Nuffnang saya

Followers

Thursday, January 21, 2010

Kenangan bersama ke KLIA

Sabtu lepas kami mendapat jemputan bersarapan di rumah adik ipar saya di Putrajaya dan kami mengambil kesempatan itu untuk terus tidur di sana dan bolehlah kami terus pergi ke KLIA. Sudah pasti kami mengambil kesempatan untuk memberikan pengalaman baru untuk 2A menaiki ERL dari Putrajaya ke KLIA.

Sabar menunggu tren yang baru sahaja terlepas dan taujerler kalau dah bawak budak2 memang kena sabar dia lebih lagiler.. banyak sangat tanyanya..


Azalia dan Naufal di dalam tren... Atikah masani tak berapa ada mood nak bergambar. Maalumler demam tapi ibu dia angkut gak ke KLIA, dahler orang2 kat KLIAtu pandang semacamjer kalau dia batuk...


Atikah demam2pun masih suka memanjat-manjat ituler pasalkan.... mun inila hobi diakan.


Suka gambarni sebab nampak Azalia ngan kapal terbang...


Atikah yang susah nak diambil gambar masa pergi ke KLIA hari itu... jadiler....


Naufal beria-ia mengajak naik kapal terbang tadi dia kata kapal terbangtu dah lama tunggu suruh kami naik.. takperler naufal tak dapat naik kapal terbang betoi2 kita naikjer permainanan kapal terbang sambil makan KFC.

Wednesday, January 20, 2010

Atikah tak sihat.....

Hati ibu mana yang tak risau kalau anak dia tak sihatkan, itulah gamaknya perasaan emak saya dulu-dulu yang kurang saya hargai.Bila dah masuk hari keempat Atikah masih tidak nampak tanda untuk sembuh sepenuhnya hati saya dah mula jadi semacam. Ubat yang doktor bagi hari sabtu lepas dah habis cuma tinggal ubat untuk kahak sahaja yang tinggal.

Tapi harini memang saya tak boleh ambil cuti sebab bos kecil saya dah "sound" siap-siap yang hari ini dia tiada di pejabat dan jugak bulan Januarini dia dah cakap jangan ambil cuti. Itulah fenomena biasa yang berlaku untuk orang yang bekerja macam sayani tapi kalau Atikah benar-benar memerlukan saya tak kisahlah kena buang kerjapun saya sanggup. Anak adalah lebih berharga dari kerja saya yang tak seberapa dan memang impian besar saya untuk berhenti kerja untuk mempunyai lebih masa untuk keluarga tercinta.

Petang itu terpaksa pergi ke klinik semula dan mengharapkan hari ini Atikah akan benar-benar sembuh. Namun semangat dia untuk ke sekolah memang mengkagumkan walaupun saya tidak membenarkan dia ke sekolah hari ini. Semasa dia terbangun pada pukul 4.00 pagi tadi bila saya cakap tak payah pergi sekolah hari ini dia kata ya tapi bila dia terbangun pukul 7.00 tadi terus dia kata "Ika nak sekolah". Memang saya sepatutnya bertegas tidak membenarkan dia bersekolah tapi entahlah kesian pulak. Nasibler cikgu dia tak suruh dia balikkan.


Doktor kata mungkin ada lelah sedikit jadi terpaksalah gitu...

Tapi cergasjer kalau berjalan kat Giant Kinrara... siap main gelungsur lagi.. kliniktu bersebelahan ngan tempat permainan dia...

Kini dah seminggu berlalu, walaupun demam Atikah memang sudah kebah tapi batuk dia masih ada lagi dan memang tidak menyenangkan hati kalau mendengar dia terbatuk. Saya berdoa semoga Atikah akan segera sihat dan dilindungi oleh Allah selalu.. Harap-harap Allah melindungi anak-anak saya dari sebarang bahaya. AMIN....

Tuesday, January 19, 2010

Anmum Essential

Salam sejahtera.
Semalam dapat kurier, tak sabar2 nak bukak ingatkan dapat apaler gamaknyer. Tapi dalam hati saya tak masuk pertandingan apa-apapun dah mengagak dah mesti dapat penebusan susu Essential yang rasanya dah lama sangat saya hantar.

Isy!!! tak syiokler tak der yang surprisenyer... bilaler saya nak dapat hadiah yang surprise cam dulu2. Sekarangni jarang-jarang berlaku sementelah sayapun dah tak pandai nak surprisekan orang cam dulu-dulu gamaknya..





Oklah tu dapat gak Azalia gunakan susutu untuk 2 minggu sebabnya dia masih lagi breast feeding kalau kat rumah so tak banyak susu yang digunakan. Memang dia dah dua tahun tapi memikirkan kos yang dapat saya kurangkan dan kalau cakap Azalia tak payah tetek ibu yerk.. tak nak nak tek gak.. jadi takper lahkan.... suka sama suka...

Monday, January 11, 2010

Penampilan baru dengan azam baru

salam semuanya.... Pada 7/1/2010 saya membuat perubahan rupa bentuk blog saya yang dah jadi caca merba disebabkan perubahan "try & error" saya selama ini.. suami saya selalu merungut akan ketidak sempurnaan blog saya itu. Ini adalah kerana saya mempunyai masalah untuk berlamaan melayan blog disebabkan komputer di ofis saya tidak dapat menampung blogger, tapi syukur Alhamdulillah komputer itu tidak mempunyai masalah dengan fotopages. Saya cuma dapat sekali-sekala melayan blog kalau bos kecik saya keluar maka saya bermaharajalela di komputer dia tapi masa itu juga terpaksa dibahagikan untuk mengedit gambar, melayan forum dan macam-macam lagi yang tidak boleh disempurnakan oleh komputer ofis saya. Alahai kesian pulak rasanya dengan keadaan saya ini... Tapi kini hadirnya tahun baru ini rasanya banyak masalah ini dapat diselesaikan, Insyaallah.

Syukur Alhamdulillah pada 31/12/2009 yang lepas kami memutuskan untuk mengambil celcom broadband untuk kemudahan kami sekeluarga.Konon-kononnya untuk Atikah dan Azalia belajar tapi yang sebetulnya ibu dan ayah dia yang terlebih sudah. Tapi saya memang suka sangat sebabnya bolehler Atikah belajar ABC online macam kat starfall, kindersay . Budak dua orangni memang teruja sesangat dan semalam belajar baca alif ba ta kat perjalanan suci.. semoga internet ini membawa kebaikan kepada keluarga kami dan janganlah hendaknya sia-sia belaka...

Lupa nak cerita di blog ini yang Atikah sudah mula masuk tadika tapi di fotopages kami ada diceritakan kisah Atikah masuk kelas percubaan selama 3 minggu pada Disember lepas di sini :- Tadika Permata Riang untuk Atikah. Jadi Atikah tiada masalah menyesuaikan diri semasa sesi tadika sebenar bermula.

Ini pulak gambar Atikah dengan baju sukannya dan yang bengangnya ialah baju sekolah dia boleh tak siap lagi sedangkan pengetua berjanji untuk memberinya pada hari rabu minggu lepas (itupun dah kira lewatkan,ini dah minggu kedua). Apa-apapun saya berharap Atikah akan terus berminat belajar sesuai denagan kemampuan dia, harinipun demam masia nak ke sekolah. Saya dah risau takut-takut cikgu dia suruh balik tapi okler dia cakap harini belajar mewarna .

keceriaan Atikah dengan baju sukan dia, dan kalau boleh nak pakai har-hari

Sunday, January 3, 2010

Selamat datang 2010....


Saya tak mengharapkan apa-apa yang mungkin tak tercapai dek akal dan fizikal saya namun seperti tahun yang sudah-sudah pastilah saya ingin menjadi lebih baik dari sekarang ini... semoga saya akan lebih berjaya....

Ini cerita hujung tahun lepas iaitu pada 31/12/2009 iaitu hari terakhir yang sepatutnya saya telah dapat melihat hasil yang telah berlaku sepanjang 2009. Saya tidak dapat terlalu berbangga dengan apa yang telah berlaku namun sekurang-kurangnya saya telah berusaha dan hanya berharap saya tidak akan mengulangi kesalahan-kesalahan dahulu...

Okler tinggalkan cerita-ceriti itu tapi hanya ingin bercerita tentang kisah kami anak beranak yang berkunjung ke Aquaria KLCC sebagai penutup xtvt sepanjang tahun. Syukurlah tertunai hajat untuk membawa Atikah dan Azalia ke sana walaupun sedikit kecewa kerana Azalia kurang bekerjasama dan sedikit meragam. Tengok sahajalah dia asyik nak berdukung sepanjang di sana dan paling tak syiok ialah susah nak ambil gambar dia tapi tak kisahler kan. Rasanya saya hanya akan berkunjung ke Aquaria hanya selepas diaorang besar sedikit kerana rasa macam tak berbaloi dengan harga tiket, elok lagi pergi ke Pusat Sains Negara yang lebih murah tiketnya yang juga ada akuarium dan lebih berpengetahuan... keh! keh! cakap orang kurang duitnyer...

Tengokler budak comel dua orangni yang sekejap excited sekejap lagi boring dan merungut.. memang memenatkan...

Nuffnang oh Nuffnang