Nuffnang saya

Followers

Tuesday, March 31, 2009

Queserasera ~ what will be will be ~

Inilah lagu masa kecik2 dulu...
QUESERASERA

when i was just a little girl
i asked my mother
what will i be
will i be pretty
will i be rich
here's what she said to me

que sera sera
what ever will be will be
the future's not ours to see
que sera sera
what will be will be~


Teman suka sangatler laguni konon2nyer.. jadinyer inilah dinamakan berangan sejak kecik lagini.. dulu selalu berangan kot2 jadi cam cinderella ada putera raja @ orang kaya yang datang melamar.. berangan tak sudah.. sekarangni Atikah dah mula berangan teman tengok.. kadang-kadang tu bercakap sorang-sorang dan selalunya teman khayalannya bernama Abu (tak glamer sungguh).. Ini adalah watak dalam cerita Tentang Bulan ada budak nama Abu kan yang gemuktu.. bukan Mawi kitaorang tanya bukan Mawi Ekin mak oooi kaki TV anak ibu ini.. semua kenal Nabil Raja Lawak pun tau... balik cerita Abu tu kan.. mula-mula dulu ingat dia panggil ibu sebab masa dia kecik dulu dan Azalia sekarangpun sama panggil ibu adalah 'abu'... abu jom makan, abu jom mandi,, bye abu!! semua abuler.. tapi rasanya ini semua proses dalam pembesaran kanak-kanak. Teman layan jugak jangan lebih-lebih dahler....

Atikah akan menyambut harijadi yang ke 3 pada 14/04 nanti tak sabar gak nak potong kek ni dan teman berharap semoga teman dapat memberikan yang TERBAIK kepada kedua-dua permata hati teman ini.. Atikah kena mula belajar sambil bermainni.. dan rasanya ramai kanak-kanak yang sebaya Atikah dah pandai macam-macam cuma anak ibu ni yang belum bermula lagi namun suruh bercakap pandai amat.. kalau suruh mandi dia leh kaunseling kita balik "tak sabo2ler ibuni".. tu dia.. Sabojer lah...


Dana PENDIDIKAN untuk permata hati:-
http://takafulatilia.blogspot.com/
Jangan Bertangguh !!

Monday, March 30, 2009

Agar-agar koktail

Terpaksa membuat agar-agarni sebab nak membalas pinggan kak Ida jiran akak yang selalu memberikan kami sekeluarga merasa masakan dia. Orang memberi kita merasa tapi rasanya tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah jadinya kenaler sekali sekala kita memberi pulak. Tapi sebenarnya dah banyak pinggan kak Ida ni kat dapur tu membuatkan suami akak bersuara bila nak pulangkan balik pinggantu..
Oppsniler dia rupanyer agar-agar koktail akak. Sepatutnya guna mangkuk yang lebih kecil so dapatlah hasilnya lebih padat, ni nampak nipisjer...

Buatnyer mudah sangat-sangat ikut sahaja cara akak di bawah mesti menjadi tak lembik tak keras yang sedang-sedang aja...
AGAR-AGAR KOKTAIL

1 cawan agar-agar basuh dahulu (sumbat padat-padat dalam cawan)
4 cawan air
3/4 cawan gula-gula
*ini sukatan akak masak agar-agar mesti menjadi punya. Kalau 1 cawan agar-agar mesti ngan 4 cawan air, gula pulak ikut selera masing-masing.
> Masakkan agar-agar sehingga semuanya hancur dan
> Masukkan:-
- 1 tin susu cair (F&N)
- 1 tin buah-buahan koktail(buang airnya dan toskan)
- 1 biji telur (telah dipukul)
*Masakler seperti biasa. Tuangkan agar-agar dalam bekas dan biarkan sejuk. Potong-potong sedap dimakan. Mak ooi senangnyer... anak-anakpun suka..

Takaful Untuk PENDIDIKAN:-
http://takafulatilia.blogspot.com
CHO ZILA (019- 210 4240)

Tuesday, March 24, 2009

Gambar my Princess ~Disney On Ice~

Ini adalah gambar dari Cik Wani .. thank you .. Okler walaupun Atikah buat muka cun dia jadiler ada juga kenang-kenangan haritu.. Cerita haritu boleh dibaca pada entry sebelum ini :-
Tengokjer lah Naufal yang beria2 dengan bunga.. tolongler Naufal.. Tapi Naufalni memang fotogenik dan pandai bergaya.. cuma petangni dia keletihan sebab dia baru balik dari belajar berenang..Atikah dan Naufal didepan booth yang menjual beraneka barangan Disney..Tengokler Atikah tu takder perasaanjer teman tengok..
Tu dia bestnyer kan.. tapi harga dia... oh tidak!! lagipun Atikah lebih berminat dengan Upin & Ipin sekarang. Belipun sekadar sebagai kenanganjer ..
Cinderella
Snow White

Belle n Lumier

Pengakhiran yang gembira kerana semuanya bersatu dan berbahagia bersama Prince nyer dan akan membina keluarga bahagia..


Monday, March 23, 2009

Jom layan fotopages kita

Teman menyediakan entry khas untuk Atikah memandangkan hari jadi dia yang ke 3 semakin menghampiri. Jom layan cerita dan gambar-gambar dari dia kecik sehingga kini.. Klik sini :-
ikhlas-atilia.fotopages

Semoga Atikah akan jadi insan yang berguna suatu hari nanti...



SIMPANAN untuk PENDIDIKAN anak-anak:-
layarilah blog takaful cho zila
http://takafulatilia.blogspot,com/

Atikah gembira menonton Disney On Ice semalam..

"Enter a world of wishes with your favorite Disney Princesses in Disney On Ice presents Princess Wishes. Tinker Bell represents the magic of Disney, as she whisks you through a collection of enchanting and beloved Disney stories. Join Ariel as she yearns to explore the world above the waves.
See Snow white find her one true love. Discover a whole new world with Jasmine find, watch in wonder as the dreams of Cinderella, Belle, Aurora and Mulan all come true."

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba semalam, kami pergi ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menonton Disney On Ice(DOI) ~ Princess Wishes. Tiket itu telah kami tempah semenjak dari bulan Januari lagi memandangkan tahunni DOI bersesuaian dengan minat Atikah kini kepada kartun-kartun yang sebegini. Sekarangnipun baju dia kebanyakan yang bermotifkan sedemikian yang kadang-kadang naik cuak kita sebab dah tak menepati citarasa ibu. *(suami teman kata anak jadi mangsa fesyen ibu dia, sebab selalunya ibu yang berlebih2... ibu oh ibu gituler)..

Berbalik kepada cerita semalam, kami pergi ke Putrajaya terlebih dahulu sebab kami akan pergi bersama dengan Naufal, Cik Ochu dan Cik Wani. Teman tidak membawa Azalia kerana suami teman merasakan usia Azalia sekarang tidak sesuai untuk dibawa ke tempat yang terpaksa untuk duduk setempat untuk menonton sesuatu. Usia seperti Azalia ini selalunya suka bergerak dan akan membuat bising atau menangis tanpa memperdulikan persekitaran.
Kami tiba di Stadium lebih kurang pukul 1.30 petang walaupun pertunjukan hanya bermula pada 2.30 petang kerana ingin meronda terlebih dahulu melihat cenderamata yang dijual pada hari tersebut. Masuk kedalam stadium terdapat banyak 'booth' yang disediakan dan kami membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan tanda ingatan pengalaman pertama Atikah menonton Disney On Ice pada 2009 ini. Rasanya kalau anak teman ramai mau kopak dibuatnya kerana harga barangan yang dijual pada teman agak mahal berbanding dengan mutu barangan tersebut.

Masuk ke dalam dewan, Atikah dan Naufal kelihatan gembira sekali kerana kelihatan pentas yang berwarna-warni dan menarik sekali. Tapi sayang kami tidaklah membeli tiket yang paling mahal yang membolehkan kami mengambil gambar dekat dengan pentas. Namun rasanya tiket kami yang bukan paling murah itu memuaskan hati kerana terasa nampak jelas sekali persembahan hari itu dipandangan mata kami. Sebelum pertunjukan bermula, Atikah dan Naufal telah berposing sakan mengikut kehendak Cik Ochu dan Cik Wani yang membawa kamera. Teman terasa ralat kerana terlupa mengambil kamera dari suami teman pada hari itu walaupun telah diingatkan oleh suami teman. *(cik ochu dan cik wani jangan lupa no!!)
Acara dimulakan tepat-tepat pada pukul 2.30 petang setelah Atikah dan Naufal bertanya berpuluh kali bila Princess ni nak keluar. Dan kedua-duanya kelihatan teruja sekali dan dapat dilihat dari tingkah laku Atikah yang sekali- sekala bertepuk tangan dan membalas lambaian 'tinker bell', mickey dan minnie dan yang lain. Dalam hati teman berkata : "berbaloi jugak bawak dia hari ini" kerana terasa dia gembira sekali menonton persembahan tersebut. Pada temanler persembahan mereka memang profesional sekali dan rasanya yang paling 'excited' menengok ialah Cik Ochu ngan Cik Wani yang terlebih .. (ingat sikit tahun depan dah nak kawinni!!).

Keseluruhannya pada teman yang tak berapa mengikuti sangat cerita-cerita Disneyni, dari segi persembahan dan pentas memang bagus sekali. Namun teman terkilan sebab karektor yang paling teman minat Cinderella dan Aurora (Sleeping beauty) muncul sekejap sahaja, tak puas tengok. Tapi yang paling penting sekali ialah keseronokan Atikah yang nampak jelas sekali kerana setelah sampai di rumah adik ipar teman Atikah tak sabar-sabar nak bercerita dengan ayahnya. Apa yang dia ceritakan terlampau laju dan semua cerita nak dirangkumkan sekali membuatkan ayah dia tak faham (dah macam Sarimah diari AF). Anak-anak adalah harta yang tidak ternilai harganya, semoga teman dapat memberikan yang TERBAIK untuk mereka..

Friday, March 20, 2009

Menangani Anak Bergaduh

Anak bergaduh memang memeningkan kepala!! Kerenah anak-anak memang macam-macam dan yang paling teman tak tahan ialah 2A kini suka bergaduh. Kadang-kadang disebabkan kertas flyer Giant ajer boleh bertarik-tarik tak kira didepan orangpun.. Selalunyer kakak pastiler lebih kuat dan kadang-kadang sampai terlentang jugak adik kena tolak.. Kalau mood teman baik teman cuma marah-marah sayang sambil bacakan ayat al-Kausar dan doa nabi yunus.. tapi mun kalau mood temanpun dah panas, mulerler keluar ayat-ayat yang kadang-kadang dikesali jugak.. especially kita dah penat dan ayah dia buat tak retijer .. oh TIDAK..

Teman terjumpa satu artikel dari majalah mingguan wanita bulan Disember '08.. secara ringkasnyer beginiler lebih kurang.
S: Mengapa anak-anak suka bergaduh? Ini satu pertanyaan yang sering ditanyakan oleh ibu bapa kepada saya. Normalkah anak-anak suka bergaduh?
J: Sebuah soalan yang mudah tetapi berat untu dijawab begitu sahaja. Kadang-kadang sebagai orang dewasa kita lupa melihat diri kita dan hanya memerhatikan anak-anak. Anak-anak disuruh menjaga kata-kata dan tingkah laku, namun orang dewasa pula sering terlepas dengan akhlak tidak menyenangkan..Ramai yang merasakan orang-orang dewasa hanya pandai membuat peraturan, tetapi mereka sendiri tidak mengikut peraturan itu.

OPPS!! gedebuk kena kat teman.. yer lah teman asyik nak harapkan anak-anak tu jadi terbaik tapi teman yang ado. Suruh anak-anak jangan kelam kabut teman sendiripun gelabah semacam. Nak mintak anak rajin membaca nanti tapi tak ler pernah diaorang tengok ibu nyer ni rajin membacapun..

sambung lagi.. Pergaduhan anak dibawah usia 3 tahun.
Pergaduhan anak-anak kecil yang hanya berusia dibawah tiga tahun, kebanyakannya adalah kerana anak-anak kecil ini masih belum matang di dlam perkembangan emosi dan sosialnya. Anak-anak pada usia ini masih tidak pandai bermain bersama-sama rakan-rakan lagi.( tolongler cho zila ingat ini ).. Apatah lagi kanak di dalam usia 2 tahun mempunyai sifat tidak mahu berkongsi (possessive). Mereka merasakan semua barang adalah milik mereka (oh sedarlah wahai ibu zila..) Selain itu pada usia ini anak-anak kecil mudah mengamuk. Itulah sebabnya usia ini digelar di dalam baha Inggeris, 'The Trouble Two'. (ok-ok kena sabar)

Cuba perhatikan anak-anak yang di dalam usia dua hingga tiga tahun ini bermain bersama-sama mereka akan sering menangis kerana berkelahi. Sekejap yang seorang ini menangis, sekejap yang seorang lagi. Jika tidak sabar memang memeningkan. (iniler teman nak cakap.. pening22)
Namun jika anda memukul dan menghukum mereka dengan kasar atau memarahi mereka dengan suara yang tinggi, ini hanya mengeruhkan lagi keadaan. Apa yang mereka dapat ialah mengikut perangai anda itu. Mereka menjadi suka menjerit dan lagi suka bergaduh atau terlalu suka mengadu.. Ini langsung tidak menyelesaikan apa-apa.
Tersentuh hati teman sebabnya apa yang berlaku ini teman akui memang berpunca dari teman jugak. Atikah dah menunjukkan ciri-ciri tidak baik disebabkan asuhan teman.. oh tidak!! harapannyer lepas ini teman akan lebih berhati-hati dan bersabar..
Dan antara petikan penyelesaian merungkai masalah ini ialah tenangkna jiwa anak.. Apa yang disarankan ialah tenangkan jiwa mereka dan berikan penjelasan yang mudah mengapa mereka perlu berkongsi bermain. Jangan sekali-kali mengugut kerana ini hanya akan membuat anak anda mempunyai jiwa dan minda yang lemah.. (ingat sekali lagi!!)

Sedih hati apabila melihat setengah-tengah ibu bapa yang akan memarahi anak yang tua setiap kali terjadinya pergaduhan seperti ini tanpa usul periksa. Ibu bapa yang menyangka dengan berbuat demikian, anak yang tua akan menjadi lebih bertanggung jawab. Ini adalah pendapat yang amat meleset dan hanya akan merosakkan jiwa anak-anak baik yang sulung mahupun adik-adiknya..



Sunday, March 15, 2009

Atikah dah kena belajar membaca..

Ada orang mengatakan proses pembelajaran anak ini mesti dimulakan dari awal dan sepatutnya apabila dia dah berumur 4 tahun dah boleh membaca. Oleh yang demikian Atikah seharusnya memulakan proses mengenal huruf dari sekarang kerana bulan April ini Atikah akan mencapai umur 3 tahun.

Semasa teman tercari-cari cara-cara untuk membuat flash card sendiri maka terjumpalah satu blog bahasa Indonesia yang mempunyai info berguna. Namun teman tertarik mengenai cerita beliau tentang 2 orang anaknya yang mempunyai cara yang berbeza untuk belajar.. Maka teringatler teman tentang 2A yang tiada persamaan dari segi perangai dan minat mereka. Yang pasti ini memerlukan pendekatan berlainan dalam menarik perhatian mereka dalam proses pembelajaran nanti..

Oleh yang demikian sebagai ibu/ayah kita tidak terlalu mengikut kehendak sendiri tanpa memerhatikan keperluan anak-anak. Teman pernah menggunakan kaedah flash card yang dibeli namun tidak dapat menarik minat Atikah berbanding dengan Azalia yang menampakkan kesungguhan. Tapi difikirkan kemungkinan kad tersebut memang kelihatan kurang menarik dari segi warna dan bentuknya maka teman kini terlalu ingin membuat sendiri flash card tersebut. Namun sekiranya kawan-kawan ada cara yang mudah tolonglah bagitau kepada teman..mintak tunjuk ajarku sifu.. Ini ada satu link yang kira menarik juga untuk membantu teman nanti dalam membuat flash card sendiri :-
http://www.babyfirstyear.org/2008/03/make-own-glenn-doman-babies-flash-cards.html

Langkah yang paling penting sekali sekarang ialah teman ingin membelikan Atikah dan boleh dilanjutkan pada Azalia nanti set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku. Ini adalah kerana buku ini diakui kebenarannya untuk membantu kanak-kanak membaca dengan baik. Rasanya ini adalah hadiah harijadi untuk Atikah, semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya nanti.. sementelah teman telah mendaftar sebagai affiliate di adik bijak pasti peluang ini akan digunakan untuk mendapatkan harga VIP.. Sekiranya berminat untuk mendapatkan buku bacalah anakku dan pelbagai pilihan buku untuk bacaan sekeluarga, pergilah ke link ini:-
http://adikbijak.com/ref.plx?MB00687

Dibawah ini adalah satu artikel yang teman jumpa di dalam Utusan Malaysia untuk rujukan:-
ARKIB : 26/06/1998
Oleh: NORLIZA ABD. RAHMAN

Kanak-kanak dianggap terlalu muda untuk mengenal huruf dan pada usia sedemikian mereka lebih cenderung bermain dengan anak patung atau pistol permainan.
Bagaimanapun, semua tanggapan itu salah kerana pada usia awal kanak-kanak lebih senang dibentuk dan cepat menerima tunjuk ajar.
Mengajar anak yang masih kecil membaca sebenarnya penting sebagai salah satu daripada latihan kemahiran membaca.
Penerbit buku Bacalah Anakku, Nik Elyani Nik Nawi, berkata, buku membaca kanak-kanak yang dihasilkan menggunakan kaedah fonetik.
Kaedah yang menggunakan sebutan suku kata ini amat sesuai untuk diajar kepada kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke atas.
Menurutnya, buku ini membolehkan ibu bapa mengajar anak mereka dengan cara yang paling mudah dan berkesan, cuma lima minit sehari. Anak-anak juga tidak merasa jemu atau tertekan.
''Mengajar anak di peringkat usia sebegini mungkin sukar dilakukan oleh sesetengah ibu bapa. Tetapi ingat jangan sekali-kali memaksa mereka sebab takut nanti mereka terus hilang minat,'' katanya.
Bagi ibu bapa yang anaknya sudah bersekolah tetapi masih belum boleh membaca, kaedah fonetik ini amat sesuai digunakan. Insya-Allah dalam tempoh dua minggu mereka sudah boleh membaca.
''Saya dan suami ada mengusahakan tadika sendiri di Kelantan. Alhamdulillah kebanyakan daripada pelajar di sini sudah boleh membaca dan menulis karangan sendiri,'' kata Nik Elyani.
Walaupun terdapat kesilapan ejaan pada karangan mereka, masalah itu bukanlah besar sebab ia boleh diperbaiki dari masa ke semasa.
Nik Elyani berkata, anak-anak yang sudah diajar membaca dari awal mempunyai tahap pemikiran yang lebih terkedepan kerana mereka banyak membaca.
''Dalam satu kajian yang dilakukan di luar negara mendapati, otak kanak-kanak berkembang dengan pesat terutama di peringkat usia tiga hingga enam tahun.
''Perkembangan otak mereka terbentuk sekitar 95 peratus, sebab itulah ibu bapa mesti menggunakan masa terbaik ini untuk mendidik anak,'' katanya. Trend masyarakat Melayu yang suka menunggu anak mereka masuk darjah satu harus dihentikan dari sekarang sebab kanak-kanak sebenarnya boleh menerima tunjuk ajar seawal tiga tahun.Kebanyakan ibu bapa masih beranggapan kanak-kanak berusia empat tahun mesti belajar ABC sedangkan pada usia itu mereka sebenarnya sudah boleh diajar membaca.

Buku Bacalah Anakku memperkenalkan huruf-huruf konsonan seperti AEIOU dengan lapan bunyi. Ibu bapa dinasihatkan mengajar anak mereka dengan menggabungkan sesuatu bunyi seperti ba... ba... ba...
''Kaedah seumpama ini adalah yang terbaru di pasaran. Dengan hanya mengenalkan mereka pada 25 bunyi mereka boleh membaca satu juta perkataan,'' katanya.
Kanak-kanak yang boleh membaca awal membuatkan ibu bapa lebih yakin kerana pada masa yang sama mereka juga boleh menguasai bahasa Inggeris.
Buku ini dijual pada harga RM34.90 satu set mengandungi kad-kad ejaan suku kata dan sembilan buah buku.
Bukti menunjukkan kanak-kanak termuda yang sudah boleh membaca berusia tiga tahun dan yang boleh membuat karangan sendiri lima tahun.
''Perkembangan ini amat membanggakan. Tetapi ibu bapa mestilah bersabar dan ajar anak mereka secara enjoy dan lembut, bukan menengking-nengking,'' katanya.
Menurut Nik Elyani, celik huruf bukanlah satu anugerah tetapi hak seorang anak. Ertinya kanak-kanak tidak dilahirkan dengan kebolehan membaca tetapi terpulang pada ibu bapa untuk mengajar mereka.
Inilah yang teman ingin kongsikan bersama supaya kita bersama-sama dapat memanfaatkan masa yang ada dalam menanamkan minat anak-anak kita untuk membaca. Kepada semua kawan-kawan juga tolonglah berikan petunjuk kerana teman juga dalam pencarian untuk memberikan pendidikan terbaik kepada kedua permata hati...

Thursday, March 12, 2009

Mari berkenalan...

Ini adalah gambar2 lama sementelah adik teman idakler lagi nak mem"forward" gambo2 baru semasa balik kampung tempohari.. ini hanya untuk kenangan2 supaya 2A sentiasa ingat pada sepupu sebelah ibunyer ini. Boleh kata masa kami banyak dihabiskan bersama keluarga sebelah ayah dia..


Ini gambar pada Hari Raya Aidil fitri pada tahun 2005.. Itu adalah gambar atuk dan opah bersama dengan 7 orang cucunya. Sekarang bilangan dah bertambah seramai 10 orang..

Ini pulak gambar cucu-cucu tuk dan opah seramai 9 orang kecuali Azalia.. Kamini susah nak berkumpul kesemuanya disebabkan entahler takder halpun.. Harap raya kali ini kami dapat berkumpul..

Ini gambar anak sedara teman yang sulung Muhamad Azril Aiman (11 tahun).. kecik-kecik dulu dia merupakan kesayangan emak-emak sedara.. teringat dulu macam kecik sangat sekarangni tunggu masajer nak tinggi dari teman.. Yang dua perempuantu adik-adik dialer..yang ditengah adalah adik tau, tapi badan dia besar sedikit dari kakak dia.. adik dia bernama Adriana (8 tahun) dan kakaknya ialah Airin Sofia (9 tahun)


Iniler emak dan ayah 3 beradikni.. yang lelakitu adik teman Azarol Nazwi dan adik ipar teman bernama Surati..


Ini pulak anak sedara teman yang duduk di Ipoh tengah mengacau Azalia.. yang sulung Danish Danial (7 tahun) kanan sekali, kedua Harith Hakim (6 tahun) dan yang kecik Adif Ansari (2 tahun)..


Ini adalah gambar teman dengan adik teman yang kecik sekali bernama Nor Baiti (tengah) dan sepupu teman Tania (baju hijau)..

Kiranya kami ada 5 orang adik beradik dan diusahakan supaya teman akan memiliki gambar kesemua famili teman nanti..

Oleh itu sekian dulu..
Jangan berlengah:-
Takaful kini keperluan..
CHO ZILA (019-210 4240)
http://takafulatilia.blogspot.com/

Tuesday, March 10, 2009

Lawatan ke Pusat Sains Negara..

Pada 01/01/2009 kami anak beranak mengambil keputusan untuk pergi ke Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara bersebelahan dengan Suruhanjaya Sekuriti. Ibu dan ayah dah pergi pada tahun 2003 rasanya namun kali ini lebih bermakna kerana kami membawa buah hati kesayangan kami 2A (Atikah dan Azalia bersama).

Hanya untuk informasi belaka, maka layarilah laman web PSN.. best gak.. :- http://www.psn.gov.my .Oleh yang demikian mari kita saksikan aksi-aksi 2A yang keseronokan berada di sana.. Aksi-aksi keceriaan yang terakam sepanjang kami berada di Pusat Sains Negara pada 01/01/2009 yang lepas.. rugi kalau tak pergi.. pergi jangan tak pergi..

Picture Captions
Keseronokan 2A dalam mengasah minda menyusun warna dan bentuk.. seronok melihat mereka leka walaupun entah apalah yang disusun.. bolehler ibu rehat sekejap.

Picture Captions
Ini aksi Atikah yang tak tentu arah melihat betapa banyaknyer permainan yang ada disini. Dan yang paling penting takder suara ibu yang menjerit lepas main susun balik, apani sepah-sepah, ibu buang mainantu kalau ibu terpijak ni.. amanjer dia main..

Picture Captions
Azalia menunjukkan aksi panjat memanjatnyer disini, cuma mengikut aksi Atikah dan betapa seronoknya sebab tempatni luas dan membolehkan dia berlari dan memanjat sesuka hati..

Picture Captions
Atikah di dalam kolam bola. Walaupun tak banyak sangat bolanyer tapi 2A tetap gembira.. lagipun tempatni boleh sepah2kan barang..

Picture Captions
Azalia seronok bergaya di sini.. tempat mainan untuk sikecik cam 2Ani..

Picture Captions
Susah sangat nak tangkap gambo 2A bersama jadinya ibu interpremler.. ibupun gian gak nak tangkap gambo sebenonyer.. bestkan ambik gambar kat sini sebab sungguh berwarna-warni..

Secara kesimpulannya, inilah masanya kita bersama-sama mendidik anak-anak kita supaya meminati mata pelajaran sains dari mereka kecil supaya tidak merasakan sains itu satu bebanan tapi merupakan satu keseronokan.. teman dulu takut nak belajo sains walhal masa tengok cerita CSI tu rasanya betapa ruginya teman sebab tak meminati sains sebab banyak pekerjaan yang menarik di dunia ini adalah berasaskan sains.. selamat menjelajah ke Pusat Sains Negara.. Misi 2A selepas ini adalah menyerbu Petrosains dalam masa yang terdekat ini, semoga menjadi kenyataan,,

Thursday, March 5, 2009

Ibu merinduimu ..

Hari ini terasa ingin bercerita tentang Atikah anak teman yang sulung.. Entah kenapa rasa rindu yang amat sangat datang pada hari ini, padahal bukannya kami ini tidak biasa berpisah. Sejak dari umur dia 4 bulan ibu dan Atikah telah terbiasa berpisah mungkin seminggu @ dua minggu kerana menjadi rutin Atikah akan mengikuti ke mana juga atuk dan nenek dia tinggal. Selepas atuk dia meninggal dunia tahun lepas bertambah siksa lagi kerana Atikah kini tinggal dengan nenek dia di rumah moyang dia di Gombak. Selalunya kami akan berkumpul kembali setiap hujung minggu..

Malam semalam Atikah meminta kepada nenek dia menelefon kami kerana nak bercakap dengan ayah/ibu dia. Pelik jugak sebabnya Atikah sehingga kini tidak pandai bercakap melalui telefon dan apa yang ingin dikhabarkannya. Inilah yang punca kerinduan teman pada Atikah dan yang pasti teman teringat-ingat lagi muka sedih dia dan teringat lagi tangisan dia pada hari yang kami tinggalkan dia ahad lepas. Terngiang-ngiang kata-kata dia "nak balik rumah kakak, ibu dan ayah pergi kerja Ika pergi sekolah". Kesian diakan.. Dia siap cium tangan nenek dan moyang dia dan cakap "Ika nak balik rumah kakak".. Dan episod yang paling menyentuh hati ialah dia melompat-lompat sambil menangis dan tangan seolah-olah melambai2 mintak diambil dia.. Biasalah ibu dah berlari masuk dalam kereta dan menangis, memang tak sanggup nak pujuk dia.

Selepas ayah dia memujuk Atikah, teman dapat melihat betapa sayunya mata dia memandang kearah kami. Kadang-kadang teman rasa bersalah kerana tidak dapat menyempurnakan tanggung jawab teman sebagai seorang ibu dan sanggup meninggalkan dia dan terasa macam Atikah menyalahkan teman kerana tidak mendapat kasih sayang seperti yang diterima oleh Azalia.. memang tak berguna sangat kerana tak dapat menjadi ibu yang sempurna. Ayah kata temanni terlalu banyak berjanji sehingga Atikah menangis berlebihan sedikit. Entahlah, memangler temanni terlebih 'excited' kerana hujung mingguni teman nak balik Perak dan teman asyik berulangkali membilang hari bersama-sama. Ok! Isnin - Selasa - Rabu - Khamis - Jumaat ( jumaat ibu/ayah/adik datang ), Sabtu kita balik kampung.. jumpa siapa?? .. jumpa Tuk Za, Opah,Maksu Beti, Mak Atin dan nama-nama sepupu dia.. Mulut temanni memang terlebih sudah!!

Lupa lak nak cerita kenapa Atikah nak sangat menelefon malam semalam. Rupa-rupanya Nek Chang(nenek sedara) belikan dia sebuah basikal padahal dia dah ada basikal pemberian opah tapi ditinggalkan di Bandar Kinrara. Mertua teman cakap, Atikah macam beruk dapat cincin langsung tak nak turun dari basikal agaknya kalau boleh nak tidur atas basikal. Dia mengayuhtu macam ada seorang yang cipta rekod dunia kayuh basikal tanpa henti.. Memang Atikah begitu sebabnya Tok Long dia cakap Atikahni berjalan lebih 10km sehari sebab dia boleh berpusing keluar pintu depan masuk pintu belakang berulangkali sebab dia biasa main sorang2.. Nasibler moyang dia bagi main basikal dalam rumah (ni calon cicit kesayangan nyangni!!)
Gambar lama masa Atikah ngan dua pupu dan moyang..
 gambar semasa perkahwinan sepupu suami Januari tahun lepas..

Sebenarnya Atikah berbahagia tinggal dirumah moyang dia kerana apabila hujung minggu, ibu dan ayah (teman dan suamiler) cuba memberikan layanan dan kegembiraan semaksima mungkin. Hari-hari biasa pula, Atikah akan dapat layanan dari ramai orang di rumah moyang dia. Setiap pagi dia boleh bersarapan dengan geng orang pencen sebab nenek2/tok sedara dia dah berpencen dan kebetulan Atikahni memang tak banyak ragam, sukaler Nek Lang dia nak bawak.. Tengahari boleh bermain dengan dua pupu dia (cucu Nek Chang-gambar flower girl tu mengapit Atikah) selepas dua beradikni balik dari tadika. Malam dia boleh berkepit ngan cik Mira yang tinggal sekali kat rumah moyang diani.. Jadinyer sebetulnya dia seronok tinggal di sini (teman nak menyedapkan hati teman sendiri). Walau apapun teman berdoa Allah memberikan yang TERBAIK untuk teman dan semoga Atikah menjadi insan yang berguna..

Monday, March 2, 2009

Cerita Ikea, PSN dan Muzium Negara

Hujung minggu lepasni rasanya sibuk betul, bukan letih apapun cuma berjalan sakan langsung tak duduk rumah dan dapur langsung tak berasap. Ini adalah kerana kami anak beranak pada hari sabtu bersamaan 28/02 tu pergi ke IKEA yang kononnyer ada sale dan adalah barang yang nak dibeli. Namun inilah rasanya pertama kali tak 'excited' nak membeli kerana yang pertama nyer punyaler ramai orang .. sale dan baru dapat gaji macam temanler jugak, kalau tengah bulan dia buat sale kurangler sikit umat..

Dan yang keduanyer mungkin selama ini pergi IKEA hanya berdua ini bawak 2Atu yang buat semakin tak selesa. Atikah dah mengeluh lenguh dan tersilapnyer tak bawak stroller dan ambik trolipun satujer, tapi kalau bawak 2 pulak asyik terlanggar orang pulak.. memang ramai orang. Paling tergelak keluar IKEA hanya cawan plastik warna-warni yang berharga RM7 jer yang dibeli, itupun masa nak keluar kaunter baru terperasan sebab pinggan dan sudu tu dah ada. Lagipun sekarang Azalia dah suka minum pakai cawan..pst.. Azalia dah pecahkan piring corelle teman sebijik..


Lepas pegi IKEA pergilah teman ke Carrefour Subang Jaya sebab ingin membeli barang dapur dan survey harga diapers Pet Pet Atikah.. (Atikah memang tak boleh bertukar kepada brand yang lain) dan syukurlah Pet Pet di Carrefour dalam RM28++. Terusler beli barang dapur sebabnyer dah dua bulan Pet Pet di Tesco berharga RM34++.. susah sebab Giant tak jual Pet Pet, kot idak boleh survey selalu Giant ada di Bandar Kinraratu. Ayah kata tak puasler makan tengahari tadi, jom singgah Giant Kinrara.. tengahari tadi makan di Ikano, kedai apa tah sebab ramai sangat orang masuk jer, dah makan baru teringat kedaini ada tanda halal tak?? terukler teman ni, kalau sesak2 ni taklerh nak fikir sangat.. Memang ramai orang melayu makan kat situ tapi tulah sendiri bersalah..


Di food court Giant tu cuma minum jer tapi suami teman makan nasi goreng.. Atikah mintak nak main gelungsur kat tempat mainantu. Disebabkan dah lama dia tak main kat sini, teman kata layanjer lah.. Paling seronok di sini ialah tempat main dia luas sangat dan takler macam kat tempat laintu dah ler tempat mainnyer sempit, mainannyer kebanyakan kena masukkan syiling.. ini setakat main kuda yang menyanyi tu free jer cuma tekan butang hijau, inilah kepakaran Atikah..

Malamtu 2A tidur dengan lena sekali.. mun dah letihkan, ibupun sama. Besoknyer suami teman kononnyer nak mengajak ke Taman Burung tapi disebabkan ada beberapa perkara yang terpaksa dibuat sebelum boleh keluar dari rumah rancangan bertukar kami pergi ke Pusat Sains Negara. Memangler 2A bukannyer faham sangat tapi sekurang-kurangnya mereka dah didedahkan dari kecil dengan xtvt seperti ini..

Last week 2A ke muzium Negara (cerita dan gambar ada di Moh kita ke Muzium Negara).. Nak update kat blog tak berkesempatan.. nanti bila suami teman menghantar gambar di Pusat Sains Negara pada teman, Insyaallah teman updatekan sekali dengan cerita-cerita ceria kami sekeluarga.. Seronok tau pergi ke Pusat Sains Negarani terutamanya kalau anak dah besar sedikit kerana pengalaman yang diperolehi amat berguna.. Teman yang tuani ternganga jugak maalumler dulu suruh belajo teman buat tak tahu sekarang dah melopongjer.. Yang paling seronok tiket dia sangat murah dewasa RM6 dan kanak2 hanya yang berumur 6tahun ke atas tak ingat berapa tapi yang pasti murah.. Boleh tengok akuarium cam Aquaria (tapi kecik jer.. keh!keh!) ni yang paling disukai oleh 2A, boleh tengok pertunjukan sains, ada tempat mainan budak2 dan bermacam2 lagi.. 2A dah pergi, anak2 anda bila lagi!! Jangan lepaskan peluang ini..
Ini antara aksi 2A di Muzium Negara.. Boleh tahan jugak seronok meronda di muzium Negarani, ramai jugak pelancong yang datang..

Nuffnang oh Nuffnang