpuasa untuk semua. Jadi dikesempatan ini akak berdoa moga Ramadhan ini akan membawa keberkatan didalam kehidupan kita dan semoga ibadah puasa kita kali ini bertambah baik dari yang sudah-sudah..

Untuk kali ini akak selitkan gambar anak tercinta bereksprimen dengan lipstik ngan eyeshadow (itu jerler alat mekap yang ibu dia ada). Dah macam jampuk, tapi mana tahu jadi trend lak raya tahun ini.. Jom layan ajalah....



Ini Azalia dengan hasil solekannya....


Atikah dengan bangganya menunjukkan hasilnya....

Sunday, August 15, 2010

Kentang Pusing

Lupaler nama komersial kentang yang pusing-pusingni tak kisahlahkan kalau kita panggil kentang pusing. Memang dah lama teringin nak rasa selepas kawan fotopages Salmah yang memulakan bisnes ini di Melaka membuat promosi. Oleh kerana dia kata kat KL lagi ramai yang dah memulakan bisnes ini maka akak mencarinya di Pasar Malam berdekatan. Pertama kali jumpa di Pasar Malam dekat dengan rumah nenek mertua di Gombak, boleh tahan juga rasanya.


Gambar ini entah keberapa kali makan kentangni tapi tak pernah ambil gambar. Kebetulan mood akak ngan model baik dapatlah gambar Atikah dengan kentang pusing di Pasar Tani Puncak Kinrara.


Atikah pergi pasar tani pakai baju kelawar, malas nak suruh tukar. Anak-anak akak suka juga dengan kentang putar ini tapi 'consider' mahal, tapi tulah kita beli sekali dengan teknologi diakan. Ada tengok dokumentari makan-makan di Korea rasanya ada ternampak kentang pusingni...

Sunday, August 8, 2010

Toys Story

Tarikh : 24/07/2010
Tempat : IOI Mall Puchong
Xtvt : Tengok wayang.. Best!!

Cerita basi tapi tetap nak tulis juga sebab inilah kali pertama akakni tengok wayang 3Dni... alahai kesiannya. Tapi rasa cam rimas semacam gak (peghak} sebabnya cermin matatu macam kecil sesangat, tapi syiok dan puas hati sebab 3Dler katakan. Azalia seperti biasa akan tidur kalau masuk panggung wayang tapi bila ditanya tahu pulak dia bercerita.


Atikah memang tiada masalah sangat dalam panggung sebab dia memang suka tengok tv, berbanding Azalia yang kalau tengok tv ada lagu atau muzik baru dia suka.


Azaliani memang waktu mula-mulapun dah tak nak pakai "spek"ni rimas gamaknya, lepastu dia tidur. Bangun tidurpun disuruh pakaipun dia kata "Ya nampakler ibu", gasaklerkan janji dia tak kecoh kat dalamtu dahler.


Haritu kami singgah Selayang Mall selepas melawat Ateh di Hospital Selayang, dia nampak Bear Toys Storytu, dia menjerit "Ayah, Bebear daat(jahat)". Rupanya dia tau gak ceritani walaupun dia tidur dan tak pakai "spek" dalam panggung.

Keseluruhannya cerita Toys Story kalini memang best sesangat dan menyentuh perasaan. Semoga ada lagi sambungannya untuk masa akan datang. Atikah dan Azalia buatler kelakuan yang baik sikit ok moga ayah nak bawa kita selalu tengok wayang.

Nuffnang oh Nuffnang