Nuffnang saya

Followers

Monday, April 27, 2009

perjumpaan dengan Ezan dan Liya

Maafkanlah kerana tidak menulis sekian lama, macamler sibuk sangat tapi ada aral melintang yang tidak membenarkan teman menulis..

Ini adalah kisah minggu sudah namun masih lagi teringat2kan detik pertemuan dengan Ezan dan Liya yang merupakan rakan pertama alam maya yang teman bertemu. Ezan dan keluarga mempunyai hajat untuk mendapatkan takaful pendidikan untuk anaknya yang kedua iaitu Ain dengan teman. Terimakasih kepada Ezan kerana kepercayaan yang telah diberikan. Perasaan teman berdebar2 jugak kerana inilah kali pertama teman berjumpa dengan kawan fotopagesni walaupun hubungan itu terjalin hanya dikotak2 komen sahaja.

Kami berjanji berjumpa di SA Mall, Shah Alam dan kedai mamak Pelita adalah tempat untuk memastikan borang diisikan dengan sempurna. Ezan tidak meminta teman menerangkan secara mendalam kerana beliau memang berhajat benar ingin mendapatkan takaful sebagai bekalan untuk simpanan pendidikan Ain. Dia cakap "akak tak payahler terang panjang2" baguihnyer kalau dapat ramai orang cam Ezan...
Iniler dia Ezan yang comeltu dah mengandung 6 bulan still maintain dan Liya yang cun dan nampakler teman yang besar sekali..
Selepas selesai urusan rasmi kami, rupanyer Liya (rakan fotopages lain) datang ke SA Mall kerana berjanji dengan Ezan.. Seronok hati teman kerana pada hari ini teman dapat berjumpa dengan 2 orang sekaligus. Bertuahnyer teman harini..

Anak-anak kamipun dapat bermesra dan bergembira... ibu-ibu juga gembira.. semoga ada lagi pertemuan untuk kami nanti...

Lindungi Pendidikan anak anda:-
CHO ZILA (019-210 4240)

http://takafulatilia.blogspot.com

Tuesday, April 14, 2009

Sambutan hari jadi Atikah 3 tahun

Anak ibu yang bernama Nurul Atikah kini dah berumur 3 tahun pada 14/04/2009 dan rasa ralat gak tak dapat nak cium dan peluk dia pada hari lahirnya ini. Sebab Atikah sekarangni ikut nenek dia tinggal di rumah adik mertua teman yang dijangkakan akan menjalani pembedahan jantung pada 16/04 nanti. Oleh yang demikian mertua teman akan tinggal seminggu di Shah Alam untuk menemani anak2 bapak saudara suami teman...Namun teman tetap gembira kerana dapat jugak mengadakan majlis sambutan harijadi dikalangan saudara terdekat sahaja untuk kenangan harijadi yang ketiga.

Lihatlah Atikah dengan solekan rama-rama yang cantik dihasilkan oleh Nadia iaitu sepupu suami teman. Solekan ini tidak sempurna kerana ini bukanlah termasuk dalam perancangan dan semasa Nadia ingin memakaikan lipstik kepada Atikah dia teringatkan face painting yang pernah dia buat sebelum ini. Oleh kerana moyang Atikah telah sampai solekan Atikah hanya sekerat jalan, tapi pada teman dah ok sangat-sangat..
Menu hari itu adalah menu segera belaka disebabkan majlis ini juga merangkap doa selamat untuk bapa saudara suami teman Azman bin Ahmat yang akan menjalani pembedahan jantung di HUKM khamis ini.
Selamat Hari Jadi Nurul Atikah yang ketiga.. Jadi anak yang pintar dan menyenangkan hati ibu bapa tau. Moga ibu jugak dapat memberikan yang TERBAIK untuk anak ibu ini, semoga kasih sayang kita akan bertambah kukuh sehingga akhirnya..

Lihatler Atikah yang semakin besar dan hadiah baju dari semuanya adalah berdasarkan saiz berumur 4 tahun, nasibler kalau beli saiz 3 tahun alamatler tak muat..

Atikah ibu sangat sayangkan kamu dan adik Azalia. Ibu berharap semoga anak ibu kedua-duanya akan menjadi anak yang baik dan jadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


Hanya kita Harapan Anak-anak:-
http://takafulatilia.blogspot.com/
Cho Zila (019- 210 4240)

Monday, April 13, 2009

Pureen Warehouse Stock Clearance

Teman jumpani kat blog :-
http://sereniety.blogspot.com/
Kemana kita hujung mingguni?? Kalau tak kemana-mana apa kata datang ke Petaling Jaya untuk Pureen Warehouse Stock Clearance ini.. Teman idakler pernah pergipun walhal tempatni dekat amat ngan ofis teman. Yang ini pun tak tentuler nak pergi ke idak sebabnya Pureenni macam barang bayi sesangat cam kurang sesuai ngan 2A lak.. entahler..


Pureen Warehouse Stock Clearance
Don't miss the Pureen Warehouse Stock Clearance Promotion! 2 Days ONLY!

When: 18 Apr - 19 April(Sunday) 2009
Time: 10am - 6pm

Brands & Products offered:
Pureen
Pureen Basic
DR Mist
Pureen Pride N Joy
Tracia Toiletries
Baby Care Products
Toiletries
Body Care
Baby Diapers
Baby Apparels
Baby Toiletries
Baby Accesories
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Sanitary Pads
Maternity Pads

Terms:
*Visa n Mastercard accepted for purchases above RM150

Where:
Summit Company (M) SDN BHD
Lot 6, Jalan 19/1, 46300 P..J
Tel:603-7628 8888


Takaful untuk anak-anak:-
http://takafulatilia.blogspot.com
Cho Zila (019-210 4240)

Thursday, April 9, 2009

Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Malaysia

SmartKids'09 ~Pameran Pendidikan Kanak-kanak terbesar di Malaysia akan berlansung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 10 April hingga 12 April ini. Esok ler wei!! Beg goodie untuk 1000 pelawat terawal (kanak-kanak sahaja).. macam menariktu tapi takder pulak mintak cuti.. gedis betoiler, kenapaler last week idakler rasa nak gi sini.. Masuk adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dan terdapat pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi..

Date of Event : 10 - 12 April 2009
Venue : Putra World Trade Centre, Kuala
Lumpur (PWTC)
Show Hour : 10 & 11 April 2009 / 10:30a.m. - 9:30p.m.
12 April 2009 / 10:30a.m. - 7:30p.m.
Admission Fee : FREE for kids under
16 years of age!
RM4.00 per entry for adults and teens 16 years old and
above
Antara Aktiviti yang menarik ialah Seminar Kebangsaan Suara Kanak-kanak, World of Ambition, Who I want to be, Science Planet dan banyak lagiler.. Rasanya memangler belum mencapai tahap anak teman untuk pergi tapi kalau sekadar untuk meninjau2 apa salahnyakan..Kalau kawan2 ingin mendapatkan maklumatnya klik jer di sini:-
http://www.smartkids.com.my/
Majalah Mami & Baby yang memaparkan berkenaan Smart Kids'09 dengan tajuk Smart Kids kali ke lapan membawa banyak harapan :-
http://www.smartkids.com.my/images/mamibaby/lapan0109.jpg


Antara xtvt yang dijalankan nanti...

Teman ingin jugak bertanya ada tak antara kawan2 di sini yang pernah pergi ke pameran Smart Kids yang sebelum ini.. adakah pameran ini betul-betul bagus seperti yang di war2kan... Kepada anak anda, tiada pengiktirafan yang boleh disamakan dengan pengiktirafan daripada anda. Kepada mereka, alam kanak-kanak mereka sama pentingnya dengan alam dewasa anda. Mari Menerokai Dunia Mereka.

Perlukan Takaful:-
http://takafulatilia.blogspot.com/
CHO ZILA (019-210 4240)

Wednesday, April 8, 2009

Tidak Semua Kanak-kanak Perlukan Vitamin

Inilah yang diperkatakan oleh seorang doktor di sebuah klinik semasa teman menanyakan tentang vitamin yang diperlukan untuk anak-anak teman. Mulanya teman rasa sangsi jugak biar betul doktorni semua orang dok sibuk beli vitamin untuk anak-anak mereka. Sebijik dia cakap cam artikelni. Teman taipkan sebahagian dari artikel yang ditulis oleh Rahaiza Ismail di dalam majalah Harmoni keluaran (1-15 Mac)ini untuk renungan ibu bapa sekalian..

Jangan mudah terpedaya dengan strategi syarikat Pengiklan mengenai kepentingan dan kebaikan vitamin kepada anak-anak anda! Memang benar, vitamin dihasilkan untuk tujuan kesihatan yang lebih baik bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Tetapi persoalannya ialah perlu ataupun tidak anak anda diberi vitamin?

Berdasarkan pengamatan yang dilakukan oleh The American Academy of Pediatrik berpusat di Amerika Syarikat (AS)mendapati kebanyakan kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan vitamin atau mineral tambahan untuk membantu tumbesaran mereka.

Pemberian vitamin dan mineral tambahan hanya diperlukan oleh kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah kekurangan zat atau di bawah pengawasan doktor.

Pakar pemakanan berpendapat selagi kanak-kanak dan remaja berkenaan mengambil makanan makanan yang seimbang dan berkhasiat, mereka sebenarnya tidak perlu diberi vitamin atau sebarang mineral tambahan. Apa yang mereka makan setiap hari telah membekalkan vitamin dan mineral yang mencukupi secara semulajadi.

Garis Panduan Beri Vitamin
Ibu bapa dalam hal ini dinasihatkan supaya lebih peka terhadap keperluan memberi vitamin dan mineral tambahan untuk anak-anak mereka. Ini ramai dikalangan ibu bapa yang menganggap vitamin perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk tujuan kesihatan, meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal serta tumbesaran.

Harus diingatkan, pengambilan vitamin secara berlebihan (overdose) juga akan memberi kesan kepada kanak-kanak berkenaan.Apabila vitamin yang tidak diperlukan tubuh terus diambil ia akan menyebabkan kesan sampingan terhadap hati dan buah pinggang kanak-kanak itu kelak.

Oleh yang demikian adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa memastikan keperluan makanan harian anak-anak mencukupi. Syukur Alhamdulillah Atikah dan Azalia tidak banyak karenah dalam makanan, mereka boleh makan apa juga makanan dan tidak mendapat alahan juga. Dan rahsia untuk mendekati mereka ialah dengan makanan dan selalunya inilah UMPAN yang diberikan oleh sepupu2 dan mak saudara sepupu mereka kalau nak dapat dukung Azalia.. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi tengokler jugak tabiat makan ibu dia tak berkurang walaupun demam (emak teman cakap)...Apa-apapun pastikan yang terbaik untuk anak anda ...


Berikan Dana PENDIDIKAN :-
http://takafulatilia.blogspot.com/

Monday, April 6, 2009

The Biggest Loser

Atas semangat peserta rancangan realiti "The Biggest Loser" teman cuba untuk menahan godaan dan cabaran untuk memastikan teman juga dapat mengurangkan berat badan yang telah mencapai tahap obesiti ini. Semenjak dari Isnin lepas teman cuba untuk mengurangkan jumlah pengambilan makanan secara perlahan-lahan supaya tidak terasa bebanannya yang membuatkan teman cepat berputus asa.

Pernah menonton rancangan "The Biggest Loser" tak? Rancangan yang memaparkan semangat juang yang tinggi dikalangan peserta untuk memastikan mereka masih berada di rancangan itu dengan dijanjikan habuan duit dan penting sekali ialah perubahan bentuk fizikal yang begitu ketara sekali. Sekiranya mereka masuk ke rancangan tersebut dengan memakai baju yang entah berapa X saiznya kini mereka boleh bertukar kepada saiz yang lebih kecil. Bahagiakan!! Dan yang paling membanggakan juga mereka bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malah yang paling penting sikap mereka juga berubah. Menurut peserta dari rancangan ini musim pertama beliau lebih bermotivasi untuk meneruskan kehidupan dan tiada lagi perasaan rendah diri lagi dan juga selepas rancangan tersebut beliau merasakan sekiranya melakukan sesuatu dengan kesungguhan hasilnya adalah kejayaan. Kesemuanya itu tidak ternilai dengan wang ringgit dan rasanya inilah yang perlu teman lakukan kini...

Teman kena percaya tiada istilah "INSTANT" @ segera dalam usaha teman untuk mengurangkan berat badan ini. Teringat pulak kes seorang wanita yang meninggal dunia ketika pembedahan kecantikan disebuah klinik di Ampang, betapa malangnya dan teman berharap ini tidak terjadi kepada kita. Percayalah tiada jalan pintas untuk memenuhi impian mengurangkan berat badan dan membuang lemak yang ada ditubuh ini. Kerana lemak itu tercipta sekian lamanya mengikut usia dan kita berharap dia akan menyusut sekelip mata.. mana mungkin kan.

Teman berharap perubahan segera dapat dilakukan supaya semangat juang yang tinggi dalam menahan godaan dan cabaran untuk memastikan keinginan teman untuk kurus itu berterusan sehingga mencapai berat badan yang ideal. Melalui rancangan tersebut juga kita dapat lihat hanya dengan berfikiran positif boleh melakukan sesuatu itu tanpa ragu-ragu membolehkan kita bergerak untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Yang paling penting sekali ialah tiada sikap bertangguh dalam melakukan sesuatu, kerana semakin lama kita bertangguh semakin bertimbun lemak yang kita himpunkan. Alamak! oh tidak Semakin meningkat usia kita semakin kurang tahap metabolisme dan semakin sukar juga usaha kita untuk menurunkan berat badan. Oleh itu sedarlah wahai Cho Zila jangan bertangguh!! (niler sifat paling buruk teman yang ketara!!)..

Jangan Bertangguh!! Mulai dari SEKARANG beringat kalau nak makan jangan main suapjer lepastu nak mengeluhpun tak berguna lagi.. Gerakkan badan supaya sentiasa aktif dan anggaplah semuanya untuk kebaikan diri sendiri dan supaya dapat menyihatkan badan. Badan sihat, Otak Cergas...
bodybuilding myspace comments

Biar Papa (susah) Asalkan Bergaya (lawa)

Percaya Pada Diri :-
CHO ZILA (019-210 4240)
http://takafulatilia.blogspot.com/
Wakil Takaful IKHLAS

Friday, April 3, 2009

Dulu kindersay, harini starfall lak!!

Kalau dulu teman mengajak anak-anak ke Kindersay camner kalau harini kita jalan2 kat starfall lak...jom jalan-jalan.. starfallni diperkenalkan oleh kawan dari multiply yang duk di Jepun nun.. Best jugak tau dan lebih macam-macam ada. Temanpun belum explore lagini.. tapi dah rasakan inilah yang ibubapa perlukan..

Dengan tagline "Learn to Read at Starfall" ibu bapa semua jangan malu-malu untuk melihat apa yang ada disini :-
http://www.starfall.com/ ..

Dan yang pasti ada pembelajaran ABC,learn to read, fun to read dan i'm reading.. Rasa macam bertuahnya anak zaman sekarangni, sambil belajar tapi ada permainan. Seronok sebab anak-anak boleh belajar membaca tetapi permulaan ibubapa kena memberi bimbingan kepada mereka terlebih dahulu. Banyak benda yang boleh di'explore' di sini dan boleh membantu anak-anak membina ayat untuk kegunaan seharian. Dan rasanya anak-anak dapat bertutur dalam bahasa inggeris secara berhemah..

Zaman kita dulu kalau suruh belajartu macam satu hukuman tak seperti sekarangni pembelajarannya lebih berwarna-warni. Kanak-kanak sudah pasti lebih gembira dapat bermain dan sambil itu diterapkan pembelajara..Tapi cabaran anak-anak kini semakin dasyat dan menakutkan kalau2 nanti kita ibubapa yang tak mampu memberikan bimbingan yang secukupnya untuk mereka..

Perjuanganmu anak-anakku masih panjang lagi..



Simpanan PENDIDIKAN :-
http://takafulatilia.blogspot.com/
CHO ZILA (019-210 4240)

Thursday, April 2, 2009

Kindersay is back

Teman dapat email bertajuk "We are pleased to announce that Kindersay is back online!".. Suka hati teman sebabnya laman web ini dulu dah ditutup dan ingatkan tak akan kembali sampai bila-bilapun. Teman dapat tahu tentang alamat web ini masa dengo radio KLfm dah lama dulu menerusi Encik Azli Paat yang selalu memberikan maklumat IT terkini. Apa itu Kindersay yang sampai teman nak cerita kat blog temanni?? Kindersayni umpama buku mengajar ABC kepada anak-anak tetapi secara interaktif. Best tau!! Lawatilah :- http://kindersay.com/
Yang teman paling berkenan sesangat ialah kita boleh "up load" gambar untuk pembelajaran mengenai "family". Umpamanya "mother" kita letakkan gambar ibu iaitu kitalah kan, jadinya takler semsa anak belajar dia kehairanan ini bukan my mother.. Bestkan!! Jadi bolehler kita memperkenalkan semua ahli keluarga disini.. Dan pembelajaran ABC di Kindersay jugak umpama kita mengajar anak kita menggunakan flash card jadi tak payahler kita nak memegangnya satu persatu.. Sambil kita tertidur pun anak kita boleh belajar, tapi janganler buat selalukan..Cuma kalau dah letih sangat selalu ler kejadian ini terjadikan.. Dan ada lagiler, cuba sendiri nanti membaca sambil bermain dengan anak-anak. Insyaallah anak-anak suka kan...

Dulu pernah gak teman perkenalkan Kindersay ini pada Atikah dan dia menggemarinya. Pasti sesuai dengan usianya yang semakin meningkat ini Atikah akan lebih teruja lagi, harap-harapnya. Lepasni Atikah tak payah nak berebut dengan Azalia lagi menggunakan laptop mainan..
Picture Captions
Masa depan anak-anak adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa.. semoga kita mampu menyediakan yang TERBAIK untuk mereka..

Sediakan Dana PENDIDIKAN:-
http://takafulatilia.blogspot.comCHO ZILA (019-210 4240)

Nuffnang oh Nuffnang