Nuffnang saya

Followers

Saturday, February 27, 2010

ABC learning time again

Ini adalah link belajar ABC yang seronok dan mudah untuk 2A dan yang penting Atikah suka. Jom layan belajar ABC di sini : ABC's Zoo game

Betapa seronoknya kanak-kanak dan ibu bapa sekarang yang boleh memanfaatkan kemudahan teknologi terkini. Semoga semua anak-anak kita akan terus berjaya menjadi insan yang berguna dan berjaya dalam kehidupannya...


Friday, February 26, 2010

Lain kalau pro







Ini adalah gambar yang dah hampir sebulan berlalu iaitu majlis harijadi anak kepada sahabat fotopages saya iaitu mama Reen untuk anak dia Zaraa yang dibuat di KFC Xtreme Park Shah Alam pada 30/1/2010 yang lepas... tapi tujuan saya untuk entry ini hanya ingin mengabadikan kecantikan gambar yang diambil oleh OP hari itu http://littlebigshots.wordpress.com/ yang amat berkenan dimata saya. Tapi saya ambil gambar yang berkenaan kami anak beranak sahaja dan paling suka ialah gambar Atikah yang tengah menyuaptu, suka sangat-sangat.Lainkan kalau dah pro tu...

Thursday, February 11, 2010

Layan kenduri kahwin

Salam semuanya...

Sebenarnya dah lama tak layan kenduri kahwin ini disebabkan masalah anak kecil yang ragamnya ya ampun akan memalukan majlis orang kecuali kenduri kahwin keluarga teramat dekat. Sebelum ini kalau pergipun selalunya Atikah dan Azalia akan ditinggalkan dan memangler tak seronok sangat-sangat sebab tak leh nak merakamkan aksi mereka berdua.. Jadi moh kita layan ajer gelagat mereka apa adanya...


Ini kenduri pada 30/01 yang lepas di Dewan Hamzah, Klang iaitu pengantin adalah cucu saudara kepada arwah bapa mertua saya. Paling best masa kenduri ini ialah makanannya yang pelbagai dan menepati selera saya yang tengah berhempas pulas untuk melupakan nasi sebagai hidangan utama... Berjaya atau tidak tunggu!!!


Ini kenduri di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah Daerah Klang iaitu majlis perkahwinan anak kepada kawan suami saya yang berlangsung pada 6/2 yang lepas. Saya suka pelamin dia yang nampak ringkas tapi cantik dan semesti pengantinnya yang cantik sama sepadan..


Ini pulak aksi Azalia yang begitu menghayati doa yang dibacakan oleh pak imam..


Iniler aksi Atikah yang paling saya suka sebab keceriaannya yang jelas ketara selepas dapat merembat bunga telur (yang takder telur dah sekarangni)...

Nuffnang oh Nuffnang